Anda di halaman 1dari 45

TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS Perkataan Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu

perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Konsep terapi dalam Pendidikan Khas Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai

perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Keperluan terapi dalam pendidikan khas Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk : Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Sebagai motivasi kepada kanak-kanak. Membina konsep kendiri. Merangsang pengaliran darah dan oksigen.

Kepentingan terapi Terapi pentingan untuk : Meningkatkan kemahiran pengamatan Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi Merangsang pemikiran dan kreativiti murid Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Jenis-jenis terapi Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) Terapi fisio Terapi cara kerja Terapi pertuturan Terapi muzik dan nyanyian Terapi seni visual Terapi hidro atau terapi air Terapi pergerakan kreatif Terapi main Terapi pasir Terapi herba Terapi Snoozelen Terapi Aroma

TERAPI FISIO
Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agenagen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan (termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya. Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit. Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak

mengembangkan kemampuan motor kasar. Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan tubuh melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja. Aktiviti terapi fizikal yang

dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempunyai kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolahTerapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.

Aktiviti fisio terapi Terapi fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih. Aktiviti terapi fisio yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Terdapat beberapa kaedah aktiviti yang dapat dilaksanakan seperti:A. Latihan berpusatkan motor halus memotong menggunting mencabut meramas menguli merenyuk mencubit memicit

B. Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar Membaling Menolak Memukul Melambung Menyambut

C. Latihan imbangan Berdiri dengan sebelah kaki Membawa buku di atas kepala Berdiri di atas kerus

D. Latihan koordinasi memasukkan jarum ke dalam lubang manik melambung dan menyambut bola berbagai saiz

CARA PERLAKSANAAN 1) Pemerhatian dan penilaian awal terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. 2) Penilaian dijalankan menggunakan instrument yang sesuai dan hasil penilaian dianalisa untuk melihat daerah kelemahan tertentu pesakit. 3) Merancang proses rawatan sesuai dengan tahap keupayaan pesakit. 4) Penilaian dijalankan secara berterusan sepanjang tempoh rawatan supaya dapat mengesan keperluan lain pesakit 5) Penilaian susulan dijalankan bagi melihat keberkesanan terapi atau perlu ditukar kepada aktiviti yang lebih sesuai.

Merangsang kepada pertuturan kanak-kanak khas Menggalakkan sosialisasi antara kanakkanak

Peningkatan kepada keupayaan koordinasi mata dan tangan

KEPENTINGAN TERAPI FISIO

Meningkatkan keyakinan diri

Meningkatkan kawalan tingkahlaku / koordinasi badan Meningkatkan keupayaan berkomunikasi

Meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan halus

Untuk mengelakkan pesakit jantung daripada kehilangan kekuatan dan fungsi tubuh badan.

Merawat kecederaan otot semasa sukan, masalah sendi kecederaan belakang, tengkuk

FAEDAH TERAPI FISIO

Dapat meningkatkan kekuatan, pergerakkan, kestabilan sendi dan mengurangkan kesakitan semasa melakukan pergerakan

Memberi panduan untuk mengembalikan keupayaan tubuh badan dan mental Kaunseling tentang faktor-faktor risiko, pendidikan pesakit untuk mencegah berulangnya pada masa depan dan perubahan tingkah laku.

Memberi tumpuan kepada otot kecacatan , memperbaiki postur, melatih kanak-kanak untuk menggunakan alat bantu dan melakukan apa yang perlu untuk memaksimumkan kebolehan fungsi kanak-kanak

TERAPI CARA KERJA


Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinisikan terapi cara kerja ialah latihan aktivitiaktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungdian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. ia tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiiti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah.

Objektif terapi cara kerja dijalankan membolehkan individu menguruskan kehidupan seharian dengan baik memulihkan anggota yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

Kepentingan terapi cara kerja Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik Meningkatkan kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan otototot kecil yang ada Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

Aktiviti terapi cara kerja Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru pendidikan khas juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Antara aktiviti yang boleh dibuat ialah : Latihan aktiviti berkaitan kemahiran hidup Latihan pravokasional Latihan aktiviti membuka dan memasang peralatan Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif

TERAPI PERTUTURAN
Menurut Kamarudin Hj Husin (1987) menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Ia juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar. Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih muridmurid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

10

Kepentingan terapi pertuturan melatih murid menguasai kemahiran tertentu membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu meningkatkan tahap keupayaan murid. membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain. membantu meningkatkan kemahiran sosial. memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN Alat terapi pertuturan diberikan kepada individu yang mengalami masalah

ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut: Kecelaruan perkembangan bahasa Kecelaruan bahasa perolehan Kecelaruan bunyi pertuturan Masalah pendengaran Kecelaruan suara Kecelaruan resonan/ sengau Kecelaruan kelancaran pertuturan Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia) Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ialah: Wisel Bola ping pong Straw

11

Peniup hari jadi Lilin Kertas

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah: Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi Meniup lilin yang dinyalakan api Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air Meniup straw di dalam cawan yang berisi air Meniup kertas di dalam air. Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel. Menyedut air menggunakan straw.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan Melakukan Latihan Senaman Muka 1. Lidah a. Gerakkan lidah ke atas b. Gerakkan lidah ke bawah c. Gerakkan lidah ke kanan d. Gerakkan lidah ke kiri

2.

Mulut a. Buka mulut seluas mungkin b. Tutup mulut c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

12

3.

Muka a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4.

Kunyah

5.

Kawalan pernafasan a. Cara pernafasan menggunakan perut b. Tarik nafas kemudian tahan dan hembus c. Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut. d. Latihan hembus kertas e. Hembus bola kertas ke arah gol f. Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw g. Tiup buih-buih h. Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi i. j. Tiup wisel mengikut rentak Tiup belon mengikut tahap kesukaran

6.

Kawalan suara a. Letak tangan di hadapan mulut b. Letak belakang tangan di bahagian leher c. Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

13

TERAPI MUZIK
Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Objektif terapi Pengurusan tingkah laku Tingkatkan penglahiran perasaan Tingkatkan harga diri Tingkatkan keupayaan akademik Kembangkan emosi Mudahkan komunikasi interpersonaldan intrapersonal Latih pertuturan

Jenis peralatan muzik A. Peralatan muzik tradisional Melayu palu (rebana, beduk, kompang) petik (rebab, gambus, kecapi) tiup (serunai, seruling, tetuang) goncang (angklung)

14

B. Perlatan muzik Barat Perkusi tidak berpic (tamborin, kerincing, kastenet) Tiup dan bras (rekoder, seksofon, trompet) Bertali (piano, biola, mandolin)

Langkah-langkah bermain alat muzik Terdapat beberapa langkah yang perlu diberi perhatian semasa mengajar murid bermasalah pembelajaran bemain alat muzik. memperkenalkan peralatan muzik guru membuat demonstrasi aktiviti warming up yang sesuai teknik bermain yang betul postur badan yang betul membunyikan pola ritma memainkan corak ritma bermain mengikut giliran membuat pergerakan yang sesuai bermain secara keseluruhan

Pemilihan muzik sebagai satu rawatan A. muzik adalah suatu fenomena yang boleh memberi kesan kepada semua manusia. Ia memberi kesan gerakbalas pada fizikal, kognitif dan emosi serta perhubungannya dengan pemikiran dan tubuh badan

B. muzik memberi kesan interaksi antara dan sesama individu. ia boleh mendorong dan menstruktur sesuatu aktiviti dan pencetusan idea.

15

C. muzik

meruakan

sumber

kepada

keseronokan,

memperkembangkan

penghargaan diri dan menggalakkan interaksi yang positif.

Kebaikan terapi muzik A. murid terencat akal dapat meningktkan kemahiran sosial dan emosi dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dapat meningkatkan kemahiran psikomotor

B. murid bermasalah komunikasi meningkatkan kelancaran pertuturan membetulkan masalah suara meningkatkan keyakinan diri dan luahan emosi

C. murid autistik meningkatkan pertuturan dan bahasa meningkatkan kemahiran sensorimotor menggalakkan interaksi sosial

Aktiviti terapi muzik Membuat pergerakan mengikut lagu Menulis lirik lagu Bermain berlatar belakangkan muzik Mengenal dan membuat latihan menggunakan alat muzik Latihan praktikal guna alat muzik

16

TERAPI SENI VISUAL


Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital. Pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi Seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini. Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya Teori Perkembangan Kanak-kanak menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanakkanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa. Victor Lowenfeld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar pelajar. Michael Samuel M. D. Dalam bukunya Art as a Healing Force pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan berkebolehan menyembuh dan menjadi pemangkin sahsiah manusia. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat

17

nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. (Judith Peck ) The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change Menurut Frostig & Essix 1998

Kepentingan terapi seni Menyelesaikan konflik emosi Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri Membina kesedaran sosial Mengubah tingkah laku Membina strategi penyelesaian masalah Meningkatkan kemahiran penguasaan hidup

