Anda di halaman 1dari 24

Disediakan Oleh: Low Siu Cheng Ng Sing Yee Yvonne Chua

Kanak-kanak belajar melalui proses main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji dengan lebih mendalam tentang sesuatu permainan dan hasil kajian mereka.

1. Motivasi intrinsik (intrinsic motivation)


Keinginan untuk bermain berlaku secara semulajadi dan datang dari dalam diri individu itu sendiri. Seringkali kanak-kanak bermain untuk keseronokan dan kepuasan diri, bukannya disebabkan oleh ganjaran luar.

2. Bebas untuk memilih (freedom of choice)

Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang dari keputusan kanakkanak sendiri. Kanak-kanak sendiri pilih apa, cara dan bila hendak bermain. Dengan itu kanakkanak dapat meneroka cara bermain serta menjelajah alam sekeliling serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Peranan guru ialah untuk menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dengan sekatan yang minima.

3. Proses penyesuaian yang menyeronokkan (pleasure adaptation)


Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-lain peranan yang dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolik seperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lain menyediakan peluang kepada kanakkanak membuat penyesuaian yang menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar masyarakatnya.

4. Penglibatan Aktif (active involvement)


Apabila kanak-kanak bermain, pergerakan badan diperlukan. Mereka menggunakan motor kasar dan motor halus. Mereka juga membuat manipulasi terhadap bahan-bahan. Mereka melibatkan diri secara aktif berinteraksi dengan rakan dan persekitaran.

5. Penerokaan (exploration)

Kedua-kedua jenis main, sosial dan kognitif, terdapat ciri penerokaan seperti meneroka alat permainan, tempat permainan, cara berkomunikasi, dan persekitaran. Setiap peristiwa/ bahan/ rakan merupakan pengalaman baru dan mempunyai kelainan Membuka dan memasang alat permainan merupakan penerokaan. Kanak-kanak meneroka cara menggunakan fungsi alat permainan dengan efisien. Aktiviti berlari, memanjat, melompat dan membuai di taman permainan merupakan penerokaan persekitaran fizikal dari segi ruang, jarak, kelajuan dan arah.

6. Simulasi (Simulation)
Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai situasi sebenar. Lakonan dan main peranan yang disediakan dengan kostum dan props yang mirip kepada senario sebenar dapat memberi kefahaman dan penghayatan pelakon (kanak-kanak) merasakan watak yang dimainkan.

Main Sosial

Main Kognitif Main Sosiodramatik Main Bebas

Permainan

Main di luar Bilik Darjah

Mildred Parten (1932)

Main Sosial
Unoccupied Play Solitary Play Onlooker Play Parallel Play Assosiative Play

a) Unoccupied Play

Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain.
Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapa pun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan.

b) Solitary Play

Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

c) Onlooker Play

Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanakkanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.

e) Assosiative Play

Kanak-kanak berinteraksi dengan kanakkanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

f) Cooperative Play

Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.

Practice Play/ Functional Play Symbolic Play

2. Main Kognitif (Piaget, 1962)

Play With Rules Constructive Play

a) Practice Play/ Functional Play

Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnya bermain lego dimana kanakkanak dapat membuat bermacam-macam binaan dengan menggunakannya.

b) Symbolic Play

Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukar sesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadi sesuatu yang lain dari dirinya. contohnya seperti berlagak menjadi seekor binatang ataupun kanak-kanak menganggap sesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermainan menggunakan blok sebagai kereta.

c) Play With Rules

Dalam permainan ini, kanak-kanak bermain berdasarkan peraturan yang telah mereka gariskan ataupun berdasarkan peraturan yang diterima umum untuk bermain permainan tersebut. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.

d) Constructive Play

Permainan ini merupakan perkembangan daripada permainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak bermain dengan memanipulasikan bahan permainan kemudian menggunakan bahan tersebut untuk mencipta dan membina sesuatu objek.
Permainan ini merupakan permainan yang melibatkan mencipta sesuatu objek.

Main simbolik ini menjadi lebih jelas kelihatan semasa peringkat perkembangan pra-operasi di mana kanak-kanak pada peringkat ini mula mengganti sesuatu objek dengan seuatu yang lain. Permainan ini biasanya melibatkan aktiviti harian atau peristiwa yang sebenar dalam kehidupan seharian di mana dalam permainan ini kanakkanak memegang sesuatu peranan kemudiannya melakonkannya. Contohnya seperti kanak-kanak mengisytiharkan dirinya sebagai bomba, pegawai polis, superhero dan sebagainnya.

Dalam permainan ini kanak-kanak diberi kebebasan untuk bermain beberapa jenis permainan yang disediakan oleh guru. Permainan ini diadakan dalam kelas atau di luar kelas. Ketika permainan ini dijalankan ada kanakkanak yang melibatkan diri secara langsung dan ada juga yang hanya memerhati. Permainan ini boleh menggalakkan kanakkanak untuk berinteraksi dengan aktiviti yang menarik, alat-alat permainan dan orangorang di sekelilingnya.

Merupakan permainan yang dilakukan diluar bilik darjah samada dipadang ataupun di taman permaianan. Permainan ini meningkatkan perkembangan otot, koordinasi badan, perkembanagan penguasaan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti. Guru hendaklah merancang supaya aktiviti yang dilakukan dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak.

Noriati A. Rashid, & B. P. (2009), Murid Dan Alam Belajar, Selangor, Oxford Fajar. Ciri-ciri dan Jenis Main. (t.t). Didapatkan 06 22, 2013, daripada Scribd: Ciri-ciri Main. (2012, 10). Didapatkan 06 22, 2013, daripada Dunia Pendidikan IPG:

http://www.scribd.com/doc/62266819/Ciri-ciri-Dan-Jenis-Main

http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2012/10/ciri-cirimain.html

Mabjip. (2009, 06). Jenis-dan Ciri-ciri Main. Didapatkan 06 23, 2013, daripada Blogspot:

http://mabjip.blogspot.com/2009/06/jenis-dan-ciri-cirimain.html