Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PROFIL PELAJAR

Nama: Amy Anak Tabol No. Kad Pengenalan: 921121-13-5793 Alamat: Tr. Api Nanga Terusa, Katibas, 96850 Song, Sarawak. No. Telefon: 014-5806378 Hobi: Melayari internet dan mendengar lagu Motto: Buat Lebih Baik Dari Yang Sebelumnya.

Nama: Marcus Anak Gundi No. Kad Pengenalan: 920611-13-5177 Alamat: Munggu Sawa Lingga, 95000 Sri Aman,Sarawak. No. Telefon:014-8864741 Hobi: Memancing dan bermain Motto: Do The Best From Better

2.0 PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya Kerja Kursus Pendek (KKP) Pendidikan Moral ini akhirnya dapat disiapkan. Tidak ketinggalan juga kepada guru pembimbing saya iaitu Encik kerana sudi memberikan tunjuk ajar dan nasihat kepada kumpulan kami sepanjang KKP ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dalam menyiapkan KKP ini. Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penulis kerana sudi berkongsi maklumat dan membantu penulis untuk mencari maklumat. Penulis juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih penulis kepada ayahanda dan ibunda tercinta yang telah memberi sokongan moral dan kewangan kepada penulis untuk menyiapkan KKP Pendidikan Moral ini. Akhir sekali, sekalung terima kasih penulis ingin sampaikan kepada semua pihak baik pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang telah banyak membantu penulis untuk menyiapkan KKP ini.

3.0 PENGENALAN Vandalisme adalah satu masalah sosial yang sedang melanda negara kita kini. Ianya tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di luar negara.Golongan remaja adalah golongan yang paling ramai terlibat didalam gejala ini. Masalah tersebut kian menjadi- jadi dan ini kadar peningkatan masalah ini amat membimbangkan. Kami memilih tajuk vandalisme untuk kerja kursus pendidikan moral ini adalah untuk mengupas permasalahan ini secara lebih mendalam lagi. Kami ingin mengkaji puncapunca berlakunya gejala ini. Adakah punca-punca tersebut datang dari ibu bapa remaja tersebut ataupun pengaruh rakan sebaya? Di sini, kami ingin mendalami masalah ini dengan lebih mendalam demi untuk mencari penyelasaian yang berkesan dan efektif kepada masalah ini. Siapakah yang bertanggungjawab bagi menangani masalah ini? Adakah tanggungjawab menyelasaikan masalah ini harus dipikul oleh pihak kerajaan semata- mata sahaja atau ibu bapa remaja yang terlibat harus memainkan peranan dalam membanteras gejala ini. Kami disini ingin mencari jalan penyelesaian yang berkesan.

4.0 DEFINISI Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan vandalisme didefinisikan sebagai perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Sementara itu, menurut satu laman web wikipedia, vandalisme dedefinisikan sebagai tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Secara ringkasnya, perkataan vandalisme ini bolehlah ditakrifkan sebagai perbuatan memusnahkan harta benda tanpa mengira harta benda tersebut harta benda awam ataupun harta benda individu itu sendiri.

5.0 PUNCA VANDALISME Terdapat beberapa punca yang mendorong kepada jenayah vandalisme. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan ahli keluarga, media massa dan juga sikap masyarakat. Dewasa ini, rakan sebaya merupakan orang yang paling dekat dengan remaja. Kebanyakkan masa para remaja dihabiskan bersama dengan rakan sebaya mereka di sekolah mahupun di luar sekolah. Memang tidak dinafikan hubungan remaja sekarang dengan rakan sebaya mereka bagai isi dan kuku. Dari sinilah wujudnya jenayah vandalisme. Jenayah vandalisme ini biasanya dilakukan secara berkumpulan dan jarang sekali dilakukan secara individu.biasanya, jenayah ini melibatkan sekumpulan remaja. Golongan muda terutamanya golongan remaja memang mudah terpengaruh dengan dan meniru perbuatan rakan sebaya mereka. Setiap perkara yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka pasti akan ditiru kerana mereka malu dengan ejekan rakan sebaya yang mengatakan mereka takut, lurus bendul dan sebagainya. Selain itu, peranan ibu bapa dan keluarga juga mempengaruhi perlakuan remaja. Contohnya, masalah ibu bapa yang bercerai. Masalah yang terjadi dalam keluarga menyebabkan remaja menjadikan rakan mereka sebagai tempat berteduh dan bergantung. Ironinya, mereka menjadi liar dan terdorong untuk melakukan jenayah seperti vandalisme. Di samping itu, media massa juga merupakan salah satu faktor terjadinya jenayah vandalisme. Sejak akhir-akhir ini, media massa di negara kita sering memaparkan filem-filem yang berunsurkan keganasan yang melibatkan adegan memecahkan harta benda. Filem-filem seperti ini memang mudah menarik minat para remaja untuk menontonnya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan para remaja terikut-ikut apa yang ditonton oleh mereka di kaca televisyen. Sikap masyarakat setempat yang tidak ambil peduli tentang isu sosial yang berlaku di sekeliling mereka juga turut menyebabkan terjadinya jenayah vandalisme.
6

Masyarakat sekarang lebih mengutamakan harta benda dan mereka tidak ambil peduli isu-isu sosial yang berlaku di sekeliling mereka. Hal ini menyebabkan remaja merasakan diri mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perasaan takut.

5.1 PENGURUSAN GRAFIK

Pengaruh rakan sebaya

Peranan ibu bapa dan ahli keluarga

PUNCA VANDALISME

Pengaruh media massa

Sikap tidak peduli masyarakat

6.0 KESAN Jenayah vandalisme yang berlaku di negara kita telah mendatangkan keburukan kepada negara kita. Imej negara akan tercemar di mata dunia. Keadaan negara kita yang tercemar dengan perbuatan vandalisme sudah pasti akan menggangu aktiviti perlancongan di negara kita. Para pelancong sudah pasti menginginkan tempat perlancongan yang indah dengan prasarana yang lengkap dan bersih. Apabila melihat prasarana di negara kita yang sudah rosak dan kotor, sudah pasti para pelancong tidak lagi menjadikan negara kita sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan mereka. Hal ini sekaligus akan menjejaskan ekonomi negara kita. Selain itu, jenayah vandalisme ini juga menimbulkan kesusahan kepada masyarakat terutamanya pada waktu-waktu kecemasan. Contohnya, vandalisme yang dilakukan ke atas telefon awam menyebabkan telefon awam tersebut tidak dapat digunakan. Walaupun kini penggunaan telefon awam sudah berkurangan, masyarakat perlu memikirkan golongan yang masih memerlukannya. Mungkin penggunanya seorang pelajar, pekerja asing, suri rumah mahupun warga emas yang benar-benar mempunyai keperluan menghubungi seseorang. Jika telefon awam tersebut tidak dapat digunakan, ia pasti mendukacitakan lebih-lebih lagi jika dalam keadaan kecemasan. Di samping itu, vandalisme juga menyebabkan kerugian kepada kerajaan negara kita. Kerugian akibat vandalisme yang direkodkan pada tahun 2000 yang dialami oleh Projek Usahasama Transit Automatik Sdn. Bhd (PUTRA) ialah RM354,550. Jumlah ini sangat banyak dan jika digunakan untuk membina kemudahan awam yang baru sudah pasti banyak yang dapat dibina untuk manfaat kita bersama.

6.1 PENGURUSAN GRAFIK

Menyebabkan kerugian kepada negara

Menggangu ekonomi negara

KESAN VANDALISME

Menimbulkan kesusahan pada waktu kecemasan

Meruntuhkan akhlak remaja

10

7.0 LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENGATASI VANDALISME Vandalisme merupakan masalah sosial yang kian hari kian mendapat liputan media massa tempatan dan luar negara dan menjadi tajuk utama di dada akbhar. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan oleh masyarakat dan pihak berkuasa kita maka secara tidak langsung negara kita mendapat malapetaka yang besar untuk melahirkan modal insan yang yang berdisplin dan merupakan harapan negara.Wawasan 2020 merupakan visi dan misi negara untuk melahirkan negara maju,moden dan bebas dari segala masalah sosial seperti vandalisme. Persoalannya disini ialah apakah langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi vandalisme dalam kalangan rakyat negara kita lebih-lebih lagi golongan remaja? Undung-undang merupakan peraturan yang ditetapkan dan harus dipatuhi.Oleh yang demikian,penguatkuasaan undang undang merupakan satu langkah yang harus diambil sebagai cara mengatasi vandalisme.Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa.Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat yang melakukannya.Telah dinyatakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-undang Kecil Vandalisme 1991,sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda sebanyak RM2000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun jika disabit kesalahan harus diperketatkan lagi.Hukuman khidmat masyarakat juga harus dikenakan.Hukuman khidmat masyarakat ini haruslah mempunyai kaitan dengan harta benda awam seperti membersihkan,mengecat pondok-pondok telefon,mencuci stesen bas,dan sebagainya.Hal ini harus dijalankan agar mereka yang melakukan masalah vandalisme lebih memahami bertapa pentingnya menjaga harta benda awam. Justeru,undangundang merupakan akta yang penting bagi menjamin kesejahteraan negara. Ibu bapa juga penting dalam memainkan peranan bagi mengelakkan gejala vandalisme daripada terus berleluasa.Kesedaran awal tentang menjaga harta benda awam perlu didedahkan kepada remaja oleh ibubapa sejak dari mereka kecil lagi bagi membentuk jiwa remaja yang sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam yang lebih dewasa.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Ibubapa

11

perlu mendampingi anak-anak dan memberikan kasih sayang sepenuhnya,agar mereka merasakan lebih disayangi dan tidak mudah terjerumus kedalam masalah sosial. Selain itu, peranan masyarakat dan pihak sekolah juga langkah mengatasi vandalisme.Setiap anggota masyarakat perlu prihatin dan jangan memandang sebelah mata terhadap isu-isu sosial disekeliling mereka.Anggota masyarakat harus melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kejadian masalah vandalisme dan juga masalah sosial yang boleh membawa kesan buruk kepada negara.Perkembangan pimikiran remaja bermula semasa di peringkat sekolah.Oleh itu,pihak sekolah harus memainkan peranan mendisplinkan pelajar.Memperketatkan undang-undang di sekolah dapat mengurangkan masalah vandalisme dalam kalangan remaja.Penerapan nilai moral dalam pembelajaran juga menghalang masalah vandalisme daripada berterusan kerana nilai moral dapat mengajar pelajar tidak mudah terpengaruh dengan ajakan yang dapat mewujudkan masalah.Secara tidak langsung,anggota masyarakat dan pihak sekolah juga penting dalam membawa keharmonian. Disamping itu juga,media massa juga penting dalam membanteras isu sosial seperti vandalisme.Media massa mempunyai pengaruh yang kuat dari segi menanam kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga harta benda awam seadanya.Pihak media massa harus memaparkan rancangan yang yang dapat memberikan kesan yang efektif bagi memupuk perasaan cinta akan tanah air dan menjaga kepentingan bersama seperti stesen stesen bas. Menghapuskan vandalisme merupakan satu kerja yang sukar tanpa strategi atau cara yang berkesan.Sesungguhnya langkah-langakah di atas merupakan jalan yang terbaik bagi mengatasi gejala sosial seperti vandalisme ini.Undang-undang yang merupakan tonggak utama dalam menyekat pergerakan yang melepasi batasan hak asasi manusia dengan memberikan pengajaran.Begitu juga dengan ibubapa,anggota masyarakat dan pihak berkuasa. Oleh yang demikian,bersama-samalah kita mengurangkan kadar vandalisme dalam negara kita.

12

7.1 PENGURUSAN GRAFIK

PENGUATKUASAAN UNDANGUNDANG

PERANAN IBUBAPA

LANGKAHLANGKAH MENGATASI VANDALISME

PERANAN ANGGOTA MASYARAKAT DAN PIHAK SEKOLAH

PERANAN MEDIA MASSA

13

8.0 REFLEKSI AMY ANAK TABOL Sebagai salah seorang pelajar kelas Pendidikan Moral, saya telah diarahkan untuk menjalankan satu Kerja Kursus Pendek (KKP) yang perlu dijalankan secara berkumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri, Marcus anak Gundi dan Trevor Gordon. Tajuk tugasan kami ialah vandalisme. Tugasan yang diberikan kepada kami ini perlu disiapkan dalam masa dua minggu. Pada mulanya, kami membahagikan tugasan sesama sendiri. Saya telah ditugaskan untuk mencari maklumat tentang kesan vandalisme menggunakan internet. Sementara itu, Marcus dan Trevor pula masing-masing mencari maklumat berkaitan dengan punca-punca jenayah vandalisme dan langkah-langkah mengatasi jenayah vandalisme. Kami telah mengumpulkan maklumat yang diperoleh dan bersama-sama menganalisis maklumat yang telah diperoleh agar dapat digunakan dalam KKP kami. Pada mulanya, kerja kumpulan kami telah siap sebanyak 50 peratus. Tetapi, tanpa diduga, fail kerja yang kami buat tiba-tiba dijangkiti virus komputer dan kesemua kerja yang telah dibuat hilang begitu sahaja. Keadaan bertambah kritikal lagi apabila tarikh untuk menghantar KKP tersebut semakin singkat. Kami telah meminta pensyarah pembimbing kami untuk menangguhkan tarikh penghantaran KKP kami. Pada mulanya, beliau tidak ingin menangguhkan tarikh penghantaran KKP tersebut. Tetapi, pada akhirnya beliau terpaksa bersetuju dengan permintaan kami memandangkan hampir semua fail pelajar dalam kelas kami telah dijangkiti virus komputer. Kumpulan kami terpaksa membuat KKP tersebut semula. Kami terpaksa mencari semula maklumat untuk menyiapkan KKP tersebut. Kemudian, kumpulan kami menghadapi satu lagi masalah iaitu masalah perhubungan. Kebetulan pula pada waktu tersebut kami telah bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kedua-dua rakan saya telah pulang ke kampung halaman masing-masing dan hanya saya sahaja yang masih tinggal di kampus. Kami terpaksa berhubung melalui internet dan telefon bimbit.

14

KKP ini telah menyedarkan saya bertapa pentingnya semangat bekerjasama dalam kumpulan. Kerjasama penting dalam sesuatu kumpulan agar kerja yang diamanahkan kepada sesuatu kumpulan itu dapat dijalankan dengan sempurna. Kemudian, saya mempelajari bahawa sistem pengurusan masa yang berkesan amat perlu dalam menjalankan setiap kerja kursus agar kerja yang hendak dijalankan dapat disiapkan mengikut jadual. Selain itu, pengurusan masa juga penting agar kita tidak terburu-buru menyiapkan kerja pada saat-saat akhir sehingga menyebabkan tugasan yang diberikan tidak memberikan hasil yang diinginkan. Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran baru sepanjang menjalankan KKP ini. Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang menjalankan KKP ini akan saya jadikan dorongan untuk melakukan tugasan yang lebih baik pada masa akan datang.

15

MARCUS ANAK GUNDI Saya Marcus anak Gundi berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Semasa menjalankan kerja kursus pendek (KKP) ini saya dan kawan-kawan saya mendapat banyak halangan dan cabaran. Namun, dengan kesungguhan dan keinginan kami berhasil juga menyiapkan KKP ini. Antara masalah yang kami hadapi ialah masalah dengan bahan untuk membuatnya seperti computer riba kerana lupa di bawa. Virus juga merupakan masalah yang melanda kerja yang kami jalankan sehingga kehilangan kandungan atau isi penting berkaitan dengan kerja saya. Saya menjalankan tugas ini dengan penuh semangat. Setalah berjaya menyiapkan tugas ini saya mendapat banyak maklumat yang berkaitan tentang tugasan yang saya cari.Tajuk tugas saya bersama dengan dua orang lagi kawan saya ialah gejala sosial vandalisme dalam kalangan masyarakat kita.Dalam tugasan ini saya mengetahui kesan-kesan,punca-punca vandalisme kepada maasyarakat kita dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kami menjalankan tugasan ini dengan teratur serta tersusun kerana ada pembahagian tugasan untuk setiap seorang.Walaupun kami diagihkan tugas namun perbincangan tetap juga diperlukan bagi meneliti dan memastikan setiap isi yang dibuat adalah betul dan tepat.Beralih kepada vandalisme saya lebih memahami apakah vandalisme yang selalu menjadi buah mulut orang ramai. Dalam kerja kursus ini juga, saya lebih mengenali apakah maksud usaha dalam diri seorang pelajar.Saya akan lebih berusaha untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan sepenuh hati selepas ini. Kerja kursus pendek ini juga sememangnya banyak mengajar saya tentang pentingnya kerjasama dalam menghasilkan sebuah tugasan dengan baik.

16

TREVOR GORDON ANAK BAKAR Selepas menjalani kerja kursus ini, saya mendapati bahawa masalah vandalisme ini adalah satu masalah yang serius dan perlu ditangani segera. Masalah ini perlu ditangani segera kerana ia banyak member masalah kepada negara dan masyarakat. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja untuk melakukan perbuatan ini. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya, sikap ibu bapa yang tidak bertanggunjawab, dan lain lain lagi. Gejala sosial ini member banyak masalah terhadap negara dan seterusnya akan member kesan negatif kepada rakyat itu sendiri. Antara kesan kesan yang mungkin akan berlaku adalah ianya akan merugikan Negara, mengganggu ekonomi Negara kita yang stabil ini. Selain itu, ianya menyusahkan rakyat Negara dan pelaku pula aka mengalami keruntuhan moral. Antara cara yang efektif untuk membanteras gejala ini adalah dengan menguatkuasakan undang undang. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan mereka. Selain itu, orang ramai juga harus memainkan peranan yang penting bagi mengekang gejala ini daripada terus merebak. Akhir kata, saya ingin menekankan di sini bahawa gejala ini perlu ditangani bersama supaya tindakan tersebut akan terlaksana dengan lebih berkesan dan efektif.

17

9.0 RUMUSAN

18

10.0 RUJUKAN file:///C:/Users/user/Documents/vandalisme.htm dilayari pada 17 September 2010 http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/d574d2e2fe68c116482570b5001e373e?OpenD ocument dilayari pada 17 September 2010 http://vandalisme-vandalisme.blogspot.com/ dilayari pada 17 September 2010

19

Anda mungkin juga menyukai