Anda di halaman 1dari 2

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Induksi Set i. Murid berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan guru tentang aliran fesyen remaja masa kini. ii. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar remaja yang liar dan yang sopan. iii. Murid membuat perbandingan antara kedua-duanya dan memberi komen mana-mana yang buruk dan baik. iv. Murid diperdengarkan lagu syair dari salah seorang murid.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Idea Utama i. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 diminta membincangkan maksud tersurat dalam setiap rangkap manakala kumpulan 3 dan 4 akan membincangkan maksud tersirat syair dalam setiap rangkap. Guru mengedarkan kertas mahjung dan marker pen ii. Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan kelas. Guru memberi komen dan membuat penambahbaikan. iii. Ahli-ahli kumpulan lain diminta supaya menyumbangkan idea mereka bagi membuat penambahbaikan hasil kerja kumpulan lain.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran Menulis i. Berdasarkan bahan yang dipamerkan, murid diminta berbincang untuk menokok tambah perenggan dengan kosa kata yang baru, menukar struktur ayat dan menambah penanda wacana untuk menggabungkan idea dalam perenggan. Contoh : Penggantian kosa kata Roma bulu roma Kepik kemik

Cemara rambut palsu Pupuri lumuri Contoh : penanda wacana Selain itu, justeru itu. Contoh menukar struktur ayat : Setengahnya perempuan terlalu janggal (baris asal) Segelintir golongan wanita kelihatan agak pelik (baris yang ditukar struktur ayat)

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

i. Murid menyalin semula perenggan yang telah dibuat penambahbaikan di dalam buku latihan masingmasing.

Anda mungkin juga menyukai