Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Sains

Blog ini berkisar tentang Kemahiran Sains bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran sains oleh guru Sains, guru pelatih dan murid. FRC akan mengemukakan maklumat tentang kemahiran Sains dan juga beberapa prosedur eksperimen atau aktiviti Sains. Kemahiran Sains yang terkandung dalam aktiviti Sains akan dikenal pasti untuk perbincangan umum. Justeru kami mengharapkan para pendidik dapat memberi pandangan dan idea. Perbincangan dialu-alukan dalam forum blog ini.
SATURDAY, 23 APRIL 2011

Kemahiran Mengeksperimen
12. Kemahiran Mengeksperimen Takrif menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan

Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains. Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar. Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat

kesimpulan atau keputusan. Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah disediakan kepada anda. Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat yang perlu ada ialah 1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji 2.Penyataan hipotesis yang diuji 3.Penyataan tentang pembolehubah 4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan 5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan 6.Graf jika berkaitan 7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah 8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada hipotesis diterima atau disangkal. Aktiviti 1.

Dengan menggunakan bahanbahan yang dipaparkan: 1 gabus,6 keping plastik sebagai kipas roda,1 pisau,1 lidi satay, 2 botol air mineral, salur getah dan corong 1. Bina satu roda air. Berhati-hati semasa menggunakan pisau untuk memotong gabus.

2. Kaji dua faktoryang mempengaruhi kadar pusingan roda air.

3. Nyatakan secara terperinci

semua kemahiran proses sains yang terlibat dalam eksperimen ini.

2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah) seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli, Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza. Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara

terperinci.

Posted by FRC at 01:04 6 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook MONDAY, 18 APRIL 2011

Kemahiran Membina Hipotesis


11. Kemahiran Membina Hipotesis Takrif membuat generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan inferens.

Kemahiran membina hipotesis bergantung kepada kebolehan anda dalam .....

1. membuat pemerhatian yang tepat dan menerangkannya secara terperinci atau merekodkan pemerhatian dalam bentuk gambar rajah, jadual dan graf. 2. mentafsir inferens dan data secara tepat 3. mengenalpasti pola, ciri-ciri sepunya dan 'trend' dalam maklumat 4. membuat penerangan tentang pemerhatian , inferens dan data 5. memberi sebab yang munasabah terhadap setiap hipotesis 6. merancang dan menjalankan eksperimen untuk setiap hipotesis 7. membanding dan membeza data yang menyokong dan tidak menyokong sesuatu hipotesis 8. menyemak hipotesis dengan dapatan ujikaji 9. membezakan inferens daripada hipotesis Bila dan mengapa perlu membina hipotesis? 1.Hipotesis dibina sebelum penyiasatan atau eksperimen. 2.Hipotesis membimbing pelajar dalam menentukan data yang akan dikumpul dalam eksperimen.

3.Hipotesis yang boleh diuji membantu pelajar merancang eksperimen, iaitu dalam merancang prosedur eksperimen, alat komunikasi yang akan digunakan dan cara bagaimana menganalisis data. 4.Kemahiran berfikir secara kritis diterap semasa menentukan perkaitan antara pembolehubah. 5.Hipotesis menjadi panduan semasa langkah membuat kesimpulan logikal di akhir eksperimen Bagaimana membina hipotesis? Kenal pasti pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar Tulis satu penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Perlu nyatakan bagaimana pembolehubah yang pertama mempengaruhi pembolehubah kedua. Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian Anda pernah memerhati bahawa gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian tersebut anda mungkin membina hipotesis, "Semua bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk" Hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian perlu diuji berkali-kali dengan menggunakan pelbagai bahan untuk menetusahkan hipotesis tersebut. Bahan yang diketahui larut dalam air dimasukkan dalam bekas berisi air panas dan bekas berisi air sejuk. Masa untuk melarut dicatat. Jika masa untuk melarut dalam air panas sama dengan atau lebih lama daripada masa melarut di dalam air sejuk, maka hipotesis tidak

disokong oleh dapatan eksperimen. Hipotesis perlu diubahsuai atau diganti baru seperti, "Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk" Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan inferens

Sebatang paku dililit dengan dawai bergelung yang dipasang pada bekalan elektrik. Apabila arus mengalir di dalam dawai bergelung, paku itu dapat menarik klip kertas. Jika bilangan lilitan ditambah bilangan kertas klip yang melekat pada paku turut bertambah. Inferens yang mungkin anda buat ialah apabila bilangan lilitan gegelung bertambah, lebih banyak klip kertas yang ditarik oleh paku kerana kekuatan medan elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens ialah, "Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."

Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau menyangkal hipotesis tersebut. Bagaimana menilai hipotesis anda? Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.

Aktiviti Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasak kentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.

Posted by FRC at 20:17 11 comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi


10. Kemahiran mendefinasi secara operasi Takrif memberi takrifan kepada pembolehubah dengan memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati dan mengukur perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah itu.

