Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah.

Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin, dari segi peruntukkan dalam perlembagaan dan juga penggunaannya yang luas. Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia, dan hari ini bahasa Melayu dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia dan bahasa-bahasa yang lain walaupun kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi sering tercabar pada masa kini. Banyak cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Justeru itu, kerajaan telah mengorak langkah dalam mempertahankan bahasa tersebut. Pelbagai usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia seperti program Bulan Bahasa, Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan, Bahasa Jiwa Bangsa, Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan sebagainya. Bahasa kebangsaan sesebuah negara hendaklah bersifat standard atau baku, kerana dengan bersifat demikian barulah dapat bahasa itu menjalankan tugasnya dengan berkesan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pengantar ilmu yang tinggi dan bahasa perhubungan rakyat jelata. Sesuatu bahasa haruslah distabilkan dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai