Anda di halaman 1dari 2

a.

Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal untuk menimbulkan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu.

b.Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif akan cuba mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik. c.Peringkat Perancangan Peringkat yang menggalakkan pemikiran kreatif ini akan dilakukan melalui 3 cara ,iaitu: .Merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Perancangan secara verbal, iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi ,dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan ,dan sebagainya. d.Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimanakah harus kita mengambil tindakan atas cadangan tersebut? e.Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Muridmurid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

Anda mungkin juga menyukai