Anda di halaman 1dari 10

TINGKAHLAKU MASALAH DISTRUPTIF

konsep tingkahlaku bermasalah jenis disruptif. Perkara yang paling asas ialah perlakuan yang bermasalah mestilah berbeza dengan perlakuan yang tidak bermasalah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif ialah tingkah laku distruktif, disruptif dan bergantung. Dalam kertas kerja ini, lebih berfokus kepada tingkah laku bermasalah jenis disruptif. Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku disruptif? Tingkah laku bermasalah disruptif didefinasikan kepada sebarang tingkah laku yang dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku jenis ini juga bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan murid lain. Ini terjadi murid yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan kesannya.

Menurut The Mental Health Association of Westchester (2001), tingkah laku disruptif ialah: Disruptive Behavior Disorders involve consistent patterns of behaviors that break the rules. Young people of all ages break some rules, especially less important ones. More serious oppositional behavior is a normal part of childhood for children two and three years old and for young teenagers. At other times,

when young people are routinely very, very oppositional and defiant of authority, a mental health disorder may be identified. Kenyataan diatas ini lebih berfokuskan kepada tingkah laku murid yang melanggar undang-undang. Tetapi kebanyakkan kesalahan yang dilakukan tidak begitu serius. Antara jenis-jenis tingkah laku disruptif ialah:

a. membuat bising b. bersembang dan bergerak sesuka hati c. nakal d. agresif e. ketawa dengan kuat f. tidur di dalam kelas g. mengeluarkan kata-kata yang tidak elok Penyebab terjadinya tingkah laku bermasalah disruptif ini mengikut kajian The Mental Health Association of Westchester ialah disebabkan faktor biologikal dan persekitaran. Antaranya ialah kurang berat badan masa dilahirkan, kerosakan neurologi, terpisah daripada ibu bapa, gangguan fizikal dan seksual dan tinggal di dalam keluarga yang bermasalah.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAHLAKU

Situasi Pertama Shamsul seorang pelajar yang suka membuat bising dia selalu mengganggu pelajar lain ketika cikgu Halimah mengajar.

Peneguhan Teknik modifikasi adalah pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkahlaku melalui aplikasi prinsip pelaziman. Terdapat beberapa teknik yang sesuai untuk digunakan oleh cikgu Halimah sebagai penyelesaian masalah tingkahlaku distruptif yang dihadapinya.di antaranya ialah peneguhan iaitu suatu proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkahlaku operan yang dihasilkan. Peneguhan positif ialah ransangan penting menambahkan keberangkalian gerak balas pelajar iaitu memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Dengan ini, cikgu Halimah boleh menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah tersebut,sebagai contoh cikgu Halimah memberi tugasan kepada shamsul dan menlaksanakan tugasan tersebut lantas cikgu Halimah.

Peneguhan negatif pula ialah diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkahlaku operan yang diingini.sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara

berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan. Kadangkala peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

Kaedah pengajaran Kaedah yang harus digunakan oleh Cikgu Halimah ialah kaedah penyelesaian masalah dengan membuat aktiviti-aktiviti melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis,teka-teki, dan kemahiran matematik. Ini akan menarik pelajar tersebut supaya melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Selepas selesai melaksanakan tugasan tersebut Cikgu Halimah hendaklah memuji pelajar terbabit supaya pelajar rasa dihargai.

Situasi Kedua Faizul seorang pelajar yang suka bersembang dan bergerak sesuka hati dengan pelajar yang lain ketika Cikgu Halimah menjalankan aktiviti pengajaran.

Reverse Psychologi Teknik modifikasi reverse psychology juga boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu dengan menggunakan psikologi untuk modifikasi tingkahlaku negatif kepada yang positif. teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkahlaku yang diingini. Ia dapat membentuk tingkahlaku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi, dan sosial. Contoh tindakan menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkahlaku negatif kepada posititf ialah cikgu rasa kamu tidak boleh menyiapkan tugasan ini dalam masa 30 minit, bagi murid yang suka bertanding, mereka akan berusaha untuk membuktikan bahawa guru itu salah. Cikgu Halimah harus menggunakan teknik ini untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaedah Pengajaran Kaedah yang harus digunakan oleh Cikgu Halimah ialah pemudahcaraan iaitu menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Cikgu Halimah hendaklah berjaya memotivasikan pelajar bersedia

belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar. Cikgu Halimah hendaklah cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan,teknik menyoal serta mempunyai bakat untuk memotivasikan dan psikologi. Cikgu Halimah boleh menjalankan aktiviti kumpulan, seperti perbincangan,forum dan sumbangsaran.

Situasi Ketiga Jamal seorang pelajar yang berkelakuan nakal suka mengganggu pelajar perempuan. Walaupun ketika cikgu Halimah mengajar. Ini membuatkan pelajarpelajar lain sukar untuk mengikuti pengajaran Cikgu Halimah Denda Teknik modifikasi denda ialah teknik yang digunakan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku tidak diingini. Cikgu Halimah boleh menggunakan teknik denda iaitu mengenakan hukuman ke atas pelajar yang berkelakuan yang tidak senonoh dan mengganggu pelajar lain. Jika hukuman dikenakan,ini dapat

menghentikan perkara yang tidak diingini berlaku.ia juga dapat menginsafkan pelajar terhadap apa yang dilakukannya.Lantas sebagai pengajaran kepada pelajar supaya tidak mengulangi kelakuan tersebut.

Kaedah Pengajaran Kaedah yang boleh digunakan Cikgu Halimah ialah kaedah bercerita yang membolahkan guru menyampaikan isi pelajarannya. Kaedah ini dapat menarik perhatian pelajar supaya menumpukan isi pelajaran dengan cerita-cerita yang

menarik. Sebagai contoh,guru mewujudkan situasi iaitu seekor buaya yang ingin membaham Sang kancil maka guru tersebut boleh meceritakan bagaimana jalan cerita yang ingin diceritakan dan mengaitkan dengan nilai-nilai murni yang boleh diikut dan membuat rumusan iaitu moral daripada cerita tersebut. Kaedah ini dapat membantu menangani masalah tingkah laku bermasalah.

Situasi Empat dan Kelima Ahmad dan Jali adalah pelajar yang agresif secara lisan mahupun fizikal dan suka ketawa kuat Ketika pengajaran dijalankan.

Shaping Cikgu Halimah juga digalakkan menggunakan teknik modifikasi shaping juga boleh digunakan untuk mengatasi tingkahlaku bermasalah ini. Ia boleh digunakan apabila murid yang berkenaan tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini.teknik shaping merupakan proses pembentukan tingkahlaku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Sebagai contoh seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perlakuan rakan sebaya memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Selain itu, Membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak juga merupakan salah satu cara berkesan untuk memodifikasikan tingkahlaku

negatif kepada positif iaitu menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi, misalnya Guru Besar. Guru Besar akan menyakinkan murid yang berkenaan bahawa dia akan memandang serius terhadap tindakan yang dijanjikan.

Kaedah Pengajaran Cikgu Halimah boleh menggunakan Teknik belajar sambil bermain. Kaedah ini berkesan untuk proses pengajaran untuk pelajar yang tingkahlaku agresif. Aktiviti permainan biasanya memberi peluang kepada kanak-kanak megembangkan potensi intelek,jasmani, rohani dan sosial. Aktiviti permainan biasanya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Contoh-contoh permainan ialah teka-teki, lakonan mengikut cerita atau peristiwa yang telah dibaca atau didengar,mencari benda yang tersembunyi dalam gambar dan sebagainya.

Refleksi Impak daripada pengajaran yang telah dibuat,kami merasakan tindakan yang dilakukan mempunyai kekurangan dan kekuatan. Kekurangan yang dirasakan ialah pelajar tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Kami juga merasakan adakah set induksi yang beliau gunakan sesuai atau tidak. Kami merasakan Tindakan denda yang dikenakan ke atas palajar yang berkenaan tidak memberi impak kepada pelajar terbabit akan tetapi ia dapat membantu bagi mengawal kelas daripada diganggu oleh pelajar bermasalah terbabit. Kekuatan

yang dirasakan oleh kami ialah teknik dan kaedah yang digunakan telah berjaya menarik perhatian pelajar daripada melakukan perbuatan yang tidak berfaedah seperti mengganggu pelajar, membuat bising, dan sebagainya. Daripada apa yang telah difikirkan, cikgu Halimah harus memikirkan cara untuk memperbaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Rujukan 1. Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin (1998) Psikologi Pendidikan, pertumbuhan dan perkembangan .Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd 2. Mok soon Sang (2007), Nota Pengurusan Pengajaran-Pembejaran , Multimedia-Es Resources Sdn Bhd, Puchong, Selangor. 3. http://www.mhawestchester.org/diagnosechild/cadhd.asp

Anda mungkin juga menyukai