Anda di halaman 1dari 14

1.Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca. 1.

0 PENDAHULUAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Selain itu, membaca juga adalah kunci khazanah bagi menentukan kehidupan seseorang itu maju atau mundurnya dari segi pemikirannya. Oleh itu, melalui pembacaan seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi sumber-sumber lain.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk membantu guru supaya memahami dan mendalami pendekatan bertema untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran di samping dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Kajian ini juga adalah untuk mengetahui implikasi-implikasi terhadap para pelajar. Selain, itu objektif kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui peranan-peranan yang dimainkan oleh guru dalam menjalankan tanggung jawab demi untuk memartabatkan bidang pendidikan di kaca mata masyarakat dunia. 3.0 KAEDAH KAJIAN

Kertas kerja ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan laman web. Bahan-bahan rujukan yang digunakan berupa buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal dan bahanbahan lain yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. 4.0 PENGERTIAN MEMBACA

Membaca mempunyai pengertian tertentu mengikut pemikiran seseorang pengkaji bahasa. Atan Long (1978) mendefinisikan membaca sebagai proses mentafsir kembali lambang bertulis dan mendapat makna, konsep dan buah fikiran daripada bahasa bertulis yang disampaikan oleh penulis. Lambang bertulis atau perkataan itu bukan sahaja diterjemahkan

kepada bunyi suara, malah lebih daripada mengenal lambang grafik. Pembaca akan mempertalikan lambang(tulisan) yang dibaca dengan makna perkataan yang disebut. Menurut Smith dan Johnson (1980), aspek utama bagi proses membaca ialah wujudnya komunikasi, di mana telah berlaku pertukaran idea antara pembaca dan penulis. Mereka juga berpendapat bahawa seseorang itu tidak membaca jika tidak berjaya mendapatkan mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, membaca dapatlah ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk bunyi. Terdapat beberapa teknik membaca yang sering dikaitkan dengan membaca kritis. Penggunaan teknik yang bersistem dan melibatkan proses pemikiran kritis dalam usaha mendapat makna teks sering digunakan dalam pembacaan. Teknik membaca yang dianjurkan ini mempunyai kekuatan dan kekurangannya. Pelbagai kaedah dan teknik telah digunakan untuk meningkatkan kemahiran membaca (Noor Fazrina Kamal, 2007) . Salah satu adalah dengan menggunakan teknik KWLH . 5.0 Teknik KWLH

Teknik KWLH ini diperkenalkan oleh Donna Ogle (1986) . Perdasarkan pengetahuan lalu pelajar, teknik KWLH dapat membantu pelajar mengaktifkan pemikiran pelajar ketika membaca. KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;

K (know) W (want) L (learned) membaca) H (how)

Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak dipelajari semasa membaca (selepas Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang

berkaitan dengan tajuk yang dibaca Apa yang jelas dari penerangan tersebut KWLH ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca perlu:

mengingat dahulu apa yang telah diketahui , membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan , mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan seterusnya menentukan apa lagi yang perlu diperoleh.

Teknik pembacaan akan KWLH ini bertujuan membolehkan pelajar i. ii. iii. iv. v. Membaca secara kritis, Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan apa yang dibaca, Mengaitkan minat membaca perkara-perkara yang hendak diketahui, Menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH. Jadual : Proses Membaca Menggunakan Teknik KWLH How (H) Learned (L) Apa lagi maklumat Apa yang telah tambahan dipelajari/diperoleh? diperlukan? Pelajar dikehendaki Pelajar dikehendaki mencatatkan isi mencatat bagaimana, penting yang bila, dan di mana diperolehi daripada untuk mendapatkan bacaan yang dibaca maklumat yang belum berdasarkan tajuk/teks lengkap berdasarkan yang diberi. Pelajar teks/bahan yang menjawab soalan yang diberi. Pelajar boleh dibina sendiri. membuat cadangan

Know (K) Apa yang sudah diketahui?

Want (W) Apa yang hendak diketahui?

Pelajar dikehendaki Pelajar dikehendaki mencatat perkara mencatatkan /maklumat yang sudah maklumat/perkara diketahui berdasarkan yang ingin diketahui tajuk/perkara yang lebih lanjut hendak dibincangkan berdasarkan tajuk/perkara yang dibaca. Catatan berdasarkan soalan.

untuk merujuk sumber lain.

6.0

Rancangan Pengajaran Harian Menggunakan Teknik KWLH : Bahasa Melayu : 5 Bestari : 30 orang : Kesusasteraan : Usaha Tangga Kejayaan : 22 Mac 2010 : 7.30 8.30 pagi (60 minit) : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1) Membaca cerita Usaha Tangga Kejayaan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) Menyatakan mesej yang hendak disampaikan secara bertulis. 3) Mengetahui perkataan yang mempunyai banyak makna

Mata Pelajaran Tahun Bil. Murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif

Fokus Utama 5.2 Aras 2(1) Fokus Sampingan 11.3 Aras 2 (1) 1.2 Aras 2 (1) Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Ilmu Nilai Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Menyoal untuk mendapatkan penjelasan tentang maklumat yang diperlukan. : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis : Perkataan Banyak Makna : Sivik dan Kewarganegaraan : Penyabar, Tidak Putus Asa, Bersyukur : Mengulas,menilai, Membuat kesimpulan : Verbal-linguistik Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu tentang kajayaan yang telah dicapai. Murid pernah membaca cerita-cerita berunsur nasihat dan pengajaran. ABM Lampiran 1 Tajuk :Usaha Tangga Kejayaan Amir tidak mahu bercerita lagi tentang dirinya kecuali didesak. Entah mengapa, banyak orang yang ingin tahu tentang cerita dirinya. Pada Amir, perjalanan hidupnya yang begitu sukar seolah-olah tidak diterima akal. Orang sekarang tidak begitu percaya akan ceritanya. Mana tidaknya, budak-budak sekarang senang. Lahir sahaja ke dunia, segalasegala-galanya telah tersedia. Kini, ungkapan makan ubi rebus atau bubur nasi , pergi ke sekolah berkaki ayam dan tidak cukup makan jarang-jarang berlaku. Masih segar dalam ingatannya, bangun pagi ibu dan bapanya sudah berada di kebun getah Pak Dolah. Pukul satu nanti baru ibu dan bapanya balik. Tiada wang belanja dibekalkan. Kalau ibu sempat membekalkan ubi rebus, itulah yang dibawanya. Biarpun terasa jemu makan ubi rebus, namun apakan daya. Hidup ini mesti kuubah. Hanya aku yang mampu mengubah nasibku sekeluarga. Aku tidak rela kesusahan ini membelenggu mereka sampai ke tua. Aku akan bela nasib mereka, Amir berjanji kepada dirinya sendiri. Usaha tangga kejayaan. Amir berpegang teguh kepada prinsip ini. Satu demi satu rintangan dihadapi sehinggalah dia berjaya masuk ke universiti. Pantang ada cuti, dia akan membanting tulang mencari wang untuk menyara diri. Ibu bapanya masih ada tanggungan yang perlu disara. Dato Seri, Pengerusi Rumah Anak Yatim Damai yang Dato Seri hendak jumpa itu sudah sampai, kata Salina, pembantu khasnya. Amir tersedar dari lamunan. Dengan lembut, Amir memberikan respons. Oh, ya! Minta beliau masuk ke bilik saya. Tolong sediakan cek yang bernilai RM 500 000.00 atas nama Rumah Anak Yatim Damai, kata Amir kepada Salina. Dato Seri, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memberi sumbangan sebanyak ini. Semoga Allah membalasnya, kata Haji Salleh, selaku : Borang KWLH, Buku cerita bergambar, petikan, slaid

Pengerusi Rumah Anak Yatim Damai. Air mata Haji Salleh jelas membasahi pipinya. Dia sungguh terharu. Itulah sedikit sumbangan yang dapat saya berikan. Sebenarnya, kekayaan yang saya miliki sekarang bukan milik saya seorang. Tuhan menyalurkan dan tugas saya mengagihkannya kepada pihak yang memerlukannya, kata Amir merendah diri. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Langkah Isi Pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

KB: Menghubungkaitkan BCB: 2. Guru bertanya kepada murid Mendengar aktif mengenai gambar tersebut. ABM: Gambar mendapat 3. Guru bertanyakan tentang Ijazah kejayaan yang murid pernah Gambar Tokoh / dikecapi. Orang yang telah berjaya. 4. Guru mengaitkan aktiviti ILMU: dengan tajuk pelajaran (Usaha Pendidikan Sivik Tangga Kejayaan) 1. Soal jawab 1. Borang diedarkan kepada Langkah 1 mengenai kefahaman murid bagi menentukan setiap (10 minit) murid tentang teks. aspek yang ada dalam teknik K.B 2. Mencari dua makna KWLH. Meneliti, menilai bagi perkataan yang Menjana idea dihitamkan. 2. Murid diperjelaskan dan BCB Contoh : diminta mengisi borang tersebut Membaca dan - segar berdasarkan aspek yang terdapat mencatat - nanti dalam teks. - turut ABM: - bela 3. Murid membaca petikan Petikan, borang - pantang cerita Usaha Tangga Kejayaan KWLH dengan kuat beramai-ramai Slaid sepintas lalu. KP: 4. Guru bersoaljawab tentang Verbal-lingustik, teks yang dibaca. Interpersonal Set Induksi (5 minit) 4. Murid membuat catatan setelah membaca dan NILAI: Prihatin

Gambaran mengenai tajuk pembelajaran iaitu tentang kejayaan Usaha Tangga Kejayaan

1.Murid ditunjukkan gambargambar kejayaan .

memahaminya. 4. Murid mengenal pasti perkataan-perkataan sukar(Dicatat pada borang KWLH) 5. Bersoal jawab dengan murid mengenai perkataanperkataan sukar. Murid mencatat perkataan. 6. Murid akan merujuk kamus/internet bagi perkataan yang masih kurang jelas maksudnya semasa aktiviti soal jawab. (how-KWLH) - Bacaan mekanis teks Langkah 2 (lampiran 1) (15 minit) -Aspek sebutan dan intonasi diberi penekanan ketika ini. -Tandabaca seperti koma dan noktah diberi perhatian semasa bacaan berlangsung. 1. Murid ditayangkan slaid bacaan kuat (mekanis )yang betul . KB: Kaitan dan perhubungan BCB: 2. Aktiviti menyambung bacaan Mendengar teks dijalankan dari seorang ,membaca dan murid ke murid yang lain. mengisi borang Penekanan diberikan dalam ABM: aspek sebutan dan Slaid Petikan Teks intonasi. KP: kontekstual 3. Murid lain diminta menyemak NILAI: dan mencatat isi- isi penting Berhati-hati menggunakan Mematuhi peraturan borang (Learned-KWLH) ILMU: Pendidikan Sivik 4. Bacaan berkumpulan diberi peluang kepada murid lemah. 1.Murid dibahagikan kepada kumpulan. Guru menyoal kefahaman murig tentang maksud perkataan yang terdapat dalam petikan. 2.Guru memberi contoh-contoh perkataan .Murid mengisi borang KWLH berkenaan kata KB: Menghubungkaitkan Membandingbeza BCB: Mendengar dan mengisi borang ABM: Slaid Petikan, Kad Perkataan Seerti KP: ILMU: Pendidikan Sivik

Langkah 3 (10 minit) Aspek Tatabahasa - Perkataan seerti 1. Membina dua ayat (berbeza erti) daripada perkataan yang dihitamkan. Contoh : Segar i.Sayur-sayuran yang

segar banyak khasiatnya. ii.Udara di puncak gunung itu segar.

seerti. 2. Murid diberi penjelasan tentang kata yang mempunyai banyak makna. 3. Murid menyertai aktiviti teka silang kata bagi perkataan banyak makna.

kontekstual NILAI: Berhati-hati Mematuhi peraturan ILMU: Kajian Tempatan

Langkah 4 1.Mesej yang hendak 1. Murid berada dalam disampaikan : kumpulan (15 minit) i.Kita hendaklah tabah dalam menempu 2. Wakil murid bagi kumpulan cabaran membaca mesej yang hendak disampaikan. ii. Kita tidak boleh putus asa /harapan 3. Guru merumuskan pengajaran untuk mencapai yang terdapat dalam kejayaan. teks iii. Kita tidak boleh meninggi diri dengan kekayaan yang kita miliki 4. Murid menulis dalam buku tulis. 5. Murid diminta membaca cerita-cerita teladan lain yang boleh diikuti( KWLH)

KB: Menulis, membaca BCB: Mendengar dan mengisi borang ABM: Pita rakaman, petikan KP: kontruktivisme Berhati-hati NILAI: Bersyukur ILMU: Pen. Moral

Penutup (5 minit)

Membuat rumusan isi pelajaran Penutup Sosial Memberi pujian dan nasihat 2. Guru membuat kesimpulan tentang pelajaran yang diajar. 1.Murid disoal mengenai pelajaran pada hari ini.

KB: Merumus BCB: Menilai ABM: Stiker Bintang KP: 3. Guru memberi dorongan serta menasihati murid agar tidak Teori Pem. Sosial putus asa, sombong, bersikap NILAI: baik hati, dan sentiasa prihatin terhadap masyarakat Bersyukur setempat. Rajin

ILMU: Pend. Islam

7.0

Kekuatan dan Kelemahan Teknik KWLH Dalam mengejar ilmu pendidikan, kaedah, teknik dan pendekatan merupakan

faktor penting untuk berjaya. Oleh itu, semua ibu bapa menggunakan pelbagai cara , kaedah, pendekatan atau teknik untuk menjadikan anak mereka yang terbaik. Namun begitu, tidak semua ibu bapa boleh menjadikan impian mereka satu kenyataan. Keadaan ini adalah kerana setiap ibu bapa mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Begitu juga dengan penggunaan Teknik KWLH. Terdapat kekuatan dan kelemahan ketika menjalankan sesi pengajaran melalui Teknik KWLH ini. Antaranya : 7.1 7.1.1 Kekuatan Teknik KWLH Pengetahuan Sedia Ada Belajar melalui pengalaman adalah satu cara yang boleh meningkatkan tahap pemahaman pelajar. Teknik ini boleh dijalankan melalui Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Teknik ini memberi satu fahaman bahawa murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 7.1.2 Tahap Komitmen yang Tinggi Teknik KWLH ini secara tidak langsung memerlukan pelajar memberi tumpuan yang lebih semasa sesi pengajaran dijalankan. Ini adalah kerana pelajar perlu mengisi borang KWLH yang telah disediakan oleh guru. Keadaan ini akan menjadikan pelajar perlu memberi komitmen yang tinggi untuk mencatat perkara-perkara yang ingin diselidiki. Teknik KWLH ini dapat mengelakkan pelajar daripada hilang tumpuan semasa pembelajaran berlaku.

7.1.3

Meningkatkan Kemahiran Membaca Pelajar perlu membaca dan memahami teks yang dibaca untuk menjawab soalan

atau mencatatkan perkara-perkara yang perlu diselidiki. Keadaan ini secara tidak langsung, memberi peluang kepada pelajar untuk membaca berulangkali supaya teks yang dibaca dapat difahami oleh pelajar tersebut. Oleh itu, kemahiran membaca dapat ditingkatkan dalam diri pelajar. 7.1.4 Maklumat Tambahan Teknik KWLH memerlukan pelajar mencari maklumat tambahan untuk melengkapkan borang kajian KWLH. Pelajar diberi peluang merujuk pelbagai sumber seperti internet, Kamus Dewan atau sumber rujukan lain untuk mendapatkan maklumat. Keadaan ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar mencari maklumat menggunakan sumber lain. 7.1.5 Pembelajaran yang Efektif Suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan melalui Teknik KWLH. Ini adalah kerana untuk mencatat maklumat yang ingin diselidik, pelajar menggunakan pelbagai kaedah. Selain itu, pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan bersemangat memandangkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar kepada guru lebih aktif. Selain itu, keadaan ini akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menonjolkan diri dalam pembelajaran di dalam kelas. Teknik KWLH ini sesuai dijalankan di dalam kelas sederhana. 7.2 adalah : 7.2.1 Psikologi Pelajar Tertekan Teknik KWLH akan menjadikan pelajar yang tidak gemar menulis menjadi bosan. Ini adalah kerana, pelajar boleh meramalkan perkara atau aktiviti yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran dijalankan melalui teknik ini. Ini akan mengganggu tahap Kelemahan Teknik KWLH Di samping kekuatan, Teknik KWLH juga terdapat kelemahannya. Antaranya

penerimaan pelajar dalam pembelajaran tersebut disebabkan tekanan psikologi pelajar tersebut.

