Anda di halaman 1dari 1

Salam 1 Malaysia. Kepada pihak perpustakaan IPGKI.

Di sini saya ingin menyatakan satu permasalahan yang telah berulang kali terjadi kepada saya, iaitu urusan saya untuk meminjam buku terhalang dek kerana dikatakan saya ada meminjam buku tetapi tidak dipulangkan untuk beberapa bulan. Walhal saya tidak pernah meminjam buku tersebut. Hal ini kerana, saya bukanlah seorang yang tidak bertanggungjawab untuk memandang remeh mengenai pinjaman buku di perpustakaan ini. Saya juga akan sentiasa peka jika ada rakan saya yang menggunakan kad matrik saya untuk meminjam buku. Perkara ini terbukti apabila ada sekali peristiwa apabila disemak semula buku yang saya pinjam ingin dipulangkan, tetapi di atas nama seorang pelajar Cina. Saya membuat kesimpulan kemungkinan sistem yang tidak berapa sistematik menjadikan hal sedemikian berulang kali berlaku. Jika buku yang saya pinjam didaftarkan atas nama orang lain boleh terjadi, tidak mustahil buku yang dikatakan saya pinjam dan tidak pulang berbulan itu didaftarkan atas nama saya walhal orang lain yang pinjam. Menjadi satu masalah kepada saya apabila perlu mencari buku tersebut untuk membuktikan saya tidak bersalah dan jika tidak ditemukan, kemungkinan saya yang menjadi mangsa perlu menggantikan semula. Tambahan pula perkara ini juga boleh menjejaskan pengurusan saya dalam akademik untuk membuat rujukan. Saya harap pihak perpustakaan dapat memantau mengenai sistem tersebut atau mungkin boleh memikirkan alternatif lain supaya perkara ini tidak berlaku lagi. Kadang-kadang saya terfikir, jika sistem sudah cukup bagus dan sistematik, mungkin staf-staf tersilap memasukkan nombor matrik atau ada yang terlepas pandang untuk menyemak semula nama yang tertera selepas memasukkan nombor matrik tersebut. Saya bukan menyalahkan, tetapi sebagai manusia biasa, semua pernah melakukan kesilapan. Saya harap perkara ini tidak dipandang sebagai satu sudut yang negatif. Saya hanya cuba untuk mendapatkan hak kemudahan yang selesa dan sistematik sebagai seorang pelajar. Sekian, terima kasih.