Anda di halaman 1dari 4

Gaya Pembelajaran Pelajar 1.

Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. 2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. 3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu: a. Pelajar visual: Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat i. ii. iii. a. Huruf atau perkataan Benda, gambar atau gambar rajah Demostrasi, tindakan atau lakonan

Pelajar audio:

Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan mendengar atau bercakap seperti i. ii. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

c.

Pelajar kinestetik: Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti: i. ii. Menulis atau melukis sesuatu Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek

4. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus menggunakan kaedah-kadah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan kinestetik. 5. Beberapa penyelidik pendidikan telah mencadangkan pelbagai model gaya pembelajaran dan model itu diringkaskan di bawah.

Model Sistem 4MAT 1. Dalam model Sistem 4MAT yang dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut: a. Pelajar Imaginatif b. Pelajar Analitik c. Pelajar Praktik

d. Pelajar Dinamik

2. Ciri-ciri setiap jenis pelajar itu diringkaskan dalam Jadual berikut:


Jenis Pelajar Imaginatif Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat Menggunakan semua deria dan berkongsi idea Berinterasksi dengan orang lain dan berkongsi idea Analitik Mencari fakta yang menjelaskan konsep Praktik Mencari kegunaan maklumat Dinamik Mencari sesuatu yang baru

Ciri

Matlamat

Cara belajar

Berfikir tentang idea

Menguji teori dan menaakul

Cuba jaya dan penemuan secara sendiri Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dan berinteraksi dengan orang lain Tindakan dan menyudahkan sesuatu Apakah boleh dicipta oleh saya?

Suka

Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat

Tahu bagaimana sesuatu berfungsi

Kekuatan

Inovasi dan idea

Membina konsep

Mengaplikasi idea yang praktikal

Suka menyoal

Mengapa?

Apa dia?

Bagaimanakah teori atau maklumat itu dipraktikkan? Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri

Cara mengajar

Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea

Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumat

Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakkan pelajar berkongsi hasilnya.

Model Dunn dan Dunn 1. Di dalam model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang dicipta oleh Dr. Rita Dunn dan Dr. Kenneth Dunn, gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada unsurunsur yang disukainya di bawah lima stimulus yang ditunjukkan dalam Jadual 1. 2. Seboleh-bolehnya, anda harus memberi peluang kepada pelajar belajar dengan unsurunsur yang disukainya. Jadual 1

Stimulus

Unsur Bunyi

Ciri Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat yang panas Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara Suka belajar dengan sendiri Suka berlajar secara pasangan Suka belajar dengan rakan sebaya Suka belajar dalam pasukan Suka belajar dengan guru di sebelahnya Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar

Cahaya Alam Sekitar

Suhu

Pola

Motivasi

Ketabahan Emosi Tanggungjawab

Struktur

Sendiri Pasangan Rakan sebaya Pasukan Guru Pelbagai cara Fizikal Persepsi Makan

Sosiologi

Waktu Gerakan Global atau Analitik Otak Kiri atau Otak Kasnan

Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak

Psikologi

Impulsif atau Reflektif

Anda mungkin juga menyukai