Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN BENGKEL FUNDAMENTALS OF INQUIRY TARIKH: 03 OKTOBER 2012 TEMPAT: DEWAN IPG KPM

KIU Kata Aluan Teks Mengumumkan ketibaan Encik Jafri bin Mohamed Saad, Ketua Jabatan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu merangkap Ketua Penasihat Bengkel Fundamentals of Inquiry, Cik Hjh Fauziah binti Haji Yahya, Pensyarah Penyelaras, Pensyarah-pensyarah Jabatan Sains, dan Urus setia program daripada Petrosains ke persada majlis. Bismillahhirrohmannirrohim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha Encik Jafri bin Mohamed Saad, Ketua Jabatan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu merangkap Ketua Penasihat Bengkel Fundamentals of Inquiry, Cik Hjh Fauziah binti Haji Yahya, Pensyarah Penyelaras, Pensyarah-pensyarah Jabatan Sains, Urus setia program daripada Petrosains, dan para peserta bengkel yang dikasihi sekalian. Bacaan doa Warga Dewan yang mulia, Sebelum tersasar tujuan bersua Sebelum lidah tersasul bahasa Mari berdoa kepada yang Esa Mohon restu yang Maha Kuasa Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput .dari unit PISMP Sains Ambilan Januari 2011 untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Pengenalan bengkel Warga dewan sekalian, Bengkel Fundamentals of Inquiry ini adalah kolaborasi antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Petrosains. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan tentang pendekatan Inkuiri Penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru pelatih di IPGM terutamanya dalam jurusan Sains. Objektif utama Bengkel Fundamentals of Inquiry ini ialah untuk mendedahkan guru pelatih tentang pendekatan Inkuiri Penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

Sidang dewan yang mulia, Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada wakil Petrosains,................................................................................................................ (SEKIRANYA untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan. ADA) Majlis merakamkan ucapan terima kepada.......................................................................................atas sebentar tadi. kasih ucapan

Ucapan Wakil Petrosains

Ucapan KJ Sains

Untuk meneruskan agenda kita pada pagi ini, majlis mempersilakan, Encik Jafri bin Mohamed Saad, Ketua Jabatan Sains IPG Kampus Perempuan Melayu merangkap ketua penasihat Bengkel Fundamentals of Inquiry, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ______________________________________________________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Jafri bin Mohamed Saad atas ucapan sebentar tadi.

Penutup

Dengan berakhirnya upacara itu tadi, maka sempurnalah sudah Majlis Perasmian Bengkel Fundamentals of Inquiry kita pada hari ini. Sebaris kota nampak indah, Ombak beralunke pantai bidara, Majlis kita berakhirlah sudah, Kemaafan dipohon tersilap bicara. Sekian terima kasih. Kita akhiri majlis perasmian pembukaan Bengkel Fundamentals of Inquiry kita dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al asr. Dengan ini saya serahkan majlis kepada ................................................................ untuk memulakan bengkel pertama kita bertajuk Comparing Approaches to Hands-On Science.