Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A [ Masa yang dicadangkan : 15 MINIT ] [ 10 MARKAH ]

Tuliskan lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

BAHAGIAN B [Masa yang dicadangkan: 40 minit] [30 markah] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata.

1. Ibu anda kurang sihat. Ayah anda pula dihantar berkursus . Anda perlu menjaga adik-adik anda yang masih kecil. Tulis surat kepada guru kelas anda untuk memaklumkan keadaan keluarga anda dan memohon cuti sehingga ibu anda sembuh. Sediakan surat itu selengkapnya. ATAU 2. Tulis suatu cerita menarik yang bermula dengan ayat di bawah ini.

Ketika pulang aku terlihat seseorang cuba membuka tingkap rumah jiranku. Aku curiga kerana jiranku telah pulang ke kampung. Dengan senyap-senyap, aku pun. ATAU 3. Tulis sebuah karangan bertajuk Aku Sebuah Jam

BAHAGIAN C [ Masa yang dicadangkan: 20 minit ] [ 20 Markah ] Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu Negaraku, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.