Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Program Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

BENGKEL SEHARI KEKELUARGAAN DAN MOTIVASI BELAJAR

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

PENGENALAN BENGKEL|

Keluarga merupakan sebuah institusi masyarakat. Sesebuah institusi berperanan besar untuk menjadikan sesuatu entiti itu berdaya saing, berketerampilan dan memiliki nilai jati diri yang tinggi. Maka, inilah peranan keluarga dalam pembentukan masyarakat yang diidamkan.

Institusi keluarga memiliki pelbagai bentuk. Namun apa yang utama ia pasti mempunyai peranan iaitu ibu, ayah dan anak-anak. Pembinaan institusi ini adalah amat bergantung kepada ibu dan ayah yang menjadi ketua dalam keluarga. Peranan mereka besar dan mereka perlu menggalas tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin. Manakala anak-anak pula harus menjadikan ibu ayah mereka sebagai contoh dan meletakkan ibu bapa mereka sebagai idola yang paling hampir kepada diri mereka.

Oleh yang demikian, dalam Bengkel Kekeluargaan dan Motivasi Belajar ini, IQ Class Management akan berusaha memperjelaskan dan memperingatkan para peserta, dari kalangan ibu bapa dan anak-anak bahawa kedua-duanya mempunyai peranan untuk menjayakan institusi mereka masingmasing. Kejayaan mereka pasti akan menjadi inspirasi kepada institusi lain dalam masyarakat dan natijahnya, kita akan berjaya membina masyarakat yang cemerlang. Bengkel ini akan menjelaskan bagaimana peranan ibu bapa untuk menjadi faktor motivasi kepada anak-anak dan bagaimana anak-anak harus menjadikan ibu bapa mereka sebagai contoh serta nasihat mereka terpakai dalam kehidupan seharian.

MATLAMAT BENGKEL| Membina

kesedaran ibu bapa tentang peranan mereka terhadap anak-anak serta meningkatkan motivasi untuk belajar dan terus belajar di kalangan anak-anak agar dapat dijadikan contoh dan inspirasi kepada masyarakat.

OBJEKTIF BENGKEL| Selepas mengikuti bengkel ini, peserta akan dapat;

1. Menyedari bahawa anak-anak sangat memerlukan ibu bapa mereka sebagai contoh dalam hidup; 2. Mengetahui bahawa nilai jati diri dan akhlak anak-anak adalah tanggungjawab dan peranan ibu bapa di rumah; 3. Memahami kepentingan belajar dalam kehidupan seorang manusia, dan belajar adalah kunci kepada kejayaan dalam hidup; 4. Mengetahui bahawa, mencapai kejayaan dalam hidup juga bergantung kepada matlamat hidup yang jelas serta; 5. Menginsafi bahawa kehidupan anak-anak tidak terlepas dari usaha untuk membalas jasa ibu bapa.

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

BUTIRAN BENGKEL|

Bentuk penganjuran Bengkel ini dijalankan secara In-House dan mengikut persetujuan antara penganjur dan perunding iaitu IQ Class Management. Kategori bengkel Ia berbentuk In-Door yang menggunakan aktiviti mudah dan ringan sepanjang bengkel. Tiada kekangan dari segi had umur dan tahap kesihatan. Menggunakan pendekatan 30% aktiviti permainan dan berkumpulan dan 70% adalah ceramah interaktif menggunakan alat bantu mengajar. Jangka masa Bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Tempat pelaksanaan Tertakluk kepada perbincangan. Tarikh pelaksanaan Tertakluk kepada perbincangan.

KOS PELAKSANAAN BENGKEL| Sila hubungi pegawai perhubungan dan pemasaran kami,
Encik Johari Hamzah ditalian 019-316 1738 atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut atau sebutharga bengkel.

BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL|

Jadual bengkel Rujuk lampiran A di muka surat 3. Isi kandungan bengkel Rujuk lampiran B di muka surat 4. Pembimbing bengkel Rujuk lampiran C di muka surat 6.

PENUTUP| Perlaksanaan bengkel ini akan meninggalkan pengharapan besar pihak penganjur

kepada kelompok peserta agar dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pengetahuan yang diberikan dengan berkesan dan berupaya melakukan perubahan besar di dalam keluarga masing-masing. Melalui bengkel yang ringkas dan padat, pastinya, tidak akan mampu memberikan kesan yang besar kepada peserta. Segala usaha yang dibuat, anggaplah ia sebagai sentuhan pertama yang memerlukan tugasan lanjutan buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Harapan kami, dengan hadirnya peserta ke bengkel ini, akan mampu memberikan pembelajaran serta pengalaman kepada peserta untuk membina peribadi yang berkesan sama ada kepada diri dan keluarga juga persekitaran rakan dan tempat kerja mereka secara umumnya. Moga-moga kita dapat melahirkan generasi sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dan menjadi contoh kepada siapa sahaja yang melihat dan bersama mereka.

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

LAMPIRAN A| Jadual Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar


Masa 8.00 pagi 8.30 pagi 9.30 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.30 tengah hari 2.30 petang 4.30 petang 5.00 petang Aktiviti Majlis Pembukaan dan Perasmian Pemecah Bendungan Slot 1: Keluarga I.D.E.A.L Rehat dan minum pagi Slot 2: Menilai Potensi Diri Rehat, makan tengahari dan solat Zohor berjemaah Slot 3: Membina Matlamat Kejayaan Resolusi Bengkel dan Majlis Penutup Bersurai

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

1. Isi Kandungan Utama 1.1. Slot 1: Keluarga I.D.E.A.L 1.1.1. Pendekatan: Ceramah Ibu bapa dan anak-anak akan disatukan di dalam satu dewan kuliah untuk mendengar ceramah. Ceramah yang disampaikan bertajuk Keluarga I.D.E.A.L akan membincangkan tentang impian keluarga, disiplin keluarga, eksplorasi keluarga, amalan keluarga serta kepentingan untuk melimpahkan kasih sayang di dalam keluarga baik dari ibu ayah kepada anak-anak mahupun anak-anak kepada ibu ayah. Ceramah juga akan diselitkan dengan permainan Kamil Kata. 1.1.2. Pembelajaran: 1.1.2.1. Peserta akan memahami konsep keluarga I.D.E.A.L. 1.1.2.2. Peserta juga akan diingatkan tentang kesan tindakan ibu ayah terhadap masa hadapan anak-anak serta; 1.1.2.3. Kepentingan untuk memberikan anak-anak ilmu yang akan menjadi penyuluh kehidupan mereka.

1.2.

Slot 2: Menilai Potensi Diri 1.2.1. Pendekatan: Aktiviti dan Perbincangan Peserta akan diberikan borang Manusia Ciptaan Terhebat. Peserta diminta untuk mengisi borang tersebut dan bincangkannya. Aktiviti akan disusuli dengan aktiviti kedua iaitu permainan IQ. Slot ini mempunyai 3 pendekatan, ceramah, aktiviti dan perbincangan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan komunikasi 2 hala. Aktiviti akan dibantu oleh fasilitator.

1.3.

1.2.2. Pembelajaran: 1.2.2.1. Peserta akan menilai keupayaan diri sendiri; 1.2.2.2. Mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah s.w.t serta; 1.2.2.3. Membincangkan bagaimana untuk mereka memanfaatkan kelebihan diri mereka.

Slot 3: Membina Matlamat Kejayaan 1.3.1. Pendekatan: Aktiviti dan Perbincangan Aktiviti akan dimulakan dengan Siapa Saya? Peserta akan menggambarkan diri mereka 10 atau 20 tahun dari sekarang. Kemudian, peserta akan dibentukkan kumpulan dan akan bermain BINGO. Permainan ini menggalakkan peserta untuk bersaing dan memenangi permainan dengan mengumpul markah terbanyak dalam 3 pusingan permainan. Sesi ini akan diakhiri dengan penetapan matlamat melalui sesi muhasabah. 1.3.2. Pembelajaran: 1.3.2.1. Peserta akan mengetahui kepentingan mempunyai matlamat dan ia adalah langkah pertama sebelum berjaya. 1.3.2.2. Matlamat tidak akan tercapai jika tiada disusuli dengan usaha. 1.3.2.3. Usaha pula tidak akan kemana-mana jika tidak ada bersamanya kesungguhan.

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

1.4.

2. Isi Kandungan Sokongan 2.1. Solat Zohor berjemaah 2.1.1. Aktiviti ini memerlukan dewan atau surau yang dapat memuatkan semua peserta. Ini membolehkan pendekatan secara kerohanian juga diterapkan dan peserta akan mendengar tazkirah sebelum dan selepas solat berjemaah. 3. Aktiviti Pelengkap 3.1. Majlis Perasmian dan Pembukaan 3.1.1. Majlis ini adalah di bawah kelolaan penganjur sekiranya ada dan perlu. Kami sedia untuk memberikan kerjasama sekiranya perlu. 3.2. 3.3.

Resolusi Bengkel 1.4.1. Jurulatih dan fasilitator akan memberikan amanat kepada peserta mengenai apa yang dilalui. Peserta akan minta mengisi borang Saya Akan Ubah Diri Saya dan borang tersebut akan ditandatangani oleh ibu dan ayah mereka sebagai tanda sokongan dan pengharapan.

1.3.2.4.

Peserta akan diingatkan, apa yang mereka mahu itu, itulah yang menjadi harapan ibu ayah mereka.

Makanan Tengahari dan Minum Pagi 3.2.1. Ia akan disediakan oleh pihak penganjur dan harapan kami ia disediakan mengikut jadual agar tidak mencacatkan perjalanan bengkel.

Majlis Penutup 3.3.1. Sebagaimana majlis perasmian dan pembukaan, kami sedia untuk memberikan kerjasama sekiranya perlu.

Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar

LAMPIRAN C| Pembimbing Bengkel Sehari Kekeluargaan dan Motivasi Belajar


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana bengkel ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).