Anda di halaman 1dari 13

Ulasan Kajian : 1) Louise H.

Emmons; Jamili Nias; Alim Birun

Pengenalan
Kesemua 14 spesies daripada tumbuhan ini adalah parasit. Tumbuhan ini hanya mempunyai bahagian bunga yang keluar terus daripada batang atau akar pokok yang menjadi hosnya. Bunga yang besar ini mengeluarkan bau yang dapat menarik perhatian lalat-lalat yang merupakan pendebunga-pendebunganya.

BUAH RAFFLESIA


Oleh itu, buah tumbuhan ini adalah lebih sukar untuk dijumpai berbanding dengan bunganya. Tumbuhan ini hanya dapat dijumpai apabila ia berbunga dan terancam dengan pembalakan dan ancaman-ancaman lain daripada manusia. Dua spesis berkemungkinan sudah pupus pada masa kini. Majoriti daripada tumbuhan ini yang dijumpai di Sabah merupakan jantan, dan kebanyakan daripada bunga-bunga betina gagal untuk mengeluarkan buah


Buah tumbuhan ini dari spesies R.keithii telah dijumpai dan berbentuk seperti bola yang berdiameter 14cm. Permukaan luarannya berwarna gelap, hitam kecoklatan. Tumbuhan ini tumbuh daripada batang bawah tanah atau akar pokok Tetrastigma lanceolarium.


Permukaan luarannya juga berkeadaan seperti kulit pokok, berkayu dan agak keras. Dalaman buah ini dipenuhi dengan isi yang berwarna krim dan berminyak. Biji-biji buah rafflesia berwarna merah kecoklatan dan memenuhi ruangan di dalam buah tersebut. Isi buah ini mengeluarkan bau yang kuat dan busuk seperti buah kelapa yang sudah reput. Isi buah ini juga mempunyai rasa yang seakan sama dengan isi buah kelapa.

PENYEBAR BENIH

1) TUPAIA TANA
Mamalia daripada spesis Tupaiidae Dapat dijumpai di Sumatra dan pulau-pulau yang bersebelahan serta di pergunungan Borneo.

Kesesuaian Sebagai Penyebar Benih


Mamalia ini gemar untuk berjalan berdekatan dengan batang-batang pokok. Spesies ini mengelak daripada berada di kawasan yang lapang, dan memilih untuk berada di kawasankawasan yang padat dengan tumbuhan. Mereka juga mengembara ratusan hingga ribuan meter setiap hari.

2) CALLOSCIURUS NOTATUS
Mamalia yang amat senang untuk dijumpai di kawasan sekitar bunga-bunga Rafflesia. Ini menjadikan ia haiwan yang amat sesuai untuk menjadi pendebunga bagi bunga ini.

Kesesuaian Sebagai Penyebar Benih


Mereka kerap kali menghabiskan masa untuk turun ke atas tanah. Spesies ini gemar bersarang, berjalan dan berehat di kawasan-kawasan yang padat dengan pokok.

Info Tambahan
Gajah, khinzir dan juga anai-anai pernah dikatakan berkemungkinan memainkan peranan sebagai penyebar benih Rafflesia. Namun mereka tidak sesuai kerana walaupun gajah dan khinzir berpotensi untuk memakan buah tersebut, mereka pada kebiasaannya berada di kawasan yang lapang dan mengeluarkan najis yang tebal di kawasan yang jauh dari pokok. Najis yang tebal ini akan menyukarkan biji benih Rafflesia untuk bercambah. Buahnya yang agak melekit juga akan mengelakkan anaianai daripada mendekatinya.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai