Anda di halaman 1dari 1

Cerpen ialah singkatan dua perkataan, iaitu cerita pendek.Ia juga bersifat cereka.

cerita pendek yang direka, berbentuk prosa, relatif pendek dan mengutamakan kekuatan daya imaginasi, kreativiti, kecerdasan akal bagi mengusik kepekaan pembaca.

Ciri-ciri cerpen
Mempunyai kesatuan bentuk yang utuh. Mempunyai jalinan plot yang tunggal, meninggalkan bahagian ataupun sub cerita yang tidak penting. Menghidangkan cerita ataupun kisah yang tidak berlebihan dengan bahasa yang terkawal. Tajam dari segi gambarannya, halus dan indah dari segi pemerian bahasanya. Mempunyai jumlah watak yang minima. Mempunyai latar bersesuaian, menarik, tetapi tidak janggal ataupun tidak berlebihan. Mempunyai mesej.

Kepentingan Cerpen
Memberi pengajaran kepada pembaca Medium untuk menyampaikan karya kreatif rakyat. Mampu memperkaya kosa kata dan tatabahasa pembaca dan penulis.

Cara penyampaian
terbahagi kepada tiga kategori iaitu cerita pendek sekitar 700 patah perkataan atau kurang, cerita pendek panjangnya antara 1000 hingga 1500 patah perkataan dan cerita pendek panjangnya antara 2500 hingga 5000 patah perkataan.

Asal-usul cerpen:
Cerita pendek atau disingkatkan sebagai cerpen bermula pada tradisi penceritaan lisan yang menghasilkan kisah-kisah terkenal seperti Iliad dan Odyssey karya Homer. Kisah-kisah tersebut diceritakan dalam bentuk puisi berirama suapaya orang dapat mengingati kisah tersebut. Tradisi bercerita secara lisan kemudiannya berkembang menjadi cerita-cerita bertulis pada awal abad ke-14, terutama sekali dengan terbitnya karya Geoffrey Chaucer Canterbury Tales dan karya Giovanni Boccaccio Decameron di Eropah.

Mengapa cerpen perlu dikekalkan sekarang?


Cerpen merupakan karya pendek yang lebih menekankan tema cerita berbanding karya seperti novel yang memerlukan banyak gaya cerita, karakter-karakter dan jalan cerita yang berliku-liku. Cerpen wajar dikekalkan sebagai satu karya ringkas dan mudah untuk difahami dan difokus oleh para pelajar dalam Komsas di sekolah. Cerpen tidak akan membuat pembaca kebosanan dan dapat fokus tentang sesuatu cerita itu berbanding karya-karya lain yang panjang dan memerlukan masa yang lama serta bahasa-bahasa yang sukar difahami seperti prosa tradisional.

Anda mungkin juga menyukai