Anda di halaman 1dari 6

TERHAD

Mac 2013 MATM/BPA-DIDIK (BHS)/3710 Jil 3 ( Lihat Agihan ARAHAN PENTADBIRAN PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PERINGKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 2013 AM 1. Pertandingan Mengarang Esei Peringkat ATM 2013 dianjurkan sebagai usaha menerapkan budaya membaca dan memupuk kemahiran berfikir secara kritis menerusi aktiviti penulisan. Pertandingan mengarang esei ini juga diharap dapat menjadi penggalak penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang baik serta mengasah bakat menulis dan melahirkan pendapat dalam kalangan pegawai dan anggota ATM. TUJUAN 2. Arahan pentadbiran ini bertujuan menyelaras pelaksanaan Pertandingan Mengarang Esei Peringkat ATM 2013. OBJEKTIF PERTANDINGAN 3. Objektif-objektif pertandingan esei ini adalah seperti berikut: a. Mencungkil bakat dan kemahiran mengungkap buah fikiran dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah. b. Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat. c. Mendorong lebih ramai pegawai dan anggota tentera menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam penulisan, sekali gus akan melahirkan penulis yang berwibawa dalam pelbagai bidang dan kerjaya. d. Menyediakan wahana untuk meluahkan pemikiran dan kefahaman mereka berhubung isu-isu semasa serta mengemukakan cadangan ke arah kebaikan organisasi pada masa yang akan datang. )

BUTIRAN PERTANDINGAN 1 TERHAD

TERHAD 4. Sekretariat Pertandingan. Jabatan Arah Pendidikan telah dilantik sebagai penyelaras pertandingan esei ini. Sekretariat Pertandingan adalah terdiri daripada pegawai dan anggota Sel Bahasa/Terjemahan, Jabatan Arah Pendidikan. 5. Kategori. Pertandingan adalah terbahagi kepada dua kategori: a. b. Kategori A Kategori B Pegawai. Anggota LLP.

6. Bahagian-Bahagian Pertandingan . Pertandingan esei ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: a. b. Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Terbuka kepada pegawai dan anggota LLP. Terbuka kepada pegawai dan anggota LLP.

7. Penyertaan. Bagi menjayakan pertandingan ini, setiap Perkhidmatan digalakkan memajukan esei-esei dengan bilangan minimum seperti berikut: a. Bahagian Bahasa Malaysia. (1) (2) b. Pegawai LLP 8 esei. 8 esei.

Bahagian Bahasa Inggeris. (1) (2) Pegawai LLP 8 esei. 8 esei. Kembaran A.

8.

Tajuk Esei. Peserta perlu memilih tajuk esei yang disenaraikan seperti di

9. Garis Panduan Penilaian. Kembaran B.

Garis panduan penilaian pertandingan adalah seperti di Borang pengesahan penyertaan seperti di

10. Borang Pengesahan Penyertaan. Kembaran C. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 11.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut: a. Penyertaan terbuka kepada semua pegawai dan Anggota LLP ATM dan peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hendaklah berlainan tajuk. Setiap peserta layak memenangi satu hadiah sahaja. Tajuk-tajuk esei dan borang penyertaan juga boleh didapati di laman web Perpustakaan KEMENTAH http://library.mod.gov.my. b. Esei hendaklah ditulis dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris mengikut bahagian seperti pernyataan di Perenggan 6. Ia hendaklah ditaip menggunakan huruf bersaiz 12 poin dengan jenis tulisan Arial dan dengan langkau dua baris. 2 TERHAD

TERHAD c. Panjang esei ditetapkan seperti berikut: (1) (2) Kategori A: 2500 5000 patah perkataan sahaja. Kategori B: 2000 4000 patah perkataan sahaja.

d. Isu sensitif yang menyentuh sentimen agama, budaya, kaum atau orang perseorangan tidak dibenarkan sama sekali. Esei yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan ditolak dan keputusan panel hakim adalah muktamad. Pemenang akan dimaklumkan melalui surat/telefon. e. Peserta perlu menyatakan atau menyenaraikan bibliografi atau sumber rujukan karya yang dihasilkan tetapi karya mestilah berbentuk esei bukan tesis, kertas kerja, laporan dan lain-lain. Esei yang dikemukakan mestilah karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam apa-apa bentuk media. Esei yang didapati diplagiat (30% atau lebih kandungan diambil terus daripada hasil tulisan orang lain) akan ditolak serta merta . f. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap esei yang tidak sampai atau hilang dalam pengiriman. Semua esei yang dihantar tidak akan dikembalikan. Pihak penganjur juga mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan mana-mana esei sama ada yang memenangi atau tidak memenangi pertandingan. g. Bagi memudahkan pemantauan, peserta dihendaki mengesahkan penyertaan dengan memajukan borang rasmi yang diedarkan oleh pihak Sekretariat atau salinan fotostatnya. Borang hendaklah disahkan oleh pasukan atau formasi. Borang penyertaan perlu dimajukan kepada pihak Sekretariat selewat-lewatnya pada 21 Mei 2013 (Jumaat). h. Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar terus kepada pihak Sekretariat melalui faksimili di talian 03-26912179. Esei yang telah siap hendaklah dimajukan beserta salinan borang penyertaan selewat-lewatnya pada 21 Jun 2013 (Jumaat). Esei yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan atau esei tanpa salinan borang penyertaan akan ditolak. i. Peserta perlu menghantar 5 salinan esei bagi setiap penyertaan dan diwajibkan memajukan salinan esei dalam bentuk cakera padat ( soft copy) atau emel ke alamat selbahasaterjemahan@yahoo.com. Esei yang dihantar melalui pos hendaklah menggunakan alamat berikut: Sekretariat Pertandingan Mengarang Esei ATM 2013 Markas Angkatan Tentera Malaysia Bahagian Perkhidmatan Anggota Jabatan Arah Pendidikan Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR

HADIAH

3 TERHAD

TERHAD 12. Hadiah. Jumlah wang tunai yang akan diterima oleh para pemenang akan berubah mengikut peruntukan yang akan diluluskan oleh pihak penganjur pertandingan. Hadiah bagi kedua-dua bahagian adalah seperti berikut: a. Bahagian Bahasa Malaysia. (1) Kategori A - Pegawai. (a) (b) (c) (d) (2) Johan RM1,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 700.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 500.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 100.00 (setiap pemenang).

Naib Johan Ketiga -

5 x Saguhati -

Kategori B Anggota LLP. (a) (b) (c) (d) Johan RM1,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 700.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 500.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 100.00 (setiap pemenang).

Naib Johan Ketiga -

5 x Saguhati -

b.

Bahagian Bahasa Inggeris. (1) Kategori A - Pegawai. (a) (b) (c) (d) Johan RM1,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 700.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 500.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 100.00 (setiap pemenang).

Naib Johan Ketiga -

5 x Saguhati -

(2)

Kategori B Anggota LLP. 4 TERHAD

(a) (b) (c) (d)

Johan

TERHAD RM1,000.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 700.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 500.00, cenderamata dan sijil penyertaan. RM 100.00 (setiap pemenang).

Naib Johan Ketiga -

5 x Saguhati -

13. Penyampaian Hadiah. Penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dibuat semasa Program Karnival Pembangunan Minda ATM 2013 yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2013. PERTANYAAN 14. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pertandingan ini boleh diajukan kepada PS Bahasa/Terjemahan di talian 03 20716473/2930/2929 dan Staf Bahasa/Terjemahan di talian 03-20712912/2913. PENUTUP 15. Semoga pertandingan esei ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan sekali gus melahirkan ramai warga ATM yang kreatif serta kritis.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx DATUK ABDUL AZIZ BIN HJ IBRAHIM Mej Jen bp Panglima Angkatan Tentera Kembaran: A. B. C. Senarai Tajuk Pertandingan Mengarang Esei Peringkat ATM 2013. Garis Panduan Penilaian Pertandingan Mengarang Esei Peringkat ATM 2013. Borang Penyertaan Pertandingan Mengarang Esei Peringkat ATM 2013.

Agihan: Luar: Tindakan: MK TD (Untuk Perhatian: Sekretariat) MK TL (Untuk Perhatian: Sekretariat) 5 TERHAD

TERHAD MK TU (Untuk Perhatian: Perkhidmatan) MK AB (Untuk Perhatian: Sekretariat)

BSPP (Untuk Perhatian: Ketua Urus Setia) Maklumat: Pejabat PTD (Untuk Perhatian: Penasihat Ketenteraan) Pejabat PTL (Untuk Perhatian: Penasihat Ketenteraan) Pejabat PTU (Untuk Perhatian: Penasihat Ketenteraan) Dalam: Tindakan: MK ATM (Untuk Perhatian: Sekretariat) Maklumat: Pejabat PAT (Untuk Perhatian: Penasihat Ketenteraan)

Pejabat KS MK ATM (Untuk Perhatian: Penasihat Ketenteraan)

6 TERHAD