P. 1
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara

|Views: 376|Likes:
Dipublikasikan oleh Meisshima Hassim

More info:

Published by: Meisshima Hassim on Jul 15, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/14/2015

pdf

text

original

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus

dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang. Kuala Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta memberi pengalaman menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang

telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa
ialah semasa sesi memberi makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan perlindungan Rusa, Taman Alam pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai jenis herba dan tumbuhtumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-lain herba yang boleh didapati di hutan hujan.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->