Kepentingan seni dalam kehidupan dan pendidikan seni merupakan pengalaman pandangan melalui imaginasi dan perasaan seni adalah pengalaman yang berlaku sepanjang hari seni adalah pengalaman universal. Tidak terhad kepada individu tertentu

Fungsi seni dalam pendidikan a) menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estatik b) menyumbang kepada kepuasan diri c) menyumbang kepada penyelesaian masalah d) menyumbang kepada perkembangan personaliti e) sebagai alat membantu pertumbuhan kanak-kanak

18

Kepentingan seni visual kepada murid bermsalah pembelajaran a) meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar b) meluahka perasaan c) menguatkan motor kasar dan motor halus

Aktiviti yang boleh dilakukan Catan Kolaj dan asemblaj Reka bentuk Anyaman Kraftangan Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain

19

TERAPI HIDRO
Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan. Ketikasakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun.Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri. Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. MaNakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit. Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.Hidroterapi bermaksud terapi air atau rawatan air. Rawatan ini bukan sahaja melakukan aktiviti renang malah aktiviti berendam di dalam air juga dilakukan. Terapi hidro menggunakan air sebagai medium semulajadi untuk meringankan atau mengubah keadaan sedia ada kepada yang lebih baik. Terapi ini sangatlah sesuai untuk perkembangkan fizikal pergerakan motor kasar dan halus serta mental. Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dalam air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit

20

Perlu bimbingan seorang ahli fisioterapi yang terlatih bagi mengelakkan kecederaan
DEFINISI Juga dikenali sebagai senaman air oleh ahli-ahli sukan air

Terapi air atau rawatan air

Bukan sahaja aktiviti beranang malah juga aktiviti berendam di dalam air

Otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang

Pergerakkan dalam air mudah danlebih bebas

Tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakkan Imbangan dalam air bukanlah masalah utama

KONSEP

Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental muridmurid berkeperluan khas

Banyak pergerakan dapat dilakukkan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan

21

Objektif terapi hidro Terapi hidro perlu dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran adalah untuk : membentuk sikap kerjasama memberi keseronokan ketika berada di dalam air memulihkan keadaan fizikal, emosi dan spiritual.

Elemen penting dalam terapi hidro Keselamatan di air Apungan Berenang Pernafasan

Kepentingan terapi hidro Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untukmengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi danspiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: 1. Menghilangkan tekanan. 2. Keupayaan berkomunikasi. 3. Simulasi sistem otak 4. Bina keyakinan diri. 5. Kreativiti. 6. Kawalan diri. 7. Latihan Social skill 8. Merangsang pertuturan. 9. Melatih sikap bekerjasama. 10. Meningkatkan kesabaran. 11. Pengamatan.

22

12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain. 13. Latihan daya kepimpinan. 14. Manipulasi tangan dan jari-jemari. 15. Daya konsentrasi. 16. Pembentukan 17. Peningkatan self-esteem.

Faedah terapi hidro Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahankan badan Air sejuk dapat mengurangkan radang Merawat masalah pernafasan Memberikan keyakinan dan motivasi Merangsang pergerakan Mengurangkan ketegangan otot Meningkatkan kecergasan kardiovaskular

Langkah keselamatan Aktiviti regangan sebelum masuk ke air Pastikan paras air sesuai untuk murid Alatan yang sesuai digunakan Pakaian yang sesuai Kawalan guru yang lebih

Aktiviti yang boleh dilakukan Regangan dan pemanasan badan Penyesuaian diri dengan air Membina keyakinan diri Menguatkan motor kasar
23

Kawalan pernafasan Kayuhan kaki dan imbangan Berjalan di dalam air dan apungan Berjalan sambil menguak tangan

24

TERAPI PERGERAKAN KREATIF


Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek pergerakan kreatif A. Lokomotor pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh pergerakan lokomotor i. ii. iii. berjalan melompat merangkak

B. bukan lokomotor pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. contoh pergerakan bukan lokomotor i. ii. iii. berlari setempat melompat setempat imbangan bangau

C. manipulasi alatan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan

25

kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. contoh manipulasi alatan i. ii. iii. melantun bola ambil berjalan memusingkan gelung dengan tangan skipping sambil berjalan

26

Tema pergerakan Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran 1. Kesedaran tubuh badan 2. Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 3. Kesedaran ruang 4. Aliran beban badan dalam ruang dan masa 5. Penyesuaian terhadap kawan. 6. Penggunaan tubuh badan sebagai alat. 7. Lapan lakuan daya asas 8. Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan. 9. Bentuk-bentuk pergerakan. 10. Gabungan lakuan daya asas. 11. Orientasi ruang 12. Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan. 13. Penaikan dari lantai. 14. Kesedaran berkumpulan. 15. Formasi pergerakan dalam kumpulan. 16. Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif a. meningkatkan kecerdasan b. meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa c. meningkatkan kemahiran bertutur d. meninkatkan kreativiti

Aktiviti yang boleh dilakukan Gimrama


27

Tarian moden Tarian tradisional Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

28

TERAPI MAIN
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. (luahan perasaan) Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanakkanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Secara ringkas terapi main boleh membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konsep terapi bermain melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain mengurangkan masalah tingkah laku meningkatkan komunikasi mempu menilai diri sendiri meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang

29

Pelaksanaan tugas-tugas ahli terapi. Tahap 1 Ahli terapi berjumpa ibu bapa kanak-kanak tentang mereka Tahap 2 Ahli terapi menyesuaikan diri dengan kanak-kanak supaya kanak-kanak biasa dan rasa selesa untuk bersama ahli terapi Ahli terapi merancang dan menjalankan terapi main yang mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Ahli terapi akan menilai dan melihat perkembangan kanak-kanak dan mengumpulkan maklumat

Tahap 3 Perubahan diri kanak-kanak dinilai oleh ahli terapi dan dilaporkan kepada ibubapa. Seterusnya ibu bapa memainkan peranan untuk meneruskan terapi mainan di rumah

Proses terapi bermain Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis Tahap tiga : penerokaan peristiwa Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

30

Pelaksanaan melaksanakan terapi main 1) bilik terapi Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanakkanak Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain 2) media mainan (kritirea) Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak

3) Kategori mainan Mainan mencirikan kehidupan sebenar set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

Mainan bercirikan luahan perasaan agresif gari penukul peralatan militari topeng

Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif crayon playdoh kad boneka bekas air

31

Kelebihan terapi bermain Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Membolehkan melahirkan masalah Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

32

TERAPI PASIR
Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an. Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. Kalff mengiktiraf bahawa

terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanakkanak tentang realiti kehidupan seharian. Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000). Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak. Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya. Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam. Terapi ini secara tidak langsung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya tanpa paksaan. Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuan mula untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Bermain dengan pasir memberikan kanak-kanak peluang untuk meluahkan kehidupan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej. Penggunaan terapi pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks. Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan. Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

33

Tujuan terapi pasir Melatih daya kreativiti kanak-kanak Menghilangkan rasa marah Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu Meningkatkan keyakinan diri Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Kepentingan terapi pasir membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi merangsang pemikiran murid menguranan tekanan emosi membantu meningkatkan kemahiran sosial Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.

Keselamatan Semasa Menggunakan Pasir Pasir yang digunakan hendaklah bersih dan terhindar daripada benda-benda tajam. Dikhuatiri juga pasir yang digunakan daripada pasir yang kotor yang mempunyai sisa makanan, sampah sarap dan juga najis binatang

34

Pelaksanaan terapi pasir Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sesi dijalankan. A. Fasa sebelum sesi 1. Perlaksanaan terapi memerlukan persediaan dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti, persediaan peralatan terapi dan

persediaan kanak-kanak. 2. Bagi pelaksanaan terapi pasir, persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan perluahan perasaan. Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Kalff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat. 3. Peralatan utama untuk terapi ini adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20 cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samada pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15cm di dalam bekas 4. Selain itu, simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah,binatang, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan, perhiasan dan kenderaaan adalah elemen lain yang diperlukan. 5. Kesemua alat ini disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak untuk memilih objek yang disukainya. Mangkuk kecil juga diperlukan bagi kanak-kanak yang ingin membentuk kolam atau sungai. 6. Berus dan tuala adalah peralatan yang perlu bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dan tangan mereka. Selain itu, jug dan penyembur air diperlukan untuk melembabkan pasir yang telah dibina. 7. Adalah lebih baik juga jika dapat digabungkan alunan muzik yang lembut dan relaksasi dapat membantu murid untuk luahan perasaan.

B. Fasa semasa 1. Kehadiran pakar terapi semasa sesi pelaksanaan perlulah efektif. Pakar terapi perlulah aktif, mendengar dengan baik dan memberikan tumpuan.

35

2. Keadaan yang senyap kadangkala berkesan semasa kanak-kanak sedang menyusun objek di dalam bekas pasir. 3. Biasanya kanak-kanak akan bermain dengan pasir dengan membentuk landskap yang diingini, diikuti dengan simbol. Cara susunan mainan bergantung pada apa yang difikirkan oleh kanak-kanak ketika itu. 4. Kebiasaannya, kanak-kanak lebih selesa memulakan sesi terapi pasir dengan mencipta pasir pelbagai bentuk seperti corak geometri, lurah, gunung, sungai dan garis-garis kecil. Seperti bermain pasir di pantai, kanak-kanak bermain dengan pasir sambil menyusun objek, menambah bilangan mainan sekiranya perlu, mengerakkan tangan dan membentuk apa jua yang dirasainya di atas pasir. 5. Pada peringkat ini, gambaran boleh dilihat. Pakar terapi boleh mengajukan soalan atau kanak-kanak sendiri bercerita mengenai gambaran yang cuba dibuat. 6. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh; persahabatan. Seterusnya boleh menggunakan soalan terbuka seperti: Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini? atau : Beritahu saya tentang singa, ular atau kuda di dalam dunia kamu ini?.

C. Selepas Terapi. 1. Pakar terapi berperanan untuk membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak. 2. Penilaian hasil bekas pasir adalah bergantung kepada pakar terapi. 3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan. 4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan. 5. Untuk setiap sesi terapi juga, pakar terapi perlu mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses interpretasi.

36

TERAPI HERBA
Herba adalah bahan yang mengandungi atau beberapa bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi herba dilakukan secara sinergi iaitu tidak berasingan dan diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza daripada herba yang digunakan. Terapi Herbal atau sering disebut Herbalisme adalah penggunaan tanaman ubat untuk kemampuan terpeutik atas kemampuan untuk menyembuhkan penyakit seseorang. Maksud Herba adalah tanaman atau bahagian tanaman yang memiliki nilai kerana memiliki khasiat dalam perubatan, aromatik atau rasanya, dan orang yang mengamalkan terapi herba dalam merawat pesakitnya disebut Herbalis. Terapi herbal adalah kaedah perubatan yang paling tua sepanjang sejarah kehidupan manusia. Setiap tempat kebudayaan memiliki pengetahuan tentang herba masing-masing. Berdasarkan pengalaman turun-temurun dan cara mereka memerhati haiwan yang memanfaatkan tanaman tersebut dengan kaedah cuba jaya (trial and error). Orang zaman dahulu menggunakan pelbagai tanaman yang ada di sekitarnya untuk digunakan sebagai ubat. Menjelang era moden kini, kaedah perubatan herba mengalami masa kebangkitannya dengan istilah "Back to Nature" kembali ke alam dan mula diterima sebagai komponen untuk perubatan konvensional. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan 4 million atau sekitar 80% dari penduduk dunia pada masa kini menggunakan kaedah perubatan herba untuk beberapa aspek kesihatan dan kehidupan mereka. Sekitar 25% dari ubat-ubatan yang dihasilkan di Amerika Syarikat masa kini mengandungi satu bahan aktif yang berasal dari tanaman. Menurut WHO pula, terdapat 119 jenis ubat-ubatan di farmasi yang berasal dari tanaman. Perusahaan-perusahaan farmasi terkemuka dunia kini sedang giat melakukan kajian intensif mengenai bahan tanaman yang dikumpulkan dari hutan hijau (rainforest) untuk diteliti potensinya dalam perubatan.

37

Tonik 1) Rawatan selepas bersalin 2) Memperkukuh sistem imunasi 3) Fungsi otak 4) Penglihatan

Merawat penyakit Akut (sementara) 1) Ketidakhadaman 2) Hyperacidity 3) Pedih ulu hati 4) Cirit birit 5) Selsema 6) Sakit tekak 7) Jangkitan salur kencing 8) Jangkitan kuman (kulit) Penyakit Kronik 1) Keresahan 2) Kemurungan 3) Mudah marah 4) Insomia 5) Penghadaman yang lemah 6) Lesu 7) Loya 8) Sakit perut 9) Dan lain-lain seumpamanya.

KEPENTINGAN TERAPI HERBA

Mengekalkan kesihatan tubuh badan 1) Menyinkirkan perkara yang tidak diingini dalam tubuh badan. 2) Memperbaiki fungsi organ tubuh badan 3) Menambahkan penghasilan sel darah 4) Memelihara kelembapan tubuh badan 5) Menenangkan fikiran.

38

Tujuan terapi herba mempercepatkan penyembuhan menambahkan khasiat pada ubat mengurangkan sifat kekuatan ubat menghilangkan kesan sampingan

Proses terapi herba a) release racun dan toksik dikeluarkan dari badan

b) relax badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil

c) regeneration menggantikan sel-sel yang mati dengan sel-sel yang baru

d) refunction organ kembali berfungsi secara normal

39

TERAPI SNOOZELEN Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud releks.Snoezeland ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang

digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan. Terapi ini dilakukan kepada kanak-kanak untuk memberi stimulasi atau rangsangan pada kesemua pancaindera mereka dengan menggunakan pelbagai : kesan lampu warna suara muzik bau lain-lain

Objektif terapi snoozeland memberi peluang untuk relaks, eksplorasi dan ekspresi diri. sesuai bagi murid yang kurang kesedaran dalam kelompok rakan. memberi perhatian secara individu. dapat membina kepercayaan antara ahli terapi dan murid.

Rangsangan dapat dihasilkan dengan beberapa cara, antaranya : penglihatan pendengaran sentuhan bau

40

Kepentingan terapi snoozelen Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Memberi relaksasi kepada fizikal dan mental. Meningkatkan kesedaran dan perhatian. Menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti. Membina keyakinan pada diri. Memperkembangkan kemampuan murid.

41

TERAPI AROMA
Terapi Aroma sudah digunakan sejak peradaban kuno oleh bangsa Mesir sekitar 6000 tahun yang lalu. Terapi ini juga digunakan oleh bangsa Romawi dan Yunani yang menggabungkan urutan dengan wangi-wangian tertentu. Bangsa Romawi dan Yunani juga menggunakannya dengan air mandi yang dicampuri minyak wangi. Terapi aroma juga dipraktikkan di Timur Tengah dengan penyulingan bungabungaan. Terapi aroma juga sudah dikenali di China sejak 2700 sebelum Masihi. Pembakaran dupa wangi untuk memuja para dewa juga sudah dikenal di India pada 3000 tahun yang lalu. Suku-suku Indian kuno di benua Amerika juga menggunakan wangi-wangian dalam ritualnya. Kemudian seorang ahli kimia berkebangsaan Perancis, Rene Maurice

Gattefosse, melakukan penelitian mengenai daya penyembuhan minyak esensial. Pada tahun 1937 dia memperkenalkan penggunaan istilah Aromatherapy, dalam buku yang membahaskan hasil penelitiannya. Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu Aroma bermaksud bau atau haruman, dan Teraphy yang bermaksud rawatan. Terapi aroma adalah gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptomsimptom fizikal serta meningkatkan kesihatan mental.

Jenis-jenis terapi aroma A. Aroma Terapi Klinik menggunakan minyak essential yang diberikan sama ada ubat minum (internal) atau ubat sapu (external) seperti mandian, urutan dan sebagainya dilakukan oleh doktor-doktor yang terlatih atau pakar terapi

42

B. Aroma Terapi Holistik penerapan aroma terapi dengan menggunakan rawatan dari aspek diet, gaya hidup dan olahraga

C. Aroma Terapi Estetik (kecantikan) digunakan untuk mementingkan kecantikan dan kesegaran tubuh badan seseorang biasanya dilakukan di salon kecantikan yang dikendalikan oleh pakar kecantikan yang terlatih contoh: perawatan wajah, rambut, kaki, tangan, kuku dan kulit

Kegunaan terapi aroma A. Kanak-kanak menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan perasaan positif kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

B. Autisme membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira

C. Kehidupan Seharian membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman untuk melegakan sistem pencernaan untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

43

D. Aromaterapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah: Terencat akal/ Mental Retardation (MR) Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD) Lembam / Slow Learner Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD) Sindrom Down / Down Syndrome Serebral palsi / Cerebral Palsy

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma A. Lavender berfungsi untuk menghilangkan stress mengawal emosi yang tidak stabil

B. Jasmin Dapat menghilangkan stress

C. Ros dapat menenangkan emosi

D. Blossom dapat meningkatkan tumpuan dapat mengurangkan sakit kepala

44

Kepentingan terapi aroma 1) meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan 2) merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana yang tenang 3) memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri 4) membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru atau ibu bapa 5) membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi 6) meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD 7) mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy 8) menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum

45