Anda di halaman 1dari 7

ESEI (2086) Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina

dan India. Ketiga-tiga etnik ini mempunyai perbezaan antara

kepercayaan, budaya dan adat resam. Namun begitu, pendidikan yang diterima adalah sama bagi ketiga-tiga etnik tersebut. Oleh itu, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting sekali. Bilik darjah ialah tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. Guru memainkan peranan yang penting untuk menyediakan persekitaran bilik darjah mesra budaya bagi murid yang pelbagai etnik ini. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat dibentuk dengan menyediakan persekitaran fizikal yang baik dan berkesan. Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keharmonian di dalam bilik darjah yang pelbagai budaya. Pada abad ini, persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah amat penting, lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Ini kerana sensitiviti setiap kaum perlu dijaga supaya tidak menimbulkan rasa ketidakselesaan dalam bilik darjah. Bilik darjah ialah tempat di mana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyai kelengkapan asas fizikal seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenyataan. Sekolah-sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikut keperluan sesebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantu melicinkan pengurusan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan natijah yang baik dan sempurna. Bilik darjah adalah bilik di mana sekumpulan murid mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru dan berinteraksi antara satu sama lain di dalamnya. Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh itu terdapat pelbagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya tertakluk kepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Persekitaran bilik darjah mesra budaya adalah persekitaran yang meliputi aspek kemudahan prasarana dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif yang mengambil kira keunikan pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Kepimpinan

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

di sesebuah sekolah dan bilik darjah adalah faktor penentu kewujudan bilik darjah yang mesra budaya dan kondusif bagi menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran di dalam kelas akan aktif jika guru dan murid saling berinteraksi dan memberi pendapat masing-masing. Sistem pengajaran secara autokratik tidak seharusnya diamalkan oleh guru kerana murid-murid tidak dapat mengembangkan idea mereka dengan lebih luas dan mendalam. Bilik darjah merupakan tanggungjawab yang besar untuk murid dan guru dalam proses mengharmonikan kelas itu. Guru perlu memberi peluang murid-murid untuk berdikari dan mengetahui hak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara tidak langsung akan melahirkan muridmurid yang bermotivasi, bekerjasama, berkeyakinan tinggi dan semangat perkauman tidak akan wujud. Contohnya murid-murid yang berlainan latar belakang akan

berbincang bersama bagi menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Guru berperanan mengajar dan mendidik murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Ini mempengaruhi tindakan dan kefahaman murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mestilah bijak menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah dan menjaga perlakuan dan tutur kata yang bebas dan tidak berbaur perkauman dan sensitiviti agama semasa penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru haruslah membimbing murid ke arah kecemerlangan yang bersesuaian dengan mereka. Guru yang tidak mengambil peduli akan menjadikan objektif pembelajaran tidak tercapai dari fizikal dan kognitif. Tugas guru bukan hanya terhenti di bidang akademik, tetapi mengambil berat masalah emosi dan bagaimana untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid-murid yang pelbagai etnik. Tiada istilah pilih kasih antara guru dan murid. Guru juga sebagai fasilitator tidak boleh

membeza-bezakan warna kulit. Setiap murid berhak mendapat kesamarataan dalam pengajaran guru.

Hubungan yang terbina atas dasar saling mempercayai dan menghormati akan menghasilkan suatu persektaran emosi dan sosial yang kondusif. Guru tidak hanya meminta murid mempercayai dan menghormatinya sebagai guru tetapi guru juga

mempercayai dan menghormati murid-muridnya tanpa membeza-bezakan mereka. Guru memberikan kepercayaan kepada semua murid yang berlainan bangsa untuk melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Guru memberikan kepercayaan untuk murid bertindak balas dan memilih proses pembelajaran yang diminati dengan bantuan dan nasihat guru. Guru juga harus menghormati hak murid-muridnya dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dengan bersikap adil dan bertanggungjawab tanpa pilih kasih. Sikap ini akan menjadi contoh yang baik kepada murid dan akan mendorong murid untuk bekerjasama tanpa mengira kaum. Ketidakadilan guru dalam mengajar di dalam kelas akan menjadikan kelas tidak harmoni dan timbul sikap prejudis. Guru perlu mengetahui hak murid untuk belajar dan mencapai kejayaan mengikut kebolehan masing-masing tanpa mengira kaum. Selain

itu, kejayaan murid juga berkaitan kesihatan dan emosi. Jika kesihatan dan emosi mereka tidak stabil maka prestasi pembelajaran juga akan terganggu secara keseluruhannya. Murid-murid memerlukan motivasi dan rangsangan secara berterusan dari guru mereka tanpa ada sikap prejudis terhadap etnik. Segala usaha yang dilakukan oleh guru di dalam kelas akan diperhatikan oleh murid. Oleh itu, guru yang menunjukkan perangai yang tidak positif akan memberi

kesan negatif dalam diri murid-murid. Ini kerana guru dianggap contoh teladan yang baik di kalangan murid-murid. Contohnya, guru menunjukkan bagaimana cara untuk

berkomunikasi dengan murid-murid yang pelbagai kaum tanpa pilih kasih. Selain itu, guru harus menunjukkan contoh dari segi semangat, emosi dan nilai-nilai murnni sepanjang berada bersama-sama murid yang pelbagai kaum. Sebagai seorang ketua di dalam bilik darjah, guru harus mengambil perhatian yang serius untuk menceriakan kelas tersebut. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lembap dan tidak konsisten. Dari aspek fizikal, persekitaran kelas yang bersih dan kemas akan mendorong murid-murid untuk belajar dalam suasana yang sihat. Guru perlu menitik beratkan pandangan murid untuk menghasilkan tempat dan suasana pembelajaran yang selesa. Murid-murid harus belajar bagaimana untuk

menghormati satu sama lain dan membuat kerja kumpulan bagi meningkatkan lagi kemahiran sosial mereka tanpa mengira kaum. Masalah pertuturan dalam kalangan murid Cina kefahaman konsep. dan India mempengaruhi

Ini mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran guru.

Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dan teknik supaya pemahaman konsep dapat diterapkan dengan mudah, jelas dan tepat. Masalah aspek bahasa dan

pertuturan, menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak sampai sepenuhnya BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 3

kepada murid. Guru perlu peka terhadap murid yang mempunyai masalah berbahasa. Bagi mengatasi masalah ini, murid perlulah lebih kerap berinteraksi antara satu sama lain menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Malaysia. Ini dapat memantapkan lagi pertuturan mereka. Sebuah bilik darjah yang menekankan semangat kekitaan antara murid-muridnya yang pelbagai kaum akan mempunyai semangat kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi terhadap bilik darjah mereka. Mereka saling membantu dan bekerjasama untuk meningkatkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran mereka. Murid-murid yang mempunyai pengurusan kendiri dan rasa kepunyaan yang tinggi terhadap bilik darjah masing-masing akan mematuhi peraturan dan rutin yang telah ditetapkan bersama. Mereka akan membantu guru untuk mengekalkan keharmonian di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2010), guru berkomunikasi dan menyampaikan mesej dengan betul dan diterima oleh murid-muridnya menghasilkan komunikasi yang berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar. Di dalam kelas, murid melihat gurunya sebagai seorang yang perlu dihormati dan pada masa yang sama mereka boleh berkongsi pendapat dan masalah. Murid juga mempunyai ruang untuk berkomunikasi dengan guru tanpa ada perasaan prejudis dan berat sebelah. Guru senang didekati tetapi mempunyai batasan tertentu yang perlu dihorati oleh murid-muridnya. Hubungan antara murid juga berjalan di atas landasan yang sama. Mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain serta sebarang masalah yang timbul dapat diluahkan oleh mereka dan mendapatkan bimbingan daripada guru. Suasana yang harmoni ini akan menyenangkan guru mengawal perjalanan bilik darjah serta memungkinkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pelan lantai bilik darjah bermaksud lakaran kasar mengenai susunan di dalam bilik darjah. Pelan lantai ini membantu dalam membentuk persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Dengan adanya pelan lantai, dapat membantu guru dalam

memaksimumkan penggunaan bilik darjah. Pelan lantai juga dapat membantu guru dalam susun atur tempat duduk murid. Susun atur tempat duduk perlulah sama rata dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak dikelompokkan sesuatu etnik dalam satu kumpulan. Ini secara tidak langsung dapat memupuk suasana mesra budaya di dalam bilik darjah. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 4

Kebersihan merupakan faktor dalam mempengaruhi keselesaan murid di dalam kelas. Kebersihan sesebuah bilik darjah itu dapat mencerminkan nilai keperibadian anggota di dalamnya. Kebersihan fizikal mempengaruhi kebersihan mental dan jiwa manusia yang akan menimbulkan kedamaian dan keselesaan. Guru perlu memupuk semangat bergotong-royong dan budaya menjaga kebersihan kelas tanpa mengira kaum. Selain itu, guru perlu memastikan murid mematuhi rutin bertugas yang telah ditetapkan. Pertandingan bilik darjah juga diadakan bagi memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan murid. Pencahayaan dan pengudaraan merupakan aspek penting dalam perancangan sesebuah susun atur bilik darjah yang kondusif. Langsir perlu juga dipasangkan di Sistem

tingkap untuk mengelak masalah silau dan menjaga kesihatan mata murid.

