Anda di halaman 1dari 2

Penerangantentanginersia...

1. Inersia merupakan sifat semula jadi suatu objek yang cenderung untuk menentang sebarang perubahan keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan bergerak.

2.

Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalamhukum gerakan Newton pertama.

3.

Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akankekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.

4.

Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun dan memerlukan satu daya luar untuk menggerakkan objek itu.

5.

Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus dan memerlukan daya luar bagi mengubahkan keadaan objek tersebut.

Inersia tidak mempunyai unit SI kerana ia bukan kuantiti fizik. Sifat inersia sesuatu objek dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama. Hukum ini menyatakan suatu objek dalam keadaan pegun akan terus dalam keadaan pegun dan objek bergerak akan terus bergerak dengan halaju tetap pada garis lurus, kecuali dikenakan daya luar. Mengikut hukum ini, jika suatu objek pegun itu mula bergerak, maka objek itu telah dikenakan daya luar. Jika perubahan berlaku dalam gerakan suatu jasad, sama ada lajunya berubah atau gerakannya berubah, maka objek itu telah dikenakan suatu daya luar.

Lebih besar jisim sesuatu jasad, lebih besarlah inersianya. Jika dua jasad mempunyai jisim yang sama, maka inersianya sama. Jika jisim sesuatu jasad digandakan, tidak semestinya inersia digandakan.

Gerudi pelantar minyak menggunakan inersianya yang besar untuk mengekalkan kedudukannya di laut. Kapal tangki minyak, bas, lori dan sebagainya yang bergerak memerlukan satu jarak minimum untuk berhenti kerana inersia jasad yang besar itu hendak mengekalkan penggerakannya. Keretapi yang berhenti secara tiba-tiba akan menyebabkan penumpang-penumpang terhumban ke hadapa disebabkan oleh sifat inersia penumpang-penumpang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai