Anda di halaman 1dari 2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

pensyarah

PENSYARAH
Di peringkat sekolah rendah dan menengah, guru berperanan sebagai pendidik yang membimbing pelajan sehingga membawa kejayaan kepada anak muridnya melanjutkan pengajian ke peningkat univensiti atan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Di univensiti/IPT kesinambungan mendidik diteruskan oleh tenaga akademik. Penambahan bilangan universiti/IPT kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa sudah pasti memerlukan lebih ramai tenaga akademik untukk mengajar di institusi tersebut. Tenaga akademik universiti/IPT sebenarnya mempunyai beberapa tahap mengikut kelayakan dan kecemerlangan akedemiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan taraf tertinggi tenaga akademik ialah profesor. Tenaga akadeniik yang baru dilantik dipanggil tutor atau penolong pensyarah atau pensyarah pelatih. Gaji yang ditawarkan oleh universiti/IPT awam agak lumayan mengikut kelayakan dan pengalaman seseorang itu. Seorang tutor menenima gaji dan elaun sekitar RM1,500 sementara pensyarah yang mempunyai kelayakan sarjana menerima RM2,600 sementara doktor falsafah sekitar RM2,800. Institusi pengajian tinggi swasta pula mampu menawarkan gaji yang lebih lumayan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Banyak kerjaya di bidang ini kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di univensiti/IPT. Apatah lagi jumlah universiti/IPT tempatan bertambah dan berkembang dan tahun ke tahun. Pelajar boleh menjadi pensyarah di bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial, pengajian Islam, syariah, usuludin, pendidikan, pertanian, pengurusan, perniagaan dan banyak lagi. Kursus dan program yang sudah mantap memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan doktor falsafah, sementara yang sedang berkembang memerlukan pensyarah yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana. Tugas seorang pensyarah tidak sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau menunjuk ajar di makmal, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Walaupun kerjaya ini nampaknya mencabar tetapi memberi kepuasan kepada yang meminatinya. Sekiranya kursus yang diajar itu memerlukan kerja lapangan, maka pensyarah itu akan membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan. Bidang geologi misalnya, pensyarah akan membawa pelajarnya ke tempat tertentu untuk membuat kajian terhadap batu-batan yang dikaji. Begitu juga bidang botani, zoologi, pertanian, pensyarah akan membawa pelajarnya ke lapangan dan semasa ke semasa. Di bidang perubatan misalnya, pensyarah akan membimbing pelajar-pelajar dengan menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta serta agensi kerajaan.

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 1/2

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKSH

pensyarah

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Meminati profesion ini Menguasai bahasa Melayn dan Inggenis dengan baik Berpengetahuan luas di bidang yang dipilih Suka membaca dan menulis bahan ilmiah/penerbitan Tidak jemu membuat rujukan Berminat melakukan kerja-kerja penyelidikan Suka bertugas di makmal dan lapangan Sanggnp membimbing dan membeni tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI Untuk menyertai dunia akademik sebagai tenaga pengajar seseorang harus memiliki kelayakan akademik tertentu. Di maktab-maktab perguruan, dan politeknik-politeknik memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Sementara universiti memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana. TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN Pelajar boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti/IPT tempatan atau universiti di luar negara diiktiraf kerajaan. Terdapat banyak universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Pada kebiasaan, majikan akan menghantar tutor atau pensyarah baru melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti dalam atau luar negara. SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN (i) Peringkat sarjana mudaPelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asasi/matnikulasi universiti dalam dan luar negara. Sementara UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV untuk program sarjana muda. Mereka juga boleh memohon dengan kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan syarat mendapat keputusan yang baik di peringkat ini. Peringkat sarjanaMemiliki ijazah sarjana muda atau diploma lanjutan daripada universiti/IPT tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan. Peringkat doktor falsafahPerlu memiliki ijazah sarjana dalam bidang berkaitan.

(ii) (iii)

Manmohan Singh /03/08/2010

muka surat 2/2

Anda mungkin juga menyukai