Anda di halaman 1dari 10

1

1.0

Pengenalan

Merupakan sebuah jajahan British, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terletak di pantai tenggara Semenanjung Arab, dan bersempadan dengan Oman, Arab Saudi, Teluk Oman dan Teluk Parsi. Terdiri daripada tujuh negeri termasuklah Dubai. Walaupun sebahagian besar negara ini terdiri daripada padang pasir rata yang bersempadan dengan bukit di sebelah timur, UAE kaya dengan rizab gas asli dan petroleum.

Gambar 1: Peta Dubai

Semenjak penemuan minyak di negara tersebut, ekonomi UAE semakin berkembang manakala taraf kehidupan turut sama meningkat dengan pesatnya, menjadikannya sebagai sebuah negara Arab yang paling kaya. Lokasinya yang terletak dipertemuan kedua-dua teluk menjadi satu titik penting dalam transit perkapalan minyak mentah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, UAE mula meningkatkan fokus mereka mempelbagaikan sumber ekonomi antaranya dalam bidang hartanah perumahan, pelancongan, dan bertitik tolak dari itu, turut menghidupkan bandar-negeri Dubai menjadi salah satu hub perbankan utama dunia. Walaupun pusat UAE adalah Abu Dhabi, Dubai tetap berfungsi sebagai Bandar dan pelabuhan utama di negara ini dan terletak di sepanjang sentral pantai negara tersebut, Dubai juga merupakan antara

pusat perniagaan dan perdagangan di UAE. Dengan kemajuan dan kekayaan yang ada, Dubai dilihat giat membangunkan mercu tanda yang agung, dan ini dapat dilihat dengan pembinaan projek mega Palm Islands di Dubai.

1.1

Palm Islands

Palm Islands, merupakan pulau buatan manusia yang asalnya diilhamkan oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum pemerintah Dubai yang berfungsi sebagai kawasan kediaman mewah beserta infrastruktur komersial. Ianya dibina oleh Nakheel Properties, seorang pemaju hartanah terkenal di UAE dan turut mendapatkan khidmat dari syarikat dredging Belgium dan Belanda, kontraktor marin, Jan De Nul dan Van Oord, dan beberapa pakar-pakar dunia dalam bidang penebusgunaan tanah. Pulau-pulau yang dibina adalah Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali dan Palm Deira dan The World. Setiap binaan pulau yang berbentuk pohon sawit ini, akan di top oleh binaan yang berbentuk bulan sabit. Kedua-dua pulau yang pertama dibina daripada kira-kira 100 juta meter padu batu dan pasir. Manakala, Palm Deira pula dibina daripada kira-kira 1 bilion meter padu dari bahan yang sama. Bahan-bahan binaan ini kesemuanya di lombong di UAE sendiri dan hasil binaan akhir adalah berupa 100 hotel-hotel mewah, pangsapuri dan villa eksklusif kediaman sebelah pantai, marina, taman tema air, restoran, pusat membeli-belah, kemudahan sukan dan spa kesihatan. Pembinaan pulau tiruan yang pertama iaitu Palm Jumeirah bermula pada bulan Jun 2001, diikuti Palm Jebel Ali dan bagi Palm Deira yang meliputi permukaan seluas 46,35 kilometer persegi, telah diumumkan pembangunannya pada bulan Oktober 2004. Pembinaan ini asalnya mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun, sebelum Dubai mengalami krisis kredit global yang membimbangkan.

Gambar 2: Salah satu Palm Islands

Gambar 3: Palm Islands

Seterusnya, binaan megah yang keempat pula dibina, dan binaan keempat ini dinamakan The World yang merupakan kepulauan tiruan pelbagai pulau-pulau kecil yang dibina dalam bentuk kasar peta dunia. Terletak 2.5 batu, juga di luar pantai Dubai, pulau ini terdiri daripada pasir yang dilombong dari perairan cetek pantai Dubai. Kesemua keempat-empat pulau tiruan ini yang turut digelar sebagai fantastic four oleh pelancong ketika ini dilihat menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Dubai dan ini dapat memberikan impak yang positif terhadap ekonomi Dubai khususnya seperti yang dijangka.

Gambar 4: The World

2.0

Isu-isu persekitaran yang melibatkan Palm Island

Pembinaan pulau-pulau buatan Dubai menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap alam sekitar. Tindakan manusia telah menyebabkan keseimbangan ekosistem di kawasan pembangunan tersebut mengalami gangguan yang akan memberi kesan terhadap alam sekitar dan manusia seandainya langkah-langkah pencegahan tidak diambil. Antara kesan yang timbul dari segi fizikal ialah hakisan pantai, pemendapan sedimen dan perubahan arus ombak. 2.1 Kesan Ekonomi

Dari segi ekonominya, Dubai merupakan pengeluar minyak mentah yang utama dalam dunia. Penggalian sumber asli ini telah menjadi pendapatan utama bagi negara ini. Dengan tujuan mengurangkan pergantungan kepada sumber asli ini, kerajaan Dubai bertindak mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara ini. Ini kerana sumber asli yang memperkayakan negara ini akan menghadapi kehabisan pada suatu hari nanti. Dubai Urban Area Stratefic Plan 1993-2012 merupakan panduan pembangunan ekonomi dan fizikal bandar Dubai ke arah abad ke-21. Pelan ini menunjukkan usaha agensi awam dan swasta bagi membangunkan bandar dari bentuk gurun kepada suatu bandar maju. Pelan ini bertujuan mengiatkan industri perlancongan, dan juga perniagaan setempat. Bagi menjadikan gurun ini sebagai tempat perlancongan yang terkenal, pembinaan pulau buatan manusia dalam bentuk unik, pokok minyak sawit telah dijadikan suatu unsur utama untuk menarik pelancong.

Selain itu, pembinaan kemudahan-kemudahan rekreasi, hiburan dan membeli-belah juga termasuk dalam pelan pembangunan tersebut. Pembinaan rumah percutian (villa), hotel mewah dan pusat membeli-belah yang berkelas tinggi adalah bertujuan menarik pelancong dan memajukan perlancongan negara Dubai agar perlancongan boleh dijadikan suatu aktiviti ekonomi yang mempertahankan kekayaan negara. Namun begitu, pembinaan pulau buatan manusia ini telah mengakibatkan kerosakan ekologi lautan. Rantai makanan bagi hidupan laut telah terganggu akibat daripada kekurangan makanan yang disebabkan oleh kerosakan tempat tinggal hidupan laut, termasuklahcoral reefs, tiram dan alga. 2.2 Kesan Biologi Selain itu, pembinaan Palm Island yang di buat oleh Nakheel yang dilihat mempunyai kesan yang jelas dan ketara ke atas alam sekitar terutama sekali dari aspek biologi. Adalah sesuatu yang mustahil bagi pembinaan yang dianggap mega yang memberi perubahan teramat besar keatas ekosistem tidak memberi impak kepada kawasan hidupan liar dan proses semulajadi. Pembinaan pulau ini dilihat telah mengubah kawasan habitat hidupan liar yang berada dikawasan tersebut. Selain dari itu mendakan yang terhasil semasa proses pembinaan pulau ini juga telah mengakibatkan hidupan marin dalam laut tersebut mati kelemasan serta telah menyebabkan kecederaan fauna marin setempat. Kesan lain dari proses pembinaan ini terhadap tumbuhan persisir pantai adalah menyebabkan pengurangan pendedahkan kepada cahaya matahari berikutan permukaan daun tubuhan diliputi oleh habuk dan debu dari proses tambakan tersebut. Merujuk kepada tinjauan yang dijalankan oleh pihak MME kesan dari proses pembinaan pulau ini akan membunuh tiram dan bukan itu sahaja ia juga akan mengakibatkan kemusnahan karangan yang nadir dikawasan tinjauan tersebut. Selain itu pembinaan ini juga mengakibatkan kemusnahan koloni seperti Siderastrea siderea, Pseudosiderastreatayamai, dan faviids. Pembinaan ini juga dilihat telah mengakibatkan beberapa spesies fauna dan flora yang endemik dikawasan tersebut terus hilang. Tetapi pembinaan ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar kepada fauna marin yang boleh bergerak dari kawasan yang mengalami impak dari aktiviti

pembinaan ini. Antara fauna yang tidak mendapat kesan besar dari kawasan impak adalah ikan verterbrata dan landak laut. Kajian yang dijalankan oleh Dr. Williams bersama Emirates Environmental Marine Group mendapati bahawa kawasan yang akan mengalami impak dari pembinaan ini adalah seluas 25 juta m2dan dari jumlah kawasan tersebut 10 %- 15% daripadanya merupakan habitat kepada terumbu karang. Mengikut pengiraan beliau bahawa pembinaan ini akan menimbus kirakira 0.83 m2 sehingga 1.25 m2 kawasan habitat terumbu karang tersebut. Namun begitu, langkah Nakheel meletakkan breakwater juga merupakan satu usaha yang dapat meningkatkan kekayaan habitat sekitar perairan pulau tersebut. Perletakan breakwater ini akan menyediakan satu lapisan bawah yang keras dan berbatu untuk hidupan marin. Breakwater dijadikan sebagai tukun tiruan yang berfungsi sebagai habitat kepada karangan serta kawasan pembiakan fauna marin.

3.0

Kaitannya dengan Etika Alam Sekitar

Pembinaan pulau buatan di Dubai bukan sahaja menyebabkan berlakunya kemusnahan hidupan laut seperti terumbu karang, malah menyebabkan kesan dari segi fizikal. Pemantauan Bumi yang dilakukan NASA membuktikan bahawa pulau buatan di Dubai mulai tenggelam kerana berlakunya penurunan tanah hampir 1 cm (0,4 inc) setahun. Pernyataan mengejutkan dikeluarkan oleh syarikat survei tanah Eropah Fugro NPA, yang melakukan penelitian lima tahun terhadap pergerakan Pulau Palm. Antara kesan yang dapar dilihat ialah hakisan yang berlaku dikawasan persisiran pantai disebabkan oleh gangguan pergerakan ombak akibat pembinaan Palm Island. Keadaan ini mempercepatkan proses hakisan dan boleh menyebabkan akitiviti di sepanjang pantai terganggu. Keadaan yang berlaku ini jelas dilihat melanggar prinsip etika yang dikemukakan oleh James Lovelock dalam bukunya yang bertajuk Gaia: a new look at life on earth. James lovelock menyatakan bumi dilihat sebagai organism yang besar dimana seluruh sistem dan komponen didalamnya sama ada biotic dan abiotik adalah saling berkaitan dan mempunyai fungsi antara satu sama lain. Jika satu daripada sistem bumi terancam, ianya akan mempengaruhi sistem bumi.

Lovelock menyatakan, bumi mempunyai sistem kekebalan yang tersendiri dan mampu mengembalikan keseimbangan namun terbatas. Pembinaan pulau-pulau di luar pantai Dubai telah menyebabkan perubahan dalam pengangkutan sedimen, hakisan pantai dan corak gelombang ombak. Kesemua kesan ini merupakan bentuk gangguan ke atas ekosistem. Kekebalan bumi yang di maksudkan James Lovelock ialah keupayaan bumi mengembalikan keseimbangan apabila dikacau ganggu oleh manusia dan terdapat keterbatasan dalam keupayaan bumi apabila bumi tidak lagi dapat mengembalikan keseimbangannya dalam bentuk semulajadi dan berlakunya kejadian seperti banjir dan sebagainya. Berdasarkan kepada etika Anthropocentric, etika ini merupakan suatu kefahaman alam sekitar yang berfokuskan kepentingan manusia. Individu yang memiliki fahaman ini percaya bahawa manusia dan alam sekitar merupakan dua entiti yang berbeza. Sehubungann itu, alam sekitar perlu dimanipulasikn demi kepentingan manusia. Pelan pembangunan palm islands di negara Dubai telah berlakunya konflik di antara dasar pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar. Dengan adanya pelan pembangunan tersebut, kerajaan Dubai menunjukkan niatnya bagi mempertahankan kekayaan negara agar boleh mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepadasumber asli.Keadaaan ini menunjukkan kerajaan Dubai bertindak berpandukan konsep anthropocentric. Palm islands merupakan suatu pulau buatan manusia. Pulau yang berbentuk unik ini telah menjadi tumpuan perhatian seluruh dunia. Secara langsung, industri perlancongan di Dubai telah dipergiatkan dengan adanya keindahan dan keunikan pulau tersebut. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di atas pulau itu juga merupakan salah satu unsur yang menarik pelawatan pelancong. Kesemua ini disediakan oleh pihak berkenaan adalah bermatlamat menjadikan sektor perlancongan sebagai sumber pendapatan negara mereka. Pendapatan yang lumayan menyebabkan pembinaan pulau-pulau dijalankan berterusan. Kejadiannya, kerosakan kepada alam sekitar telahpun berleluasa. Keadaan ini menunjukkan manusia bertindak demi kepentingan sendiri dengan memanipulasikan sektor persekitaran. Kepentingan sendiri yang lebih diutamakan telah menyebabkan kerosakan alam sekitar yang sukar dipulihkan.

Isu ini dilihat turut menyentuh mengenai etika yang menyokong pandangan Ekosentrik, di mana ekosentrik ini merupakan konsep etika yang merujuk kepada kefahaman alam sekitar yang berlandaskan keharmonian diantara manusia dan alam sekitar. Bagi pembinaan ini pihak pemaju iaitu Nakheel dilihat tidak mematuhi kosep etika ini. Sikap tidak mementingkan aspek alam sekitar dapat dilihat dari aspek penyediaan Laporan Impak Alam Sekitar. Laporan EIA yang sepatutnya dibuat oleh pihak Nakheel tidak langsung dibuat dan diserahkan kepada kerajaan tempatan Dubai atau Kerajaan negara tersebut. Dari pada aspek ini pihak Nakheel menjalankan projek tersebut hanya untuk mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar yang sepatutnya dijaga bagi mewujudkan keharmoniaan diantara manusia dan alam sekitar. Pembangunan ini juga dilihat hanya memberi faedah kepada manusia tetapi memudaratkan kepada alam sekitar. Dalam kes ini pembinaan pulau ini dilihat menjejaskan biotik marin namun tiada seorangpun sama ada pihak kerajaan yang memantau akan kesan dari aktiviti pembinaan ini. Walaupun ada pemantauan yang dijalankan melalui Program Pemantauan Zon Pantai Perbandaraan Dubai namun mereka hanya menkaji aspek-aspek topologi dan hydrographical di kawasan persisir pantai Dubai ini termasuklah dikawasan permbinaan pembinaan Palm Island. Pihak kerajaan dan berwajib juga dilihat seolah-olah tidur dan langsung tidak menjalankan kajian kesan biologi impak dari pembinaan tersebut.

4.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, pembinaan Palm Islands ini dilihat banyak mendatangkan kesan kepada alam disekitar lingkungan pembinaanya, meskipun projek ini berskala besar dan bernilai tinggi, pemaju dilihat kurang menitikberatkan keseimbangan alam semulajadi dan longgarnya penguatkuatkuasaan bagi menjaga alam sekitar. Sekiranya hal ini berterusan, dan tiada langkah pencegahan diambil bagi menstabilkan ekologi kawasan ini, Palm Islands diramalkan akan mula tenggelam, dan ini adalah membahayakan penduduk di situ. Kepupusan flora dan fauna, serta hakisan pasir dari aktiviti pembinaan ini juga

boleh menjadi semakin memudaratkan. Justeru, kerajaan Dubai, pemaju dan agensi penguatkuaan Negara tersebut haruslah lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

10

RUJUKAN http://jointings.org/eng/archives/34 [12 Disember 2011] Kubat, A.Y., Guney, Y.I., Ozer, O., Topcu, M. and Bayraktar, S. (2009). The Effects of the New Development Projects on the Urban Macroform of Dubai. Proceedings of the 7th International Space Syntax Symposium. 060: 1 6. https://sites.google.com/site/palmislandsimpact/environmental-impacts [12 Disember 2011]

Anda mungkin juga menyukai