pengudaraan juga perlu diberi perhatian untuk mendapatkan bekalan udara yang bersih. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit dan menjadikan murid dalam keadaan sihat dan selesa. Kerusi dan meja murid yang disusun mestilah dalam perhatian guru supaya guru dapat bertindak dengan cepat sekiranya murid perlukan bantuan. Susunan kerusi dan meja juga mudah diubah supaya dapat disesuaikan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kerja berkumpulan dan keadaan disiplin murid terkawal. Susunan yang lebih teratur menjadikan ruang kelas lebih luas. Murid dapat belajar dengan

selesa dan berinteraksi dengan rakan. Kedudukan papan hitam yang digunakan adalah sangat sesuai dan dapat dilihat dengan mudah oleh murid-murid. Murid dapat

menumpukan perhatian kepada satu arah sahaja semasa pengajaran berlangsung. Susunan ini penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Hiasan bilik darjah adalah berkaitan dengan keceriaan bilik darjah. Bagi mewujudkan

persekitaran mesra budaya, murid diberi perluang untuk menentukan hiasan yang perlu diletakkan di dalam kelas seperti mural, rutin harian dan langsir. Ini akan memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan murid dan mereka berasa dipercayai dan dihargai. Mural boleh dilukis di dalam atau di luar bilik darjah. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural itu terdiri daripada budaya pelbagai etnik di malaysia seperti perayaan, pakaian dan makanan. Rutin harian bilik darjah disediakan secara bergilirgilir oleh murid. Ini adalah penting untuk mengekalkan kecerian bilik darjah. Guru pula BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 5

perlu memastikan murid yang bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberikan. Sudut dan ruang bacaan diletakkan di sudut kiri belakang bilik darjah. Sudut ini dilengkapi dengan rak dan meja serta permaidani untuk murid-murid membaca di masa terluang. Sudut ini dilihat dapat memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan bacaan secara sendiri atau bersama rakan-rakan membaca. bagi menggalakkan budaya

Susunan yang menarik serta kemas di sudut bacaan ini dapat menarik

perhatian dan mempengaruhi emosi positif murid untuk singgah dan membaca bukubuku yang disediakan. Bahan bacaan terdiri daripada buku-buku berbentuk ilmiah, kepelbagaian etnik, sains fiksyen, cerita dongeng dan sebagainya. Bahan bacaan yang disediakan perlulah mudah difahami dan bahan bacaan yang bergambar adalah lebih baik untuk memberi gambaran yang lebih jelas. Diharapkan dengan adanya sudut bacaan, murid-murid Ini dapat mengeratkan

dapat berkongsi pengalaman di antara satu sama lain.

hubungan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ruang dan sudut pembelajaran multimedia disesuaikan dengan perkembangan terkini mengutamakan pemikiran kreatif dan kritis. Penggunaan ini akan menjadikan pengajarn guru lebih menarik dan

menyeronokkan. Ruang dan sudut multimedia diletakkan berhampiran dengan meja guru untuk memudahkan guru membuat pemantauan. mengelakkan penyalahgunaan teknologi terkini. mengelakkan kerosakan daripada berlaku. melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi. Di belakang bilik darjah, terdapat beberapa sudut pembelajaran yang disediakan. Sudut pembelajaran tersebut meliputi dua bahagian iaitu sudut pembelajaran berbentuk ilmiah dan sudut pembelajaran bukan ilmiah. Sudut pembelajaran ilmiah bermaksud sudut yang menempatkan subjek-subjek pembelajaran. Sudut pembelajaran bukan Ini adalah penting untuk

Selain itu, ia penting untuk

Ini kerana kemudahan yang dibekalkan

ilmiah merupukan sudut yang tidak berkaitan dengan pembelajaran murid tetapi dapat memberi pengetahuan baru. Contohnya, sudut budaya, sudut sejarah dan sudut

patriotik. Sudut pembelajaran ilmiah dapat membantu murid membuat ulangkaji terhadap subjek-subjek yang telah dipelajari. Melalui sudut pembelajaran bukan ilmiah, murid akan dapat pendedahan mengenai kepelbagai agama, adat dan budaya dari kepelbagaian etnik di Malaysia. Ini secara tidak lansung dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti menghormati budaya etnik lain.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Selain itu, aktiviti-aktiviti melalui media interaktif disediakan di setiap sudut tersebut untuk menarik minat murid. Melalui aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat meningkatkan pemahaman murid. Sudut pembelajaran yang disediakan akan sentiasa diperbaharui mengikut perkembangan pembelajaran murid. Ini juga bertujuan untuk

menarik murid serta menggalakkan murid untuk sentiasa berkunjung ke sudut pembelajaran yang disediakan. Secara keseluruhannya, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat mempengaruhi pembelajaran murid-murid. Namun begitu, guru-guru juga haruslah merancang dan menyusun bilik darjah yang kondusif dan supaya suasana pembelajaran kanak-kanak selesa dan menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, peraturan dan rutin kelas perlu jelas agar murid dapat memahami dengan mudah dan pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara lancar. Tambahan lagi, guru juga perlu bijak mengatur strategi supaya dapat mengatasi isu-isu yang mungkin timbul dalam bilik darjah terutama yang menyenyuh sensitiviti kau. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa objektif pembelajaran dapat dicapai oleh guru jika menggunakan kaedah susun atur yang menarik serta menyeronokkan seperti kelas yang kondusif dan mesra budaya.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Anda mungkin juga menyukai