Anda di halaman 1dari 2

Q&A LAZIM URUSAN POSTING SILA RUJUK DI SINI UNTUK SEBARANG KEMUSYKILAN: 1- Q: Apa perlu buat sebelum posting?

A: tunggu surat SPP sampai rumah, baca dan fahami, buat medical check up dan akuan sumpah, buka akaun kwsp. 2- Q: Saya dah interim, medical checkup dah pernah buat, kena buat lagi sekali ke A: setiap medical checkup valid untuk 6 bulan dari tarikh ianya diselesaikan. 3- Q: Medical checkup kena buat kat mana? bayaran? dokumen yg perlu? A: bawak je semua dokumen dlm sampul SPP tu ke klinik/hospital kesihatan kerajaan atau hospital swasta.yg kerajaan FREE, swasta bayar. 4- Q: Medical checkup ni kena sahkan oleh saksi dulu kan? siapa yg layak? A: ya, cari saksi dulu. dari zaman nak masuk IPG, sampai dah nak kerja pun nak tanya soalan tu lagi? sebelum ni x pernah buat pengesahan atau saksi ke apa? 5- Q: Medical checkup tu kena buat x-ray dan check drug x? A: mengikut borang yg dibekalkan oleh pihak SPP kepada kita, TAK PERLU. tapi kalau nak buat jugak atau mereka bertegas utk lakukan, it is up to you. urine test hanya utk check albumin dan gula saja. 6- Q: akuan sumpah kena buat kat mana? bayaran? A: mahkamah=free. pesuruhjaya sumpah berlesen (private)= bayar lingkungan rm5-rm10 7- Q: kwsp tu buka kat mana? prosedur? bayaran? A: kat pejabat kwsp atau mana2 cawangannya.bawa IC dan salinan fotostat IC depan belakang in case chip IC rosak.kos freeeeeeeeee... 8- Q: saya dah pernah ada akaun kwsp sebelum ni sebab pernah kerja di.... jadi, kena buat sekali lagi ke? A: tak perlu buat baharu. guna akaun sedia ada. sama sahaja. 9- Q: err..saya musykil..saya x kerja lagi dan xda majikan. memang kompem boleh buka akaun kwsp ke? A: kompem bolehhh...sebab tu la bagitau kena buka sebelum kerja ni.. huhu 10- Q: alamakk! ada borang yg tak cukupla dalam surat SPP ni. cemana nak buat ni? A: utk surat akuan sumpah dan akujanji boleh download kat sini https://www.facebook.com/groups/pismpjanuari2009/466610870098283/ . untuk borang medical check up download kat sini https://www.facebook.com/groups/pismpjanuari2009/463060163786687/ . untuk surat setuju-terima & senarai semak dokumen pelantikan sila download kat sini https://www.facebook.com/download/187113734788148/surat%20setuju%20senarai%20semak.rar 11- Q: Evetting tu sama ka dgn sjil pengesahan tapisan kslmtn kasar? A: ya sama..ada ipg yg perlu buat secara on9, ada ipg yg telah diselesaikan oleh HEP dan hanya perlu dapatkan salinan surat serta highlightkan nama sendiri sahaja seperti dilakukan oleh HEP IPG Perlis. utk info lanjut, call hep masing2. 12- Q: saya sedang interim, adakah saya perlu selesaikan semua dokumen SPP dan hantar pada kerani sekolah saya sekarang? A: TAK PERLU. masih belum ada hitam putih yg menyatakan anda akan kekal di sekolah yg sama apabila posting nanti. sila tunggu surat posting sampai. status anda hanya interim, bukan posting. 13- Q: untuk urusan pejabat nanti, apa lagi dokumen tambahan yg perlu saya sediakan. mana tau nak guna nanti kan....? A: buat salinan fotokopi ijazah, transkrip keputusan cgpa, IC sendiri/ibu/bapa/penjaga/suami/isteri depan belakang, surat beranak, sijil2 sewaktu belajar di IPG, gambar passport(real punya, jgn fotostat plak), semua buku akaun atau penyata akaun. sila sahkan dokumen salinan ini, gambar passport tu x payahla sahkan pulak ok.

14- Q: saya dah selesai semua yg diperlukan. sekarang ni saya tunggu posting je. bagaimana saya nak tahu saya akan posting atau tidak? A: di era teknologi maklumnat ini, sentiasalah alert dengan hebahan2 di website rasmi KPM serta media sosial. semaklah jika nama anda tersenarai, kemudian tunggu surat posting sampai ke rumah masing2. jangan lupa telefon JPN anda ditempatkan nanti untuk mengetahui PPD mana anda perlu hadir untuk melapor diri. ingat, telefon mereka hanya setelah senarai nama dikeluarkan di website rasmi ataupun surat posting tiba di rumah.