Anda di halaman 1dari 16

DISGRAFIA

DISEDIAKAN OLEH: MOHD FAROUK FADLY B DAMSI 871028-52-6041 PISMP 1G AMBILAN JANUARI 2009

Definisi Disgrafia
Disgrafia ialah masalah pembelajaran yang melibatkan motor halus. Kanak-kanak yang mempunyai masalah disgrafia biasanya akan bermasalah dalam mengeja dan menulis perkataan

Punca-punca Disgrafia
Terdapat kajian membuktikan bahawa masalah disgrafia berfunca dari masalah yang terdapat di daerah bahasa di otak.

Punca-punca Disgrafia
Sesetengah kanak-kanak yang mempunyai masalah attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) juga akan mengalami masalah disgrafia. Ini disebabkan ketidakupayaan kanakkanak ini untuk mengawal pergerakan tangan mereka dan kelemahan mereka dalam ingatan.

Bahagian otak yang mengawal pergerakan motor

Ciri-ciri Disgrafia
Bentuk atau saiz huruf yang tidak konsisten. Semasa menulis, penggunaan huruf besar dan huruf kecil bercampur. Kepayahan untuk memegang pensil atau pen.

Ciri-ciri Disgrafia
Cara memegang pensil atau pen yang salah iaitu terlalu hampir dengan mata pensil atau pen. Sering bercakap dengan diri sendiri ketika menulis atau memerhati tangan yang digunakan untuk menulis.

Ciri-ciri Disgrafia
Cara menulis yang tidak konsisten dan tidak menulis mengikut atas garisan. Mengalami kepayahan ketika disuruh menyalin semula ayat yang disediakan.

Ciri-ciri Disgrafia
Cepat letih ketika menulis. Mempunyai masalah dalam susunan dan struktur ayat. Percanggahan antara maksud sebenar ayat yang ditulis dengan kefahaman kanak-kanak disgrafia tentang ayat tersebut.

Contoh masalah disgrafia:

Here is a sample of my handwriting when I take my time. With a lot of effort and no small amount of discomfort I can make my handwriting legible. I can only write this way for a little while and then I become unable to continue writing neatly and consistently. DYSGRAPHIA Here is a sample of my handwriting when I write without thinking. This also takes effort and is painful, but doesnt require the same intense concentration and grip. The longer I write the worse my handwriting gets. If I keep writing like this, eventually even I wont be able to read my handwriting any longer.

Cara-cara membantu kanak-kanak disgrafia


1. Memahami keadaan kanak-kanak disgrafia.
Ibu bapa, penjaga, dan guru haruslah memahami keadaan kanak-kanak disgrafia dan menerima mereka seperti kanak-kanak normal. Pihak sekolah juga boleh memberikan ujian lisan kepada kanak-kanak disgrafia dan bukannya ujian menulis.

2. Memberikan tulisan cetak kepada kanak-kanak disgrafia. Mengajar mereka menggunakan komputer atau mesin taip supaya mereka biasa dengan bentuk huruf yang sebenar. Ini akan membuat mereka faham kesalahan tulisan mereka melalui tulisan cetak yang ada pada komputer atau mesin taip.

3. Membangkitkan rasa kepercayaan kanak-kanak disgrafia. Sentiasa memuji setiap usaha yang dilakukan kanak-kanak disgrafia. Jangan sesekali menyalahkan mereka kerana ini akan membuat mereka rasa rendah diri dan serba kekurangan.

4. Melatih kanak-kanak disgrafia untuk terus menulis. Latih mereka secara bertahap. Merancang strategi yang menarik minat mereka untuk menulis. Ini akan meningkatkan keupayaan mereka dalam menulis dan memperbaiki tulisan mereka.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai