Anda di halaman 1dari 15

KERTAS KERJA

LAWATAN PENANDA ARAS KELAB DAN PERSATUAN WAJ 3114

TARIKH
11 JULAI 2013 (KHAMIS)

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM 31350 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN

PENGENALAN
Guru adalah pembina generasi Malaysia, pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baharu, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Lawatan penanda aras persatuan yang dijalankan oleh PISMP J3 Ambilan Januari 2011 dalam program Kelab dan Persatuan WAJ 3113 bertujuan memberi pengalaman baru kepada para pelajar dalam menguruskan dan mengendalikan sesebuah program yang berkaitan dengan pengurusan murid-murid sekolah, khususnya berkaitan dengan kelab dan persatuan.

RASIONAL
Lawatan penanda arasa ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan pembelajaran kursus wajib WAJ 3113 Kelab dan Persatuan bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semasa dalam semester enam ini.

TUJUAN
Program ini dicadangkan bagi tujuan mengisi kursus wajib WAJ 3113 Kelab dan Persatuan bagi Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi komitmen para pelajar terhadap aktiviti yang dilakukan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dirangka juga mampu memberi pengalaman baru kepada para pelajar dalam menguruskan dan mengendalikan sesebuah program yang berkaitan dengan pengurusan murid-murid sekolah. Kesimpulannya, para pelajar diharapkan dapat menghayati nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam jiwa seorang pejuang bahasa.

OBJEKTIF
Memenuhi kehendak tugasan kerja kursus wajib Kelab dan Persatuan (WAJ 3113) semester enam Unit J PISMP Ambilan Januari 2011. Memberi pengalaman kepada pelajar bagaimana pengurusan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah.

Memberi pendedahan sebenar tentang cabaran mengendalikan dan menguruskan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah.
Memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong antara Persatuan Bahasa Melayu SK Sungai Rokam dengan Persatuan Legasi Guru J3. Membiasakan diri untuk membina hubungan yang baik dengan para guru dan pihak sekolah. Menerapkan nilai-nilai murni dan semangat waja seorang guru yang sentiasa berusaha dan tidak berputus asa dalam meningkatkan motivasi diri murid

SASARAN
Pelatih PISMP Unit J3 Pensyarah Pengiring Jumlah :19 orang (8 lelaki, 11 perempuan) : Dua orang ( Seorang tutor dan seorang pensyarah penasihat persatuan) : 21 orang

ALAMAT SURAT-MENYURAT
Penyelaras Persatuan Legasi Guru J3, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak , 31150 Hulu Kinta, Perak. Tel : 05-5331311 sambungan 32. Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan Setiausaha Persatuan Legasi Guru J3 Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak , 31150 Hulu Kinta, Perak. Tel : 013-2987430

PENGANGKUTAN
Bas Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Perak

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi Timbalan Pengerusi Penyelaras : : : Tn.Hj. Kamarulizham bin Hazizi En. Zulkiply bin Mohd Nor En. Mohd Radzi Bin Johari

Penolong Penyelaras
Penolong Penyelaras Setiausaha Pen. Setiausaha Urus setia Tutor

:
: : : : :

En.Hamzah bin Samsudin


En. Mohd Sharifuddin Bin Abdul Aziz En. Yusri bin Mat Johor Pn. Shahaliza binti Halim En. Rohaizad Bin Mohd Tajuddin Pn. Siti Khamariah binti Rizuwan

JAWATANKUASA PELAJAR
Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : En. Nasaruddin bin Md Rasol : Muhammad Syamsuri bin Omar : Farhah Syahirah binti Sahudi

Setiausaha
Bendahari

: Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan


: Muhammad Nur Hasif bin Mohd Padzil

AJK
JK Makanan JK Pengangkutan : Zulhilmi bin Noh : Fatimah Azzahra binti Mohamed Sharif : Nurul Akmal binti Hadirin : Mohamad Saufi bin Aris @ Mohd Aris : Sanisha A/P Bogaraja : Siti Namira Aqilah binti Abd Latif : Mohamad Azrul Effendi bin Samsuddin : Siti Nur Afiqah binti Maelah : Fathin Husna binti Mohd Arif : Mohd Najib bin Ibrahim : Farhah Syahirah binti Sahudi,

JK Buku Program JK Hadiah JK Keselamatan


JK Aktiviti Jurugambar

MASA 0730 0800 0800 0830 0830 0900 0900 1200

AKTIVITI Berkumpul di garaj bas. Perjalanan ke SK Sungai Rokam. Memperkenalkan diri dengan pihak sekolah Taklimat disampaikan oleh pihak sekolah

ATUR CARA PROGRAM

tentang:
1200 1230 1230 1330 1330 1430 1430 1530 1600 1630 Guru cemerlang Sk Sungai Rokam Persatuan Bahasa Melayu Sk Sungai Rokam

Rehat Menjalankan Rehat Majlis penutupan Bertolak balik ke IPG Kampus Ipoh. pemantauan terhadap

pengajaran guru cemerlang.

PERBELANJAAN
NO . 1 Makanan dan Minuman RM 9 x 19 orang guru pelatih J3 RM 171.00 IPGKI PERKARA UNIT JUMLAH SUMBER

Cenderamata IPGKI

3 Unit

RM 171.00

IPGKI

JUMLAH

PENUTUP
Program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar Unit J3 agar dapat memahami dan menghayati tugas dan tanggungjawab serta etika sebagai seorang guru. Selain itu, para pelajar diharap dapat membina pemikiran yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi dalam mendidik dan melahirkan generasi akan datang. Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkhlak dan berketerampilan.