7.2.2

Pelajar Bijak Memonopoli Bukan sahaja menulis, memahami apa yang diterangkan oleh guru pun mengambil

masa yang lama untuk memahami sesuatunya. Inilah masalah yang timbul bagi pelajar yang lemah. Keadaan ini berbeza bagi pelajar yang cerdas atau bijak. Pelajar ini lebih cepat memahami perkara yang diterangkan dan seterusnya dapat mencatatkan bahan yang hendak diselidik dengan mudah. Sehubungan itu, teknik KWLH akan menjadikan pembelajaran dimonopolikan oleh pelajar bijak sahaja, manakala pelajar lemah akan ketinggalan. Oleh itu, Teknik KWLH kurang sesuai dijalankan di dalam kelas yang mempunyai murid yang lemah 7.2.3 Masa yang Lama Teknik KWLH memerlukan pelajar mengisi maklumat berdasarkan borang KWLH mengikut item-item yang telah ditetapkan. Hal ini di akan menyebabkan pelajar mengambil masa yang lama untuk menulis. Sesi pengajaran yang dijalankan di dalam kelas akan terganggu disebabkan terdapat pelajar yang tidak dapat mengisi maklumat tersebut. Ini menyebabkan kelemahan dalam Teknik KWLH. 7.2.4 Kurang Penerapan Nilai Positif Bahan bacaan tambahan yang perlu dicari oleh murid adalah di luar sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas . Oleh itu, pembacaan bahan luar oleh murid agak diragui. Kelemahan teknik KWLH ini menjuruskan pelajar kearah perkara yang negetif seperti penipuan.

Soalan 1 (b) : Aktiviti Bacaan Mekanis Berdasarkan Teori Behaviorisme. 1.0 Maksud Bacaan Mekanis Bacaan Mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, aktiviti bacaan mekanis harus mempunyai kecepatan mata yang tinggi serta mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. 2.0 Teori Behaviourisme Golongan Behaviourisme cenderung membuat kajian bahasa secara dekat. Mereka cuba menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa dengan menggunakan pendekatan yang dapat diamati secara langsung atau secara fizikal. Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diutamakan adalah bahasa lisan. Ini adalah untuk membentuk satu kebiasaan. Untuk membentuk kebiasaan ini, latihan dan latih-tubi serta perbualan bahasa diutamakan. Bahasa juga dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Oleh itu, tugasan ini memerlukan saya membina kebolehan membaca melalui aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme. Aktiviti bacaan mekanis ini saya gunakan untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam bacaan.

3.0

Aktiviti Bacaan Mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme : Bahasa Melayu : Haiwan : Tahun Dua Damai : 5.1. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. : i. Menyebut perkataan yang mengandungi konsonan terbuka dan tertutup dengan betul. : 8.1. Membina dan menulis perkataan dan ayat tunggal : i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik.

Mata Pelajaran Tajuk Kelas Fokus Utama Aras 1 Fokus Sampingan Aras 1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat : i. ii. Menyebut perkataan yang mengandungi konsonan terbuka dan tertutup dengan betul. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan yang cantik. Set Induksi Isi pelajaran : Meneka bunyi haiwan yang diperdengarkan. i. ii iii. Langkah 1 Bersoal jawab berdasarkan bunyi haiwan melalui persembahan slaid. Murid membunyikan suara haiwan melalui gambar yang ditunjukkan. Murid ditunjukkan dengan pelbagai jenis haiwan

Murid ditunjukkan gambar ikan pada kad bacaan. Murid diminta menyatakan nama haiwan sambil memerhati ejaannya. Sebutan yang betul daripada murid-murid amat dititikberatkan supaya ia dapat membantu dalam proses mengeja.

Langkah 2 Murid mengeja perkataan ikan dengan menggunakan kad bacaan. (Bahasa adalah satu Tabiat). Ejaan kepada nama haiwan ini berlaku berulang-ulang supaya murid ingat dengan baik dan menyebutnya dengan betul.Guru meminta murid mengeja perkataan ikan. Guru memuji murid apabila berjaya mengeja perkataan ikan dengan betul. (Pengukuhan) Langkah 3 -Guru memperdengarkan bunyi haiwan lain daripada ikan. -Murid menyebut nama haiwan tersebut. -Guru menunjukkan gambar haiwan melalui slaid persembahan . -Guru meminta murid mengeja gambar haiwan

Anda mungkin juga menyukai