Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan Abdullah Sani bin Yahaya (2004) mendefinisikan kaunseling sebagai proses apabila seorang .

yang terganggu ataupun bermasalah (klien) dibantu supaya bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi melalui cara berinteraksi dengan kaunselor yang memberikan maklumat serta reaksi bagi merangsang klien mengembangkan tingkah laku. Mohd Aziz Shah Mohd Arip (2009) pula mendefinisikan kemahiran bahawa pengetahuan disertai dengan kebolehan yang ada pada individu bagi melakukan suatu perkara. . Maka berdasarkan huraian kedua-dua penulis berikut dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran asas kaunseling adalah suatu kebolehan yang diiringi dengan penguasaan pengetahuan tertentu untuk menolong seorang untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi serta membantu untuk melakukan perubahan pada tingkah lakunya melalui proses intervensi yang lebih sistematik. Kemahiran asas kaunseling hendaklah diaplikasikan pada tahap-tahap kaunseling sesuai supaya ia lebih aktif dalam proses yang berlaku antara seorang guru dan murid. Adalah menjadi penting untuk mengaplikasikan keamhiran-kemahiran tersebut mengikut tahap-tahap dalam proses kaunseling. Tang Chee Yee (1989) mencadangkan rantaian proses kaunseling seperti berikut iaitu membina rapport (hubungan), perkembangan hubungan, penerokaan, perbincangan alternatif dan rumusan dan penamatan sesi. Setiap tahap ini memerlukan kemahiran asas kaunseling yang lebih spesifik untuk menjayakan proses interpersonal antara seorang guru dan murid. Maznah binti Baba & Zainal bin Madon (2008) menyenaraikan empat matlamat utama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu penyuburan dan penggayaan semua aspek diri pelajar, pencegahan salah laku, pemulihan pelajar bermasalah dan memberi kaunseling krisis. Penguasaan ilmu mengenai teori-teori kaunseling juga adalah penting kepada seorang guru biasa dalam mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling keranan murid yang berbeza akan menghadapi masalah yang berbeza. Antara teori-teori kaunseling adalah teori behavioris, teori pemusatan perorangan(humanistic) dan teori rasional emotif( teori kognitif. Ketiga-tiga teori ini mempunyai pandangan dan proses kaunseling dengan teknik yang berbeza dalam mengendalikan manusia yang bermasalah. Jika teori diaplikasikan dengan tepat berdasarkan masalah ia akan menghasilkan kesan yang baik terhadap murid dan akan membantunya untuk mencapai kesejahteraan hidup. Seorang guru biasa haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai konsep bimbingan dan kaunseling, kemahiran- kemahiran asas kaunseling serta teori-teori kaunseling dalam mengenalpasti masalah dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.