Anda di halaman 1dari 14

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

1.0

PENGENALAN Cek adalah suatu perintah bertulis yangg ditujukan kepada pihak bank untuk membayar

sejumlah wang apabila dituntut. Menurut definasi seksyen 73 Akta Bil Pertukaran 1949, cek adalah sejenis bil pertukaran yang dikeluarkan ke atas jurubank yang dikeluarkan ke atas jurubank yang kena bayar apabila dituntut. Daripada definasi itu dapat disimpulkan bahawa cek adalah sejenis bil pertukaran. Walaupun begitu, suatu bil pertukaran bukanlah merupakan cek. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah berkaitan dengan bank, sama ada sebagai bank pemungut atau bank pembayar. Yang dimaksudkan dengan bil pertukaran ialah suatu perintah bertulis yang tidak bersyarat yang ditujukan oleh seseorang kepada yang lain, ditandatangani oleh orang yang memberinya, yang memerlukan orang yang ditujukan kepadanya membayar apabila dituntut atau pada suatu masa yang ditetapkan atau masa hadapan yang boleh ditetapkan akan suatu jumlah wang tertentu kepada atau atas arahan seseorang yang dinyatakan atau kepada pembawa. Maksud bil pertukaran dapat diperincikan seperti berikut: a) b) c) d) e) satu perintah bertulis; perintah yang tidak bersyarat yang ditujukan oleh seseorang kepada yang lain; ditandatangani oleh orang yang memberinya; terdapat arahan kepada jurubank; dan arahan tersebut memerlukan orang yang ditujukan kepadanya membayar apabila dituntut atau pada masa yang ditetapkan atau masa hadapan yang boleh ditetapkan akan suatu jumlah wang tertentu kepada atau atas arahan seseorang yang dinyatakan atau kepada pembawa.

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

2.0

PENJELASAN CEK

Apabila anda mendepositkan cek ke dalam akaun anda, bank anda selaku bank pemungut akan menghantar cek tersebut ke pusat penjelasan tertentu untuk diasingkan dan dihantar kepada bank pembayar untuk penjelasan. Tempoh yang diambil bagi wang daripada cek tersebut dikreditkan ke dalam akaun anda bergantung kepada bilangan hari yang diperlukan untuk menjelaskan cek tersebut. Bilangan hari untuk menjelaskan cek mungkin dipengaruhi oleh cuti umum yang jatuh dalam tempoh penjelasan. Secara umumnya, cek-cek yang dipungut boleh dibahagikan kepada 3 kategori: Jenis-jenis cek dan definisi: Cek dalaman Cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama. Cek tempatan Cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan. Cek luar kawasan Cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon penjelasan tempatan. Lazimnya, cek dalaman tidak perlu melalui proses penjelasan. Oleh itu, anda akan menerima wang anda pada hari yang berikutnya. Walau bagaimanapun, tempoh yang diambil mungkin berbeza di antara sebuah bank dengan bank yang lain bergantung kepada tempoh yang diperlukan untuk mengesahkan butiran pembayaran.

Namun demikian, cek tempatan dan luar kawasan perlu melalui proses penjelasan dan tempoh yang diperlukan untuk menjelaskan cek tersebut bergantung kepada lokasi cawangan. Biasanya, cek tempatan akan dijelaskan dalam tempoh 2-3 hari bekerja manakala tempoh penjelasan cek luar kawasan mungkin di antara 3-8 hari bekerja. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya menyemak dengan bank anda berhubung tarikh sebenar dana daripada cek yang dijelaskan dikreditkan ke dalam akaun anda.
2

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

3.0

ELEMEN YANG TERDAPAT PADA SEKEPING CEK Pengetahuan mengenai elemen-elemen yang terkandung di atas cek adalah penting untuk

memastikan cek ditulis dengan betul memandangkan cek yang lengkap dan telah ditandatangani merupakan satu kebenaran kepada bank pesuruh bayar untuk mengeluarkan wang daripada akaun anda untuk dibayar kepada penerima.

1. 2.

Nama bank anda yang juga dipanggil bank pesuruh bayar atau bank pembayar. Palang Akaun Penerima Sahaja merupakan arahan kepada bank pemungut untuk membuat bayaran ke dalam akaun penerima .

3.

Penerima merupakan penama yang mana cek tersebut dikeluarkan kepadanya. Pastikan ejaan nama penerima adalah betul dan ditulis berdekatan dengan perkataan bayar kepada. Lukislah satu garisan di ruang selepas nama penerima bagi mengelakkan sebarang pindaan.

4.

Tarikh cek. Untuk memastikan pembayaran diterima, tarikh cek tersebut mestilah tarikh terkini.

5.

Orang yang memegang dan menuntut pembayaran cek di bank. Anda dinasihatkan supaya membatalkan perkataan atau pembawa bagi mengelakkan cek yang dicuri dibayar kepada pihak ketiga.

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

6.

Amaun untuk pembayaran dalam perkataan. Nilai yang sama akan ditulis di dalam kotak yang bersebelahan dengannya. Pastikan amaun dalam perkataan dan nombor ditulis berdekatan dengan perkataan Ringgit Malaysia dan RM yang dicetak di atas cek dan jangan tinggalkan sebarang ruang dengan melukis garisan selepas menulis perkataan dan nombor tersebut. Pastikan jumlah dalam perkataan dan nombor adalah sama. Jika tidak, bank akan menolak cek anda.

7. 8.

Tandatangan anda sebagai penyuruh bayar cek. Nombor siri cek. Setiap cek mempunyai nombor siri yang berbeza bagi tujuan pengenalan.

9. 10. 11.

Kod bank pesuruh bayar bagi negeri dan cawangan. Nombor akaun semasa anda. Kod dalaman bank pesuruh bayar untuk produk akaun semasa.

3.1

NAMA BANK Akta yang berkaitan dengan cek adalah Akta Bil Pertukaran 1949 dan disebabkan cek adalah urusan bank maka Seksyen 2 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 juga terpakai di mana ia berkaitan. Definasi bank telah ditakrifkan secara ringkas di dalam Akta Bil Pertukaran sebagai suatu badan, sama ada diperbadankan atau diperbandakan atau tidak, yang menjalankan perniagaan perbankan. Sementara itu Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 pula mentakrifkan perniagaan bank sebagai: a) Perniagaan perbankan i) Menerima deposit bagi akaun semasa, akaun deposit, akaun simpanan atau akaun lain yang serupa itu; ii) Membayar atau mengutip cek-cek yang dikeluarkan atau dibayar oleh pelanggan-pelanggan; dan iii) Penyediaan pembiayaan; atau

b) Perniagaan-perniagaan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara dengan kebenaran Menteri.
4

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

3.2

TANDATANGAN PENYURUH BAYAR Pada kebiasaannya penyuruh bayar terdiri daripada individu, syarikat, perkongsian, institusi, koperasi dan seumpamanya. Pihak-pihak itu boleh mengeluarkan cek dengan menggunakan wang daripada akaun semasa atau kemudahan overdraf masing-masing. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh penyuruh bayar. Tandatangan adalah suatu yang penting atau material untuk cek kerana seseorang tidak boleh dikenakan liabiliti atas cek yang dikeluarkannya kecuali setelah ditandatangani oleh orang atau perbadanan itu.1 Apabila seseorang menandatangani sebagai wakil, maka adalah penting bagi orang itu menandatangani dengan menambah perkataan yang menunjukkan sifat ejen atau perwakilan. Namun begitu tanggungan undang-undang masih boleh dikenakan terhadap ejen atau wakil itu untuk liabiliti diri.

3.3

PEMALANGAN Suatu cek adalah dipalang untuk keselamatan dan biasanya pemalangan dilakukan oleh penyuruh bayar (pengeluar cek), pesuruh bayar (bank) dan penerima. Menurut seksyen 78 ABP, suatu pemalangan adalah bahagian material cek, tidak sah bagi manamana orang untuk memadamnya atau kecuali sebagaimana yang diberrri kuasa oleh Akta, untuk menambah atau mengubah pemalangan itu.

3.4

NILAI CEK Walaupun nilai sesuatu cek adalah perkara penting, suatu cek tidak menjadi tidak sah atas alasan ia tidak menyebut nilainya. Nilai cek merupakan jumlah wwang yang dinyatakan di atas cek. Seksyen 9(1) memperuntukkan bahawa nilai yang kena bayar yang ditulis pada sesuatu cek hendaklah suatu jumlah yang tertentu. Ini bermaksud

Seksyen 23 Akta Bil Pertukaran

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

sesuatu cek hendaklah ditulis dalam nilai ringgit dan sen.2 Apabila menyatakan nilai cek, penyuruh bayar perlu berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan atau pemalsuan atau mengelirukan jurubank yang membayar. Di dalam kes London Joint Stock Bank Lwn Macmilian & Arthur,3 penyuruh bayar memberikan sekeping cek yang bernilai 2 kepada pekerjanya yang mana cek tersebut dipinda menjadi 120. Ini adalah kerana terdapat ruang kosong di antara dan 2. Cek tersebut ditunaikan untuk nilai 120. Mahkamah mendapati penyuruh bayar telah cuai kerana meninggalkan ruang kosong pada cek itu yang membolehkan keraninya mengisi 1 dan 0 menjadikan cek itu bernilai 120.4

3.5

TARIKH Seksyen 13(1) mengatakan jika cek adalah bertarikh, tarikh itu hendaklah disifatkan tarikh sebenar pengeluaran cek tersebut. Walau bagaimanapun suatu bil bukan tidak sah oleh sebab ianya tidak bertarikh.5seksyen 12 membenarkan mana-mana pemegang cek untuk memasukkan tarikh pada cek tanpa tarikh dan bil itu hendaklah kena dibayar sewwajarnya. Namun begitu pengubahan tarikh adalah merupakan perkara material atau penting pada sesuatu cek. Pindaan tersebut akan merosakan mandat penyuruh bayar terhadap bank. Oleh itu hanya penyuruh bayar boleh meminda tarikh sesuatu cek. Pihak lain tidak boleh meminda tarikh tanpa kebenaran penyuruh bayar.6

3.6

PENERIMA Seksyen 3 mengatakan penerima adalah seseorang yang kepadanya atau sesiapa yang perintah bagi sesuatu cek yang disebutkan secara nyata perlu dibayar kepadanya. Ini bermakna penyuruh bayar iaitu pengeluar cek boleh menamakan dirinya sebagai penerima atau mana-mana penerrima lain yang ditentukan sebagai penerima. Misalnya

Seksyen 9(2) ABP memperuntukkan bahawa apabila nilai yang dinyatakan dengan perkataan dan angka berbezza, nilai cek dalam perkataan ialah amauan yang kena dibayar. 3 (1918) AC 777 4 Keputusan kes dikenali sebagai Kaedah Macmilillan dan Arthur. Ia digunakan untuk cek-cek yang melibatkan pemalsuan, pengubahan/pindaan akibat kecuaian. 5 Seksyen 3(4) ABP-suatu bil bukan tidak sah oleh sebab ianya tidak bertarikh. 6 Seksyen 64(1) & (2)

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

kepada Bayar kepada Mohd Hanif atau Bayar kepada Maju Enterprise. Dalam keaddan ini penyuruh bayar boleh memalang cek tersebut secara am atau khas.

3.7

NOMBOR CEK Angka-angka yang terdapat di bahagian bawah cek adalah nombor cek di mana nombor individu cek biasanya terletak di bahagian bawah sebelah kiri cek dan diikuti dengan nombor cawangan bank dan nombor akaun pelanggan. Nombor indivvidu cek akan berbeza antara satu sama lain untuk mengelakkan pemalsuan atau pengklonan cek.

4.0

TUGAS BANK PEMBAYAR

4.1

Membayar menurut mandat penyuruh bayar iaitu pelanggannya. Bank pembayar hendaklah membayar suatu cek menurut seksyen 59 Akta Bil Pertukaran. Seksyen 59(1) ABP memperuntukkan bahawa bil adalah dilepaskan kerana pembayaran sewajarnya oleh atau bagi pihak penyuruh bayar. Pembayaran sewajarnya adalah dimaksudkan sebagai pembayaran dibuat pada atau selepas tempoh kematangan bil kepada pemegang dengan suci hati dan tanpa mengetahui hakmiliknya atas bil adalah cacat. Oleh itu jika pihak bank gagal membayar menurut mandat pelanggannya, bank boleh dikenakan tindakan untuk kecuaian dan konversi untuk cek.7

4.2

Bank juga hendaklah mengetahui tandatangan pelanggannya dan tidak akan diberi perlindungan jika membayar untuk tandatangan yang palsu. Pada masa yang sama pihak bank juga tidak perlu mengetahui tandatangan-tandatangan orang lain. Dalam keadaan ini Seksyen 60 ABP akan memberi perlindungan kepada bank jika jurubank membayar cek dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa perniagaan, yang membawa pengesahan yang palsu atau tanpa autoriti.

Seksyen 59(2)

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

4.3

Bagi cek-cek yang berpalang, perlindungan diberi kepada bank seolah-olah bank membuat pembayaran cek kepada pemunya asal. Perlindungan tersebut dinyatakan di dalam Seksyen 80 ABP iaitu jika pembayaran dibuat atas: i- cek yang dipalang secara am atau khas kepada jurubank; ii-dengan suci hati / kepercayaan sewajarnya; dan iii-tanpa kecuaian. Contoh: Ahmad mengeluarkan cek atas Bank X kepada Bakar. Bakar memalang cek tersebut. Cek itu dicuri oleh Daud, yang pergi ke Bank Y serta pura-pura mengaku sebagai Bakar dan membuka akaun di Bank Y. Bank Y mempersembahkan cek itu kepada Bank X yang telah membayar dengan suci hati dan tanpa kecuaian. Bank Y tidak bertanggungjawab terhadap Bakar Walau bagaimanapun Seksyen 80 tidak terpakai jika jurubank membayar cek dalam keadaan cuai dan tidak mematuhi mandat pelanggan.8

4.4

Perlindungan juga diberikan kepada jurubank yang membayar suatu cek yang tidak diindorskan atau diindors luar aturan, dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa perniagaan. Seksyen 82 Akta Bil Pertukaran memperuntukkan bahawa; Jika jurubank dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa perniagaan membayar cek yang dikeluarkan kepadanya yang tidak diindors atau dindirs luar aturan, dia tidak dalam melakukan sedemikian, dikenakan apa-apa liabiliti atas alasan semata-mata ketiadaan, atau aturan dalaman, pengindorsan dan dia disifatkan telah membayarnya dengan sewajarnya.

5.0

TUGAS BANK PEMUNGUT Bank Pemungut akan bertanggungjawab untuk memungut daripada bank penyuruh bayar untuk dikreditkan kepada akaun pemegang9 sesuatu cek. Dengan ini bank pemungut apabila menerima arahan bertanggungan jika gagal memungut apabila

8 9

Slingsby lwn District Bank (1932) 1 KB 544 Pemegang ialah penerima bayaran atau penerima indors cek, bil atau nota yang ada milikannya atau pembawa.

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

menerima arahan dan tersilap memungut bagi pelanggannya yang tidak berhak ke atas wang itu. Seksyen 85 Akta Bil Pertukaran memberi perlindungan kepada bank pemungut jika jurubank dengan suci hati dan tanpa kecuaian: iiimenerima pembayaran bagi pelanggan suatu suratcara telah mengkreditkan akaun pelanggan dengan amaun suratcara itu, atau menerima pembayaran bagi dirinya; dan iiipelanggan itu tiada hakmilik cacat kepada cek itu, jurbank tiada dikenakan apaapa liabiliti terhadap pemilik sebenar itu atas alasan telah menerima pembayaran itu. Seksyen 85 menetapkan beberapa syarat yang mesti dipatuhi oleh bank pemungut untuk mendapat perlindungan iaitu: iiiiiibagi pihak pelanggannya; dengan suci hati; tanpa kecuaian yakni dengan berhati-hati

6.0

NASIHAT SEMASA MENGGUNAKAN CEK

6.1

KENA BUAT

Tulis cek dengan jelas dan terang serta gunakan pena dakwat kekal seperti pena mata bulat. Pastikan tiada pindaan, pembetulan ataupun pemadaman di atas cek tersebut untuk mengelakkan cek tersebut dikembalikan. Tulis jumlah dalam perkataan berdekatan dengan perkataan Ringgit tanpa meninggalkan ruang di antara perkataan dan pastikan jumlah yang dibayar sentiasa diakhiri dengan perkataansahaja. Jumlah dalam angka hendaklah ditulis berdekatan dengan huruf RM dan ditulis dengan terang.

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Pastikan tiada cek dikeluarkan daripada buku cek tanpa pengetahuan anda dan pastikan cek yang rosak dimusnahkan sepenuhnya. Pastikan cek disimpan di tempat selamat dan berkunci serta jangan tinggalkan cek sama ada yang telah ditandatangani atau belum tanpa pengawasan. Semak sekerap mungkin bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan amaun cek yang telah dikeluarkan dengan penyata akaun anda. Laporkan kepada bank anda dengan segera sekiranya terdapat helaian cek yang hilang daripada buku cek atau sebarang percanggahan dalam penyata akaun anda. Pastikan akaun anda mempunyai dana yang mencukupi sebelum mengeluarkan cek. Bank anda tidak bertanggungjawab untuk menelefon anda apabila berlaku ketidakcukupan dana dalam akaun anda walaupun sesetengah bank mungkin berbuat demikian sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang diberi kepada para pelanggan. Apabila menghantar cek melalui mel menggunakan sampul surat bertingkap, pastikan sampul surat tersebut berkualiti baik. Ini akan mengelakkan cek daripada kelihatan apabila sampul surat diletakkan di bawah sinaran cahaya.

6.2

JANGAN BUAT

Menulis di bawah kawasan MICR (Magnetic Ink Character Recognition) bagi membolehkan penjelasan cek dibuat dengan lancar. Kawasan MICR selalunya berukuran 5/8 inci daripada bahagian bawah cek. Menandatangan sebarang cek kosong atau mengeluarkan sebarang cek kosong untuk pembayaran. Menggunakan mesin pencetak laser, pena mata tajam, pena boleh padam atau pensel atau teknik cetak lain yang mudah dipadam atau ditulis semula untuk menulis butiran di atas cek. Sekiranya anda menggunakan mesin taip, jangan gunakan reben yang boleh dibetulkan.
10

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Membuat pembayaran dalam mata wang asing menggunakan cek berdenominasi RM. Lipat, pin dan mengokot cek yang telah ditulis. Sekiranya cek tersebut dilipat, perkataan di atas cek yang selari dengan garisan lipatan mungkin akan terjejas. Di samping itu, lipatan tersebut mungkin menjejaskan kawasan MICR cek yang mana boleh menyebabkan cek tersebut ditolak oleh sistem pemprosesan cek. Cek tidak harus dikokot bagi mengelakkan cek tersebut daripada terkoyak tanpa disengajakan.

7.0

SEBAB-SEBAB CEK DIKEMBALIKAN Bank anda akan menolak untuk membayar cek yang dikeluarkan oleh anda atas sebab-

sebab berikut: Ketidakcukupan dana dalam akaun untuk membayar cek tersebut Ketiadaan tandatangan Tandatangan tidak serupa dengan spesimen tandatangan yang terdapat di dalam rekod bank Cek tarikh hadapan Cek luput (cek bertarikh lebih daripada 6 bulan) Jumlah dalam perkataan dan nombor berbeza Pindaan ke atas cek (Nota: Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan) Arahan henti bayar telah dikeluarkan

11

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Akaun ditutup atau akaun "ditahan atas sebab undang-undang" Cek-cek yang ditolak akan dikembalikan kepada pemegang akaun. Pengeluar cek akan dikenakan fi oleh bank untuk membayar sebahagian daripada kos pentadbiran yang terlibat.

8.0

ARAHAN HENTI BAYAR

Sekiranya cek yang dikeluarkan oleh anda tidak dapat dikesan, anda boleh mengelakkan pembayaran ke atas cek tersebut dengan memberi arahan henti bayar kepada bank anda. Anda boleh memberikan arahan henti bayar melalui telefon tetapi bank anda mungkin akan meminta anda mengesahkan arahan henti bayar secara bertulis. Di samping itu, anda akan dikenakan fi untuk perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengeluarkan arahan henti bayar kerana ketidakcukupan dana dalam akaun, anda akan dikenakan denda. Sekiranya anda berulangkali mengeluarkan arahan henti bayar apabila akaun anda tidak mempunyai dana yang mencukupi, akaun anda mungkin akan ditutup oleh bank. Tindakan sebegini diambil untuk memastikan cek diterima sebagai kaedah pembayaran yang boleh dipercayai.

9.0

PENYIMPANAN REKOD Bank anda akan memberi anda penyata akaun bagi membolehkan anda memeriksa

transaksi-transaksi yang telah berlaku tetapi penyata akaun tidak menunjukkan baki terkini akaun anda. Biasanya, penyata akaun hanya menunjukkan transaksi-transaksi terdahulu dan tidak termasuk transaksitransaksi yang dibuat selepas tempoh yang dirujuk dalam penyata akaun terbabit. Anda seharusnya menyimpan semua rekod deposit dan pengeluaran wang untuk mengira baki semasa akaun anda.

12

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

10.0

BIBLIOGRAFI

WEBSITE
http://kalyan-city.blogspot.com/2011/02/what-is-cheque-definition-kinds-and.html http://www.nab.com.au/wps/wcm/connect/nab/nab/home/Personal_Finance/15/16/9/ http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=103&pg=457&ac=590&lang=bm http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2004/cp05_rencana_01.pdf http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2008/cp04.pdf

13

GLUL2023 - UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

14

Anda mungkin juga menyukai