Anda di halaman 1dari 26

Cara solat terawih & witir...(solat sendiri) Semalam my 1st day posa...org dah masuk ari ke3..

aku baru 1st day...hihi...normal la kan... Semangat gila kot nak posa... Malam tu pas balik niaga....dah pkol12 lebih baru nak myang isyak..igt nak wat terawih sendiri..dah tak berkesempatan nak berjemaah.. Bila dah abes myang isyak... cam lupa2 igt nak wat terawih

cmne..haha..mulu giler...sethn sekali baru nak myang terawih..so cam konpius...tang witir tu...aku mcj la sampai 4-5 org tgh2 mlm tu tny camne... thanx utk yg sudi gtaw cara tu ek... :) Jom nak share dgn anda semua... Aku search dari pelbagai sumber.... Ni aku share cket2 ok...

Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbezabeza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis

Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat. Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).

Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalamhadis riwayat alBaihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya,

maka qiyam Ramadhan pun demikian. Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi

imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat. Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat

tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan. Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu

rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun

ada hak. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan. NOTA: Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah

membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyakbanyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya. Hal ini ditegah Allah: Celakalah

(orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Maun :6) Lafaz niat:

Niat di hati: Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala. PERINGATAN: Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan

dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)

SOLAT SUNAT WITIR Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah

Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurangkurangnya satu rakaat sahaja. Di antara fadhilat solat witir ialah : 1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya. 2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain 3. "Sesungguhnya Allah itu

witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala" Zikir Selepas Solat Witir

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,

dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai." okey kekwn..pham tak? cam ustazah tak?? tak layak pun... just share something....

ok...diringkaskan...l aw kita nak wat sendiri... 2 + 2 + 2 + 2 = terawih... or leh gak wat 20rakaat... kemudian.... 2 + 1 = witir... or leh wat angka2 ganjil(1, 3, 5, 7.....)...1rakaat pun leh...mesti diakhiri 1 rakaat utk ganjilkan ok..

tapi witir ni..law wat3rakkat..tak leh wat sama cam maghrib ok... disini sedikit penerangan sal witir ok... Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal)

kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina Aisyah ra : . (Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737) Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus

menjadikan solat witir seperti solat Maghrib. Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat

tersebut (maghrib dan witir). Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw : Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib. sekadar ni jer perkongsian utk bersama...

moga dapat keberkatan di bulan yg mulia ini... :) sebarang salah silap mohon tunjuk ajar....

Anda mungkin juga menyukai