Anda di halaman 1dari 1

SELAMAT BERPUASA SEMUA !!! SEKADAR RENUNGAN.. Apa maksud sebenarnya BULIMIA ini??

Secara umumnya bulimia atau 'Bulimia Nervosa' merupakan salah satu penyakit yang berkait rapat dengan tabiat permakanan seseorang. Bulimia terjadi kepada mereka yang terlalu ingin menguruskan badan sehingga sanggup mengawal pemakanan secara yang melampau. Pesakit bulimia ini biasanya menganggap diri mereka sebagai terlalu gemuk dan mempunyai potongan badan yang tidak menarik. Ia juga merupakan masalah psikologi kerana fikiran mereka hanya tertumpu kepada persoalan mengenai pemanpilan kurus, berat badan dan makanan. Pesakit bulimia biasanya akan makan dengan banyak dan cepat kemudian memuntahkan kembali apa yang mereka makan dengan kaedah menjolok anak tekak. Namun, ada juga yang sanggup menggunakan ubat yang dinamakan ubat laksatif atau diuretik, supaya cepat buang air besar, puasa panjang untuk mengurangkan berat badan dan senaman yang keterlaluan. Kaum wanita biasanya lebih terdedah kepada penyakit ini berbanding lelaki. Ini kerana lumrah bagi setiap wanita untuk kelihatan langsing dan cantik pada pandangan umum. Oleh itu, bulimia menjadi pilihan mereka untuk kurus dengan sekelip mata. Individu yang mengalami masalah ini berasakan diri mereka gemuk, walaupun kenyataannya berat badan mereka normal. Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar psikologi untuk mengenal pasti punca sebenar penyakit bulimia. Kebanyakan mereka percaya penyakit ini disebabkan oleh ketidakpuasan seseorang terhadap bentuk badannya sendiri dan ia juga berkait rapat dengan psikologi dan gangguan minda. Senang kata, tak reti nak bersyukurlah kan? kan? Bulimia sangat berbeza dengan Anorexia, mungkin korang akan keliru tetapipenyakit Anorexia ialah penyakit di mana seseorang itu langsung tidak boleh menerima makanan di dalam badannya manakala Bulimia ialah menerima makanan kemudian memuntahkan semula makanan tersebut kerana berasa bersalah pada diri kerana risau diri mereka akan mengalami kegemukan. Bahaya sungguh mereka yang memikirkan kecantikan diri sehingga tanpa sedar membahayakan diri sendiri >_< . Jangan risau kalau badan gemuk yang penting hati budi itu menawan, kalau tubuh badan seperti PRAMUGARI atau MODEL tapi hati sebusuk dan sehitam lumpur, apa gunanya??? heee.. Okbai..

psss : kawan aku cakap, perempuan yang egonya tinggi dapat dilihat apabila make up di wajahnya tebal.. HAHA.. kawan aku cakap, bukan aku eh!

Anda mungkin juga menyukai