Anda di halaman 1dari 26

KBK 3073 Tugasan 1:

Marina bt Yaakob D046601

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut: a. Terencat Akal b. Bermasalah Pendengaran c. Autisme d. Bermasalah Penglihatan e. Disleksia f. Palsi Cerebral g. Hiperaktif h. Sindrom Down i. j. l. Spina Bifida Epilepsi (sawan) Pintar Cerdas

k. Masalah Emosi dan Tingkah laku

-1-

KBK 3073 AUTISME

Marina bt Yaakob D046601

Definisi Autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidak upayaan seseorang kanak-kanak autisme memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Perkataan autism merupakan gabungan dua huruf greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa makna orientasi atau keadaan . Untuk itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang lain tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkah laku yang lain. Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain. Berdasarkan kepada definisi di atas, ternyata autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku.

-2-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

Punca-punca Kecacatan Mengikut kajian perubatan, dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Rodier (2000), mengatakan bahawa ianya mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil Thalidomide untuk mengatasi masalah ketika morning sickness yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajianyang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa Thalidiomide adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30% lebih berbanding populasi umum. Kehadiran virus turut menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus Cytolomegalo juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme (Edelson, 1999). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003).Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic sistem dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan auto immune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing. Bagi kanak-

-3-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005)

Perkembangan otak dan fizikal Individu Autistik ini dikatakan sebagai neuro-developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Di dalam setiap otak manusia, terdapat beribu-ribu sel-sel saraf yang paling berkait dan tersusun dalam bentuk sistem yang boleh mengawal kesedaran luar tubuh, termasuklah emosi, tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman. Ketidaknormalan saiz saraf tersebut juga memberi kesan kepada deria-deria yang berkaitan dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian yang dibuat, bahagian otak individu Autisme terdapatnya kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus. Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu lagi. Sistem saraf amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau, pertuturan dan pergerakan motor. Saraf hippocampus : merangsang untuk belajar dan memori. Kerosakan pada Saraf hippocampus ini akan mengakibatkan kegagalan untuk menyimpan maklumat terbaru dalam memori.

Perkembangan bahasa

Fungsi dan bentuk bahasa individu Autistik, adalah agak terkebelakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seumur dengannya. Individu Autistik kurang berpotensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang penggunaan bahasa. Pertuturan mereka bergantung kepada hafalan. Tajuk perbualan mereka terhad walaupun mereka mempunyai perbendaharaan kata yang luas. Leo Kenner (1943 menghuraikan individu Autistik sebagai sesuatu yang unik di mana berlakunya penarikan diri dalam sosial, tidak mahu mengubah rutin dan terdapat ketidaknormalan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan. Individu Autistik juga tidak mahu berhubungan

-4-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

dengan orang lain (bersosial) dan berada dalam dunianya sendiri. Rutter (1991), menyatakan Individu Autistik yang telah dikenalpasti sememangnya mempunyai masalah dan pertuturan. Walaupun semasa bayi mereka menangis seperti bayi-bayi lain namun ia tidak sepenuhnya menunjukkan bahasa mereka. Permasalahan dalam bahasa juga berkait rapat dengan masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun demikian komponen dalam bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. (Reed, 1994). Perkembangan kognitif Kajian yang dijalankan oleh Quill (1995) menunjukkan individu Autistik mempunyai ketidakupayaan kognitif dan linguistik. Ketidakbolehan mereka dalam kemahiran interpersonal sebagai individu Autistik adalah hasil daripada ketidakupayaan kognitif dan bahasanya. Terdapat percanggahan pendapat di antara para penyelidik, kerana sukar untuk mengenalpasti dan menguji perkembangan kognitif individu Autistik, sukar menentukan sebab-sebab berlakunya sesuatu tingkah laku dan kesukaran untuk menguji serta mentadbir satu ujian yang standard di atas keadaan atau ciri-ciri individu Autistik maka Leslie & Frith (1985), Prior, Dahl Strom & Squires (1990) dan Simon Baron-Cohen (1995), dalam Edelson (1995), telah membuat satu hipotesis yang dinamakan Theory Of Mind. Teori ini merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Sebagai contohnya seorang kanak-kanak menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan mengadap kepada rakannya tetapi seorang individu Autistik mungkin menyerahkan dengan belakang gambar menghadap rakannya. Seorang individu Autistik mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pandangan berlainan mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999). Menurut Angela James dalam Frith (1993), menyatakan kerencatan akal yang dialami oleh kanak-kanak autimes adalah lebih teruk jika diukur dari sudut psikologikal, di mana tindakbalas terhadap ransangan adalah perlahan. Ini disebabkan oleh ketidakfungsian kognitif iaitu rangsangan yang diperolehi tidak diproses dengan sempurna. Para penyelidik telah menemui beberapa ketidaknormalan otak Individu Autisme. Namun demikian alasan-alasan ke atas

-5-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

ketidaknormalan ini tidak diketahui dan bagaimana ia boleh mempengaruhi sesuatu tingkah laku. Individu remaja autisme mengalami kelewatan kognitif. Kognitif mereka berfungsi di bawah tahap average dan majoriti individu autisme berfungsi pada dalam tahap moderate (Ornitz & Ritzo;1976 ). Perkembangan sosial

Individu autisme biasanya gagal membentuk hubungan sosial dan menguasai corak interaksi sosial. Kajian telah dijalankan menunjukkan : mereka selalunya mengalami kelewatan perkembangan sosial individu Autistik mempunyai ciri-ciri yang agak berlainan. Walau bagaimanapun ketidakupayaan dalam tingkah laku sosial individu Autistik boleh dikategorikan kepada 3 keadaan mengikut (Edelson,1997), iaitu; Penghindaran dalam bersosialisasi (socially avoidant) Pada peringkat bayi, terdapat 2 kategori bayi yang dikatakan autisme. Sebilangan kecil daripada mereka akan melentikkan badan dan memalingkan muka untuk mengelakkan diri daripada diambil oleh orang dewasa. Mereka ini dikategorikan sebagai golongan autisme yang mempunyai IQ tinggi. Manakala kebanyakan daripada bayi yang mengalami autisme tidak menghiraukan sesiapa sahaja yang mendukung mereka. Pada usia lingkungan 5 tahun, kanakkanak Autistik tidak suka didakap atau didekati dan tiada eye contact. Terdapat juga yang selalu tantrum dan kebanyakannya akan cuba melarikan diri apabila seseorang hendak mendekati atau berinteraksi dengan mereka.

Sebelum ini kita beranggapan bahawa reaksi negatif mereka itu adalah kerana tidak suka ataupun takut kepada orang lain, sebaliknya terdapat teori yang berdasarkan kepada temubual dengan individu Autistik dewasa yang mengatakan bahawa deria mereka terlalu sensitif. Oleh kerana itu mereka enggan disentuh atau mendengar bunyi dan suara. Mereka merasakan seolaholah kulit mereka disakiti apabila disentuh orang lain. Terdapat juga yang menutup telinga apabila mereka hanya terdengar bunyi pusingan kipas di siling.

-6-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

Kelainan dalam bersosialisasi (socially indifferent) merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu Autistik itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada pergaulan. Keseluruhannya individu Autistik tidak begitu kisah apabila bersama orang ramai, tetapi dalam masa yang sama mereka lebih suka menyendiri. Kejanggalan dalam bersosialisasi (socially awkward) adalah satu keadaan di mana kanakkanak Autistik cuba untuk berkawan tetapi tidak boleh mencapai hasrat tersebut. Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kemahiran bersosial dan tidak tahu berbual dengan orang lain. Mereka juga tidak akan meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh individu normal. Mereka lebih gemar mengasingkan diri dan melakukan aktiviti yang disukai oleh mereka secara berseorangan. Selain itu, bagi kanak-kanak Autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yang membolehkan mereka membina hubungan atau interaksi. Mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi sosial. Pierce & Screibman (1997), menyatakan bahawa di dalam persekitaran inklusif, guru sering melaporkan kekurangan interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak.

Perkembangan emosi Penentuan umur sosial-emosi dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanakkanak autisme. Ada yang berpendapat tahap kefungsian intelek seorang autisme dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Kadang-kala penjaga atau ibu bapa mempunyai jangkaan yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu Autistik dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik, namun mempunyai sifat temper tantrum, apabila berhadapan dengan masalah yang kecil seperti kelakuan kanak-kanak 5 tahun.

Kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi, yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Dalam satu keadaan, kanak-kanak

-7-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

austime dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik. Semakin mereka membesar, golongan ini menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka dan tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau. Mereka juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, postur badan yang kaku dan suara yang monotonous (senada). Kanak-kanak ini juga tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh terjadi tanpa apa-apa sebab (Wing, 1983). Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak autisme boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun mereka sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983).

Perkhidmatan intervensi untuk kanak-kanak autisme

Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, timeout, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami.

Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang. Kanakkanak autisme boleh dididik melalui program

-8-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa.

Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanakkanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga.

Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran.

Peranan guru

-9-

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

Guru juga boleh memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak autisme ini. Antaranya mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian seorang guru yang mengajar ketika mereka berada di dalam bilik darjah. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk dan melakukan kekerasan dan keganasan apabila setiap permintaannya tidak dipenuhi.

Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara

- 10 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

Kesimpulan Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat perbezaan yang sigfinikan (Edelson, 1999). Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanak-kanak ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan puzzles. Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan

membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna (Artwood, 1998). Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah seperti ini harus menerima bantuan pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya adalah untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang

- 11 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

maksimum. Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanak-kanak untuk hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan.

RUJUKAN 1. Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. 2. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

- 12 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

3. Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas : Kuala Lumpur. 4. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. 5. Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran : Open University Malaysia.

Tugasan 2: Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-

- 13 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut: (a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan (b) Masalah-masalah sampingan. (c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan (d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak berkeperluan berkenaan.

Definisi
Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza. Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. Murid-murid mungkin berbeza daripada

- 14 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal. Kanak-kanak inilah yang dikatakan kanak-kanak berkeperluan khas.Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Kanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, dan Masalah Kesihatan atau Fizikal.

Dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang saya pilih adalah Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta tidak dapat menggunakan penglihatan untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengarandan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad.Kanak-kanak bermasalah pendengaran pula dikategorikan kepada dua iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel.Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel.

- 15 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan Definisi Masalah penglihatan boleh didefinisikan melalui dua perspektif iaitu menerusi perundangan dan juga dari segi pendidikan. Dari segi perundangan , menurut Wong Huey Siew (2006), masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Pecahan 20/200 bermakna jika seseorang yang penglihatan normal boleh melihat objek tertentu sejauh 200 kaki, maka ketajaman penglihatan

- 16 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

bagi orang yang mempunyai masalah penglihatan hanya dapat melihat objek tersebut dalam lingkungan jarak 20 kaki. Lapangan penglihatan bagi orang cacat penglihatan pula adalah tidak lebih daripada 20 darjah pada keluasan diameter. Sebaliknya keupayaan bagi orang biasa adalah 180 darjah. Selain daripada orang cacat penglihatan (buta), terdapat lagi satu kategori orang cacat penglihatan iaitu separa/rabun (partially sighted). Ketajaman penglihatan bagi kategori ini adalah di antara 20/70 dan 20/200 pada mata yang terbaik dengan pembetulan. Manakala dari perspektif pendidikan ia membawa maksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Jenis dan tahap penglihatan Penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa (refractive). Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat di lihat dalam tahap berikut iaitu masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu khas seperti kanta. Masalah pada tahap teruk pula menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan alat khas. Manakala masalah pada tahap sangat teruk akan mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung pada deria-deria lain. Punca Masalah Penglihatan Penyakit katarak ini terjadi kerana degeneratif atau bertambahnya usia seseorang. Katarak kebanyakan muncul pada usia lanjut. Data statistik menunjukkan bahawa lebih dari 90% orang berusia iaitu 65 tahun keatas menderita kerana penyakit katarak. Walaupun penyakit katarak ini boleh diubati, tetapi ia merupakan penyebab utama kebutaan di dunia. Seseorang penderita katarak tidak menyedari telah mengalami gangguan katarak kerana iaterjadi secara perlahan-perlahan sehingga penglihatan penderita terganggu secara beransur.Pada awal serangan,

- 17 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

penderita katarak merasa gatal-gatal pada mata, air matanya mudah keluar, pada malam hari penglihatan terganggu dan tidak biasa menahan silau sinar matahariatau sinar lampu. Gejala umum gangguan katarak meliputi penglihatan tidak jelas seprtiterdapat kabut menghalangi objek, peka terhadap sinar atau cahaya serta memerlukan pencahayaan yang terang untuk dapat membaca Glaukoma merupakan sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Dalam keadaan normal, bendalir jernih dihasilkan di bahagian gelemair secara berterusan. Bendalir ini juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Akan tetapi, bagi pesakit yang menghidap penyakit glaukoma, aliran bendalir tersekat dan ini mengakibatkan tekanan di dalam mata meningkat. Pesakit biasanya berasa sakit pada matadan mungkin juga kepalanya. Mata sudah berair dan menjadi merah pada bahagian mata putih, anak mata membesar dan kelopak mata membengkak. Penglihatan menjadi semakin berkurangan. Pesakit juga akan melihat lingkaran cahaya di sekitar lampu bercahaya. Jikatidak dirawat dengan segera, bahagian dalam mata akan menjadi rosak untuk selama-lamanya dan akhirnya pesakit akan kehilangan penglihatan. Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta dikalangan individu berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun di serata dunia. Kaum lelakimerupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.Trakoma ialah penyakit mata yang mudah berjangkit dan disebabkan oleh virus yangmenyerang selaput kelopak mata. Ini mengakibatkan bahagian hadapan mata terpaksaditutup. Gejala-gejala awal termasuklah selaput mata menjadi merah, terasa gatal, kelopak menjadi bengkak, lelehan berair dihasilkan dan mata peka pada cahaya. Dalam keadaanteruk, biji-biji kecil akan muncul pada selaput kelopak mata dan korneo mungkin tercederayang mengakibatkan mata menjadi buta. Ubat sulfa dan antibiotik digunakan untuk merawattrakoma bagi mengawal keradangan mata. Inflamasi atau radang pada konjunktiva yang disebabkan oleh virus atau

bakteria.Konjunktiva kelihatan bengkak, kemerah-merahan dan berair. Pesakit akan berasa mata gatal, pedih dan kadangkala sakit serta mengeluarkan nanah yang banyak sehingga kelopak mata terlekat. Pendedahan kepada cahaya akan menambahkan lagi rasa yang tidak selesa. Konjuntivis mudah berjangkit dan pesakit tidak sepatutnya berkongsi tuala, bantal dan pakaian dengan orang lain. Tiada vaksin untuk mengawal penyakit ini. Hanya ubat mata yang digunakan bagi mengawal

- 18 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

penyakit ini. Ubat mata yang mengandungi sulfa atau antibiotik boleh digunakan untuk beberapa kali sehari.

Ciri-ciri masalah penglihatan Terdapat empat ciri yang boleh dikenalpasti bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan iaitu ciri fizikal, intelek, kesihatan, kecacatan genetik dan tingkahlaku. Oesterreich (2009) menyatakan ciri-ciri fizikal yang ada pada kanak-kanak atau individu yang mengalami masalah penglihatan adalah kebanyakannya mempunyai mata juling. Mereka juga mempunyai mata yang tidak boleh memfokus kepada sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga sentiasa mengelakkan matanya dari cahaya terang. Mata mereka juga sering mengerdip atau mereka sering menggosok mata serta sering tersandung atau terjatuh dan terlanggar objek kecil apabila berjalan. Kanak-kanak ini sentiasa menutup sebelah mata dan menundukkan kepala ke tepi atau ke depan apabila melihat sesuatu atau ketika berjalan. Apabila ingin melihat, mereka kerap berkerut atau mengecilkan mata untuk melihat. Mereka ini juga tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh ke atas lantai atau ke bawah. Kanak-kanak ini mungkin menoleh ke arah lain apabila dipanggil, ini tidak bermakna mereka tidak memberi perhatian, tetapi mereka mungkin mempunyai pandangan tepi yang lebih baik. Jika mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang besar dan mereka memegang buku atau objek dekat dengan muka untuk melihat atau membaca.

Cara mengatasi Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, di antaranya ialah meta analysis di mana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).Kanak-kanak yang mengalami kebutaan

- 19 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

memerlukan pelbagai pendedahandan latihan intensif. Di antaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanak-kanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkah laku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek. Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan. Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbaga ielemen yang dapat menyokong sesuatu keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh,adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz X. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan saiz

Menurut Jamilah (2005) menyatakan bahawa pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah sebegini perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya sebagai keperluan mobility sosial mereka. Contoh-contoh alat pertolongan ialah tongkat putih, mesin Braille, alat sentuhan seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi dan banyak lagi.

- 20 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Definisi
Kamus Dewan terbitan DBP telah mendefinisikan pekak sebagai tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dengan baik. Dalam budaya orang pekak, istilah pekak adalah digalakkan untuk digunakan kerana ia merupakan satu lambang identiti yang positif kepada komuniti orang pekak. Istilah pekak dalam huruf kecil adalah merujuk kepada kekurangupayaan pendengaran. Istilah pekak dalam huruf besar merujuk kepada budaya orang pekak. Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) Kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak pendengaran kerana dalam kebanyakan contoh, ia mempunyai pendengaran separa. Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas terhadap bunyi-bunyi di

- 21 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

sekelilingnya. Manakala menurut Cruiskshank (1975) kanak-kanak kurang upaya pendengaran merujuk kepada kebolehan kanak-kanak itu mengguna deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami. Bagi Smith, Finn dan Dowdy (1993) mendefinisikan bermasalah pendengaran berdasarkan darjah kepekakan iaitu pekak dan kurang pendengaran. Terdapat dua kategori masalah pekak iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekakbermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak in imenerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara 20 hingga 60 decibel. Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang hanya dikenal pasti apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Kanak-kanak yang menunjukkan masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering mempunyai nada suara yang tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk mendengar. Semasa mendengar radio atau televisyen kanak-kanak ini akan meninggikan nadanya pada tahap yang agak kuat. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga

pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial,emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut. Antara jenis-jenis masalah pendengaran adalah terdiri daripada 3 bahagian iaitu konduktif, sensorineural dan campuran . Bagi jenis konduktif, bunyi tidak dapat diproses melalui telinga luar ke telinga tengah, bunyi masih boleh dihantar ke otak melalui tulang mastoid serta bunyi ini tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan pendengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. Namun telinga dalam masih dapat berfungsi dengan baik dalam memproses dan menghantar bunyi ke saraf pendengaran pada otak. kehilangan pendengaran jenis konduktif ini dikategorikan sebagai kehilangan pendengaran ringan dan sederhana kerana masih boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi pertuturan dan suara sendiri serta orang lain melalui tulang

- 22 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

mastoid. Tahap kehilangan pendengaran ini tidak melebihi 60 dBHL iaitu kebolehan mendengar hanya setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Pesakit masih boleh memahami perbualan tapi bermasalah untuk mendengar suara yang perlahan yang memerlukan meraka menggunakan alat bantu pendengaran dan juga terapi pertuturan. Punca berlakunya masalah ini kerana halangan di dalam saluran telinga luar seperti tahi telinga yang terlalu banyak atau sekatan benda asing. Ia juga boleh terjadi akibat kemalangan iaitu kerosakan gegendang telinga disebabkan oleh tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan dan jolokan benda keras atau tajam ke gegendang telinga. Selain itu faktor jangkitan turut mempengaruhi masalah pendengaran konduktif ini seperti jangkitan kronik yang berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar atau telinga dalam dikenali sebagai Otitis Externa dan Otitis Media. Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria yang dinamakan swimmers ear yang biasa berlaku kepada perenang kerana kekerapan air terperangkap di dalam telinga. Otitis Media pula disebabkan oleh salur eustachia yang tersumbat akibat demam selesema, campak, tonsillitis dan jangkitan di hidung dan tekak. Selain itu, Otosklerosis (ketumbuhan tetulang halus pada stapes juga turut mempengaruhi pekak konduktif ini. Ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal remaja hingga awal 30 an. Ianya akibat daripada tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak kerana terdapat ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.

Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang tetapi akan menjadi semakin teruk dan akhirnya penyakit ini boleh merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan pendengaran konduktif kepada pekak bercampur yang mana berlaku lebih kerap pada kaum wanita yang mengandung kerana mereka mungkin jadi penyumbang. Otistis Media dan Otoslerosis adalah penyebab utama kehilangan pendengaran konduktif ini. Kekuatan bunyi di setiap frekuensi berkurangan tetapi kehilangan pendengaran tidak melebihi 60dB di semua frekuensi. Kebiasaannya ujian pendengaran menunjukkan terdapat perbezaan kehilangan pendengaran di antara ujian melalui tulang dengan ujian melalui udara. Bagi kategori sensorineural, masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran . Melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak. Kehilangan pendengaran jenis ini adalah teruk (severe) dan

