Anda di halaman 1dari 4

RUMAH INGGERIS

Terdapat reka bentuk rumah di Malaysia yang menyerupai reka bentuk rumah di England. Contohnya rumah yang terdapat di Cameron Highland, Pahang dan menurut sejarah, orang Inggeris telah membina penempatan sewaktu kedatangan mereka di Tanah Melayu. Rumah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek;

Reka bentuk mempunyai reka bentuk yang menarik dan cantik. Pembinaan rumah adalah berdasarkan reka bentuk asal dan digabungkan dengan budaya tempatan yang menghasilkan unsur senibina yang halus. Cuaca rumah Inggeris kebanyakannya dibina di tanah tinggi di mana keadaan cuaca lebih sejuk. Keupayaan rumah jenis ini dapat memberi keselesaan kepada penghuni agar tidak kesejukan. Ruang rumah ini memberi lebih ruang kepada penghuni untuk berehat kerana ruang tamu dan ruang istirehat adalah lebih diutamakan dari segi saiznya.

RUMAH JAWA

Reka bentuk rumah Jawa di Malaysia mempunyai pengaruh reka bentuk rumah Belanda kerana asal usul rumah ini adalah dari Indonesia. Pada suatu masa dahulu menurut sejarah, Indonesia pernah dijajah oleh Belanda dan pengaruh penjajah turut dirasai ke atas seni bina rumah. Rumah ini mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek; Reka bentuk mempunyai reka bentuk yang bersesuaian dengan rakyat Malaysia. Pembinaan rumah kebanyakannya mengekalkan reka bentuk asal dan digabungkan dengan budaya tempatan yang menghasilkan elemen terpenting dalam masyarakat. Kebanyakan rumah di Malaysia adalah berdasarkan rekabentuk rumah Jawa. Cuaca rumah Jawa kebanyakannya dibina di tanah rata di mana keadaan cuaca lebih panas. Keupayaan rumah jenis ini dapat memberi keselesaan kepada penghuni untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti seharian. Ruang rumah ini mempunyai pelbagai ruang kepada penghuni untuk menjalankan aktiviti seharian.

Rumah Limas

Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid. Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah. Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai kolong iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Selain itu rumah limas di Muar biasanya biasanya memiliki struktur tambahan iaitu penambahan seperti pagar di bahagian bawah rumah yang dikenali sebagai "kolong" yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung. Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Anda mungkin juga menyukai