Anda di halaman 1dari 2

KISAH SEORANG BUDAK LELAKI DAN SEPOHON EPAL

Pada suatu masa dahulu di sebuah kampung, hiduplah seorang kanak-kanak lelaki yang suka bermain di bawah sepohon epal. Suatu hari, dengan muka yang sedih dan muram, dia duduk di bawah pohon epal itu. Lalu pohon epal itu pun berkata

Marilah bermain dengan ku. Lalu kanak-kanak itu menjawab, aku bukan kanakkanak yang bermain dengan pohon lagi. Aku inginkan permainan. Pohon epal itu pun menyahut kalau begitu, kau petiklah semua buah ku dan juallah ia di pasar. Dengan duit itu, kau boleh membeli permainan.

Budak lelaki itu pun sangat gembira. Lalu dia pun memetik kesemua buah epal yang ada di pohon tersebut dan pergi dengan sukacita. Tetapi, budak lelaki itu tidak lagi datang bermain di bawah pohon epal tersebut. Pohon epal menjadi sangat sedih.

Beberapa tahun kemudian, kanak-kanak itu telah berubah menjadi orang dewasa. Dengan muka yang masam, dia duduk di bawah pohon epal itu. Lalu pohon epal pun berkata kenapakah kau bermuram durja?. Lantas dia menjawab aku inginkan rumah untuk keluargaku, tapi aku tidak punya wang . Maka, pohon epal itu pun berkata, kau potonglah badanku dan kau jadikanlah sebuah rumah. Lalu, lelaki itu menjadi sangat gembira dan memotong pohon epal itu. Tetapi, lelaki itu tidak lagi

datang untuk menemui pohon epal tersebut.Tinggallah pohon epal itu sebagai tunggul kayu sahaja. Pohon epal menjadi sangat sedih

Setelah beberapa tahun, tunggul pohon epal tersebut sudah menjadi sangat tua dan uzur. Tiba-tiba datang lelaki tersebut melihat tunggul pohon epal dengan muka yang sayu. Lalu tunggul pohon epal itu pun berkata, aku sangat gembira melihat kamu, kamu sudah sangat dewasa. Tetapi kali ini, aku tidak mampu memberikan kau apa-apa. Aku hanya ada akar dan tunggul sahaja. Lalu lelaki itu berkata aku tidak mahu apa-apa dari kau pohon epal, aku cuma mahu berehat sahaja. Aku baru sedar, betapa banyaknya jasamu terhadap ku. Aku tidak mahu kau mati tunggul kayu. Kalaulah aku boleh memutar masa kembali.

Lalu lelaki itu pun menangis di sebelah tunggul kayu yang telah uzur tersebut.

Hadirin dan hadirat sekalian, di dalam cerita ini, pohon epal tersebut diibaratkan sebagai ibu bapa kita. Janganlah sesekali kita meninggalkan mereka kesepian dan sentiasalah menggembirakan hati mereka. Sesungguhnya ibu bapa kita sangat banyak menabur jasa.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai