Anda di halaman 1dari 28

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

BAHAGIAN A

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

1.0

PENGENALAN

Kehidupan yang berkualiti boleh didefinasikan dengan pelbagai cara dan kaedah, antaranya memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna. Elemen-elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana manusia menghargai dan merasa nikmat yang telah dianugerahkan. Dalam kehidupan seharian, kita didedahkan dengan pelbagai aktiviti penjagaan kesihatan terutamanya dari aspek pemakanan dan juga aktiviti senaman. Justeru itu aktiviti senaman dan sukan dihebah sama ada melalui televisyen mahupun radio. Mereka menyatakan perkembangan terkini tentang sukan dalam dan luar negeri. Justeru itu, sukan telah sebati dalam hidup kita secara tidak sengaja. Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan sama ada pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi (Ensiklopedia bebas Wikipedia ). Secara dasarnya, sukan adalah sebahagian dari agenda modenisasi negara. Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Sepertimana yang diketahui adanya sukan maka ada pelakunya dan seterusnya ada cara melakukannya. Pada masa kini wujudnya mata pelajaran sains sukan terutamanya di sekolah-sukan di Negara ini. Sepertimana yang diketahui kurikulum sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut yang berlaku pada seluruh tubuh badan. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan. Tambahan pula, setiap bidang sukan ada risiko kecederaan dan sebarang kecederaan yang berlaku akibat penglibatan dalam aktiviti sukan, digelar kecederaan sukan. Menurut Teng Boon Tong (2001), kecederaan sukan adalah sebahagian daripada ilmu sains sukan.

Memandagngkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan sukan, maka adalah munasabah bagi guru-guru yang mengajar mata pelajaran tersebut mengetahui ilmu tentang pengurusan kecederaan sukan. Pelbagai kaedah pencegahan bagi mengelak atau

mengurangkan risiko kecederaan sukan di samping rawatan pertolongan kecemasan yang diberikan kepada ahli-ahli sukan yang mengalami kecederaan atau kesakitan dengan tiba-tiba (MSN, 2012). Dalam bidang sukan, perkara penting yang perlu diketahui ialah asas anatomi dan fisiologi, manusia mempunyai sistem-sistem tubuh badan manusia yang terdiri daripada sistem otot rangka, sistem saraf, sistem pencernaan, sistem edaran darah, sistem pernafasan, dan sistem urinari. Oleh itu, penjagaan kesihatan perlu dititikberatkan bagi mengurangkan risiko kecederaan yang melibatkan sistem-sistem dalam badan. Kecederaan sukan boleh dikategorikan kepada kategori time-related classes (mengikut masa) dan kategori mengikut struktur tubuh badan yang cedera. Melalui kecederaan time-related classes (mengikut masa) terdiri daripada akut (acute) yang memerlukan rawatan segera dan pemulihan yang cepat berbanding kronik (chronic) yang terdiri daripada kecederaan yang memerlukan rawatan segera dan konsisten dari masa ke semasa. Kecederaan mengikut struktur badan pula mempunyai dua kategori iaitu kecederaan tisu lembut (saraf, saluran darah, otot, kulit, tendon, rawan, ligamen) dan kecederaan tisu keras (tulang). Di mana-mana sahaja berisiko tercedera sama ada semasa bersukan atau tidak. Justeru itu, langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi memastikan kesihatan yang terjamin.

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

2.0

ANATOMI LUTUT

Tulang ialah struktur yang paling kuat dan teguh dalam tubuh badan. Ia lebih keras daripada besi dan lebih kukuh daripada batu. Tulang terdiri daripada ikatan-ikatan mineral seperti kalsium, fosforus, taurina dan sebagainya. Kekuatan ikatan molekul-molekul mineral ini yang menentukan kekuatan tulang. Kekuatan ikatan molekul tulang dipengaruhi oleh isyarat bertekanan rendah yang melaluinya atau isyarat bertekanan tinggi yang hilang daripadanya. Sehingga kini tidak ada ubat-ubatan di hospital yang boleh menguatkan ikatan molekul tulang bagi tujuan mencantumkan tulang yang patah atau retak. Tulang berfungsi untuk mengalirkan isyarat daripada organ yang mengalami kesakitan atau kelemahan untuk dineutralkan oleh tulang sulbi (sila rujuk post pertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang). Apabila isyarat bertekanan rendah ini diserap terlalu banyak, maka tulang tidak dapat meneutralkannya dan ia akan terpendam di dalam tulang. Keupayaan tulang sulbi untuk meneutralkan kesakitan disebabkan oleh faktor rembesan Hormon Melatonin oleh Kelenjar Pineal (NW1). Semakin normal penghasilan Melatonin, maka semakin cekap kadar peneutralan kesakitan. Isyarat bertekanan rendah bukan sahaja datang daripada kesakitan iaitu rasa sakit yang dapat dirasai, tetapi ia juga datang daripada keadaan organ yang lemah dimana kesakitannya tidak dirasai yang cuba untuk nyah positif caj atau membuang tenaga yang lemah atau tidak diperlukan serta kegagalan sesuatau organ, walaupun tidak berlaku rasa sakit, tetapi caj positif banyak akan dialirkan ke tulang. Selain disebabkan oleh pengaliran isyarat bertekanan rendah di tulang yang berlebihan, faktor pengaliran isyarat bertekanan tinggi keluar juga adalah punca kepada masalah tulang menjadi rapuh dan mudah patah apabila tercedera atau kemalangan. Anatomi lutut terdiri daripada beberapa bahagian di antaranya adalah otot, tulang dan bahagian-bahagian lain seperti ligamen yang berfungsi untuk menstabilkan dan mengawal pergerakan pada sendi lutut, cecair sinofial dan sebagainya. Tambahan lagi,lutut ialah sebuah sendi yang menghubungkan tulang tibia dan femur. Lutut juga menyokong hampir seluruh berat badan. Struktur dari lutut terdiri dari tulang dan tulang rawan, sendi serta ligamen dan bahagian lain yang terdiri dari meniscus, bursa, dan otot. Sendi lutut merupakan sendi yang terbesar pada tubuh manusia.

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Rajah 1: Anatomi Lutut Manusia

Pada dasarnya sendi lutut ini terdiri daripada dua articulatio condylaris di antara condylus femoris medialis, lateralis dan condylus tibiae yang terkait dalam sebuah sendi pelana, di antara patela dan fascies patellaris femoris. 2.1 Tulang

2.1.1 Tulang pembentuk sendi lutut Antara tulang yang membentuk sendi lutut ialah tulang femur distal, tibia proksimal, tulang fibula, dan tulang patella.

Rajah 2: Struktur tulang-tulang yang membentuk sendi pada bahagian lutut

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

2.1.2 Tulang femur (Tulang paha) Tulang femur termasuk tulang panjang yang bersendi ke atas dengan pelvis dan ke bawah dengan tulang tibia. Tulang femur terdiri daripada epiphysis proksimal, diaphysis dan epiphysis distalis. Pada tulang femur ini yang berfungsi dalam persendian lutut adalah epiphysis distalis. Di bahagian proksimal tonjolan tersebut terdapat sebuah bulatan kecil yang disebut epicondylus lateralis dan medialis. Sekiranya dilihat dari hadapan, terdapat dataran sendi yang melebar ke lateral yang disebut facies patelaris yang nantinya bersendi dengan tulang patella. Dan bila dilihat dari belakang, diantara condylus lateralis dan medialis terdapat cekungan yang disebut fossa intercondyloideal. Tulang femur juga merupakan tulang terpanjang, tulang terkuat dan tulang terberat dari semua tulang yang menyusun rangka tubuh

Rajah 3: Tulang Paha

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

2.1.3

Tempurung lutut (patella)

Tulang ini merupakan tulang sesamoid yang leper dan berbentuk segi tiga. Permukaan depan yang kasar dan belakangnya licin. Permukaan belakangnya bergelangsar di atas tulang paha apabila sendi lutut bergerak. Tulang sesamoid adalah tulang patella di hadapan lutut yang yang terletak dalam tendon kuadriseps femoris.

Rajah 4: Struktur Patela (tempurung lutut) 2.1.4 Tulang Tibia (Tulang kering)

Tulang tibia terdiri dari epiphysis proxsimalis, diaphysis, epiphysis diatalis. Epiphysis proxsimalis pada tulang tibia terdiri dari dua bulatan yang disebut condylus lateralis dan condylus medialis yang atasnya terdapat dataran sendi yang disebut facies artikularis lateralis dan medialis yang dipisahkan oleh ementio intercondyolidea. Lutut merupakan sendi yang bentuknya dapat dikatakan tidak ada kesusaian bentuk, kedua condylus dari femur secara bersama-sama membentuk sejenis katrol (troclea), sebaliknya dataran tibia tidak rata permukaannya, ketidaksesuaian ini dikompensasikan oleh bentuk meniscus. Hubungan-hubungan antara tulang tersebut menbentuk suatu sendi antara tulang femur dan patella yang disebut articulation patella femorale, hubungan antara tibia dan femur disebut articulatio tibia femorale.

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

2.1.5 Tulang fibula Tulang fibula ini berbentuk kecil panjang, terletak di sebelah lateral dari tibia juga terdiri dari tiga bahagian iaitu: epiphysis proximal, diaphysis, dan epiphysis distalis. Epiphysis proximalis membulat disebut capitulum fibula yang ke proximal meruncing menjadi apex capitulis fibula. Pada capitulum terdapat dua dataran yang disebut facies articularis capituli fibula yang bersendi dengan tibia. Diaphysis mempunyai empat crista lateralis, crista medialis, crista lateralis dan facies posterior. Epiphysis distalis ke arah lateral membulat disebut malleolus lateralis (mata kaki luar).

2.2

Struktur Mikroskopik Tulang

Berdasarkan stuktur mikroskopik tulang terbagi kepada dua iaitu tulang rawan dan tulang kompak

2.2.1 Tulang rawan Tulang rawan adalah bentuk khusus jaringan ikat yang berasal dari mesenkim. Jaringan ikat, tulang rawan terdiri daripada sel dan matriks ekstraselular yang terdiri dari serat jaringan ikat dan substansia. Tulang rawan bersifat avascular iaitu tidak dilalui oleh pembuluh darah dan menerima makanan melalui matriks ekstraselular. Tulang rawan mempunyai kekuatan meregang, membentuk penyokong struktural yang kuat bagi jaringan lunak, memberikan kelenturan tanpa adistorsi dan tahan terhadap tekanan. Tulang rawan terdiri dari sel yang disebut kondrosit dan kondroblas. Terdapat 3 jenis tulang rawan iaitu tulang rawan hialin, tulang rawan elastik dan fibrokartilago. Sel-sel tulang rawan terdiri daripada Kondrobras yang berbentuk oval terletak berdekatan dengan kartilago. Kondrosit iaitu sel tulang rawan yang mempunyai inti yang khas berbentuk bundar dengan sebuah nukleus atau dua buah nukleus. Kondrosit terletak di dalam lakuna atau celahan yang berbentuk bulat. Ia disebut juga sel kartilago. Kedudukan kondrosit di dalam jaringan tulang rawan lebih ke dalam dibandingkan dengan kedudukan kondroblast. Dan Perikondrium merupakan jaringan pengikat yang membungkus kartilago, terdiri dari selfibrosit dan di antaranya terdapat serat kologen.

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

2.2.2 Tulang Kompak Unsur utama kerangka orang dewasa ialah jaringan tulang yang menyangga struktur berdaging bagi melindungi organ-organ vital seperti yang terdapat di dalam tengkorak dan rongga dada, dan menampung sumsum tulang, tempat sel-sel darah dibentuk. Tulang juga berfungsi sebagai cadangan kalsium, fosfat, dan ion lain, yang dapat dilepaskan atau disimpan dengan untuk mempertahankan konsentrasi ion-ion penting ini di dalam cairan tubuh. Tulang kompak terdiri atas materi antara sel berkapur iaitu matriks tulang, dan 3 jenis sel seperti osteosit yang mensentisiskan unsur organik matriks dan osteoklas yang merupakan sel raksasa multinuklear yang terlibat dalam resopsi dan remodelling jaringan tulang. Osteoblas digunakan untukmensentesiskan komponen organik matriks tulang (kolagen tipe L,

proteoglikan, dan glikoprotein).

2.3

Sendi lutut

Sendi lutut merupakan bahagian dari extremitas inferior yang menghubungkan tulang atas (paha) dengan tulang bawah. Fungsi dari sendi lutut ini adalah untuk mengatur pergerakan dari kaki untuk menggerakkan kaki juga diperlukan antara lain : Otot- otot yang membantu menggerakkan sendi. Kapsul sendi yang berfungsi untuk melindungi bahagian tulang yang bersendi supaya jangan lepas bila bergerak. Adanya cecair dalam rongga sendi yang berfungsi untuk mengurangkan geseran antara tulang pada permukaan sendi. Ligamen-ligamen yang ada di sekitar sendi lutut yang merupakan penghubung kedua-dua tulang yang bersendi sehingga tulang menjadi kuat untuk melakukan gerakan-gerakan tubuh. Sendi lutut ini termasuk dalam jenis sendi engsel iaitu pergerakan dua condylus femoris diatas condylus tibia. Gerakan yang dapat dilakukan oleh sendi ini ialah gerakan fleksi dan ekstensi. Persendian pada sendi lutut termasuk dalam jenis sendi synovial (synovial joint ), iaitu sendi yang mempunyai cecair sinovial yang berfungsi untuk membantu pergerakan antara dua tulang yang bersendi. Secara umumnya sendi lutut ini lebih kompleks daripada jenis sendi fibrous dan sendi cartilaginosa. Permukaan tulang yang bersendi pada synovial joint ini ditutupi

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

oleh lapisan hyaline cartilage yang tipis yang disebut articular cartilage, yang merupakan penghubung pada persambungan tulang. Pada daerah ini terdapat rongga yang dikelilingi oleh kapsul sendi.

3.0

JENIS-JENIS KECEDERAAN LUTUT

Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Bila sebut nama kecederaan sukan, bukan bermaksud untuk mereka yang bermain sukan sahaja, sekiranya bersenam di rumah kemudian berlaku kecederaan akan dimasukkan dalam kategori yang sama. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Kecederaan dalam sukan mungkin berlaku disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul, kejutan pada otot dan sebagainya. Kecederaan sukan adalah suatu insiden yang berlaku terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti sukan. Risiko kecederaan ini adalah sebahagian insiden yang sering belaku dalam kebanyakan aktiviti sukan. Kecederaan yang berlaku melibatkan bahagian atau sistem tubuh badan seperti kecederaan kepala atau konkusi, kecederaan spinal, kecederaan bahagian kaki, kecederaan sendi dan tisu lembut dan banyak lagi. Mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan

bertanggungjawab dan perlu mengambil langkah-langkah yang sebaiknya dalam menguruskan kecederaan yang berlaku terhadap atlet atau individu yang terlibat.

3.1

Retak / Fraktur Patella

Kecederaan tulang retak berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil. Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan pesakit mengalami kecederaan tersebut disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan. Ketegangan dan kecederaan otot. Tulang patella dapat menjadi fraktur baik secara sendiri ataupun gabungan antara tulangtulang pada ekstremitis inferior. Fraktur patella biasanya jenis transversal sederhana, dimana ia dapat diperbaiki. Tetapi bila fraktur patella kompleks dan disertai dengan dislokasi diperlukan tindakan bedah iaitu angkatan patella (patellectomy) , agar dapat mengembalikan fungsi sendi lutut dengan lebih baik.

10

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Rajah 5: Kecederaan Fraktur Patela 3.1.1 Jenis-jenis Fraktur/Patah

1) Hentakan lansung : apabila tulang patah pada tempat yang terkena hentakan. 2) Hentakan tidak langsug : tulang yang patah berada jauh dari tempat yang terkena hentakan 3) Daya tindakan otot 4) Penyakit tulang : tulang orang tua, mudah patah walaupun dengan sedikit hentakan 3.1.2 Tanda-tanda dan Simptom Patah

1) Berasa sakit pada bahagian yang patah 2) Lebam atau rasa tidak selesa atau rasa tertekan pada tempat yang cedera 3) Bengkak di tempat yang cedera 4) Terkehel mungkin kelihatan pada tulang yang patah itu sebaik sahaja tercedera atau selepas beberapa hari 5) Tidak mampu melakukan pergerakan biasa pada bahagian yang tercedera 6) Kecacatan pada anggota, bentuk biasa berubah atau anggota itu menjadi lebih pendek 7) Keganjilan, jika tulang yang patah itu dekat dengan kulit 8) Pergerakan tidak seperti biasa, hanya doktor boleh memeriksa tanda-tanda ini.

11

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Untuk mengesahkan diagnosis, lakukan perbandingan anggota badan yang tidak cedera, tanda-tanda pada pakaian atau kulit yang mungkin boleh membantu untuk mngesan kedudukan bahagian yang patah. Mangsa juga mengkin terdengar bunyi tulang yang patah itu.

3.2

LUKA

Luka boleh ditafsirkan sebarang potongan pada kulit atau permukaan badan. Kebanyakan luka adalah terbuka dengan belahan pada permukaan kulit yang membolehkan darah darah dan cecair hilang dari badan. Apabila berlaku luka, kuman akan mudah untuk masuk dan menyebabkan jangkitan. Terdapat juga luka tertutup yang membenarkan darah keluar dari sistem pengaliran darah, tetapi tidak dari badan dan keadaan ini dipanggil pebdarahan dalaman. Luka boleh melibatkan kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam seperti dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah.

3.2.1 Jenis- jenis Luka Luka terbahagi kepada beberapa jenis iaitu : 1) Melecet (calar, terguris, dan kesan tekanan) : ia adalah kecederaan permukaan, melibatkan hanya lapisan luar kulit. Ia mungkin disebabkan geseran dengan benda yang kasar. 2) Lebam : ia disebabkan oleh hentakan benda tumpul seperti kayu atau

penumbuk.terdapat penyerapan darah ke dalam tisu. Ini mungkin terdapat saluran yang pecah yang menyebabkan ia kelihatan merah. 3) Luka tersiat : kulit dan tisu-tisu di bawah terkoyak, akibat benda tumpul. Luka ini mempunyai permukaan luka yang tidak rata dan kurang berdarah. 4) Luka terhiris : ia adalah kecederaan oleh senjata atau objek yang mempunyai mata yang tajam. Permukaan luka terhiris rapi. Semua tisu terpotong rapi termasuk saluran darah. Oleh itu, darah akan keluar dengan banyak.

12

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

5) Luka tikaman : ia adalah kecederaan yang disebabkan oleh senjata tajam yang ditikam ke dalam menembusi kulit. Organ-organ penting dalam badan mungkin juga terjejas. 6) Tebukan ditebuk oleh objek yang tajam seperti spike kasut, paku. Luka in i adalah dalam dan mengakibatkan kerosakan salur darah.

3.3

KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT (ACL)

Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi. Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur. ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut. Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal. Ia selalunya berlaku pada sukan-sukan seperti bola sepak, futsal, badminton, sepak takraw, ragbi, bola keranjang dan bola jaring. Selain aktiviti bersukan, kecederaan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya juga boleh mengakibatkan kecederaan ACL. Kecederaan ACL atau anterior cruciate ligament selalu terjadi kepada mereka yang aktif bersukan. Ianya terjadi apabila tulang-tulang kaki bergerak ke arah yang berlainan dengan bebanan berat badan. Ligamen yang terlibat adalah anterior cruciate ligament yang berada di tengah-tengah lutut akan koyak sama ada sedikit atau koyak keseluruhannya.

13

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Rajah 6: Perbezaan ACL yang normal dengan ACL yang tercedera

3.3.1 Tanda-tanda kecederaan ACL Tanda-tanda seseorang mengalami kecederaan ACL adalah selalunya akan kedengaran bunyi seperti letupan atau meletus pada lutut atau bunyi pop dari lutut yang berkenaan. Seterusnya akan terasa kesakitan yang amat sangat dan lutut akan membengkak dengan agak mendadak. Pemain selalunya akan tidak dapat meneruskan permainannya walaupun cuba memaksa dirinya untuk bermain semula pada waktu itu. Pada jangka masa tertentu, pesakit akan berasa kesakitan dan ia mungkin akan berkurangan dan bila digunakan semula kaki untuk berjalan atau berlari akan terasa lutut dalam keadaan longgar seolah-olah seperti akan tercabut. Selain itu, akan kelihatan otot di kawasan atas lutut dan paha mengecil berbanding lutut yang normal dan ini dianggarkan berlaku dalam tempoh seminggu selepas kecederaan. Tanda-tanda yang memerlukan pembedahan segera adalah lutut terkunci yang mana lutut tidak dapat digerakkan sama ada untuk diluruskan atau dibengkokkan, terasa seolah-olah tersangkut. Tanda-tanda lain termasuklah lutut terasa longgar seperti akan tercabut, kesukaran membengkok atau meluruskan lutut sepenuhnya, kesakitan yang berkala dan ketidakselesaan pada lutut.

14

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

3.4

Koyak Tulang Rawan

Tulang rawan yang koyak secara umumnya sering terjadi dalam permainan rugbi dan melibatkan kerosakan meniskus di bahagian lutut. Tulang rawan tidak rosak sepenuhnya kerana meniskus terdiri daripada tulang rawan fiber yang konkrit. Meniskus berbentuk C dan terdapat di setiap lutut. Meniskus berfungsi sebagai shock absorber dan membantu untuk mengurangkan geseran dalam sendi lutut.Meniskus boleh mengalami kerosakan sekiranya diketuk atau menerima hentakan serta berlakunya twist secara tiba-tiba pada bahagian paha dan lutut.

Rajah 7: Tulang Rawan yang mengalami keceederaan

3.4.1 Tanda-tanda Tulang Rawan Koyak Terdapat bekalan urat saraf yang minimum pada bahagian Meniskus yang bermaksud pemain tidak akan berasa sakit pada bahagian struktur yang tercedera. Namun, kekuatan twist akan mempengaruhi medialis agunan ligamentum (MCL) dan ligamen koroner lain di sekitarnya. Ini adalah struktur yang mengubungkan meniskus dengan tulang kering. Kerosakan pada bahagian ini akan menyebabkan lutut pemain mengalami

kebengkakan. Sekiranya meniskus terkoyak maka pemain akan mengalami kesukaran untuk pulih sepenuhnya kesan daripada kekurangan bekalan darah dan saraf pada bahagian tersebut. Carikan hasil daripada tulang yang koyak itu akan menyebabkan lutut pemain secara

15

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

tiba-tiba akan terkunci ke posisi sebagai sebuah lipatan yang akan mengganggu mekanikal lutut yang normal. Pemain juga akan mengadu mendengar bunyi klunk ketika bermain atau berjalan menuruni tangga. Implikasi jangka panjang ialah lutut akan kehilangan stabiliti.

4.0

RAWATAN KECEDERAAN LUTUT

Sekiranya berlaku kecederaan, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah jangan panik dan perlu nertindak dengan tenang dan dengan fikiran yang terbuka. Terdapat beberapa kaedah rawatan bantu mula yang boleh diambil dalam menghadapi situasi kecederaan.

4.1 Rawatan bantu mula untuk kecederaan patah / fraktur lutut : Demah tempat yang cedera dengan ais atau tuala yang direndam air sejuk. Balut bahagian yang cedera dengan kapas Pastikan ikatan splin pada bahagian menyokong tulang patah Bahagian yang cedera perlu diampu pada anggota yang tidak cedera Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan

4.2 Rawatan bantu mula untuk kecederaan luka kecil: Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu, rawatan perlu diberi untuk mengelak risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatan adalah seperti : Bersihkan tempat yang terluka dengan air bersih. Jangan sentuh tempat yang cedera dengan tangan yang kotor. Cuci luka dari tempat luka ke arah luar sepaya kuman tidak masuk ke kawasan yang luka. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu ataupun tuala steril

16

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Letakkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah kawasan luka Gunakan pembalut untuk memegang plaster

4.3 Rawatan bantu mula untuk kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligament): Rice Rest - setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan. Ice - ais yang dibalut dengan kain atau plastic didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatka n iceburn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Compression - bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan. Elevation - meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Referral - Rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

Tindakan awal ini diberikan bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami. Selain itu, rawatan bantu mula ini juga adalah untuk mengurangkan dan menurunkan bengkak serta mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang cedera. Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

17

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

4.4 Rawatan bantu mula untuk kecederaan koyak tulang rawan (torn cartlidge): Rawatan bantu mula totaps dilakukan adalah bertujuan untuk mengesan kecederaan yang dialami. TOTAPS Talk - bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepadanya peringkat kesakitan dan tempat kecederaan. Observe - perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa. Touch - rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti anggota badan tersebut. Active Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera. Passive Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap kecederaan.Rengangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius. Skill - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada tanda kecederaan yang khusus.

18

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

5.0

PERSEMBAHAN DIGITAL

19

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

6.0

PENUTUP

Risiko kecederaan adalah sebahagian insiden yang sering berlaku dalam kebanyakan aktiviti sukan. Mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan bertanggungjawab dan mengambil langkahlangkah yang sebaiknya dalam menguruskan kecederaan yang berlaku terhadap individu yang berada di bawah pengawasannya.n yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal.

Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ialah menjalani latihan yang sistematik. Sebelum melakukan aktiviti fizikal, murid atau atlet perlu melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan dan menyejukkan badan selepas selesai melakukan aktiviti. Latihan atau aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan tahap dan kecergasan atlet atau murid. Selain itu, latihan yang dijalankan perlulah secara progresif.

Guru atau jurulatih pelu mengenalpasti tahap atau kecergasan murid seperti memastikan tahap kesihatan murid atau atlet dan merujuk kepada rekod kesihatan mereka. Menetapkan undang-undang dan peraturan permainan atau sukan. Guru atau jurulatih perlu menjelaskan kepada murid atau atlet undang-undang atau peraturan berkaitan permainan atau sukan yang dijalankan. Pastikan juga kemudahan peralatan yang disediakan. Pastikan pakaian, kasut atau peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan. Pastikan juga peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah perlulah ditinjau terlebih dahulu laluan yang akan digunakan bagi memastikan kesesuaian dan keselamatannya. Kawasan aktiviti perlu sesuai dan selamat untuk murid. Elakkan melakukan aktiviti dalam cuaca panas yang akan menyebabkan berlakunya dihidrasi. Selain itu, semua arahan perlu jelas dan diberikan sebelum setiap aktiviti dijalankan dan bimbingan dari masa ke semasa sentiasa diberikan.

20

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

BAHAGIAN B

21

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

RAKAMAN TUNJUK CARA BANTU MULA

22

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

BAHAGIAN C

23

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

PENULISAN REFLEKTIF

24

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

RUJUKAN

Bob, O.C., Budgett, R., Wells, C. & Lewis, J. (2005). Sports Injuries and Illnes Their Prevention and Treatment. The Crowood. Intan Syaheera Ramli.(2011). Sistem Latihan Maya Penggunaan JIG dan Komponen Sokongan bagi Pembedahan Lutut Berbantuakan Komputer. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mustafa Ali Mohd. Zurina Ismail. & Dr. Abd Shatar. (1994). Panduan pertolongan cemas. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Masood Abd Rashid. & Mohd Ariffin Siri. (1997). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Teng, B. T. (2001). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya,


Malaysia: Pearson. http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120708/kn_03/Kecederaan-Sukan dilayari pada 16 Ogos 2012 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/16/Knee_diagram.png dilayari pada 16 Ogos 2012 http://www.fix-knee-pain.com/patellar-tendonitis-knee-tendonitis/ dilayari pada 23 Ogos 2012 http://paramedik.bbfr.net/t9008-cedera-dalam-sukan-kecederaan-sukan-lutut-berbunyi-apopa http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/knee-pain/jumpers-knee dilayari pada 1 September 2012 http://www.sportsinjuryclinic.net/sport-injuries/knee-pain/osgood-schlatters-disease dilayari pada 12 )gos 2012 http://www.thesportsphysiotherapist.com/osgood-schlatters-disease-diagnosis-and-management/ dilayari pada 1 September 2012

25

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

LAMPIRAN

Cedera Dalam Sukan | Kecederaan sukan lutut berbunyi pop!


by Info Bola Sepak on Wed 04 Jul 2012, 12:32 pm
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

KECEDERAAN ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba DENGAN adanya penekanan kepada sukan dan aktiviti lasak atau ekstrem, terdapat peningkatan dalam insiden kecederaan yang berkait rapat dengan sukan, baik bagi pemain profesional mahupun yang bermain secara sosial. Kita dapat lihat padang bola sepak, lapangan futsal, taman ekstrem dan gelanggang- gelanggang tertutup bagi permainan badminton, bola keranjang, sepaktakraw dan sebagainya yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan dengan jumlah kecederaan sukan. Tidak hairanlah kebanyakan pesakit adalah terdiri daripada golongan muda, namun golongan yang lebih tua tetapi aktif bersukan tidak terkecuali dari kecederaan ini. Terdapat beberapa ligamen yang penting di dalam dan luar lutut seseorang yang diklasifikasikan kepada penstabil lutut statik dan penstabil lutut dinamik.

26

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

Ini termasuklah ligamen krusiat anterior/ depan (ACL), ligamen krusiat posterior (PCL), ligamen kolateral lateral (LCL), ligamen kolateral medial/tengah (MCL), kompleks lateral posterior (PLC) dan meniskus lateral dan medial yang mana semuanya dikategorikan sebagai penstabil lutut statik. Penstabil lutut dinamik adalah otot-otot yang terdapat di sekeliling lutut yang turut berfungsi sebagai penstabil lutut. Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada ACL sahaja yang paling kerap dialami oleh mereka yang akrif bersukan. Menurut Pakar Perunding Ortopedik/Trauma, Artroskopi dan Kecederaan Sukan, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar, ACL merupakan salah satu ligamen yang terdapat di dalam sendi lutut setiap individu. Ligamen pula adalah tisu tegar yang berfungsi sebagai penstabil kepada sendi-sendi di dalam badan kita. Persoalannya sekarang, dengan wujudnya banyak penstabil lutut, apakah kecederaan pada ACL seseorang itu perlu dirawati? Ya, kerana fungsi ACL sebagai penstabil yang spesifik dan unik untuk mengekalkan kedudukan sendi lutut itu sendiri agar tidak longgar pada posisi-posisi tertentu. ACL menstabilkan lutut untuk mendaki bukit atau menaiki tangga dan menjadi penstabil untuk putaran lutut dan juga aktiviti larian mahupun pemain bola sepak menukar arah larian ketika berlari (cutting). Oleh itu bagi mereka yang mengalami kecederaan ACL pasti mengalami simptom -simptom di atas selain rasa sakit pada lutut tersebut, ujar beliau.

Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku? Menurut Dr. Khaizatul Ezam, kecederaan ACL berlaku disebabkan oleh kecederaan pada lutut seseorang sewaktu aktiviti sukan, lazimnya secara non-contact. Mekanismenya adalah berhenti mengejut sewaktu larian deras dan menukar arah secara tiba- tiba. Ini dapat dilihat terutamanya pada sukan-sukan yang melibatkan larian dan putaran berlebihan pada lutut seperti dalam permainan bola sepak, futsal, ragbi, bola keranjang dan bola jaring atau digelecek

27

KECEDERAAN DALAM SUKAN (PJM 3118)

dengan agak keras sewaktu bermain. Mekanisme kecederaan ACL dalam sukan melibatkan lompatan pula sewaktu mendarat, lutut berputar ke arah dalam dengan kaki tetap di atas gelanggang dan ini akan menegangkan ACL dan menyebabkan kecederaan, ia putus atau terkoyak, katanya. Akan tetapi terdapat juga pesakit-pesakit kecederaan ACL yang disebabkan oleh aktiviti sukan yang lain dan ada juga yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya yang melibatkan mekanisme kecederaan yang sama seperti kecederaan sewaktu bersukan. Contoh lain yang lebih jelas adalah dalam sukan rabgi atau American football yang mana seseorang pemain digelecek pemain lawan dengan diasak lutut dari sebelah kiri atau kanan pemain tersebut.

28