Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

IQ CLASS MANAGEMENT
Penganjur Terbaik Kem Latihan Dan Motivasi Yang Holistik Lot 418 Jalan Raja Musa, Kg Bukit Belimbing, 45000, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan No Tel/Faks: 03-3289 1080 No Tel Bimbit: 012-689 1738 http://iqclassmanagement.blogspot.com iqclassmanagement@yahoo.com

BENGKEL REMAJA HAYATI RAMADAN


Sempena Menyambut Bulan Ramadhan AlMubarak 1434H

Disediakan oleh:

Facilitating and Development Team of Trainers IQ Class Management

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

PENGENALAN BENGKEL|

Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan yang Allah s.w.t. berikan istimewa buat umat Islam. Ia merupakan bulan yang menggalakkan peribadatan, memperbaiki hubungan dan bulan yang juga dikenali oleh para cedikiawan sebagai Baitussyifak yakni bulan atau rumah penyembuhan. Sembuh dari pelbagai penyakit yang bukan sahaja berbentul fizikal, bahkan yang ada di dalam sanubari insan. Penyakit yang hanya diketahui oleh mereka sendiri sahaja.

Maka, kita semua memohon, biarlah bulan ini benar-benar menjadi bulan penyembuh sebelum kita menyambut kemenangannya pada 1 Syawal nanti. Kita menjadi tetamu, dan mungkin kita tidak dipilihnya, apabila terpilih, maka ambillah kesempatan itu untuk terus membuat perubahan dan menjadikan diri lebih baik dari Ramadan yang sebelumnya. Bengkel Remaja Hayati Ramadan bermaksud bengkel yang membimbing remaja untuk bagaimana dapat mereka menghidupkan bulan Ramadan. Bengkel yang ringkas ini memberikan penekanan kepada aspek amalan ibadah harian yang mampu dilakukan khusus buat para remaja untuk mereka merasai dan mendalami keindahan Ramadan serta kelebihannya. Semoga Allah s.w.t. memberikan kita peluang untuk terus menyebarkan kebaikan kepada generasi pemuda dan pemudi harapan agama dan bangsa kita. untuk menjadikan sepanjang Ramadan itu lebih bermakna dan memberikan mereka latihan bagaimana untuk tidak mensia-siakan ruang Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat.

MATLAMAT BENGKEL| Melatih dan memberikan pengetahuan kepada peserta bagaimana OBJEKTIF BENGKEL| Selepas tamat bengkel ini peserta akan dapat;
1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5.

BUTIRAN BENGKEL| Untuk perlaksaanaan bengkel ini;

Mengamalkan amalan-amalan baik yang diajarkan; Membuat persiapan rapi untuk berada di dalam bulan Ramadan; Meningkatkan rasa kasih dan sayang terhadap Baginda Rasulullah s.a.w serta; Menilai Ramadan yang lalu dan diperbaiki dalam Ramadan kali ini. Tempat pelaksanaan kem adalah tertakluk kepada perbincangan dengan pihak penganjur; Tarikh pelaksanaankem adalah tertakluk kepada perbincangan dengan pihak penganjur; Jangka masa pelaksanaan kem adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang; Bentuk aktiviti dalam kem adalah bengkel, ceramah dan permainan berkumpulan; Sasaran penyertaan kem adalah dari kalangan remaja berumur 10 hingga 17 tahun.

KOS PELAKSANAAN BENGKEL| Sila hubungi pegawai perhubungan dan pemasaran kami,
Encik Johari Hamzah ditalian 019-316 1738 atau emelkan kepada iqclassmanagement@yahoo.com untuk mendapat maklumat lanjut atau sebutharga bengkel.

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

BUTIRAN PELAKSANAAN BENGKEL|

Butiran bengkel yang akan berlangsung adalah seperti berikut; 1. Jadual bengkel sila rujuk lampiran A di muka surat 3. 2. Isi kandungan bengkel sila rujuk lampiran B di muka surat 4 - 5. 3. Ketua pembimbing bengkel sila rujuk lampiran C di muka surat 6.

PENUTUP|

Kesungguhan dan peranan kita bersama ialah untuk memastikan keberjayaan dan kecemerlangan peserta yang menyertai bengkel ini secara khususnya dan keseluruhan peserta secara amnya. Apa yang diharapkan daripada Bengkel Remaja Hayati Ramadan, akan dapat memberikan pengukuhan dan menambahkan pengertian hidup sebagai Muslim pada diri setiap peserta disamping menjadi anak dan ahli masyarakat yang dapat berperanan dengan baik. Semoga dengan berjayanya bengkel ini, juga akan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan remaja dalam pembinaan masyarakat yang cemerlang.

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN A| Jadual Bengkel Remaja Hayati Ramadan


Masa 8.00 pagi 8.30 pagi 9.15 pagi 10.15 pagi 10.30 pagi 11.30 pagi 11.45 pagi 12.45 tengahari 1.30 petang Aktiviti Peserta tiba dan mendaftar Slot 1 Slot 2 Slot 3

Solat sunat Dhuha dan taklimat ringkas Zikir dan Fikir Zikir dan Fikir Rehat dan tidur qailullah

Solat Zohor berjemaah dan bersurai

Peralatan pelajar yang perlu di bawa: 1. Pakaian menutup aurat 2. Al-Quran 3. Alat tulis

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN B| Isi Kandungan Bengkel Remaja Hayati Ramadan

1. Solat Sunat Dhuha dan Taklimat Ringkas 1.1. Jangka masa: 45 minit sahaja. 1.2. Pelaksanaan: Peserta akan diminta untuk mengambil wudhu dan kem dimulakan dengan solat sunat Dhuha yang diimamkan oleh fasilitator. Kemudian diikuti dengan taklimat kem yang akan disampaikan oleh Ketua Jurulatih atau Jurulatih.

2. Slot 1 2.1. Jangka Masa: 60 minit sahaja. 2.2. Pelaksanaan: Peserta akan berkumpul dan memulakan aktiviti dengan menjawab KUIZ Ramadan. Kemudian peserta akan masuk ke dalam kumpulan untuk membincangkan mengenai jawapan kuiz yangtelah mereka jawab tadi. 2.3. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 2.3.1. Memahami definisi Ramadan; 2.3.2. Mengetahui perintah yang hadir bersama Ramadan serta; 2.3.3. Mengetahui peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadan.

3. Zikir dan Fikir 3.1. Jangka masa: 15 minit 3.2. Pelaksanaan: Peserta akan diajarkan dengan beberapa kalimah zikir dan diminta untuk menghabiskan bilangan yang diminta kepada mereka. 4. Slot 2 4.1. Jangka Masa: 60 minit sahaja. 4.2. Pelaksanaan: Peserta akan memulakan aktiviti pakaian beragam. Peserta kemudiannya akan mempersembahkan pakaian beragam mereka dengan ciri khas yang istimewa. Peserta kemudian akan berada di dalam kumpulan untuk meneruskan perbincangan yang berkaitan dengan Ramadan. 4.3. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 4.3.1. Mengetahui ciri-ciri khas yang ada di dalam bulan Ramadhan; 4.3.2. Memahami bagaimana untuk tidak mensia-siakan Ramadan serta; 4.3.3. Membincangkan tentang kepentingan solat sebagai ciri khas Muslim.

5. Slot 3 5.1. Jangka masa: 60 minit sahaja. 5.2. Pelaksanaan: Peserta akan mendengar ceramah ringkas daripada ketua jurulatih atau jurulatih menjelaskan semula tentang Rukun Iman, Islam, Ramadan dan berpuasa. 6. Solat Berjemaah 6.1. Pelaksanaan:

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

6.2.

Peserta akan diimamkan oleh pengendali kem dan dibimbing untuk melaungkan azan beserta iqamah (muazzin). Peserta diwajibkan solat berjemaah pada setiap waktu sepanjang kem dan akan diberikan tazkirah pada setiap sebelum dan selepas solat berjemaah. Selepas aktiviti ini peserta akan dapat; 6.2.1. Menghayati solat berjemaah; 6.2.2. Mendengar nasihat dan penerangan mengenai solat berjemaah serta; 6.2.3. Mengamalkan solat berjemaah.

Bengkel Remaja Hayati Ramadan

LAMPIRAN C| Ketua Pembimbing Bengkel Remaja Hayati Ramadan


Ketua Pembimbing - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini Merupakan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL). Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell. Telah berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan. Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajar-pelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja, motivasi guru serta kepimpinan Islam. Bergiat aktif Yayasan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan serta perunding dalam halhal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.

Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL, FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Kem Jati diri Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau berpengetahuan luas mengenainya. Encik Kamarul Azami berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan, pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam. Bagi melaksana kem ini, beliau akan dibantu oleh perunding-perunding latihan IQ Class Management dan Facilitating and Development Team (FaDlaT).