Anda di halaman 1dari 19

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM CC102 CONTRUCTIONAL MATERIAL & APPLICATION TUGASAN 1

NAMA:MOHAMAD YUSOF BIN MOHD NOOR NO PENDAFTARAN:04DKA11F2061 TAJUK:KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL DAN KELENGKAPAN PAIP TARIKH TERIMA:04.01.2012 TARIKH HANTAR:15.01.2012 NAMA PENSYARAH:EN.ISMAIL BIN JOHARI

MARKAH:

ISI KANDUNGAN
Pengenalan Objektif kajian Definisi keselamatan Keselamatan dalam bengkel Peraturan dan keselamatan Rutin dan organisasi bengkel Perlupusan sisa buangan bengkel Amalan 4m Alat bantuan kebakaran Tanda-tanda keselamatan Peralatan perlindungan diri Alatan tangan Pengenalan paip Sistem air dalaman Sistem paip sanitari Kebesihan Bahan rujukan kesimpulan

PENGENALAN
Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Di peringkat awal,pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar. Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke semasa. Ini adalah kerana kita akan mula bekerja dengan peralatan elektrik dan alatan elektronik . Sewaktukita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak di inginan berlaku. Puncapunca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat elektronik ini , perlukan dikenali dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan semua kerja-kerja atau peralata berkeadaan baik.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara khusus perkara-perkara berikut melalui persepsi pihak yang terlibat di dalam melihat amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar semasa melakukankerja-kerja amali di dalam bengkel Mengenal pasti sejauh manakah pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin. Mengenal pasti sejauh manakah kemahiran yang dimiliki oleh pelajar tentang cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin. Mengenal pasti sejauh manakah pengamalan pelajar mengenai cara-cara penjagaan dan penyelenggaraan peralatan tangan dan mesin.

DEFINISI KESELAMATAN

Keselamatan boleh didefinisikan sebagai satu keadaan selamat ataupun terhindar daipada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah di maklumkan kepada pengguna bagi menegelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 (OSHA-Occupational Safety and Health Act 1994) iaitu pihak majikan bertanggungjawabmenyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan serta kemudahan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja.

KESELAMATAN DI BENGKEL
Kesedaran tentang keselamatan diri adalah criteria utama untuk mengelakan kemalangan didalam bengkel. Jika sikap ini diketepikan, kemalangan dan kecederaan mungkin akan berlaku. Semua pihak harus mangamalkan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada di tapak bina. Oleh itu, adalah penting mengutamakan keselamatan dan mengambil tindakan yang perlu sebelum berlaku perkara yang tidak diingini. Apabila keselamatan tidak dititikberatkan , kemalangan mungkin boleh berlaku. Antara punca kemalangan di bengkel: Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang telah rosak. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang salah. Menggunakan alatan elektrik yang rosak. Peralatan tidak disimpan di tempat yang disediakan. Melangar arahan dan peraturan keselamatan. Mengabaikan penggunaan kelengkapan perlindungan diri. Mengendalikan mesin dan alatan tanpa mengetahui kaedah penggunaan yang betul

PERATURAN DAN KESELAMATAN

Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalampersekitaran serta suasana bengkel yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut:(i) Keselamatan am (ii) Keselamatan diri dan rakan (iii) Keselamatan alatan dan bahan i. Keselamatan Am

Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid Rambut mestilah pendek dan kemas. Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel. Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel. Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.

ii.

Keselamatan Diri dan Rakan Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel, Pakai apron dan kasut getah yang bertutup. Bagi murid yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja. Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas. Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel. Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan. Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel.

Etika pemakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel.

iii.

Keselamatan Alatan dan Bahan Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada pengajar sebelum pelajar boleh menggunakannya. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya. Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh pengajar. Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel

RUTIN DAN ORGANISASI BENGKEL


Organisasi Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan sesi mengajar pensyarah bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih sistematik. Aspek kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bengkel . Melalui organisasi bengkel pelajar berpeluang mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja yang teratur serta selamat. Pelajar dapat bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan alatan dan bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Pelajar dapat menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa masing-masing

Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masingmasing seperti kayu, kaca dan plastik. Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula bahan. Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.

1. Membersih Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat Menitikberatkan kebersihan diri dan mental Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi. Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu : Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah) Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secarasemburan tekanan udara tinggi 2. Menyusun Atur Guna alat mengikut kegunaannya Simpan alat di tempat yang betul Menilai Diri dan Tempat Kerja Pencahayaan yang cukup Peredaran udara yang baik Lantai kering dan tak berminyak Mendisiplin Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri 3. Menilai Diri dan Tempat Kerja Pencahayaan yang cukup Peredaran udara yang baik Lantai kering dan tak berminyak 4. Mendisiplin

Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri

ALAT BANTUAN KEBAKARAN

Alat pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.

Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan.

Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya

Label alat pemadam api A

Bahan dan punca kebakaran Air / bagi pinca kebakaran kayu, sampah atau plastik Debu kering / bagi semua jenis kebakaran

ABC

Peti Pertolongan cemas Kotak pertolongan cemas mesti disediakan di setiap bilik makmal.

Kotak pertolongan cemas mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk merawat kecederaan ringan.

Bahan-bahan yang terdapat dalam kotak pertolongan cemas ialah :

ubat kuning atau iodin ubat antiseptik kapas atau kain kasa pembalut atau plaster gunting forsep dan pin

Ubat-ubat yang tersimpan di dalam kotak pertolongan cemas mesti dilabel. Bahan-bahan dalam kotak ini mesti sentiasa diperiksa.

PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI Peralatan perlindungan diri adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya yang sedang ditanganinya. Oleh kerana ia merupakan benteng terakhir daripada bahaya, maka adalah penting kelengkapan ini

dipilih

dan

digunakan

mengikut

spesifikasi

pembuatan

dan

penggunaan

yang

berkesan.Peralatan mestilah mencukupi dan diperiksa secara berkala. Antara peralatan perlindungan perlindungan diri yang digunakan ialah : Pakaian dan sarung tangan keselamatan Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada bulu kambing, kulit, fabric getah, neoprene dan plastik, fabrik beralas plumbum dan fabrik kapas berkait. Ia digunakan untuk melindungi daripada hazard haba, haba kering dan api. Selain itu ia dapat melindungi daripada asid, sinar gama, sinar x serta benda-benda tajam, kasar dan berat.

Penutup telinga keselamatan Perlindungan telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat. Ia bertujuan untuk mencegah hilang pendengaran. Terdapat dua jenis penyumbat telinga iaitu penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk yang diperbuat daripada kapas berlilin, buih, kapas dan gentian kaca.

Gogle dan topeng keselamatan

Digunakan khas untuk melindungi mata dan muka. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja kimpalan gas yang sederhana. Ia sesuai dipakai oleh pekerja yang memakai jenis dan kaca darjah mata. Pemilihan yang jenis akan KPP ini dibuat serta berdasarkan hazard dilaksanakan

mengambil kira keselesaan pemakai.

Kasut keselamatan Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam. Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada hazard panas, hazard berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.

Topi Keselamatan Topi keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripadahazard seperti hazard hentakan daripada objek yang keras, hazard yang kurang kuat. Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam operasi

KEBERSIHAN

Pelajar hendaklah menyapu sampah sebelum bermulanya bengkel. Pelajar dilarang membuang sampah merata tempat. Meja perlu dibersihan sebelum memulakan kerja kerja bengkel. Pelajar dilarang makan dan minum semasa berada di dalam bengkel. Pelajar hendaklah membuang sampah pada tempat yang disediakan. Selepas menggunakan mesin,perlulah dibersihkan supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diinginkan.

bahan RUJUKAn
terdapat beberapa bahan rujukan yang boleh kita lihat iaitu: Laman web(internet) Blog(internet) Buku rujukan(perpustakaan) Bahan bahan ilmiah seperti majalah,surat khabar,dan lain lain. Bertanya kepada orang yang lebih tahu. Bertanya kepada rakan-rakan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,daripada tugasan ini saya dapat memahami langkah-langkah keselamatan dan kaedah atau konsep pengunaan alat-alat dan bahan keselamatan dengan betul,tepat serta berkesan.selain itu,saya juga dapat mempelajari cara dan tektik yang betul menggunakan alatan-alatan kecemasan semasa dalam berlakunye kemalangan.saya juga dapat mengetahui dan mempelajari langkah-langkah dan ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menggunakan alatan mesin.disamping itu,saya juga dapat memgetahui alatan-alatan yang perlu ada untuk membuat sesuatu semasa berada di bengkel..di sini,saya ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya kepada En.Ismail Bin Johari yang merupakan pensyarah cc102 aplikasi bahan binaan kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.semasa menjalankan tugasan ini,saya dapat mempelajari dan memahami tentang pelbagai jenis alatan.selain itu,saya juga dapat mengetahui langkah langkah keselamatan yang perlu dipatuhi

Anda mungkin juga menyukai