Anda di halaman 1dari 1

KAJIAN TINDAKAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU RJ/MEI/02/2010

Di dalam P&P yang lalu murid telah pun mempelajari topik ini. Walaupun demikian semasa sessi ulangkaji didapati murid tidak dapat membaca kod warna pada perintang dengan betul. Oleh itu, saya merasa perlu melakukan sesuatu agar dapat membantu murid-murid untuk membaca kod warna pada perintang tersebut dalam menentukan nilai rintangan bagi setiap perintang. Maka, satu kaedah yang mudah dan menarik juga harus di tunjukkan kepada murid agar ia dapat membantu dan memudahkan murid dalam menguasai topik ini. 1.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN Kemahiran membaca kod warna pada perintang adalah merupakan satu kemahiran yang sangat penting. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap murid untuk memudahkan mereka menetukan nilai rintangan bagi perintang itu. Murid-murid yang berada di tingkatan 2 sepatutnya telah pun menguasai kemahiran ini. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai sudah pasti mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini. Oleh itu, satu teknik yang baik dan berkesan perlu diajar kepada murid-murid serta menjadi satu harapan agar ia dapat membantu murid-murid untuk menentukan nilai perintang dengan membaca kod jalur warna pada badan perintang. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2.1 OBJEKTIF AM Kajian ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan membantu murid-murid membaca kod jalur warna pada perintang dengan cara yang betul dan mudah dalam menentukan nilai rintangan bagi satu perintang.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS Untuk memperkenalkan kepada murid satu kaedah yang mudah untuk membaca kod jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai rintangannya. Untuk mengatasi masalah murid keliru membaca kod jalur warna pada perintang terutamanya jalur yang ketiga(3) dan keempat( 4). 3.0 KUMPULAN SASARAN Sasaran kajian ini ialah murid-murid tingkatan 2 Arif iaitu seramai 36 orang akan menjalani ujian bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan 21 orang perempuan. Di dalam kajian ini pecahan jumlah murid mengikut kaum ialah 11 orang murid lelaki melayu, 17 orang murid perempuan melayu, 4 orang murid lelaki cina dan 4 orang murid perempuan cina.

-1-

Anda mungkin juga menyukai