Anda di halaman 1dari 4

Saya Swa Ming Jian dan saya berumur 18 tahun.

Sekarang saya akan berkongsi serba sedikit mengenai Perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina di seluruh dunia.

Menurut legenda, pada zaman dahulu setiap malam tahun baru, seekor raksasa pemakan manusia yang bernama Nian akan keluar memburu manusia yang tinggal dalam perkampungan orang Cina.

Perkara ini menyebabkan semua penduduk ketakutan menjelang malam tahun baru. Mereka akan bersembunyi dalam rumah malam itu. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian takut kepada bunyi bising dan warna merah, maka mereka cuba mengusirnya dengan mercun dan penggunaan warna merah secara meluas.

Sekumpulan pemuda yang berani menggunakan mercun untuk menakutkan raksasa tersebut. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Bunyi kuat letupan mercun dan penggunaan warna merah berjaya menghalau raksasa dari

perkampungan tersebut. Sejak itu, penduduk kampung hidup dalam keadaan yang aman damai dan gembira.

Kejayaan

menghalau

raksasa

Nian

telah

disambut

sebagai Tahun Baru Cina oleh kaum Cina sehingga masa kini. Inilah sejarah kewujudan Perayaan Tahun Baru Cina.

Sekarang saya akan menceritakan tentang amalan tradisi Tahun Baru Cina. Pada malam sebelum Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga termasuk sanak saudara yang tinggal jauh akan berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Amalan ini diwarisi sejak zaman dahulu lagi bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Selain itu, pada hari pertama Tahun Baru Cina, kanakkanak kecil akan membersihkan diri dan mengenakan baju baru terutama yang berwarna merah kerana warna merah mencerminkan tanda tuah dalam kalangan orang Cina. Kemudian, mereka akan meminta maaf dan mengucapkan kata-kata yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" seperti GONG XI FA CAI dan Selamat Tahun Baru. Ibu bapa kemudian akan memberi Ang Pau yang berisi wang sebagai satu tanda kesyukuran dan keberkatan.

Inilah merupakan Ang Pau yang diidam-idamkan oleh kebanyakan kanak-kanak kecil. Ang Pau diberikan kepada

orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Paket merah ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana dipercayai akan dapat melanjutkan usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.Terdapat juga keluarga yang mengundang pasukan tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari

kedua

Tahun

Baru

Cina

menyaksikan

anak

perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang

menziarahi keluarga kandung sendiri. Ibu bapa juga akan membawa anli keluarga mereka menziarahi rumah saudara-mara. Amalan ziarah-menziarah merupakan

warisan

tinggalan

zaman

dahulu

dan

masih

lagi

dipraktikkan sehingga sekarang. Semasa menziarahi rumah saudara, pengunjung biasanya akan membawa buah tangan terutamanya buah limau mandarin yang melambangkan kemewahan dan akan dibalas oleh tuan rumah sebagai tanda hormat dan kesejahteraan.

Seterusnya saya akan menceritakan tentang tradisi pantang larang kaum Cina. Antara pantang larang yang masih diamalkan ialah perbuatan menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana tindakan ini dipercayai akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. Kaum Cina juga akan membuka pintu dan tingkap dianggap

menjemput masuk tuah pada tahun baru. Selain itu, mereka juga akan memakan gula-gula dan manisan kerana dikatakan dapat "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Sekian sampai sini sahaja cerita saya dan terima kasih kerana sudi mendengar. ^^