- 23 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

sangat teruk (profound) kerana tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan langsung dan hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja seperti bunyi mercun. Ciri-ciri bagi yang mengalami kepekakan sensori neural pula adalah seperti keupayaan mendengar bunyi 70 dB ke atas. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi pertuturan. Bagi tahap teruk (70 dB -90 dB), tanpa amplikasi, mereka boleh mendengar bunyi kuat alam jarak 1 kaki dari telinga. Apabila menggunakan amlpikasi kanak-kanak ini sepatutnya boleh mengecam bunyi persekitaran dan mengecam semua bunyi pertuturan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mendengar yang amat teruk (melebihi 90 dB), mereka mengalami kesukaran untuk mendengar dan bertutur. Masalah ini tidak boleh dirawat kecuali dengan teknologi terkini seperti ABD berkuasa tinggi dan pacakan koklea. Selain itu mereka juga memerlukan terapi pertuturan. Punca berlakunya masalah ini kerana, pertama, berlaku semasa di dalam kandungan atas sebab jangkitan virus atau bakteria seperti rubella/german measles kepada ibu yang mengandung pada 3 bulan pertama dalam kebanyakan kes. Pengambilan dadah yang mengandungi seperti alkohol, aspirin, cortisone, quinine dan tranquillisiers serta pengambilan ubat-ubatan seperti pill Thallidomide). Kedua, semasa kelahiran seperti anoxia (kekurangan oksigen) dan jaundice (demam kuning). Ketiga, selepas lahir akibat daripada kemalangan yang teruk menyebabkan kerosakan koklea, meningitis (demam yang teruk disebabkan selaput yang meliputi otak dan tulang belakang) seperti meningococcal merosakkan koklea dan saraf pendengaran, bunyi bising yang sangat teruk dan berterusan, pengambilan bahan Ototoxic/ bahan beracun seperti dalam quinine dan antibiotik, kehilangan pendengaran disebabkan ketuaan dan penyakit meniere kesan vertigo (pening yang teruk), tinnitus (berdesing). Keempat, disebabkan keturunan kerana jika ibubapa membawa gen dominan (pekak), risiko untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural adalah 50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%. Frekuensi bagi kehilangan pendengaran jenis sensorineural ialah 71 dB ke atas iaitu teruk dan sangat teruk 91 dB ke atas. Manakala dalam ujian (tulang dan udara) ia tidak menunjukkan banyak perbezaan kerana saraf pendengarannya tidak berfungsi. Masalah pendengaran campuran berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir bersama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran. Apa jua masalah yang berlaku di telinga luar atau tengah berserta masalah di telinga dalam disebut sebagai masalah pendengaran campuran. Berlaku kehilangan pendengaran dalam kedua-dua ujian

- 24 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

(bone and air conduction). Dalam pekak bercampur kehilangan pendengaran melalui tulang lebih baik dari ujian melalui udara tetapi kehilangan berlaku kepada kedua duanya. Kehilangan pendengaran menghalang secara serius perkembangan berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan pakar pertuturan, kanak-kanakbermasalah pendengaran mungkin mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak bergantung pada pengalaman mereka, dan melalui perkembangan mereka sendiri bagimembolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan danmemahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke ataskonsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya. Perkembangan kognitif merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus duniamereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan perkembangan kognitif mereka. Perkembangan motor kasar dan motor halus bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah serupa dengan kanak-kanak normal. Bagi mengatasi masalah pendengaran ini beberapa kaedah telah disarankan oleh pakar. Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasaisyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading ).vKaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiranmendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan merekamendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza. Kaedah baca bibir juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah inimemerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat. Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkanperkataan dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk AmericanSign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaanisyarat dan pertuturan secara

- 25 -

KBK 3073

Marina bt Yaakob D046601

serentak. Pertuturan isyarat (cued speech) diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal. Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaandan tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan telinga, memilih dan memasang alat bantu dengar yangmemberi implikasi terbaik kepada kanak-kanak pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan dan latihan yang perlu (Lokman,2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan membentuk bahasa(Lokman, 2004).

RUJUKAN Abdul Rahim b. Talib, (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak MasalahPembelajaran: Open University Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: UNITEMSdn. Bhd.. Haliza Hamzah, (2008). Perkembangan Kanak - kanak:Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan:Edisi Kedua. Institut Perguruan Teknik,KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Jamila K.A Mohamed, (2008).Pendidikan Khas untuk Kanak - kanak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2007). Buku Panduan Instrumen Penempatan Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran (IPP):Manual. Selangor: Absolute Master Printers Sdn.Bhd.

- 26 -

Anda mungkin juga menyukai