SINOPSIS NOVEL TINGKATAN 2 (2011) Tajuk: Erti Sebuah Pengorbanan Penulis: Zaihanim bt.

Zainal Abidin Penerbit: KZ Berjaya Enterprise Bab 2: Pemilihan Cikgu Julia memperkenalkan Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Adif Danial bertukar dari SMK Damansara. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Adif. Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah. Seorang pemidato dari Tingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan nama Iman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidak bersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia akan berbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbama tentang tarikh pertandingan bersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya Iman bersetuju untuk berentap dengan Linda. Selepas menjamu selera di kantin, Iman dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen. Menurut Pei Wen, ibu tirinya meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampai ke pengetahuan bapanya. Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka. Zulkarnain meluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Iman terpaksa menenangkan Zulkarnain. Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato untuk dipilih oleh Iman. Sejak hari itu, Iman membuat rujukan di perpustakaan bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan Cikgu Julia, guru bahasa Malaysia di sekolah itu. Pertandingan pidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi, hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Jika bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah. Pagi itu, sebaik sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Maka berlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh Iman bertindak mempengaruhi kawankawannya, termasuklah Adif Danial. Mujur muncul Zulkarnain, Adif Danial dan Pei Wen. Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Iman menangis di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wen tidak berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Menurut Pei Wen, maruah sekolah di bahu Iman. Akhirnya, semangat baharu menular ke dalam diri Iman. Kosa Kata / Makna:

Mengejek – mempersendakan orang. Sepakat – setuju.1. dahulu-mendahului 10. menghina 6. Melemparkan – membalingkan. terjerempak 15. Gelagat – tingkah laku. menyorongkan (ke muka). Bersemuka – berhadapan muka (dengan) 16. harga diri . Bertembung – berjumpa (dengan tidak sengaja). menampakkan. Menonjolkan – menjorokkan. Hipokrit – (orang yang) berpura-pura berperangai baik 17. kekuatan dengan hebatnya untuk mencapai kemenangan 5. mencemuh. Bersaing – atas-mengatasi. Maruah – kehormatan. Mengekori – mengikuti atau menyertai dari belakang 18. melantingkan. Berentap – beradu pengaruh. melontarkan 3. bertemu. tampil ke hadapan. seia sekata 9. Menjeling – memandang dengan ekor mata. Menyiku – menyinggung dengan siku 8. menguasai 20. merebak ke merata-rata tempat 21. Mengesat – menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering 19. bersua. maju 2. Menoleh – berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) untuk melihat 11. Getus – getis. gentis 12. kebolehan. Menggenggam – memegang dalam genggam. Mara – bergerak ke muka. mengerling 7. Strategi – ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan 13. Menular – membiak atau menjangkit. gerak-geri 14. muncul 4. sependirian.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful