Anda di halaman 1dari 1

NAMA : NG KIM MOI UNIT : PJK( SK )

Saya bersetuju dengan pendapat yang diberi oleh David Bunker dan Rod Thorpe yang mengatakan bahawa kebanyakan pelajar lepasan sekolah langsung tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu permainan . Hal ini kerana guru-guru atau jurulatih yang mengajar hanya member penekanan terhadap prestasi mereka dalam sesuatu pertandingan yang diadakan dan telah lalai untuk member pengetahuan secara terperinci kepada pelajar pelajar untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sesuatu permainan itu . Selain itu , guru-guru juga gagal untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya dalam membina kemahiran berfikir seseorang pelajar itu kerana mereka tidak akan member peluang murid untuk berfikir . Selain itu , kajian dalam artikel The Curriculum Model mengatakan bahawa pengajaran dalam Physical Education dan Physical Education Curriculum adalah jauh berbeza . Dalam pengajaran Physical Eduation Curriculum pelajar akan diajar berlandaskan kurikulum yang telah dibuat dengan mengajar pelajar untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sesuatu aktiviti .Contoh yang telah diberi oleh David Bunker dan Rod Thorpe adalah dalam permainan badminton .Dimana jurulatih biasanya lebih cenderung untuk mengajar bagaimana untuk menyerang pemain lawan sebelum menjelaskan sebab untuk menyerang pemain lawan . Saya bersetuju dengan panduan yang telah diberi oleh David Bunker dan Rod Thorpe dalam menyediakan pelajar untuk mahir dalam sesuatu permainan itu . Dimana pelajar perlu dilatih pada awal lagi untuk member peluang kepada pelajar terrsebut untuk mencari pengalaman sebanyak yang mungkin mengikut umur mereka .Dengan demikian pelajar tersebut dapat belajar daripada kesilapan sewaktu bermain dalam sesuatu permainan dan pelajar tersebut akan berusaha untuk memperbaiki kelemahannya . Jurulatih juga tidak seharusnya terrlalu menekankan peraturan sesuatu permainan itu sehingga mengehadkan keseronokan pemain apabila sedang bermain sesuatu permainan kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam permainan tersebut dan hanya berfikir utuk tidak melanggar peraturan sesuatu permainan itu . Dengan demikian pelajar akan mula untuk belajar bermain dengan penuh keseronokan tetapi tidak melupakan peraturan permainan . Dengan kata lain pelajar telah mahir untuk menganalisis gerak- geri pemain lawan dan mengetahui bagaimana untuk memenangi sesuatu permainan itu . Dengan kaedah mengajar sambil member peluang untuk menganalisis permainan yang dimain , pelajar akan didedahkan dengan banyak perkara seperti bagaimana untuk menganalisis pergerakan pemain lawan , membuat keputusan bagaimana untuk mengalahkan pihak lawan dan yang paling penting pelajar juga dapat memperbaiki kemahirankemahirannya kepada tahap yang lebih baik lagi . Dengan bantuan jurulatih dalam melatih pelajar untuk berdikari sendiri dalam sesuatu permainan dapat melahirkan seorang pemain yang berkualiti dalam permainan tersebut . Kaedah demikian adalah lebih baik dalam membentuk seorang pemain dan permainan yang baik .

Anda mungkin juga menyukai