Anda di halaman 1dari 16

PANDUAN ISI DAN FAKTA ESEI

1. TANAH RUNTUH DI MALAYSIA 2.BARANGAN CETAK ROMPAK 3. PENGEKALAN LOKASI DAN BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

TANAH RUNTUH

Teliti gambar-gambar di bawah dan buatkan satu esei tentang usaha-usaha menangani tanah runtuh di negara kita. Panjang huraian antara 200 hingga 200 patah perkataan

MEMBENTENG TEBING SUNGAI

MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI

MENGURANGKAN PEMBINAAN DI CERUN BUKIT

Cadangan jawapan Pengenalan: Takrif tanah runtuh; tanah yang mengelongsor atau melungsur dari lereng atau tebing. Menurut Jabatan Kerja Raya Malaysia insiden tanah runtuh berserta banjir lumpur telah menjadi fenomena bencana alam yang sangat kerap berlaku di Malaysia. Mengorbankan banyak nyawa seperti tragedi tanah runtuh di Bukit antarabangsa pada tahun 2008. Langkah-langkah 1. Penguatkuasaan undang-undang pembangunan di lereng-lereng bukit perlu dihentikan. - Terutama di kawasan laluan mata air di bawah tanah. - Tataurusan dan undang-undang tentang pembangunan di tanah-tanah tinggi dikawal oleh majlis tempatan - Majlis-majlis tempatan perlu bertegas , mengenakan hukuman mandotari terhadap pemaju yang engkar/tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh jurutera bertauliah. - Majlis tempatan perlu menghentikan tindakan meluluskan pembangunan di kawasan tanah tinggi terutama di kawasan yang sudahpun terlalu padat seperti di Ulu Kelang ,Selangor. 2. Pembentengan tebing sungai - Pembentengan dan penebatan tebing tebing sungai perlu dilaksanakan di semua sungaisungai di Malaysia. - Sungai-sungai di kawasan padat penduduk perlu diberi perhatian serius. - Contoh Sungai Gombak dan Sungai Kelang di pusat bandar raya Kuala Lumpur. - Tebatan dan bentengan akan menguatkan struktur tanah apabila berhadapan dengan arus sungai yang deras terutama pada musim tengkujuh. - Tebatan dibina daripada konkrit dan simen. 3. Penanaman tutup bumi/ tanaman semula - Kawasan yang digondolkan kerana aktiviti pembalakan/pertanian di lerenglereng bukit perlu diatasi oleh pengusaha dengan menanam semula pokok-pokok - Tetapi untuk jangka masa pendek tumbuh-tumbuhan yang cepat membiak perlu ditanam bagi menguatkan struktur tanah seperti rumput- rampai. - Selain itu, tanaman tutup bumi dan pokok-pokok ini akan mengurangkan aliran deras air hujan sama ada di atas permukaan tanah ataupun di dalam permukaan tanah. Langkah tambahan ( tersirat- tiada dalam petikan)4. Meningkatkan kualiti sistem perparitan - Tanah runtuh banyak berlaku kerana banjir kilat dan banjir bermusim yang sering melanda kawasan petempatan terutama di bandar-bandar besar. - Sistem perparitan seperti longkang-longkang di kawasan padat penduduk tidak dapat menampung kuantiti air hujan yang sangat banyak semasa hujan lebat semasa banjir kilat atau pada musim banjir. - Sistem perparitan yang tidak terurus dengan cekap menyebabkan sungai dipenuhi sampah sarap.

- Aliran air yang deras semasa hujan lebat menyebabkan sungai menjadi sebak kerana tidak dapat mengalir dengan lancar untuk sampai ke laut. - Merosakkan tebing sungai/berlaku tanah runtuh. - Sistem perparitan perlu diselia setiap minggu - Kawasan sungai perlu dibersihkan sentiasa - Jabatan Parit Dan Saliran Malyaysia meneruskan kempen pembersihan sungai dan parit serta longkang . - Pemantauan berterusan dan tidak hanya mengikut musim dan masa-masa tertentu sahaja. 5. Kesimpulan- Penutup bicara Langkah bersepadu perlu diambil oleh semua pihak Tuding- menuding tidak akan menyelesaikan masalah Cadangan frasa-frasa menarik/peribahasai. Kerosakan alam ialah mainan tangan manusia ii. Refleksilah diri masing-masing iii. Hendak sepatah kata tak hendak seribu daya iv. Bergurulah dengan alam Kosa kata i. solusi - Semua pihak bersepakat mencari solusi ii. Tataurusan tataurusan di peringkat negeri perlu teratur dan cekap

______________________________________________________________________ ___________

CADANGAN JAWAPAN BAGI BAHAGIAN B: TANAH RUNTUH

Rencana; Tanah Runtuh- punca punca dan langkah-langkah menangani kejadian tanah runtuh di Malaysia BAHAGIAN B Sejak akhir-akhir ini, Malaysia sering dilanda kejadian tanah runtuh. Hal ini membimbangkan masyarakat. Sebagai rakyat yang prihatin , tuliskan pandangan anda tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk disiarkan di dalam sebuah akhbar tempatan. FORMAT KARANGAN : RENCANA - TAJUK - PENULIS Pengenalan Saban tahun, setiap kali musim tengkujuh, kisah tragedi tanah runtuh mula menghiasi muka hadapan surat-surat khabar dan menjadi paparan utama di televisyen. Struktur tanah menjadi longgar akibat aliran air yang laju di permukaan tanah atau di bawah tanah Kerap berlaku semasa musim tengkujuh atau hujan yang lebat.

Faktor Geografi Tentang Tanah Runtuh http://bencanaalam.jkr.gov.my/content.php?ida=INFO20080102000459&type=INFO&page=content

Lokasi kejadian : di kawasan perumahan tanah tinggi Sepanjang lebuh raya Tebing-tebing sungai Kawasan pembalakan dan pertanian Contoh lokasi yang menjadi berita bertaraf nasional - tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ,Selangor pada November 2008 - Cerun Gua Tempurung di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan bandar raya Ipoh pada bulan Oktober 2004 Punca-punca Dari aspek geografi 1. Pembangunan yang terlampau pesat di kawasan-kawasan cerun bukit bagi tujuan komersial, petempatan dan pelancongan. Contoh: pembinaan hotel-hotel yang banyak di kawasan Tanah Tinggi Camerons. 2. Aktiviti pembalakan yang terlalu aktif sehingga melanggar syarat-syarat pembalakan yang ditetapkan - Melebihi keluasan yang ditetapkan - Menebang jumlah pokok yang tidak matang/muda - Anak-anak pokok mengambil masa yang lama untuk membesar menjadi pokok matang. Kawasan menjadi kosong dan lapang 3. Dasar sungai menjadi cetek akibat mendapan sampah sarap dan tanah. - Aliran sungai menjadi amat perlahan sukar/lambat sampai ke laut - Semasa hujan lebat , sungai menjadi sebak kerana aliran air yang laju terhalang oleh keadaan dasar sungai yang cetek - Berlaku hentaman/impak yang kuat di tebing-tebing sungai yang mengakibatkan fenomena tanah runtuh.

Aspek kemanusiaan 1. Sifat tamak manusia/mementingkan keuntungan. 2. Tidak amanah semasa mejalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat. 3. Rasuah dalam kalangan pemaju dan pihak berautoriti. Kesan 1. Jangka pendek a. Korban nyawa yang mengerikan Meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa dan ahli keluar ga.

Wujud ketegangan emosi dalam kalangan masyarakat- kehidupan menjadi tidak harmoni. b. Kos penyelenggaraan yang amat besar yang terpaksa ditanggung oleh pelbagai pihak terutama pihak kerajaan. Meningkatkan perbelanjaan negara. 2. Jangka panjangc. Kerosakan habitat flora dan fauna / kemusnahan biodiversiti negara Banyak aset semula jadi negara musnah Kehilangan spesies-spesies hidupan liar yang bernilai estetik dan penting kepada ekosistem alam semula jadi. - Menggagalkan misi negara mahu mengekalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai biodiversiti yang terbesar di dunia. Pada tahun 1992 biodeversiti terbesar dunia. d. Kepupusan biodiversiti menjejaskan ekosistem alam semula jadi kerana flora dan fauna merupakan sebahagian daripada ekosistem alam. e. Merosakkan nilai estetik alam semula jadi terutama di kawasan pendalaman - Menjejas sektor pelancongan

Pelancongan berasaskan alam semula jadi (ekopelancongan ) f. Menjejaskan kegiatan sosioekonomi masyarakat - Sumber pendapatan terjejas terutama di sektor pertanian Langkah-langkah 1. Perundangan Menguatkuasakan undang-undang/menyemak semula undang-undang yang sedia ada.Contoh; Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 ( Akta 127 ) Memberi kuasa yang lebih besar kepada pihak berwajib seperti Jabatan Renjers Malaysia. Mengenakan hukuman mandotari yang lebih tegas kepada pemaju projek pembinaan bangunan di lereng-lereng bukit. 2. Perwartaan kawasan tanah tinggi dan pinggir sungai sebagai tapak warisan negara/taman negara.- Bermakna, kawasan ini tidak dapat diganggu untuk tujuan kormesial - Hanya diurus oleh pihak kerkuasa /kerajaaan negeri - Contoh: Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak Kawasan persisiran sungai dibangunkan dengan terancang dengan mengekalkan landskap asal kawasan Sungai Perak

3. Program Pendidikan Peringkat Sekolah Melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah Pendidikan tentang alam sekitar dimulakan sejak sekolah rendah dalam subjek Kajian

Tempatan dan subjek Geografi di peringkat sekolah menengah. Melalui kegiatan kokurikulum- Kelab Alam Sekitar - Program sekolah lestari SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR. ( Kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ) Contoh: Kem Kesedaran Alam Sekitar Para pelajar dibawa menjelajah kawasan semula jadi seperti kawasan hutan, pantai dan bukit untuk memerhati dan mengkaji ekosistem alam.

Peringkat Pengajian Tinggi Menjadikan subjek alam sekitar sebagai sebahagian kurikulum di pusat pengajian tinggi Contoh: Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar di Universiti Putera Malaysia. Banyak kajian dan penyelidikan dilaksanakan oleh tenaga pengajar dan para pelajar . Hasil kajian dijadikan bahan rujukan kerajaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang sesuai bagi menangani fenomena tanah runtuh. Selain itu, hasil kajian dijadikan bahan rencana untuk disebarkan melalui media masa seperti yang sering dilakukan oleh akhbar Berita Harian. Tokoh yang sentiasa memberi pandangan ilmiah tentang isu ini ialah Prof. Zaini Ujang, pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.

4. Media massa Perlu sering menyiarkan isu-isu kerosakan alam untuk mewujudkan kesedaran dan kepekaan dalam kalangan masyarakat sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Contoh: slot isu kemusnahan alam yang dikelolakan oleh Datuk Karam Singh Walia dalam siaran Buletin Utama , syarikat televisyen TV3. 5. Kempen kesedaran oleh kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Saliran dan Pengairan. - Penyebaran maklumat secara komersial di televisyen,radio dan internet - Kempen Cintai Sungai Kita - Program Rakan Alam Sekitar.

Frasa menarik 1. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran : Sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang melakukan kemusnahan di muka bumi 2. Manusia yang digelar insan oleh Allah S.W.T 3. Amanah yang tergalas di pundak 4. Alam bukan hak milik mutlak manusia, tetapi hanya dikongsi bersama-sama hidupan lain yang menghuni dunia. 5. Tumbuk rusuk 6. Lempar batu sembunyi tangan 7. Jangan hanya gah di atas kertas tetapi perlaksanaannya terlalu banyak cacat cela. 8. Melentur buluh biarlah dari rebungnya 9. Renunglah dengan mata hati Cadangan frasa-frasa menarik/peribahasa v. Kerosakan alam ialah mainan tangan manusia vi. Refleksilah diri masing-masing vii. Hendak sepatah kata tak hendak seribu daya viii. Bergurulah dengan alam Kosa kata v. solusi - Semua pihak bersepakat mencari solusi vi. Tataurusan tataurusan di peringkat negeri perlu teratur dan cekap vii. Jangka hayat jika mahu jangka hayat alam ini terus lestari viii. Lestari - alam yang lestari ialah hasil anyaman minda yang bestari.

BARANGAN CETAK ROMPAK DAN BARANGAN TIRUAN

Teliti gambar-gambar di bawah dan buat satu huraian tentang usaha-usaha menangani kegitan cetak rompak di Malaysia. Panjang karangan antara 200-250 patah kata

HARGA LEBIH MURAH

KURANG KESEDARAN PENGGUNA

PENIAGA MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN SAHAJA

Takrif cetak rompak dan barang tiruan menurut Jurnal Ekonomi 38 ( tahun 2004 ) Universiti Kebangsaan Malaysia Barang peniruan adalah barang yang dijual dengan pembeli dikelirukan agar percaya bahawa barang dibeli adalah asli. Manakala, barang cetak rompak adalah barang yang dijual dengan pembeli mengetahui bahawa ia bukan barang yang asli.

Maka, Barang cetak rompak: barangan tiruan yang dijual kepada pembeli dalam keadaan pembeli tahu bahawa barangan tersebut ialah barangan tiruan. Barang tiruan pula bermaksud, pembeli tidak sedar bahawa mereka dikelirukan oleh penjual agar percaya bahawa barangan yang dibeli ialah barangan asli. Akta-akta berkaitan cetak rompak dan barangan tiruan: AKTA HAKCIPTA 1987 : o Menjual salinan langgaran karya hakcipta; Menyewa salinan langgaran karya hakcipta; Membuat salinan langgaran karya hakcipta; Mengedar salinan langgaran karya hakcipta; Memiliki salinan langgaran karya hakcipta; Mengimport salinan langgaran karya hakcipta; Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta; Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan;

*Salinan langgaran ialah salinan cetak rompak. Maka. cetak rompak atau mengeluarkan barangan tiruan ialah menyalin semula karya /hak cipta asal penerbit untuk tujuan perdagangan. Selain Akta Hak Cipta 1. Akta Cop Dagangan, 2. Akta Reka Bentuk, 3. Akta Cakera Padat dan lain-lain, bertujuan melindungi hak individu atau syarikat daripada dicerobohi dengan sewenangwenangnya oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab Di sisi perundangan Malaysia : suatu bentuk pelanggaran hak cipta dan harta intelek penerbit atau pereka sesuatu produk . Fakta tentang cetak rompak di Malalaysia (Jurnal Ekonomi 38 (2004 ) Berdasarkan operasi rampasan barang cetak rompak dari April 1999 sehingga Okt 2000, sejumlah RM14.5 juta barang cetak rompak dirampas (New Straits Times: Management Times 25 Oct 2000). Bagi tempoh Jan 2002 sehingga Jun 2002, sejumlah RM19 juta barang cetak rompak dirampas (New Straits Times: Management Times 16 Sept 2002). Pada 1 Dis 2003, Reuter melaporkan bahawa CD cetak rompak bagi sistem Windows Longhorn oleh MicroSoft Corporation (sistem Windows Longhorn belum lagi dijual di pasaran) telah dijual di Malaysia. U.S juga dilaporkan mengalami kerugian sejumlah US$316 juta pada tahun 2001 akibat cetak rompak di Malaysia (Reuters 1 Dec 2003).