Untuk menentukan pembolehubah yang akan anda definisi secara operasi, anda perlu menyoal, "Adakah terdapat alat pengukur untuk mengukur perubahan ke atas pembolehubah ini?" Jika tidak ada alatan yang khusus, pembolehubah itu perlu didefinisi secara operasi. Kemahiran mendefinisi secara operasi boleh digunakan untuk pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah yang bergerak balas. Definisi yang diberi boleh berbeza antara seorang pengkaji dengan pengkaji lain walaupun mereka merujuk kepada pembolehubah yang sama. Contoh Mendefinisi secara operasi "pertumbuhan anak pokok"

Anda boleh mendefinisinya sebagai ......... 1.Ketinggian anak pokok iaitu jarak dari aras tanah ke pucuk daun yang tinggi sekali. Anda perlu menggunakan pembaris meter atau pita pengukur untuk mengukur ketinggian tersebut setiap lima balas hari. Perbezaan ukuran akan mewakili pertumbuhan anak pokok. atau 2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat pertumbuhan pada anak pokok. atau 3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur. Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu. Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah. atau 4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses pertumbuhan. Aktiviti Anda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada 1. kadar penyejatan air 2. bahan yang larut dalam air
Posted by FRC at 11:46 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kemahiran Mengawal Pembolehubah

9. Kemahiran Mengawal Pembolehubah Takrif mengenal pasti dan mengendali semua faktor atau pembolehubah yang boleh memberi kesan kepada hasil eksperimen. Hanya satu pembolehubah sahaja yang diubah secara sistematik sepanjang eksperimen sementara pembolehubah lain ditetapkan untuk menjamin kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Tiga jenis pembolehubah: 1. Pembolehubah yang dimanipulasi atau pembolehubah tidak bersandar - pembolehubah yang sengaja diubah secara sistematik untuk menghasilkan perubahan kepada pembolehubah lain. 2. Pembolehubah bergerak balas atau pembolehubah bersandar pembolehubah yang berubah akibat daripada perubahan pada pembolehubah lain. Pembolehubah ini diperhatikan sepanjang eksperimen. 3. Pembolehubah malar atau pembolehubah tetap - pembolehubah yang dikekalkan tanpa sebarang perubahan sepanjang eksperimen. Pembolehubah ini boleh mempengaruhi pembolehubah bergerak balas tetapi ditetapkan nilai atau keadaannya supaya kesannya ke atas semua percubaan ujian adalah sama dan boleh diabaikan. Oleh itu ahli sains hanya mengkaji hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Pembolehubah perlu dikenalpasti sebelum memulakan eksperimen supaya anda dapat menentukan ....... apa yang akan diukur atau diubah / pembolehubah manipulasi) bagaimana mengukur pembolehubah manipulasi apakah yang akan diperhatikan dalam eksperimen / pembolehubah bergerak balas bagaimana mengukur pembolehubah bergerak balas

apakah faktor-faktor yang dikekalkan sepanjang eksperimen Contoh Sebuah elektromagnet dapat menarik lebih banyak klip kertas jika bilangan sel kering bertambah di dalam litar. Bilangan sel kering boleh diubah untuk menentukan kesannya kepada elektromagnet. Pembolehubah yang dimanipulasi : bilangan sel kering dalam litar Pembolehubah bergerak balas : bilangan klip kertas yang tertarik kepada elektromagnet Pembolehubah malar : jenis bateri, saiz dan panjang dawai, jenis litar, saiz dan jenis klip kertas, prosedur untuk menarik klip kertas Aktiviti Anda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air. Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana ia mempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas

Posted by FRC at 10:27 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa


8. Kemahiran Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa Takrif
Menghuraikan perubahan parameter dengan masa. Contoh parameter seperti lokasi,arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim. contoh Amin meletakkan ais ke dalam bekas dan suhu ais diukur setiap 5 minit. Amin merekodkan Pemerhatian di dalam jadual 1.

Jadual 1
Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan

keputusan.
Posted by FRC at 08:47 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook SATURDAY, 16 APRIL 2011

Kemahiran Mentafsir Maklumat


7. Kemahiran Mentafsir Maklumat Takrif memberi penerangan tentang pola/ perhubungan berdasarkan maklumat yang dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatian yang telah dibuat Secara umumnya, perihalkan maklumat yang tersurat dan cari maksud yang tersirat. Masihkah anda ingat dengan dua jadual di bawah ini?

Soalan yang perlu dicari jawapannya... Apakah yang diwakili oleh setiap lajur? Apakah kecenderungan menurun setiap lajur? Apakah perkaitan antara lajur-lajur tersebut?

Posted by FRC at 02:50 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Kemahiran Berkomunikasi
6. Kemahiran Berkomunikasi Takrif memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain. Jika anda mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi maklumat maka anda sedang berkomunikasi.

Anda juga berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana.......


berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu maksud. merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan. melukis dan mengambil nota. menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol. menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat. menyoal dengan jelas. menggunakan rujukan. menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan mencubanya.

Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu tindakan, objek atau peristiwa ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1 Contoh

Perihalkan A, B ,C dan D.. Alat komunikasi bagi A adalah simbol, B adalah carta ,C pula jadual manakala D adalah graf
Aktiviti. Anda cuba menenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. Ulang langkah ini dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. Rekod pemerhatian menggunakan grafik yang sesuai. Objek yang disenarai seperti span(sponge), duit syiling, belon, kain towel dan botol plastik kosong bertutup.

Posted by FRC at 02:40 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook