Anda di halaman 1dari 36

PEMBINAAN UJIAN

Disediakan Oleh: Hairuniza Hamdi Hamizah Zainol Abedin Muaz Abdul Ghafar

OBJEKTIF

PEMBINAAN UJIAN

SUBJEKTIF

ITEM OBJEKTIF
Definisi: Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama

Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa
(Gronland,1977)

KLASIFIKASI ITEM OBJEKTIF


JENIS ITEM RESPONS BEBAS
Item jawapan pendek

JENIS ITEM RESPONS TETAP


Item Betul/Salah

Item melengkapkan ayat

Item jenis padanan

Item perkaitan

Item jenis pengelasan

Item isi tempat kosong

Item aneka pilihan

JENIS ITEM RESPONS BEBAS


(1)Item Jawapan Pendek
Apakah perkataan sinonim bagi perkataan cepat? Berikan dua contoh kata kerja.

JENIS ITEM RESPONS BEBAS


(2) Item Melengkapkan Ayat
Mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul Calon dikehendaki mencantumkan jawapan (cantuman sekuen) atau (cantuman sesuai) Melengkapkan Ayat: Saya ke sekolah menaiki ____________. Setiap pagi _______ akan menghantar beliau sehingga ke depan sekolah.

Cantuman Sesuai:
Nyatakan kelebihan membaca buku. 1)______________________ 2) _____________________

Cantuman Sekuen:
Terangkan langkah-langkah kitar semula.

JENIS ITEM RESPONS BEBAS


(3) Item Perkaitan
Tuliskan kata lawan bagi setiap perkataan dibawah: 1) Cantik:_____ 2) Wangi:______ 3) Baru:______

AMALI
Bina soalan berdasarkan Item Objektif: Jenis Item Respons Bebas

JENIS ITEM RESPONS TETAP


(1)Item Betul-Salah
Item mengandungi jenis dua pilihan Contoh pilihan: 1) Ya-Tidak 2) Betul-Salah 3) Benar-Tidak Benar Nyatakan jawapan betul-salah bagi penggunaan ayat digaris. Nenek itu kelihatan sangat uzur. Abang bercadang hendak membeli kereta baru kerana keretanya kelihatan uzur.

JENIS ITEM RESPONS TETAP


(2) Item Padanan
Mengemukakan masalah dan beberapa penyelesaian/tindakbalas Tindakbalas boleh digunakan lebih daripada sekali Item padanan dibahagikan kepada:
1) Item padanan homogen mudah 2) Item padanan perhubungan logik 3) Item padanan jenis klasifikasi

Item Padanan Homogen Mudah


Padankan pernyataan dalam ruang A dengan B.
A Kaki bangku B Anak yang disayangi dalam keluarga

Anak emas

Seorang yang tidak pandai bermain bola

Item Padanan Perhubungan Logik


Padankan kenyataan berikut dengan betul.
Bapa saya gemar bercucuk tanam di kawasan halaman rumah.

Emak saya mempunyai hobi Aktiviti kakak pada masa lapang ialah

memandu kereta ke tempat kerja. membaca buku sambil mendengar muzik.

Item Padanan Jenis Klasifikasi


Suaikan jenis kata dengan betul.
Berlari Kata Nama Kak Siti Encik Raju Kata Kerja Memasak Pegawai tadbir

JENIS ITEM RESPONS TETAP


(3) Item Pengelasan
A
B C

Makan suap
Bagai kacang melupakan kulit Ringan tangan

Amin jarang pulang ke kampung selepas berjaya mencapai kejayaan dalam bidang perakauan. ( ) Pemuda itu telah dibuang kerja kerana didapati menerima rasuah. ( ) Cikgu sayang kepada Salmah kerana dia suka menolong orang. ( )

JENIS ITEM RESPONS TETAP


(4) Item Isi Tempat Kosong
menjahit membaiki melukis

Kakak meminta tolong ibu untuk ______ baju kurungnya yang koyak itu. Encik Rahman __________ kereta sejak pagi tadi. Adik gemar _______ gambar tumbuhtumbuhan di kawasan taman.

JENIS ITEM RESPONS TETAP


(5) Item Aneka Pilihan
Terdapat beberapa pilihan Terdapat beberapa jenis pilihan iaitu: 1. Satu jawapan betul 2. Jawapan terbaik 3. Negatif

Satu Jawapan Betul


Setiap soalan belum lengkap diikuti oleh beberapa jawapan. Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan ditanda dalam borang OMR.

Jawapan Terbaik
Setiap soalan diikuti beberapa jawapan. Setiap jawapan terdapat kebenarannya tetapi tidak tepat. Soalan sering menggunakan perkataan paling/utama.

Negatif
Calon dikehendaki mencari fakta yang bertentangan. Soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan dan salah. Semua jawapan betul kecuali satu yang salah. Berikut merupakan kata ganda yang betul kecuali: a) Batu-batan b) Kuih-muih c) Huru-hara d) Kiri dan kanan

AMALI
Bina soalan berdasarkan Item Objektif: Jenis Item Respons Tetap

ITEM SUBJEKTIF
Definisi: Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

KLASIFIKASI ITEM SUBJEKTIF

Item jenis struktur

Item jenis esei

Item Jenis Struktur


Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini menghadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

AMALI Bina soalan berdasarkan Item Subjektif: Item Jenis Struktur

Item Jenis Esei


Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbungabunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar. Memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dengan menggunakan perkataan sendiri. Gerak balas memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengenal fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembleng idea-idea

Item Jenis Esei

Item Tindak Balas Lanjutan

Item Tindak Balas Terhad

1) Item Tindak Balas Terhad


Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

2) Item Tindak Balas Lanjutan


Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

AMALI Bina soalan Item Subjektif: Item Jenis Esei

SEKIAN TERIMA KASIH JUMPA LAGI JAGA DIRI ^^

Rujukan
http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/in teraksi-4-pembinaan-ujian.html http://nurulsimaothmanbmm.blogspot.com/2009/02/tajuk-4penilaian-ujian.html Modul Bahasa Melayu PGSR

Anda mungkin juga menyukai