Anda di halaman 1dari 4

Analisis biomekanik

Senaman lantai roda kereta Pergerakan A

Pergerakan ini bermula dari berdiri tegak, kaki dirapatkan dan tangan tegak di disisi kepala. Pergerakan ini melibatkan hukum inersia di mana sebelum melakukan pergerakan roda kereta, ahli gimnastik berdiri tegak dalam keadaan pegun.kedudukan ini kan berubah apabila di mula mengenakan daya luar. Pusat graviti pula terdapat pada pusat ahli gimnastik kerana beliau berdiri tegak dah badan diluruskan. Kedudukan pusat graviti yang berada di tengah- tengah bahagian badan ahli gimnastik menyebabkan dia dapat berdiri dengan stabil. Terdapat sendi lesung pada bahu membolehkan tangan luruskan ke atas di sisi kepala. Otot trisep yang terdapat di lengan

memanjang manakala otot bisep pula memendek. Pada bahagian kaki pula,

apabila kaki lurus dan berdiri tegak otot quadrisep mengecut atau memendek manakala otot hamstring pula memanjang. Pergerakan B C

Ahli gimnastik membengkokkan badan ke sisi dengan kaki kanan masih lagi di atas lantai. Kaki kiri pula di lejangkan ke sisi lurus selari dengan tangan. pergerakan ini dapat di lakukan ketika ahli gimnastik membawa badannya secara mendadak. Ini adalah kerana satu halatuju tegak yang besar magnitudnya terhasil ketika dia berbuat begitu. Ini menunjukan pecutan badan adalah berkadar terus kepada daya luar bersih yang bertindak keatasnya. Pergerakan ini mengenakan hukum pecutan. Pergerakan C pula, kaki sebelah kaki menyokong pergerakan badan sehingga tapak tangan menekan lantai. Tulang peha iaitu tulang femur berputar pada sendi lesung pada tulang pinggul menyebabkan kaki boleh bergerak ke atas dalam keadaan lurus. Ini kerana struktur sendi lesung yang terdapat pada pinggul membolehkan kaki bergerak lurus ke atas.

Pergerakan C dan D

Apabila berat badan dipindahkan kepada tangan. Kaki akan dipusing sisi ke atas. Pada kedudukan D, kedua dua tapak tangan menyokong seluruh berat badan dengan kedua dua kaki dibuka untuk mengimbangkan badan. Pergerakan ini menggunakan sistem tuas kelas pertama di mana tangan adalah fulkrum, kaki kanan adalah beban dan kaki kiri adalah daya. Apabila kaki kiri mengenakan daya luar, kaki tersebut akan memberi beban kepada kaki kanan dan kaki kanan akan bergerak ke sisi. Siku dibengkokkan sedikit untuk mengawal gegaran dan kaki dikangkangkan untuk mengawal imbangan. Badan dilurskan dan kepala didongakkan ke belakang agar gimnas melalui keduduakan tangan dengan kaki kangkang. Kedua- dua kaki . kedua dua kaki ini akan berpusing pada sendi lesung yang terdapat di antara tulang femur dan tulang pinggul. Jari jari tangan akan dikembangkan untuk menambah luas tapak permukaan supaya lebih stabil. Kedudukan D kurang

stabil berbandin kedudukan C kerana mempunyai dua tapak sahaja tetapi kedudukan pusat graviti D yang lebih rendah menyebabkan D berada dalam keadaan stabil dan tidak jatuh. Pergerakan D-E-F-G

Pergerakan D, E, F, G adalah pergerakan yang sama dengan pergerkan sebelum D. Pergerakan ini adalah untuk menurunkan kaki setelah di angkat keduanya di atas. Pada pergerakan E, kaki kanan diturunkan sementara kedua dua tapak tangan masih berada atas lantai. Kaki kanan perlu diturunkan rapat ke sisi badan supaya bert badan dapat dipindahkan dengan baik kepada kaki. Setelah kaki kiri mendarat, barulah kedua dua tangan diangkat ke sisi badan sambil kaki kiri berada lurus selari dengan tangan. akhirnya, pada kedudukan G, ahli gimnastik kembali ke posisi asal.

Anda mungkin juga menyukai