Anda di halaman 1dari 12

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

LATAR BELAKANG

erkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah-sekolah, kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolahsekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79. Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatankegiatan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah : Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pelajaran selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) selama 4 tahun. Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun. Mulai tahun 1982 juga, Bahagian Pendidikan Guru mula memperkenalkan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling. Mulai tahun 1987 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan Kursus Diploma Bimbingan dan Kaunseling selama setahun bagi guru-guru bukan siswazah. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan, termasuk praktikum. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah. Mulai tahun 1996, Universiti Putra Malaysia mengadakan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) kepada guru-guru dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Mulai bulan Ogos 1996, Kumpulan pertama guru-guru yang mempunyai ijazah, diploma dan Sijil dalam bidang bimbingan dan kaunseling dilantik sebagai Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa pelajar sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Mulai tahun 2001, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengendalikan Kursus Diploma Perguruan Kaunseling selama 6 bulan. Ia bertujuan untuk menampung kekurangan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa pelajar sepenuh masa di sekolah menengah. Pada tahun 2001 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan perjawatan guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan bilangan murid. Bilangan Pelajar 500 501 1000 1001 1500 1501 2000 2001 2500 2501 3000 Bilangan Guru Bimbingan & Kaunseling 1 2 3 4 5 6

Pada Oktober 2001 bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama maktab-maktab perguruan seluruh negara telah menjalankan kursus 14 minggu bimbingan dan kaunseling kepada guru-guru sekolah rendah, ia bertujuan untuk dilantik sebagai guru bimbingan sepenuh masa di sekolah rendah. Pada September 2002, kumpulan pertama guru sekolah rendah telah dilantik sebagai guru bimbingan sepenuh masa. Pada Januari 2005, Kumpulan pertama guru lepasan KPLI Bimbingan dan Kaunseling ditempatkan di sekolah rendah sebagai guru bimbingan sepenuh masa.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010

MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya: Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar. Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. 2. 3. Menerima semua klien tanpa syarat. Menerima dan melayan klien serta merta. Membina hubungan mesra berasaskan kepercayaan dan tanggungjawab. Memenuhi temujanji klien. Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain. Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan bertanggungjawab.

4. 5.

6.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

RASIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi gejala sosial di peringkat remaja. Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sepnuh masa dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri. Cabaran masa kini mendesak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkualiti, sistematik dan efisen.

2. 3. 4.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi murid. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang lain. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorentasikan semula murid yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan memajukan sekolah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

2.

3.

4. 5. 6. 7.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua murid. Tiap-Tiap murid memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan murid bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka. Program bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan dirinya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong murid memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.

2.

3.

4.

5.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

6.

Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan. UsahaUsaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan murid itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya dalam jangka masa panjang. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya. Dalam bimbingan dan kaunseling fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan. Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, guru bimbingan dan kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling berunding antara satu dengan lain. Bimbingan dan kaunseling, memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Setiap individu berbeza dalam gaya, ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut : 10.1 10.2 Orientasi Deria Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan, pendengaran dan rasa. Gerak Balas (Response) Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam kelompok atau melalui pemerhatian sahaja. Corak Pemikiran Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.

7.

8.

9.

10.

10.3

11.

Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan kaunseling dijalankan supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat seabgai individu yang mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan murid.

12.

13.

PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut : 1.1 Pendekatan Krisis Pendekatan Pemulihan Pendekatan Pencegahan Pendekatan Perkembangan Pendekatan Krisis Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria,

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti (kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan). 1.2 Pendekatan Pemulihan Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Pendekatan Pencegahan Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi atau kem jaya diri. Pendekatan Perkembangan Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka.

1.3

1.4

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

KOD ETIKA GURU KAUNSELING DAN GURU BIMBINGAN SEPENUH MASA

MUKADIMAH 1. Kod Etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada piawaian perlakuan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa. Kod Etika ini menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dengan memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung dalam Kod Etika. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

2.

3.

4.

5.

SKOP KAUNSELING

1.

Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan interaksi dengan individu lain. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

2.

3.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

KOD TATALAKU

1.

Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa dan integriti profesion kaunseling. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dan sokongan perundingan (consultative support). Tanggungjawab Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa Terhadap Klien 1. 2. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiol-budaya klien. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa sekali pun. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan (kontrak) dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan unsur kerahsiaan. Persetujuan antara Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama.

2.

3. 4.

A.

3. 4.

5.

6.

7.

8. 9.

10.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

10

11.

Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan bahaya, Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menggunakan budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak pentadbiran yang membuat penilaian. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa yang lain. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat yang selesa dan private untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling yang dirakam atau dipita videokan.

12.

13.

14.

15.

16.

B.

Tanggungjawab Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa Terhadap Rakan Profesional 1. 2. 3. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa yang tidak beretika. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa yang teraniaya akibat tuduhan dan tomahan perlakuan yang tidak beretika.

4.

C.

Tanggungjawab Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa Terhadap Masyarakat 1. 2. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undangundang tersebut.

D.

Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan 1. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

11

2.

Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya. Masa tidak boleh

3.

4. 5. 6.

Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

7.

8. 9. E.

Tanggungjawab Pentadbir (Guru Besar) i) Terhadap Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa 1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya kepada guru bimbingan dan kaunseling yang baru dilantik. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi kecemerlangan sekolah keseluruhannya. Berbincang dari masa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas dan program yang hendak dijalankan. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, keyakinan diri, personaliti dan penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dankaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha meningkatkannya. Memastikan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling SekolahSekolah Negeri Sembilan. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan Pelajaran berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Borang Laporan Pergerakan). Memastikan guru bimbingan dan kaunseling tidak diberi jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja pengkeranian yang lain. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling.

2.

3. 4. 5.

6.

7.

8.

9.

Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

12

10. Menggalakkan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi kecemerlangan dan data-data terkini mengenai sesuatu kes. 11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih dari seorang Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa, pihak pentadbiran hendaklah berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan perkhidmatan lain dan perancangan program. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurangkurangnya sekali seminggu, seperti guru akademik lain. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif, strategik, teraputik dan memenuhi kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia. Memantau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya berdasarkan penilaian Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan & Kunseling Cemerlang. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara optimum dan menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan dan kecemerlangan sekolah. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling Sekolah. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SekolahSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Memastikan peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan kaunseling, berasaskan peraturan kewangan.

2. 3.

4.

5. 6.

7.

8.

9.

PENGUKURAN DAN PENILAIAN 1. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memberi penerangan yang lengkap mengenai ujian supaya keputusan ujian itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah berhati-hati dari segi penggunaan ujian. Ujian yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada kelayakan dan kemahirannya dari segi pentadbiran dan interpretasi keputusan ujian dan tujuan. Kegunaan keputusan ujian hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi melainkan dalam kes di mana pengecualian hak yang eksplisit telah dipersetujui terlebih dahulu. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila memberi taklimat tentang ujian dan pengukuran kepada orang awam. Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan Sepenuh Masa hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalahfaham atau disalahgunakan.

2.

3. 4.

Anda mungkin juga menyukai