A. SEBAB-SEBAB PENJUALAN BARANGAN TIRUAN BERLELUASA.

1. Produk tiruan lebih murah berbanding dengan produk asli -harga produk asli amat mahal berbanding produk tiruan. Contoh: sekeping cakera padat tiruan bernilai hanya RM5.00 sekeping berbanding cakera padat asli bernilai RM39.90 sekeping.

2. Kesedaran pengguna yang masih rendah. a. Kebanyakan pengguna hanya memikirkan penjimatan kos atau perbelanjaan tanpa memikirkan mutu keluaran yang digunakan. b. Pengguna beranggapan barangan hanya digunakan dalam jangka masa pendek seperti cakera padat tiruan filem-filem terkenal .

Filem-filem tersebut hanya ditonton sekali atau dua kali sahaja. Cerita hanya bersifat kontemperori sahaja c. Pengguna menganggap pembelian barangan asli hanya satu bentuk pembaziran perbelanjaan sedangkan penggunaannya sama seperti barangan asli. Contoh: beg tangan berjenama yang banyak dicetak rompak oleh peniaga mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna d. Pengguna terlalu mementingkan gaya dan penampilan elit tetapi tidak mampu memiliki barangan yang asli Alternatif: dapatkan barangan tiruan yang banyak di pasaran. e. Semua sikap di atas terjadi kerana PENGGUNA KURANG MENGHARGAI KONSEP HAK CIPTA , HARTA INTELEK DAN PATEN ASLI produk yang dikeluarkan.

3. Peniaga yang terlalu memikirkan keuntungan yang berlipat ganda dalam masa yang singkat.

a. Sifat tamak peniaga DAN PENGELUAR PRODUK -sanggup melanggar undang-undang negara -sanggup mengugut dan mencederakan pegawai penguat kuasa Faktor-faktor lain

a. Mudah didapati : di pasar-pasar malam, di kaki-kai lima kedai dan kompleks beli belah dipamerkan secara terbuka. (Pautan ke http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/ekon38_04.pdf ) b. Pemintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna. c. Kegiatan cetak rompak bukan lagi kegiataan kecil-kecilan seperti pada tahun 1980-an tetapi kini didalangi oleh kumpulan berpengaruh dalam negara mahupun di luar negara. - Kegiatan tidak terhad di dalam negara tetapi meluas ke pasaran antarabangsa - Organisasi operasi sangat tersusun dan terancang sehingga menyukarkan pihak berkuasa menanganinya. ( akhbar Mingguan Malaysia 20 Mei 2001 ) Cetak rompak kini dipercayai sindiket jenayah terancang (pautan ke http://skypin.tripod.com/jenka/jenka94.html ) d. Kesukaran penguatkuasaan di peringkat Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - Operasi cetak rompak dan barangan tiruan lebih ganas dan sudah mencapai tahap jenayah yang serius - Lokasi penjualan dikawal oleh kumpulan samseng dan penjenayah yang dapat mengancam nyawa anggota penguat kuasa. Cetak rompak kini dipercayai sindiket jenayah terancang (pautan ke http://skypin.tripod.com/jenka/jenka94.html )

e. Perlaksanaan hukuman yang mengambil masa yang lama untuk diputuskan oleh mahkamah dan penguatkuasaan yang tidak dapat dilakukan sekerap mungkin. f. Kecanggihan teknologi pada era ini - Ketinggian dan kecanggihan teknologi menjadikan bahan tiruan dan cetak rompak sukar dibezakan dengan yang asli. - .Perniagaan dijalan secara dalam talian melalui penggunaan internet. berselindung di sebalik iklan-iklan lain dan hanya dapat diakses oleh pelanggan-pelanggan tertentu. (penyalahgunaan teknologi ) Bukti: Seorang suri rumah diberkas di sebuah rumah di Taman Seri Alam di Masai dekat sini semalam kerana disyaki mengedar VCD dan DVD cetak rompak dengan menerima tempahan menerusi internet, kes pertama seumpamanya yang dikesan di Johor. Pelajar wanita jurusan teknologi maklumat berumur 24 tahun itu yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana bersama-sama teman lelakinya berumur 29 tahun, memperoleh pendapatan lumayan antara RM90,000 dan RM100,000 sebulan hasil kegiatan haram selama dua tahun itu. (sumber pautan ke :Menjual Barang Cetak Rompak di Internet | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet : http://blog.smartusaha.com/menjual-barang-cetak-rompak-di-internet

B. KESAN-KESAN 1. Kerugian besar di pihak pengeluar yang sah di sisi undang-undang - Menanggung kerugian yang terlalu besar bernilai jutaan ringgit malah berbillion ringgit akibat aktiviti cetak rompak dan peniruan. 2. Menjejaskan imej Malaysia di persada antarabangsa- dapat menghilangkan keyakinan pelabur dan peniaga untuk melabur di negara kita. - Menjejaskan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan bertaraf global di negara kita kerana khuatir akan diciplak. ( contoh: penyelidikan dan pembangunan tentang tumbuh-tumbuhan herba secara saintifik bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa tidak dapat dijalankan kerana pelabur tidak yakin akan keselamatan kajian mereka- aspirasi negara mahu menjadi hab halal produk herba bertaraf internasional tidak tercapai ) 3. Produk keluaran negara Malaysia tidak diyakini dan diiktiraf oleh pengguna dari luar negara. - Pasaran eksport menurun- pendapatan negara berkurang- jangka panjang dapat memperlahankan pembangunan negara. 4. Negara Malaysia hanya menjadi pusat lambakan barangan tiruan daripada luar negara seperti barang-barang tiruan dari negara China 5. Menurunkan daya kreativiti rakyat yang kreatif , berkemungkinan besar kemahiran mereka dibeli oleh negara lain;berkhidmat di negara lain;

- Jangka panjang- menjejaskan pembangunan negara. 6. Kesan sosial: - Rakyat Malaysia masih dianggap masyarakat dunia kelas ketiga,bermentaliti rendah walaupun tahap pendidikan semakin tinggi. - Dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa

C. LANGKAH-LANGKAH: 1. Pendidikan kepenggunaan dan kesedaran dalam kalangan pengguna sepanjang masa dalam media massa. 2. Menjadikan subjek KEPENGGUNAAN sebagai subjek teras dan subjek peperiksaan serta wajib diambil oleh pelajar dalam kurikulum sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi. 3. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas - Diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia - Diklasifikasikan sebagai kes jenayah berat bukan lagi kes jenayah komersial. Pautan ke PENGAJIAN AM 2 Kosa kata/ frasa menarik 1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. 2. Beraja di mata bersultan di hati 3. Kekangan yang terpaksa digalas 4. Malaysia tidak perlu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam isu yang jijik ini. 5. Harta intelek 6. Salinan langgaran ( laras bahasa undang-undang ) 7. bertemu buku dengan ruas 8. genggan bara api biar sampai jadi arang 9.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, sumber daripada laman web ALIKHWAN.net. Barangsiapa yang mengambil hak orang lain walaupun hanya sejengkal tanah, maka akan dikalungkan di lehernya (pada hari Kiamat nanti) seberat 7 lapis bumi. Takhrij Hadits : Hadits ini dikeluarkan oleh : Bukhari, juz-V/76. dan Muslim, hadis no.1612.

Teliti gambar-gambar di bawah dan buat satu huraian sebab-sebab beberapa buah tempat dan bangunan tersebut perlu dipuliharakan dan dikekalkan oleh negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

TAMAN NEGARA

BANGUNAN TRADISIONAL

BANGUNAN MODEN

TAPAK WARISAN DUNIA

TAMAN LAUT

CADANGAN jAWAPAN Jawapan yang dicadangkan boleh digunakan untuk menjawab soalan Bahagian B Sebab-sebab negara perlu memulihara dan mengekalkan lokasi dan bangunan tersebut BIL. ISI HURAIAN 1. Khazanah negara Aset negara yang unik dan tidak terdapat di negara lain seperti Hutan Hujan Tropika Digazetkan sebagai Taman Negara Hidupan liar yang unik seperti Bunga Rafflesia tidak ada di tempat lain di dunia 2. Satu bentuk identiti negara / warisan negara/ warisan semula jadi Malaysia dikenali melalui bangunannya yang unik seperti Menara Berkembar Petronas Alam semula jadi yang berusia ratusan ribu tahun menjadi warisan yang perlu dikekalkan. Taman Negara Mulu, Sarawak 3. Pengiktirafan dunia/ antarabangsa Bandar-bandar bersejarah dan lokasi semula jadi mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia Bandar raya Melaka dan Georgetown diiktiraf sebagai Bandar Bersejarah Selat Melaka Imej negara semakin menyerlah 4. Daya tarikan pelancongan Semua lokasi dan bangunan menjadi satu elemen penting dalam sektor perlanco ngan Pelancong dari dalam negara dan luar negara tertarik untuk melawat ke tempat -tempat ini seperti Muzium Negeri Melaka yang menggunkan replica Bangunan Istana Sultan Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 5. Kepakaran bertaraf dunia di bidang seni bina dan kejuruteraan /pusat penyelidikan Bangunan yang bertaraf dunia iaitu bangunan Menara Berkembar PETRONAS Memiliki cirri-ciri bertaraf dunia dalam seni bina dan kejuruteraan Menarik tenaga teknorat dsn arkitek dari luar negara untuk datang ke Malaysia mengkaji keunikan binaan tenaga kerja tempatan 6. Sejarah negara / semangat atriotic Semua lokasi dan bangunan dapat menyemai semangat bersyukur, bangga dan sayang akan negara kerana memiliki keunikan dan kepakaran yang setaraf dengan negara lain. Frasa menarik 1. duduk sama rendah berdiri sama tinggi 2. tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata 3. jiwa merdeka 4. ketamadunan bangsa

TAPAK WARISAN DUNIA 1. Tapak Warisan Dunia UNESCO ialah tempat-tempat khusus (seperti hutan,gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar) 2. Dikendalikan oleh Progam Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO. 3. Progam ini bertujuan mengkatalog, menamakan dan mengabadikan tapak-tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat. 4. Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah syarat-syarat tertentu. 5. Progam ini di tubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am UNESCO pada 16 November 1972. 6. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi konvensyen tersebut. 7. 911 lokasi dan bangunan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Beberapa lokasi yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Di Malaysia- Taman Negara Mulu, Sarawak Taman Kinabalu, Sabah Melaka dan Georgetown, Bandar raya Bersejarah Selat Melaka Di negara luar- Angkor Wat di Kemboja Candi Borobudur di Indonesia Taj Mahal di India Antara ciri yang ditentukan oleh UNESCO i. Melambangkan kebijaksanaan mencipta yang hebat. ii. Mempamerkan perubahan nilai hidup manusia selaras dengan perubahan masa atau budaya duniakemajuan dalam teknologi seni bina, seni bangunan, perancangan bandar atau landskap iii. Mendedahkan keunikan atau sekurang-kurangnya mengiktiraf tradisi dan kebudayaan atau tamadun yang masih ada atau yang telah pupus. iv. Menjadi contoh terbaik bagi kategori bangunan, arkitek,teknologi atau landkasp yang menggambarkan tahap tertinggi yang dicipta dalam sejarah hidup manusia. v. Menjadi contoh terbaik bagi petempatan hidup manusia tradisional yang mewakili kebudayaan atau interaksi manusia dengan alam lebih-lebih lagi apabila kegiatan manusia itu masih kekal walaupun telah berlaku perubahan zaman. vi. Mempunyai unsur-unsur pengekalan biodiversiti dan alam semula jadi lebihlebih lagi bagi spesies yang mengalami ancaman kepupusan dari sudut pandangan sains dan pemuliharaan. vii. Contoh terbaik petempatan tradisional viii. Mempunyai nilai estetik dan kecantikan semula jadi