Anda di halaman 1dari 4

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN 1.

Pengenalan Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat. Pendidikan pergerakan juga merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan-keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan model holistik perkembangan kanak-kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanan dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatankegiatan penerokaan, kreativiti, proses-proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pembentukan konsep pembelajaran yang merangsang pembinaan keyakinan diri dan pengukuhan imej kendiri yang utuh. 2. Tujuan Pendidikan Pergerakan a. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot; b. Memantapkan tahap kecerdasann fizikal, pengetahuan dan sikap; c. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalamanpengalaman pergerakan terarah; d. Memupuk tatalaku sosial dan emosi yang disanjungi masyarakat; e. Memantapkan perkembangan konsep akademik menerusi

pengintegrasian konsep bilik darjah dengan program aktiviti fizikal; dan f. Meningkatkan minat beriadah menerusi aktiviti-aktiviti pergerakan yang mencabar dan menyeronokkan.

Pergerakan berunsur pendidikan

Sukan dan atletik

Permainan berunsur pendidikan 3. Bidang-bidang kandungan utama aktiviti pergerakan

Kecergasan jasmani

4. Pergerakan Asas Pergerakan bermaksud proses yang memandu pelajar untuk

memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pendidikan pergerakan dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibahagikan kepada dua kategori: (a) Pergerakan kreatif (b) Gimnastik. Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget.

5. Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Berjalan Berlari Meloncat Melonjak Melompat Melungsur Memancu seperti kuda/gallop Lari skip

Pergerakan bukan lokomotor pula sebaliknya daripada lokomotor. Kemahiran ini hanya melibatkan pergerakan setempat dan tidak bergerak ke tempat lain. Ianya tidak memerlukan ruang yang besar. Contohnya ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Membongkok Meregang Memulas Berpusing Mengangkat badan Merebah Menghayun

6. Kemahiran Persepsi Motor Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor (perceptualmotor) adalah penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan. Pelajar perlu mengenal pasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk atau corak.

Perkembangan persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak-kanak. Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi membaca huruf isyarat (decoding) dan kemahiran ini merupakan suatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. Mengimbang

Kordinasi Tangan-mata atau Kaki-mata

Kesedaran Badan

Kesedaran Arah

Kesedaran Ruang

Kesedaran Hala Datar (Laterality) 7. Kemahiran Manipulatif Kemahiran manipulatif alatan hendaklah dibina di peringkat umur yang lebih awal. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani atau mengawasi sesuatu objek. Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan

kemahiran diri seseorang pelajar: (a) Membaling (b) Menyambut (c) Memukul (d) Menendang atau menyepak (e) Menggelecek Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertingkatkan perkembangan kordinasi tangan-mata dan kaki-mata. Di samping itu, kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dalam menempuh kehidupannya.