Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Kem Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

KEM REMAJA HAYATI RAMADAN


Sempena Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1434H

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Kem Remaja Hayati Ramadan

PENGENALAN KEM|

Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan yang Allah s.w.t. berikan istimewa buat umat Islam. Ia merupakan bulan yang menggalakkan peribadatan, memperbaiki hubungan dan bulan yang juga dikenali oleh para cedikiawan sebagai Baitussyifak yakni bulan atau rumah penyembuhan. Sembuh dari pelbagai penyakit yang bukan sahaja berbentul fizikal, bahkan yang ada di dalam sanubari insan. Penyakit yang hanya diketahui oleh mereka sendiri sahaja. Maka, kita semua memohon, biarlah bulan ini benar-benar menjadi bulan penyembuh sebelum kita menyambut kemenangannya pada 1 Syawal nanti. Kita menjadi tetamu, dan mungkin kita tidak dipilihnya, apabila terpilih, maka ambillah kesempatan itu untuk terus membuat perubahan dan menjadikan diri lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya.

Kem Remaja Hayati Ramadan bermaksud kem yang membimbing remaja untuk bagaimana dapat mereka menghidupkan bulan Ramadan. Kem yang ringkas ini memberikan penekanan kepada aspek amalan ibadah harian yang mampu dilakukan khusus buat para remaja untuk mereka merasai dan mendalami keindahan Ramadan serta kelebihannya. Semoga Allah s.w.t. memberikan kita peluang untuk terus menyebarkan kebaikan kepada generasi pemuda dan pemudi harapan agama dan bangsa kita. menjadikan sepanjang Ramadan itu lebih bermakna dan memberikan mereka latihan bagaimana untuk tidak mensia-siakan ruang Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.

MATLAMAT KEM| Melatih dan memberikan pengetahuan kepada peserta bagaimana untuk OBJEKTIF KEM| Selepas tamat kem ini peserta akan dapat;
1. 2. 3. 4.

BUTIRAN KEM| Untuk perlaksaanaan kem ini;

Mengamalkan amalan-amalan baik yang diajarkan; Membuat persiapan rapi untuk berada di dalam bulan Ramadan; Meningkatkan rasa kasih dan sayang terhadap Baginda Rasulullah s.a.w serta; Menilai Ramadan yang lalu dan diperbaiki dalam Ramadan kali ini.

1. Tempat pelaksanaan kem adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur; 2. Tarikh pelaksanaankem juga adalah tertakluk kepada persetujuan pihak penganjur; 3. Jangka masa pelaksanaan kem adalah bermula jam 5.30 petang hari pertama sehingga 5.30 petang hari kedua; 4. Bentuk aktiviti dalam kem adalah bengkel, ceramah dan permainan berkumpulan; 5. Sasaran penyertaan kem adalah dari kalangan remaja berumur 10 hingga 13 tahun.

Kem Remaja Hayati Ramadan

KOS PELAKSANAAN KEM|

Sila hubungi pegawai perhubungan dan pemasaran kami, Encik Johari Hamzah ditalian 019-316 1738 atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut atau sebutharga kem.

BUTIRAN PELAKSANAAN KEM|

Butiran kem yang akan berlangsung adalah seperti berikut; 1. Jadual kem sila rujuk lampiran A di muka surat 3. 2. Isi kandungan kem sila rujuk lampiran B di muka surat 4 - 7. 3. Ketua pembimbing kem sila rujuk lampiran C di muka surat 8.

PENUTUP|

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan peserta yang menyertai kem ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada Kem Remaja Hayati Ramadan, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan pengertian hidup sebagai Muslim pada diri setiap peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya kem ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Kem Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN A| Jadual Kem Remaja Hayati Ramadan


Masa 4.00 pagi 4.15 pagi 6.45 pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 6.00 pagi

Hari Pertama 5 Julai 2013

12.30 tengahari 2.15 petang 3.45 petang Peserta tiba mendaftar dan berkumpul di dewan untuk taklimat 6.30 petang Makan malam* dan bersiap diri Berbuka puasa, Solat Maghrib 7.30 malam berjemaah Solat Isyak berjemaah dan 9.00 malam tarawih 10.00 malam Moreh 10.30 malam Tadarus Al-Quran 11.30 malam Siap diri dan tidur *Disediakan oleh pihak penganjur. 5.30 petang Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Pakaian; 1.1. Pakaian kemas untuk aktiviti 1.2. Pakaian solat 1.3. Pakaian sukan 2. Alatan mandi 3. Al-Quran 4. Alat tulis 4.30 petang

Hari Kedua 6 Julai 2013 Bangun dan bersiap diri Qiamullail dan bersahur Solat Subuh berjemaah dan tazkirah Tadarus Al-Quran Bersiap diri Slot 1 Solat Sunat Dhuha Slot 2 Tidur Qailullah dan solat Zohor berjemaah Slot 3 Resolusi dan Majlis Perasmian Penutup Solat Asar berjemaah dan bersurai

Kem Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Kem Remaja Hayati Ramadan

1. Isi Kandungan Utama 1.1. Slot 1 1.1.1. Masa: Hari kedua, 9.00 pagi 10.30 pagi 1.1.2. Jangka Masa: 90 minit sahaja. 1.1.3. Pelaksanaan: Peserta akan dibimbing untuk berkenalan di antara satu sama lain. Peserta juga akan dibentukkan kumpulan berasingan lelaki dan perempuan serta akan bersama fasilitator masing-masing. Aktiviti di dalam kumpulan pula akan disusuli dengan aktiviti Manusia Ciptaan Terhebat dan Fokus Minda. 1.1.4. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 1.1.4.1. Mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat; 1.1.4.2. Mengenali potensi diri sebenar yang telah dianugerahkan Allah s.w.t; 1.1.4.3. Mensyukuri nikmat yang telah Allah s.w.t. anugerahkan serta; 1.1.4.4. Memberikan perhatian sepenuhnya sepanjang kem dijalankan.

1.2.

Slot 2 1.2.1. Masa: Hari kedua, 11.00 pagi 12.30 tengahari 1.2.2. Jangka Masa: 90 minit sahaja. 1.2.3. Pelaksanaan: Peserta akan berkumpul dan memulakan aktiviti dengan menjawab KUIZ Ramadan. Kemudian peserta akan masuk ke dalam kumpulan untuk membincangkan mengenai jawapan kuiz yangtelah mereka jawab tadi. 1.2.4. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 1.2.4.1. Memahami definisi Ramadan; 1.2.4.2. Mengetahui perintah yang hadir bersama Ramadan serta; 1.2.4.3. Mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadan.

1.3.

Slot 3 1.3.1. Masa: Hari kedua, 2.15 petang 3.45 petang 1.3.2. Jangka Masa: 75 minit sahaja. 1.3.3. Pelaksanaan: Peserta akan memulakan aktiviti pakaian beragam. Peserta kemudiannya akan mempersembahkan pakaian beragam mereka dengan ciri khas yang istimewa. Peserta kemudian akan berada di dalam kumpulan untuk meneruskan perbincangan yang berkaitan dengan Ramadan. 1.3.4. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 1.3.4.1. Mengetahui ciri-ciri khas yang ada di dalam bulan Ramadhan; 1.3.4.2. Memahami bagaimana untuk tidak mensia-siakan Ramadan serta; 1.3.4.3. Membincangkan tentang kepentingan solat sebagai ciri khas Muslim.

Kem Remaja Hayati Ramadan

1.4.

2. Isi Kandungan Sokongan 2.1. Taklimat 2.1.1. Masa: Hari pertama, 5.30 petang 6.30 petang. 2.1.2. Jangka Masa: 60 minit sahaja. 2.1.3. Pelaksanaan: Peserta akan dikumpulkan di dewan. Peserta kemudian akan diperkenalkan dengan pengendali-pengendali kem terdiri daripada jurulatih dan fasilitator. Peserta akan mengisi borang biodata serta diberikan taklimat perjalanan kem dengan bantuan pembesar suara, LCD dan komputer riba. Peserta juga akan dibekalkan fail, nota, tag nama dan pen. 2.1.4. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 2.1.4.1. Mengenali pengendali kem dan beramah-mesra antara peserta; 2.1.4.2. Mengetahui peraturan dan keselamatan sepanjang kem serta; 2.1.4.3. Menetapkan halatuju menyertai kem ini.

Resolusi 1.4.1. Pelaksanaan: Resolusi akan disampaikan oleh pengandali berdasarkan dapatan dari pemerhatian dan penglibatan bersama peserta sepanjang kem. Peserta dikehendaki membawa pulang borang Kembara Solat mereka untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

2.2.

Solat Berjemaah 2.2.1. Pelaksanaan: Peserta akan diimamkan oleh pengendali kem dan dibimbing untuk melaungkan azan beserta iqamah (muazzin). Peserta diwajibkan solat berjemaah pada setiap waktu sepanjang kem dan akan diberikan tazkirah pada setiap sebelum dan selepas solat berjemaah. 2.2.2. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 2.2.2.1. Menghayati solat berjemaah; 2.2.2.2. Mendengar nasihat dan penerangan mengenai solat berjemaah serta; 2.2.2.3. Mengamalkan solat berjemaah.

2.3.

Tadarus Al-Quran 2.3.1. Masa: Hari pertama, 10.30 malam 11.30 malam. 2.3.2. Jangka masa: 60 minit sahaja. 2.3.3. Pelaksanaan: Peserta akan berkumpul dan dibahagikan mengikut kumpulan. Peserta akan diminta membaca bersama-sama satu surah (pendek) dari Al-Quran dan disemak oleh pengndali atau fasilitator masing-masing. 2.3.4. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 2.3.4.1. Memperbaiki bacaan serta; 2.3.4.2. Mengenalpasti kelemahan pembacaan Al-Quran. Qiamullail 2.4.1. Masa: Hari kedua, 4.45 pagi 6.00 pagi.

2.4.

Kem Remaja Hayati Ramadan

2.5.

2.4.2. Jangka Masa: 75 minit sahaja (tertakluk pada waktu solat Subuh). 2.4.3. Pelaksanaan: Qiamullail akan diketuai oleh fasilitator dan peserta akan mendapat pengalaman untuk mendirikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat serta witir pada awal pagi di kala orang lain masih tidur lagi. Tazkirah 2.5.1. Pelaksanaan: Tazkirah akan disampaikan pada setiap sebelum dan selepas solat fardhu oleh fasilitator. Tetapi pada awal pagi Subuh kedua, tazkirah yang disampaikan sedikit panjang (30 minit) berbanding tazkirah pada waktu lain (5 minit). Tajuk tazkirah adalah persiapan Ramadhan.

3. Aktiviti Pelengkap 3.1. Penyediaan berbuka dan bersahur Berbuka dan bersahur untuk peserta dan pengendali akan disediakan oleh pihak penganjur kem. Kami berharap, ia disediakan mengikut jadual yang disediakan agar perjalanan kem lancar mengikut masa yang dijadualkan. 3.2. 3.3.

Penginapan Penginapan juga disediakan oleh pihak penganjur yang meliputi penginapan peserta lelaki dan perempuan serta pengendali lelaki dan perempuan. Majlis Perasmian Penutup Majlis ini akan dikendalikan oleh pihak penganjur. Sijil peserta disediakan.

Kem Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN C| Ketua Pembimbing Kem Remaja Hayati Ramadan


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana kem ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).