Anda di halaman 1dari 15

KEGHAIRAHAN YANG MEMBAWA PADAH Pn Norsiah binti Ab Rahman GPK 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Malim norsiahabdulrahman@yahoo.

com Proses komunikasi adalah merupakan asas pembinaan hubungan dalam

sesebuah organisasi.Apabila seseorang pemimpin ingin menyelesaikan masalah dengan orang bawahan, kemampuan berkomunikasi dengan baik sangat diperlukan. Walaupun orang bawahan sanggup berkongsi dengan pemimpinnya tentang masalahmasalah yang dihadapinya, tetapi mesej yang disampaikan tidak selalunya jelas dan tepat. Namun demikian, apabila seseorang individu itu menghadapi masalah, maka terdapat beberapa tanda akhir yang dapat dijadikan panduan oleh pemimpin tentang kewujudan sesuatu masalah. Bagaimanapun, jenis dan bentuk masalah yang sebenarnya tidak jelas. Jadi, tugas seterusnya bagi seseorang pemimpin dalam organisasi ialah untuk bersama-sama dengan orang bawahan mengenalpasti masalah yang dihadapi. Di sinilah letaknya kepentingan sistem komunikasi yang berkesan di antara pihak pemimpin dengan orang bawahan. Cerita dan catatan ini membuktikan bahawa kepakaran mencari maklumat daripada pelajar memerlukan sikap keterbukaan dan menjadikan kita sebagai kawan mereka. Jurang antara pentadbir dan guru, guru dan murid diketepikan dalam kita menyelesaikan masalah peribadi. Keselesaan akan lebih terasa dan jiwa orang yang menghadapi masalah akan mudah terbuka untuk dikongsi bersama. Pengurusan pentadbiran yang cekap dibantu oleh kerjasama dalam satu pasukan. Proses mendapatkan maklumat murid yang lengkap dan cepat apabila organisasi memahami proses mentadbir.Proses ini merujuk kepada langkah-langkah yang diambil oleh seseorang pentadbir untuk memenuhi matlamat atau untuk mengatasi masalah yang dihadapi.Mengikut Cambell (1977), langkah-langkah mengurus ini umpama satu lakaran peta yang berguna untuk membimbing seseorang itu melaksanakan urusan hariannya.

Zaman persekolahan hari ini memang sangat mencabar bagi kerjaya seorang guru . Sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), bahang cabaran itu lebih terasa. Mujurlah cita-cita saya memang ingin menjadi guru walaupun pada peringkat awal alam persekolahan, saya ingin menjadi seorang anggota polis kerana ayah saya juga merupakan seorang anggota polis. Walaubagaimanapun citacita untuk menjadi anggota polis berubah arah kepada seorang guru apabila saya begitu mengagumi seorang guru pelatih yang mengajar di sekolah saya semasa saya bersekolah rendah dan beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.Sikapnya yang tenang, peramah dan prihatin terhadap murid-murid menjadikan saya peminat setianya sekali gus mengubah arah cita-cita dan impian saya untuk bergelar anggota polis kepada seorang guru. Walaupun terkadang hati ini berdetik teruja apabila melihat anggota-anggota polis yang dedikasi dan berdisiplin dalam melakukan siasatan di dalam siri-siri televisyen, namun saya tidak pernah menyesal memikul gelaran seorang guru. Perlantikan saya sebagai GPK HEM di salah sebuah sekolah menengah di

pinggir bandar, merupakan sebagai langkah awal untuk saya merealisasikan impian dalam menggabungkan tugas saya sebagai seorang guru dan anggota polis. Ini adalah kerana di sekolah ini, semua murid dan guru dikehendaki memakai uniform pada setiap hari Isnin. Memikul tugas sebagai GPK HEM juga memerlukan saya mempunyai

kecekapan melakukan siasatan kes-kes yang melibatkan murid-murid. Wah, alangkah seronoknya menjalankan tugas ini!. Ibarat pucuk dicita ulam yang mendatang. Kebetulan suami saya merupakan seorang anggota polis dan banyak membantu saya menyelesaikan masalah mengikut prosidur polis. Oleh itu, banyak kes yang dapat diselesaikan dengan mudah dan teratur. Walaubagaimanapun peredaran masa dan kemajuan yang ada membuatkan keadaan lebih mencabar. Senario murid-murid hari ini boleh menggugat kestabilan emosi sama ada guru mahupun ibu bapa. Perlanggaran peraturan sekolah bukan saja pada perkara-perkara biasa sahaja tetapi melibatkan kejadian jenayah seperti merompak, merogol, pelacuran dan lain-lain. Hal ini juga memberi impak yang sama kepada pasukan polis . Peraturan yang sedia ada tidak mampu untuk mengatasi

masalah di kalangan pelajar masa kini. Oleh itu, pengeluaran peraturan semasa sememangnya sangat relevan dan diperlukan. Misalnya senario masa kini mengenai kes membuang bayi yang melibatkan murid-murid sekolah. Oleh itu murid-murid perempuan perlu diberi keutamaan dalam penjagaan dan pemeriksaan supaya dapat membendung kegiatan nagatif ini . Cabaran dan pengalaman inilah yang sering mematangkan minda seorang guru. Semoga cerita ini menjadi ikhtibar dan panduan kepada sesiapa saja yang membacanya. Pagi itu, selepas sahaja perhimpunan rasmi sekolah bersurai, semua murid perempuan tingkatan satu dan dua dipanggil oleh saya di surau sekolah.Seperti yang dirancang, pemeriksaan fizikal mengejut yang dicadangkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dijalankan.Cadangan ini adalah untuk mengesan perubahan fizikal murid-murid perempuan yang berkemungkinan mengandung anak luar nikah.Dalam fikiran saya pemeriksaan ini perlu diadakan secara tertutup. Dengan jumlah murid perempuan tingkatan satu dan dua seramai lebih kurang 210 orang, maka surau adalah tempat yang paling sesuai bagi pemeriksaan dijalankan. Bersama-sama kaunselor dan guruguru disiplin perempuan, persediaan telah dibuat untuk melakukan pemeriksaan ini. Mereka sudah arif dan faham mengenai prosidur pemeriksaan. Walaubagaimanapun mereka perlu diingatkan semula supaya tidak melakukan sebarang kesilapan seperti pemeriksaan di luar batasan. Maklumlah, malang tidak berbau. Pemeriksaan ini merupakan sesuatu perbuatan yang bersangkut dengan sensitivity murid walaupun pada dasarnya kami berniat baik. Kenapa cikgu, kami semua dipanggil?, sapa salah seorang murid perempuan kepada saya. Tak ada apa-apa, kamu semua masuk dulu, nanti saya terangkan. , jawapan saya. Semua guru disiplin perempuan dan kaunselor telah menunggu saya di surau.Mereka diarahkan untuk membuat pemeriksaan setelah saya memberikan penjelasan mengenai tujuan sebenar diadakan pemeriksaan ini. Syukurlah kerana mereka semua faham dan memberikan kerjasama.Sesungguhnya saya merasa

bimbang untuk menjalankan pemeriksaan yang agak peribadi ini kerana takut disalah tafsir oleh penjaga. Maklumlah zaman sekarang ini, seringkali guru dipersalahkan sekiranya ada tindakan yang tidak menyenangkan hati penjaga.

Puan, bagaimana kita nak mengesan adanya bayi dalam perut mereka ?, tanya salah seorang guru disiplin muda sekolah kami. Geli hati saya mendengarnya. Hai, buka di perutlah tapi di dalam rahim, saya menjawab sambil disambut dengan riuh rendah ketawa dari kalangan guru-guru disiplin yang lain. Saya pun bukan pakar sangat, ini sebenarnya bukan kerja kita tapi kerja doktor pakar sakit puan, kerana saya dipanggil puan, kira saya pakar sakit puanlah , terdengar lagi riuh rendah ketawa dari semua guru yang ada di situ. Kita raba sajalah, kalau terdapat sesuatu yang luar biasa kita jadikan sasaran, jawab salah seorang guru kaunselor senior. Setahu saya, berdasarkan pengalaman mengandung memang di rahim kita akan terasa keras seperti ada gumpalan. Saya teringat kata doktor kalau mengandung rahim kita akan membesar dan terdapat gumpalan seketul daging yang kelamaan akan menjadi besar mengikut bulan.Itu saja yang saya ingat. Inilah idea yang digunakan sebagai panduan dan saya maklumkan kepada guru-guru disiplin dan kaunselor. Mereka mengangguk faham dengan apa yang saya cakap. Tetapi entahkan ye entahkan tidak. Kerana saya sendiri gementar kerana teori tak sama dengan reality. Baiklah, kamu semua beratur sepuluh! sepuluh! Di dalam barisan. Setiap orang guru akan memeriksa mengikut barisan yang telah ditetapkan. Saya mengarahkan semua yang ada di situ. Apabila pemeriksaan dibuat secara teliti dan berhati-hati, saya mulai keliru. Ramai murid yang rahimnya keras. Eh, takkan ramai pula yang mengandung?! mustahil. Betul ke ni?, saya berpandangan sesama guru-guru disiplin dan kaunselor di situ sambil tersenyum. Akhirnya, semua yang telah diperiksa oleh doktor pakar sakit puan di sekolah tidak berjaya mengesan sebarang perkara yang dapat menimbulkan kecurigaan. Kami sekali lagi ketawa. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Inilah berkat hubungan baik antara guru, murid dan pentadbir. Walaupun tiada sasaran kes ditemui, tetapi ada juga rampasan lain seperti telefon bimbit dan kelengkapan kosmetik. Murid-murid terpaksa akur dengan tindakan merampas kerana mereka menyedari bahawa mereka melanggari peraturan disiplin sekolah. Keesokkan hari, jarum jam di tangan tepat 9 pagi, di bilik, saya dikejutkan dengan ucapan salam oleh seorang wanita. Kenapa dia orang ni tak maklum dulu

pada saya ada tetamu, saya mengomel marah di dalam hati. Waalaikumussalam puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?, jawab saya sambil mempersilakan wanita itu duduk. Puan, saya sebenarnya khuatir dan bimbang dengan apa yang anak saya maklumkan pada saya semalam. Hari ini pun anak saya tidak hadir ke sekolah kerana takut bersubahat dengan kawan sekelas dengannya . Saya mendengar cerita yang disampaikan dengan khusyuk dan memberikan tindakbalas positif kepada penjaga tersebut. Boleh puan maklumkan pada saya apa sebenarnya yang berlaku kepada anak puan?.Insyaalah kalau puan mahu saya bantu, kita boleh berbincang. Jawab saya menenangkan situasi penjaga tersebut yang nampak sedikit mengelabah. Saya rasa puan perlu tahu dan bertindak melalui maklumat ini kerana ada kaitan dengan maruah sekolah dan keselamatan murid ini. Bunyi ayat ini menambahkan kerisauan saya di dalam hati. Saya bertanya, apa benda isunya ni? Cuba puan jelaskan, kali ini saya pula terasa mengelabah. Begini puan ceritanya. Saya dimaklumkan, ada seorang murid perempuan,tingkatan 5E, maklumat diri tidak begitu pasti, rakan sekelas anaknya, ingin meminjam duit RM 50 untuk

menggugurkan kandungan. Ini disebabkan daripada perasaan takut murid perempuan berpunca daripada pemeriksaan mengejut semalam. Saya rasa saya kenal pelajar ni, gambaran yang puan berikan tentang pelajar ini seolah-olah mengiakan apa yang saya syak sebelum ini, tetapi kelas murid-murid tingkatan lima masih belum diperiksa lagi. Terima kasih puan kerana memberi maklumat penting ini kepada saya, inilah kerjasama yang sangat saya harapkan daripada pihak ibu bapa. Walaubagaimanapun, saya harap puan dapat merahsiakan perkara ini. Tolong maklumkan kepada anak puan supaya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa. Dan maklumkan juga supaya anak puan tidak memberitahu kepada murid perempuan berkenaan bahawa puan ada datang menemui saya. Wanita itu berkata, baiklah puan, saya harap kes ini dapat disiasat dan diselesaikan. Begitulah keprihatinan yang dipamerkan oleh wanita itu. Dia berlalu meninggalkan saya sementara saya tidak sabar untuk mencari murid perempuan itu. Dengan maklumat yang masih kabur, saya terus membuat semakan pada jadual kedatangan di pejabat sekolah. Alhamdulilah jadual kedatangan kelas yang dicari ada di tempatnya. Menyenangkan lagi tugas saya.Selalunya sehingga jam 9 pagi susah nak

dapati jadual kedatangan berada di raknya. Syukurlah, walaupun terpaksa berleter setiap minggu, akhirnya guru-guru tingkatan mendengar juga kata. Maklumat murid perempuan tadi telah dijumpai dengan tepat dan cepat.Tanpa melengahkan masa, saya terus mencari kaunselor, yang kebetulan sedang melintas di pejabat sambil mengarahkan semua murid-murid perempuan kelas 5E turun ke surau supaya

pemeriksaan fizikal dapat diteruskan. Satu persatu murid-murid perempuan diperiksa sehinggalah tiba ke giliran murid sasaran. Tanpa pengetahuan murid-murid lain, sasaran dipanggil ke bilik saya dan saya cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang berlegar-legar di kotak pemikiran saya dengan bermain psikologi. Setiap kali saya membuka soalan, ada saja jawapannya yang memerlukan saya berhati-hati untuk membuat pertimbangan. Cara murid perempuan itu menjawab seolah-olah tiada apa-apa yang menimpa dirinya. Sewaktu membuat pemeriksaan tadi, saya dapat marasakan sesuatu pada rahim awak, saya rasa awak ada menyembunyikan sesuatu daripada saya, cuba cerita apa yang awak rahsiakan . Eh, apa ni cikgu? Apa yang cikgu cakap ni? Saya tak fahamlah, sampuk murid perempuan itu ketika saya belum sempat menghabiskan kata-kata saya padanya. Awak jangan takut, cikgu cuma mahu membantu awak sebelum apa-apa perkara buruk yang tidak dapat dibendung berlaku, awak akan lebih susah nanti. Baik awak berterus-terang saja dengan saya, Insyaalah perkara ini kita hadapi bersama. Cikgu janji cikgu akan merahsiakan perkara ini, Insyaalah cikgu akan cuba membantu awak sebelum terlambat.. Saya masih lagi memujuk murid perempuan itu. Apa cikgu cakap ni?Saya tak fahamlah, saya tak ada apa-apalah. Apa benda ni?, murid perempuan itu masih lagi berdegil. Saya mulai risau, takut memang benar apa yang dikatakan. Sebagai seorang guru, cikgu dapat rasakan awak ada sesuatu yang cuba awak dirahsiakan daripada saya. Sebenarnya apabila cikgu melihat keadaan fizikal awak, ada sesuatu perubahan yang merisaukan cikgu. Sebenarnya cikgu bimbang kalau sesuatu telah berlaku dan kita terlambat untuk membuat tindakan. Cikgu sebenarnya dah tahu cerita awak, dan awak ada kawan lelakikan? Dan sekarang ni, belum sempat saya menghabiskan ayat, murid perempuan itu menyampuk, cikgu, bolehkah cikgu bantu saya? Sebenarnya saya dah tiga bulan tidak datang haid. Saya tak tahulah cikgu. Jerat saya nampaknya sudah mengena dan saya meneruskan penyiasatan. Bila kali terakhir

awak melakukan hubungan seks dengan teman lelaki awak?, dalam hati saya mengharapkan soalan saya memang terus pada sasarannya. Tiga bulan yang lepas cikgu, ketika tu teman lelaki saya bercuti dari asramanya dan saya telah ikut dia balik ke rumah. Ya Allah ya Tuhanku, walaupun jawapan telah diperolehi, fikiran saya terus menjadi buntu. Saya membuat andaian bahawa memang sahlah agaknya murid perempuan ini telah mengandung. Pada siapa saya nak berkongsi rasa ketika tu? Pengetua baru pula belum menghadirkan diri. Saya cuba sedaya upaya mendapatkan persetujuan daripada murid perempuan itu untuk membawa perkara ini bagi dikongsi bersama kaunselor sekolah. Walaupun pada peringkat awalnya murid perempuan itu agak keberatan, tetapi setelah dipujuk oleh saya, akhirnya murid perempuan itu bersetuju untuk saya dan kaunselor pilihannya membawanya berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan. Di sekolah saya mempunyai 4 orang kaunselor. Mungkin perasaan malu untuk dikongsi bersama orang lain atau ada sesuatu yang saya tidak tahu di dalam hati murid perempuan itu membuatkan dia memilih siapa kaunselor yang mahu dibawa bersama. Persetujuan doktor untuk memberikan kerjasama dalam merahsiakan kehamilan murid perempuan itu sememangnya amat melegakan hati saya. Hati saya berkata, aku telah dapat menyelamatkan insan kecil yang tidak berdosa daripada dibunuh, Ya Allah ya tuhanku, berikanlah hidayah kepada muridku ini supaya bertaubat . Keputusan pemeriksaan doktor itu saya terima dengan badan yang menggeletar, sesungguhnya ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jerat Mengena Rusa. Saya mencari ketenangan agar dapat mengambil tindakan sewajarnya selepas ini. Nasihat tidak

putus diberikan kepada murid perempuan itu supaya menjaga kesihatan dan menjaga bayi yang di dalam kandungannya supaya tidak dianiayai. Semoga tindakan saya selepas ini mendapat petunjuk dari Allah SWT. Sebagai hasil perbincangan, saya mengambil keputusan untuk memberitahu hal ini kepada penjaga murid perempuan. Pada peringkat awal keadaan begitu menyayat hati. Rupanya murid perempuan itu mempunyai keluarga yang porak peranda. Dia menjadi harapan keluarga oleh ibunya yang ditinggalkan suami keseorangan mencari rezeki untuk menyara tiga orang lagi adik beradik. Kenapa dia kecewakan saya?

Kenapa nasib ini yang menimpa diri saya?, keluh ibu murid perempuan itu dalam tangisan sambil memeluk saya. Rintihan itu membuatkan saya juga turut mengalirkan air mata. Sabarlah puan, ini semua sudah suratan takdir untuk puan, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Anak puan perlukan perhatian puan sekarang ini, dia pun masih dalam keadaan keliru, pujuk kaunselor untuk meredakan tangisan ibu murid perempuan itu.Mujurlah saya tidak keseorangan dalam menghadapi situasi sebegini. Di samping kauselor, saya juga ditemani oleh seorang pentadbir yang lain. Sekarang ini kita perlu fikirkan yang terbaik untuk anak puan, yang penting dia boleh mengambil peperiksaan, memandangkan dia merupakan murid yang bijak. Walaupun kata sepakat ingin murid perempuan itu mengambil peperiksaan, tetapi situasi sebenar belum dapat dijangkakan. Kami pulang ke sekolah dengan masing-masing menyimpan kata-kata di dalam hati. Apa yang akan berlaku seterusnya? Kepenatan fikiran membuatkan kami semua diam saja di dalam kereta. Masa berganti hari, hari berganti minggu dan minggu kepada bulan, murid perempuan itu diperhatikan oleh saya setiap hari. Risau juga rasa di hati kerana takut rahsia yang disimpan diketahui warga sekolah. Ini kerana, perut yang kempis semakin berisi, dan ada mulut yang sudah mula berbunyi inginkan saya memerhati murid perempuan itu. Pengetua yang baru sahaja berpindah perlu diberitahu mengenai situasi ini. Peperiksaan semakin hampir, bingung juga kepala memikirkan untuk meredakan situasi ini. Laporan lengkap disediakan dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Ini telah menjadi prosidur yang wajib untuk dipatuhi. Kesungguhan pengetua baru untuk mendapatkan pandangan seorang doktor tentang masalah ini telah melegakan ketegangan situasi apabila murid perempuan itu dibenarkan mengambil peperiksaan di Hospital Besar. Usaha dibuat dengan begitu teliti dan teratur sekali dan akhirnya penjaga dan murid perempuan itu bersetuju dengan cadangan tersebut. Bukannya nak melepaskan beban yang ditanggung tetapi demi menjaga keselamatan bayi dan murid perempuan itu. Selesai peperiksaan tahun 2010. Semua soalan telah dapat dijawab oleh murid perempuan itu. Saya difahamkan murid perempuan itu dapat menjawab dengan penuh bersemangat. Maklumlah nama pun murid pandai. Kesibukan di sekolah menyebabkan

saya tidak berkesempatan untuk melawat murid perempuan itu semasa peperiksaan dijalankan. Hanya mendengar berita dari kaunselor yang sering membuat lawatan. Murid perempuan itu dikatakan telahpun berpindah rumah kesan daripada perasaan malu diketahui oleh jiran-jiran persekitaran. Hati saya mengomel, baguslah supaya dia akan mengharungi kehidupannya yang baru dengan lebih selesa. Hari terus berlalu, peperiksaan akhirnya berakhir dengan rasa lega di hati setiap calon dan saya tidak mendengar apa-apa berita yang merisaukan tentang budak perempuan itu. Apa yang saya tahu, keluarganya sedang membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Saya bersyukur kerana niat dan harapan saya semoga ketika bayi itu dilahirkan dia telahpun bernikah dan bayi itu mampunyai ayahnya. Masa terus berlalu, saya diberitahu oleh kaunselor bahawa murid perempuan itu telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Besar. Dia dah nikah ke? Saya bertanya kepada kaunselor. Belum lagi, kerana proses pernikahan perlukan perintah mahkamah, jawab kaunselor. Hati saya mulai gelisah dan merasa bimbang tentang situasi penjaga murid perempuan itu dalam mengharungi dugaan ini. Terasa seperti bagai nak terbang untuk melihat keadaan itu.Tetapi apakan daya, masa yang tidak mengizinkan. Tak apalah, yang penting saya difahamkan murid perempuan itu

telahpun selamat dan berada dalam keadaan stabil dan telah pulang ke rumah. Lega rasanya hati ini membuatkan saya terfikir untuk meluangkan masa bersama pengetua untuk melawat murid perempuan itu di rumah barunya. Pada 21 Mac 2011, walaupun keadaan sekolah begitu sukar untuk ditinggalkan, saya dan pengetua tetap meluangkan masa untuk membuat lawatan ke rumah murid perempuan itu. Kami ditemani kaunselor yang mengetahui lokasi rumah baru murid perempuan itu. Perjalanan dari sekolah ke rumah murid itu tidaklah jauh sangat, lebih kurang 25 minit sahaja kami telah tiba ke destinasi. Suasana kampung di dalam bandar itu pada peringkat awalnya sunyi, tapi kami disapa oleh seorang wanita dalam lingkungan 50-an. Puan nak cari siapa? Boleh saya bantu, tanya wanita itu. Assalamulaikum puan, kami nak jumpa. Kami cikgunya. Oh, cikgu, masuklah cikgu, nanti saya panggilkan ... Kami masuk ke dalam rumahnya sambil memerhatikan keadaan sekeliling rumah baru yang didiami. Mata kami tertumpu

kepada seorang bayi lelaki yang seolah-olah menyambut kehadiran kami. Kami disambut dengan lirikan matanya yang begitu bundar sekali mencari arah suara kami. Comelnya bayi lelaki itu. Kami terus merapatinya hati saya mulai terusik melihat bayi itu. Hati saya berbunyi, kalaulah aku tak selamatkan kau, mungkin kau tidak akan merasa nikmat udara di dunia ini, syukur alhamdulilah, agaknya kau faham dan mengerti yang datang ini ialah orang-orang yang telah menyelamatkan kau daripada dibunuh. Kerana itulah kami di sambut dengan lirikan matanya yang bundar seolaholah ingin mengucapkan terima kasih. Puan itulah tilam yang saya hantar, beritahu kaunselor sambil menunjukkan bilik murid perempuan itu yang terbuka pintunya memberi kesempatan kepada kami untuk melihat tilam tersebut. Tilam yang begitu besar dan tebal, saya tertanya bagaimanalah agaknya guru kaunselor ini menghantarnya. Saya dengan suami yang uruskan, guru kaunselor itu menjawab seolah-olah memahami persoalan di fikiran saya. Begitu prihatin sehingga melibatkan suami dengan masalah anak murid. Itulah pengorbanan seorang guru yang kadangkadang masyarakat tidak tahu dan faham. Saya hanya mendiamkan diri sementara menunggu murid perempuan itu selesai mandi. Sementara itu kami dimaklumkan bahawa wanita tadi adalah jiran yang diminta oleh ibu murid perempuan itu menemani dan mengawasi rumah itu. Baik sungguh nampaknya wanita itu, yang telah tahu semua masalah keluarga murid perempuan itu.Kami juga dimaklumkan, bahawa sepanjang hari dialah yang membantu memerhati dan manjaga murid perempuan itu ketika ibunya keluar bekerja. Cerita perempuan itu terhenti apabila murid perempuan itu keluar menyapa kami dan kami ditinggalkan bersendirian untuk berbicara.Huluran salam dengan tangannya yang lembut dan sejuk menandakan perasaan malunya dan mungkin juga risau dengan kehadiran kami. Bentuk badannya sedikit berisi. Saya amat bersimpati dengannya. Bila awak bercadang untuk bernikah? Saya memulakan bicara. Kami tak boleh nikah lagi cikgu, kerana perlu menghadiri perbicaraan dahulu pada 10 Mac ini untuk mendapat perintah mahkamah untuk berkahwin. Kami masih di bawah umur dan perlu mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu. Saya mengangguk faham walaupun hakikatnya saya dah sedia maklum mengenai dengan prosidur itu. Ada sesiapa datang melawat awak? Keluarga lelaki tu ada datang?, tanya pengetua pula. Ada, kakak dan abang lelaki itu pun ada datang semasa saya

berada di hospital. Semasa di rumah pun ada, jawab murid perempuan itu. Masa saya beranak, anak saya beratnya 2.2 kilogram, sempat juga lelaki tu azankan. Terpinga kami mendengarnya, seolah macam tak ada apa-apa yang hendak dimalukan murid perempuan itu. Dia bercerita dengan selambanya. Perbualan kami diteruskan lagi apabila murid perempuan itu bercerita tentang pada tarikh 19 Februari 2011, apabila dia mulai merasa sakit yang luar biasa, pada masa itu nasib baik mak saya ada di rumah, saya ingatkan sakit perut biasa , tapi makin lama semakin sakit. Mak membawa saya ke hospital pada jam 11 malam. Sebelum itu mak menelefon doktor yang tahu tentang saya. Saya terus disuruh pergi ke hospital , lapor diri sebagai pesakit biasa yang lain. Lama juga saya sakit, mula-mula saya diletakkan dulu ke dalam wad, tapi pada jam 12 malam saya masuk dalam labour room dan selamat melahirkan pada jam 12.30 malam . Awak dapat pegang baby tu bila?. saya pula menyampuk. Esok cikgu, sebab lepas sahaja bersalin baby dimasukkan dalam nusery. Bagaimana perasaan awak bila mula-mula pegang baby tu, saya menzahirkan perasaan ingin tahu saya. Entahlah cikgu, rasa sayang pun ada, tapi kadang-kadang, murid perempuan itu tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kami senyap seketika untuk memberi peluang murid perempuan itu bertenang. Kadangkadang mak marah juga, terutama waktu malam bila baby menangis. Mak kata padan muka saya, ingat senang nak jaga budak kecik. Kami senyap saja mendengar cerita murid perempuan itu kerana kami faham dengan perasaan itu. Siapa yang tak marah dan geram dengan kejadian yang menimpa keluarganya, kalau sayalah di tempat mak budak perempuan itu mungkin lebih teruk lagi marah saya. Semasa berada di hospital, ada nurse yang memperli atau mengata awak?, tanya saya lagi. Ada juga yang mengata. Mereka kata orang suruh saya sekolah, saya nak beranak, sekarang saya rasakan ingat senang nak beranak, padan muka saya. Risiko untuk orang mengata memanglah kena tanggung. Kita tidak dapat nak elak, hati saya berkata. Nasib baik orang sekeliling tak tahu, kalau mereka tahu jadi nerakalah tempat tinggal mereka ini , hati saya masih barkata. Bila budak lelaki tu datang melawat anaknya?. Kadangkadang tengah hari, kadang-kadang petang, pada masa dia datang mak suruh dia duduk kat luar je. Oh, ye ke, betullah tindakan mak awak tu, lagipun awak belum bernikah lagi, saya pula berleter. Macamana awak kenal budak lelaki ni?, pengetua

pula memulakan pertanyaan. Masa tu saya kat sekolah, sama-sama belajar di sekolah yang sama. Lepas tu, saya berpindah ke sekolah.dan kami bertemu pada masa balik bercuti dari asrama. Dia ambil saya kat rumah, dengan motor, kami balik ke rumah dia. Tak ada orang ke kat rumah dia masa awak pergi tu?, Ada makciknya, tetapi makciknya sakit, masa tu lah kami melakukan hubungan seks tu. Ternganga mulut kami, pertanyaan diteruskan lagi oleh pengetua. Berapa kali awak melakukan perkara tu?. Banyak kali juga. Macam suami isterilah ni?, pengetua menyampuk lagi. Murid perempuan itu diam dan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Sebelum ni awak ada juga buat dengan orang lain ?, kaunselor pula menyampuk. Ye cikgu, dengan kawan lelaki saya bernama Arif. (Bukan nama sebenar) Berapa kali awak buat dengan dia?, tanya kaunselor lagi, Adalah 4 atau 5 kali, jawab murid perempuan tu dengan selamba. Kawan lelaki awak ni tahu tak awak pernah buat dengan lelaki tu ?. Tahu cikgu. Kami berpandangan sesama sendiri. Andaian kami sebelum ini iaitu hampir 90 peratus murid-murid yang pernah terlanjur akan melakukan perkara yang sama dengan orang lain memang ada kebenarannya. Kadang-kadang kesempatan ini digunakan oleh lelaki untuk melakukan perkara terkutuk itu kepada murid-murid yang pernah terlanjur. Mereka seolah-olah pandai mencari perempuan-perempuan jenis ini untuk meneruskan kegiatan maksiat mereka. Betul kata hadis Nabi lelaki yang baik akan bertemu dengan perempuan yang baik, dan begitulah disebaliknya. Di hati saya berfikir bagaimana murid yang cemerlang ini boleh terfikir nak melakukan perkara terkutuk ini, kami mula mencari penyebabnya. Fakta kami diperkukuhkan lagi apabila murid perempuan itu memberitahu, kejadian ini antaranya berpunca dari kepincangan, keretakan rumah tangga ibu dan bapanya. Dia merasa runsing dan pemikiran yang kacau menyebabkan dia beralih arah mencari ketenangan dengan mengadu kepada lelaki yang pertama. Dan lelaki ini mengambil kesempatan membelai dan memujuknya hinggakan dia tewas dan menyerahkan dirinya. Kejadian ini menyebabkan dia merasai dirinya tidak bernilai lagi dan

meneruskan kepuasan nafsu dengan orang lain pula. Petunjuk keimanan tiada di rumah. Rangsangan syaitan pula ada di mana-mana yang mempengaruhi mindanya. Pembelajaran agama di sekolah tidak mencukupi untuk mengatasi asakan kehendak syaitan. Maka ketagihan melakukan hubungan seks menjadi penyebab utama mengapa

perkara terkutuk ini berulang-ulang. Hinggalah akhirnya ketagihan ini

membawa

kepada dia mengandung. Kesan ini pula dapat dikesan apabila dia berpindah ke sekolah kami. Sedangkan cerita dan kejadiannya berlaku sejak dia berada di sekolah yang berprestij tinggi lagi. Inilah yang kami kesalkan. Walaubagaimanapun, nasi telah menjadi bubur, masalah yang dihadapi perlu diselesaikan. Bayi dipangkuan murid perempuan itu tertidur lena. Simpati hati kami melihatnya. Gadis secomel ini mengendong bayi keseorangan angkara perbuatan lelaki yang juga masih tidak tentu hala masa depannya. Budak lelaki tu kerja kat mana masa tunggu SPM ni?, pengetua masih lagi mahu bertanya. Kerja kat kedai makanan segera. Ada beri duit tak untuk perbelanjaan baby ni?, Ada juga dan keluarganya yang datang ada menghulurkan juga duit belanja, baby ni saya beri susu badan tapi kadang-kadang campur juga dengan susu botol, sebab nanti saya nak kerja dan kalau nak sambung belajar senang sedikit. Kalau keputusan SPM keluar, dan awak mendapat keputusan yang baik, apa awak nak buat?, saya masih belum puas bertanya. Entahlah cikgu, tak tahu lagi. Kalau nak belajar mesti nak pakai duit, ingat kalau tak jadi macam ni sepatutnya saya dan kawan-kawan dah janji nak cari kerja, tapi ini yang menyesal juga dengan apa yang terjadi, sepatutnya masa begini saya dan kawan-kawan sedang bergembira dengan gaji bekerja tapi kena duduk kat rumah jaga baby pula. Aduh, sakit kepala dan bosan!. Kami mula melihat wajah kusut murid perempuan itu. Tetapi apabila rengekkan baby di pangkuannya yang sudah mula mengeliatkan badan, wajah murid perempuan itu kembali ceria. Sambil menepuk-nepuk badan baby, murid perempuan itu memandang sayu kepada saya. Kenangan berbual dan bergurau di sekolah bersama saya kembali dalam ingatan. Tetapi itu semua hanya tinggal kenangan yang mengusik jiwa. Saya dapat menyelami hatinya sambil air mata berlinangan di kelopak mata.

Walaubagaimanapun, hati saya masih sempat berkata pandai juga sayang kat anak. Ialah sedangkan kucing kalau kita pelihara sayang macam anak sendiri, inikan pula baby yang comel ini. Saya ingat habis je pantang, saya nak cari kerja, baby nanti saya minta tolong makcik sebelah jagakan. Murid perempuan tu meneruskan perbualan. Hari ni awak dah berapa hari?, saya kembali menyoal. Dah 44 hari cikgu, rasa badan dah sihat ni , boring juga duduk kat rumah. Cikgu, nanti keputusan SPM keluar boleh

saya datang sekolah?. Murid perempuan itu nakkan kepastian. Cikgu rasa lebih baik awak jangan datang, sebab cikgu bimbang nanti awak tertekan dengan pandangan dan cemuhan kawan-kawan awak, lagipun cikgu rasa mereka semua akan berpandangan nagatif pada awak. Saya harap awak faham . Dengan muka yang sedih memberikan kepastian kepada saya bahawa murid perempuan itu telah dapat membayangkan suasana di sekolah ketika keputusan SPM keluar dan riuh rendah kawan-kawan kegembiraan mendapat keputusan peperiksaan masing-masing. Sambil mengatakan persetujuan tangannya membelek-belek bayi lelaki di pangkuannya dengan merenung jauh ke wajah bayi lelaki itu. Kami semua diam dan seolah-olah kami juga memahami situasi yang dirasai oleh murid perempuan itu. Kami tidak boleh lama lagi berada di situ. Segala cerita telah dimaklumkan. Ketenangan lebih dirasai apabila murid perempuan dan baby berada dalam keadaan sihat. Kami meminta diri dengan meninggalkan banyak nasihat dan pesanan agar murid perempuan itu dapat manjaga baby dan meneruskan kehidupannya. Dah memang takdirnya begitu. Kita sebagai umat di dunia ini patut redha dengan apa sahaja yang tuhan berikan kepada kita. Dengan rasa sayu dan sedih,ditemani air mata yang

berlinang kami meninggalkan kenangan kami di rumah murid perempuan itu.Kami sampai ke sekolah jam 2 petang dan dalam perjalanan pulang doa diiringkan agar murid perempuan itu akan selamat bernikah dan hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Semoga taubatnya diterima oleh ALLAH SWT.

Impak daripada kisah ini. 1. Kerjasama dan hubungan baik ibu bapa dengan pihak sekolah sangat penting untuk membendung masalah sosial. 2. Pemeriksaan fizikal wajib diadakan terhadap murid-murid perempuan secara berkala supaya dapat mengelakkan kejadian membuang bayi dan

menggugurkan kandungan haram. 3. Pentadbir harus mempunyai Komunikasi berkesan dan permainan psikologi supaya apa yang dirahsiahkan murid-murid dapat diselongkar .

4. Pentingnya memberikan penjelasan dahulu( rasionalkan ) kepada murid-murid sebelum sesuatu aktiviti sensitif dengan positif. 5. Jadual kedatangan memang wajib dihantar segera ke pejabat supaya apabila ada kes dapat diberikan tindakan segera. 6. Bertindak mestilah atas pemikiran yang rasional dan saluran yang betul supaya kita tidak dipersalahkan. KESIMPULAN Pengurusan pentadbiran yang cekap dan cepat sangat penting untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Kebijaksanaan mengambil keputusan banyak dibuat supaya murid-murid dapat menerima

menyelesaikan kekusutan dalam pengurusan terutama yang melibatkan murid-murid dan ibu bapa. Keberkesanan ini bertambah cemerlang apabila mengurus pentadbiran digandingkan dengan kerja berpasukan. Konsep muafakat membawa berkat sangat penting dijadikan moto pengurusan kerana terbukti membuahkan hasil pemikiran yang kritis dan inovatif dalam membuat tindakan dan keputusan. Jalinan hubungan yang baik dengan NGO dan egensi-egensi luar juga sangat penting untuk sesebuah organisasi seperti sekolah menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan. Sekolah perlu menjalin hubungan dengan bahagian-bahagian penting yang mempunyai kepentingan untuk membantu dari segala bahagian yang melibatkan murid-murid dan pihak sekolah.

Rujukan 1. Razali Mat Zin. 1996. Kepimpinan Dalam Pengurusan.Siri Pengurusan Dan Pentadbiran Utusan.1996. 2. Cambell, Bridges & Nystrand, 1977.Introduction to Educational

Administration.Boston: Ally and Bacon, Inc. 3. Robiah Sidin. 2003. Teori Pentadbiran Dan Pendidikan Satu Pengenalan. Percetakan Asni Snd Bhd. 2003.

Anda mungkin juga menyukai