Anda di halaman 1dari 43

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Mukaddimah
BismillahirRahmanirRahim. Assalamualaikum.

Jadikan proses penyediaan makanan untuk anak-anak kita suatu Melihat anak-anak makan dengan begitu berselera hasil air tangan kita dan seringkali wajah mereka comot dek suapan kita sungguh MENGUJAKAN! {Hazrina binti Hassan ommi Farisya a.k.a BKCS}
http://www.bidadarikecil.com

http://www.bidadarikecil.com

Page 1

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

JADUAL PEMAKANAN SEBAGAI RUJUKAN

Rujukan : http://www.justmommies.com/babies/babys-first-foods-chart

http://www.bidadarikecil.com

Page 2

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Anak kita telah bersedia?


Bagaimana untuk kita mengenali anak-anak kita telah bersedia untuk makan? 4 bulan? 5 bulan? 6 bulan? Atau 7 bulan?? Semuanya bergantung kepada anak-anak mengikut tandatanda berikut:

Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak. Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa. Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya. Menunjukkan tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. Bayi mungkin mencuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan. Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya. Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan. Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.

Kenapa perlu menunggu masa yang sesuai? Anak-anak tidak perlu diberikan makanan pejal yang terlalu awal (kurang 6 bulan) memandangkan sistem penghadaman mereka masih belum matang dan boleh menyebabkan bayi muntah, cirit-birit, dan sembelit. Mengikut pengalaman umi pun, Farisya juga betul-betul makan beria setelah berumur 7 bulan lebih. Namun, ibu-ibu jangan khuatir, kita boleh memerhatikan tingkah laku anak-anak kita dengan cuba beri mereka merasa sedikit sedikit.

http://www.bidadarikecil.com

Page 3

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

PERINGKAT PEMAKANAN 1:

6 BULAN
Sebaiknya mula memperkenalkan anak-anak kita dengan makana pejal setelah berumur 6 bulan. Kisar makanan supaya ia halus dan lembut. Beri bayi makanan dalam kuantiti yang kecil.

Minggu 1

Tekstur Kekerapan Kisar Halus / Tapis 1x pada 2-3 hari pertama 2-3x pada hari seterusnya

Contoh Makanan Puree Pisang Puree Epal Puree Betik Avocado Bubur kosong -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Sayur dimasak dan di blend/ lecek -Buah-buahan lecek/blend halus

Minggu 2-4

Lecek

2-3x sehari

Sumber Protein -Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan

Gunakan teknik 3-4 days rules. Di mana kita memperkenalkan satu-satu jenis makanan tu selama 3-4 hari untuk mengenalpasti sekiranya anak-anak kita elergi terhadap sesuatu makanan. Ni contoh menu yang boleh dicuba selama sebulan untuk di bawa ke taska Hari 1-3 Hari 4-7 Hari 8-11 Hari 12- 15 Hari 16-19 Hari 20- 23 Hari 24-27 Hari 28-31 : air kanji nasi (*ni petua orang dulu-dulu yang selalu dibuat) : bubur nasi kosong sahaja : Kentang / bubur nasi +Puree kentang (setelah masak+blend+tapis) : Bubur nasi + Puree carrot (setelah masak+blend+tapis) : Bubur nasi +Puree Labu (setelah masak+blend+tapis) : Bubur nasi + Puree Brokoli (setelah masak+blend+tapis) : Bubur nasi+Puree kentang+ Puree carrot+bilis : Bubur nasi+Kentang+Bayam+ayam

Semasa 6 - 7 bulan ni, tapis semua makanan. Umi memang suka blend kan semua, tetapi lepas tu tapis juga sebab takut2 tekstur kasar. Lebih baik buat agak cair sedikit.

http://www.bidadarikecil.com

Page 4

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

PERINGKAT PEMAKANAN 2:

7 - 9 BULAN
Setelah berumur 7 bulan lebih, anak-anak boleh dicuba dengan makanan yang dilecek. Lecek makanan yang kasar dan lebih pekat supaya ia lembut dan halus. Beri makanan dalam kekerapan 3-4 kali sehari. Farisya berumur 8 bulan lebih baru umi sediakan makanan yang sedikit kasar. Bila terlalu kasar, anak-anak nak poo poo susah..sian anak. Pastikan kita sensitif terhadap jenis tekstur makanan yang anak-anak boleh terima. Pantau dan memerhati

Tekstur Lecek, Lebih Kasar, Pekat dan tetap lembut

Kekerapan 3-4x sehari

Contoh Makanan -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Sayur dimasak dan di blend/ lecek -Buah-buahan lecek/blend halus

Sumber Protein -Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan -Daging lembut (hancur)

*Makan yang digenggam atau dipegang -Roti lembut -Makanan jejari (pisang, betik, mentimun) -Lobak Merah -Keju

http://www.bidadarikecil.com

Page 5

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

PERINGKAT PEMAKANAN 3:

10 - 12 BULAN
Mengikut pembacaan, anak-anak yang telah mencapai umur 10 bulan ke atas boleh mula diperkenalkan dengan makanan family. Namun seingat umi, Farisya diperkenalkan makanan family setelah berumur setahun dua bulan. Tapi elakkan garam, gula, dan pedas. Cincang atau potong kecil makanan supaya mudah dikunyah oleh anak.

Tekstur Lembut, cincang ataupun potong kecil

Kekerapan 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh Makanan -Puree+bubur -Kentang lecek halus -Pelbagai jenis sayuran dimasak air/lemak -Buah-buahan dipotong dadu -Nasi lembik -Bijirin Sarapan Pagi -Roti bakar -Telur rebus -Keju -Yogurt asli -Mee, meehoon, pasta dll. *Kebayakan anak yang dah ada gigi telah boleh mencuba untuk menu family, namun perlu diingatkan seboleh-bolehnya tiada garam dan gula.

Sumber Protein -Ikan Bilis -Tauhu -Ayam (rebus dan hancurkan) -Kacang Peas (lecek) -Isi ikan -Daging lembut (hancur)

http://www.bidadarikecil.com

Page 6

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Puree

Cara Penyediaan: 1) Pilih sayur yang segar (contoh: brokoli, carrot, labu) atau mungkin boleh memilih buah-buahan segar (contoh: epal, pisang, petik) 2) Potong kecil agar mudah dan cepat masak. 3) Masukkan di dalam pengukus seperti gambar di atas. 4) Setelah empuk/masak, blendkan sehingga hancur dan sedikit halus.

5) Kemudian, masukkan ke dalam bekas kiub. Tunggu sehingga sedikit sejuk & masukkan ke dlaam freezer. SIAPPPP!!!!!

http://www.bidadarikecil.com

Page 7

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Contoh Menu Kegemaran BKCS

http://www.bidadarikecil.com

Page 8

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 9

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 10

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 11

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 12

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 13

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 14

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Kreativiti diperlukan oleh ibu-ibu dalam menarik perhatian anak

http://www.bidadarikecil.com

Page 15

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Sup Ayam

http://www.bidadarikecil.com

Page 16

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 17

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 18

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 19

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 20

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 21

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 22

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 23

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 24

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 25

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 26

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 27

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

http://www.bidadarikecil.com

Page 28

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Makaroni Goreng

*Tak sempat umi nak edit tulis resepi nye..hehe. Tak pe buat macam ibu-ibu goreng macaroni biasa, tapi jangan pedas ok

http://www.bidadarikecil.com

Page 29

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Murtabak Makaroni

*Farisya suka sangat murtabak ni. Tipsnya sama macam kita buat telur dadar, tapi campurkan macaroni+carrot+daun bawang+cendawan tiram+bawang k

http://www.bidadarikecil.com

Page 30

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Sosej Roll Berkeju

*Ni bukan setakat Farisya yang suka, ayah Farisya pun suka sangat. Tapi tak boleh makan banyak, nanti Farisya batuk

http://www.bidadarikecil.com

Page 31

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Gulai Udang

*Farisya memang penggemar udang, tak kisahlah buat menu ape

http://www.bidadarikecil.com

Page 32

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Nasi Goreng Cintaku

*Bila goreng telur mata bentuk love macam tu, umi pun semangat nak makan sama

http://www.bidadarikecil.com

Page 33

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Nasi Goreng Seafood

*Nyum..nyum. Variasikan menu nasi goreng

http://www.bidadarikecil.com

Page 34

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Telur Dadar Bayam

*Farisya suka makan sayur sangat sangat..so umi buatkan telur dadar bayam untuk dia. Tak sempat umi nak rasa, semua Farisya habiskan

http://www.bidadarikecil.com

Page 35

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Carta Pemakanan Bayi


(Sumber: http://pama.karangkraf.com)
Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak secara berperingkat. Ketahuilah bahawa makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak kerana segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet.

6 bulan Tekstur makanan : Puri yang halus. Minuman: Susu ibu. Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah. Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar. Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5). Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran. Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar. Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5). Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam. Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5) Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin. Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.

http://www.bidadarikecil.com

Page 36

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Waktu Makan Yang Tepat


(Sumber : Buku Memupuk Gaya Pemakanan Sihat: Makan Secara Sihat untuk Tumbesar Optimum sempena Bulan Pemakanan Sihat Malaysia 2009 ) Apabila mencapai umur 2 tahun, anak anda boleh makan di meja dan mengambil makanan yang sama seperti ahli keluarga lain. Tetapi pastikan dia makan mengikut waktu dan berikan hidangan tambahan jika dia berasa lapar. Makan mengikut waktu dan apa yang anda sediakan untuk setiap hidangan amat penting. Sarapan pagi

Ia adalah hidangan permulaan hari dan memberikan tenaga yang diperlukan si kecil. Kanak-kanak yang makan sarapan pagi lebih cerdas, cergas dan mempunyai daya ingatan yang lebih baik.

Cadangan hidangan:

Bijirin sarapan pagi Telur hancur bersama roti bakar Apam kukus / balik Pau kacang / daging Nasi goreng dengan telur Thosai dengan telur

*Nota: sentiasa berikan susu atau minuman bermalt yang berkhasiat kepada anak anda sebagai sarapan pagi. Makan tengah hari / Makan malam

Hidangan-hidangan ini menambahkan tenaga dan nutrien serta membantu anak anda mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Cadangan hidangan:

Nasi goreng Pai ayam Makaroni dengan keju Mi sup dengan ayam tanpa lemak serta sayur-sayuran Sandwic daging dan sayur-sayuran

Hidangan mesra kanak-kanak


Kurma ayam Ikan masak pindang Nasi ayam dengan salad Bebola ikan digoreng ringkas dengan sayur-sayuran. Tofu / kentang masak masam manis

http://www.bidadarikecil.com

Page 37

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Makanan Jejari
(Sumber: http://pama.karangkraf.com)

Memberi anak makan makanan jejari sangat baik kerana cara ini dapat memahirkan koordinasi tangannya. Ketika berusia 8 bulan, bayi sudah boleh makan makanan jejari. Walau bagaimanapun, setiap bayi berbeza. Ada yang sudah inginkan mencuba makanan jejari seawal 6 bulan dan ada yang lambat. Jadi, sekiranya anak anda telah berusia 8 bulan, tapi masih enggan makan makanan jejari, janganlah risau. Biarkan dia sendiri yang tentukan bila dia inginkannya. Ketahuilah bahawa anda masih boleh berikan anak makanan jejari meskipun dia belum tumbuh gigi kerana gusi bayi sangat kuat. Tapi, pastikan makanan jejari yang diberi itu tidak keras. Menyediakan sendiri makanan jejari untuk anak tidaklah sukar malah menyeronokkan. Pilihlah makanan yang anda rasakan sesuai untuk anak. Ketika memilih bahan mentah yang ingin dijadikan makanan jejari untuk anak, pastikan bahan tersebut lembut dan mudah dikunyah. Selain itu, pastikan saiznya tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Sesuai untuk dipegang oleh anak anda. Untuk menarik minat anak, perkenalkan makanan jejari yang berwarna-warni dan mempunyai tekstur yang berbeza setiap kali memberinya makanan tersebut. Ada banyak makanan yang boleh anda jadikan makanan jejari. Antaranya ialah : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Sayur-sayuran seperti lobak merah, ubi kentang dan labu. Buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan tembikai. Biskut Roti Pasta Keju Sandwic bersaiz kecil Ikan Ayam

http://www.bidadarikecil.com

Page 38

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013


Semasa memilih bahan mentah yang boleh dijadikan makanan jejari, pastikan anak anda tidak alah terhadap bahan tersebut. Peraturan mudah yang perlu anda ikuti setiap kali memberi anak makan makanan baru ialah teruslah memberi makanan yang sama selama empat hari berturut-turut. Setelah tubuh anak anda tidak memberikan tindak balas negatif maknanya dia boleh makan makanan tersebut. Begitulah seterusnya setiap kali anda memperkenalkan makanan baru kepada anak. Tetapi ingat, jangan sesekali perkenalkan dua makanan baru serentak kepada anak.

Kisah Bidadari Kecil (Petikan dari blog) Bismillah. Ok..hari ni umi nak cerita pasal makanan jejari a.k.a finger food. Umi dulu tak la tahu sangat pasal makanan jejari ni. Ye la..baru nak belajar nak jadi super umi *perasan*. Selalunya bidadari kecil hanya berbekal pergi sekolah..makan pun bersuap suap. Tapi selepas kejadian hari tu, opppsss umi baru perasan, umi kena bagi Farisya makan jejari laaa.. Ceritanya begini. Masa hari tu bersempena esoknya hari gaji, ayah bawa umi dan Farisya makan kat restoren yang berdekatan..time tu seingat umi ada 2orang je kot yang sedang makan. Memandangkan kami nak senang, jadi masuklah kami dan pesan makanan. Ambil 'high chair' untuk Farisya, memandangkan bidadari kecil belum boleh duduk dengan tegap dan teguh, umi akan pastikan diletak satu bantal kecil untuk menyokong badan Farisya. Bila makanan yang di order sampai, umi dengan ayah nak start makan..tapi Farisya plak start meragam. Adoiii..sekali umi kasi la satu fries kasi Farisya main. Nak tahu apa jadi??? Bidadari boleh genggam kemas fries tu...bila umi toleh tengok...ngap ngap ngap..dah tinggal separuh. Erkkk~ terkejut bukan kepalang..alamak dah terkasi...nak buat macamana. Masa tu baru perasan macam sangat sangat nak kena fikir sediakan makanan jejari. Umi buat research dan studi sikit. Antara makanan yang sesuai dijadikan makanan jejari ialah ubi keledek,carrot, ubi kentang, labu,betik, mangga, tembikai, epal, pisang, roti..dll. Tapi kena pastikan dimasak atau direbus dulu ye kecuali buah buahan yang boleh dimakan mentah. Hari tu umi try la carrot, umi steam..kasi bidadari kecil test, nampak macam ok.....skaliiii buekkkkk!! Muntah...nampaknya dia tak berapa suka...lepas tu umi fikir punya fikir, tengok dan intai kat peti ais...aha! Umi potong panjang panjang timun batang (lebih kurang panjang jari telunjuk)..hehe. Bila umi kasi Farisya, bukan main lagi duk mengunyah dengan gusinya yang kuat itu..lagi la bila tengah tengah gatal gusi sekarang ni..alhamdulillah Farisya ok dan suka sangat sangat. Sekarang bila balik keje, umi siap siap makanan jejari ni takut takut Farisya meragam ke apa kan..terutama bila umi nak masuk dapur nak masak. Tapi kena pastikan dan tengok tengok risau tercekik..bahaya tau! Pasni ada la strategi nak kasi baby diam bila di high chair time makan kat luar..hehe.~ bijak bijak..bijak lah anak umi!

http://www.bidadarikecil.com

Page 39

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Avocado

Kisah Bidadari Kecil (Petikan dari blog)


Alhamdulillah..alhamdulillah..umi memang merancang nak buat entri pasal ni sebab ini ilmu baru yang umi dapat dan harap dapat berkongsi dengan mommies semua. Bila umi duk belek belek, baca dan research sikit sikit berkaitan pemakanan untuk bayi, umi baca banyak betul sebut pasal khasiat avocado. Yang ni untuk rujukan bersama umi ambil dari www.avocadocentral.com. *memang bes website ni...siap ada pasal nutrisi buah avocado, resepi avocado dll.*

Umi cuba hujung minggu hari tu masa dah warna ke 3. Kulitnya memang agak keras. Tapi isi nya lembut. So umi buatkan la bidadari kecil resepi avocado+pear+yogurt. Risau juga takut takut Farisya tak suka...bila suap kan, mula mula mukanya lain macam je...tapi lepas tuuuuu....asyik nak aje. Siap nak ambil sudu nak suap sendiri, gelak lagi..hepi makan avocado ye..bijak betul!

http://www.bidadarikecil.com

Page 40

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013


Ni cara-cara yang dicadangkan untuk membelah buah avocado. 1) Ikut gambar, belah macam tu. Tapi masa umi buat..umi potong macam nak potong buah mangga..hehe. tak kesahla kot asalkan dapat isi nya. *jangan ikut cara umi sebab masa tu umi tak tahu cara yang betul..jadinya susah nak pegang isi sebab lembik.

2) Buang kulit yang keras kat luar tu ye.

3) Keluarkan biji dan korek dengan sudu untuk keluarkan isi. Umi campukan avocado dan pear...lepas tu blend!

Nyum nyum nyum...campurkan bersama sedikit yogurt. Hidangkan dan suapkan kepada bidadari kecil dengan penuh kasih sayang ;)

http://www.bidadarikecil.com

Page 41

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Tips Dari Umi:


1) Makanan puree yang belum dibekukan hanya boleh bertahan maksimum selama 48 jam sahaja. Seeloknya setelah diletakkan di dalam bekas kiub dan puree telah sedikit sejuk, teruskan masuk ke ruang sejuk beku (freezer) agar tahan lebih lama. 2) Kebiasaannya bagi ibu yang bekerjaya, penyediaan puree seeloknya dibuat pada hujung minggu bagi bekalan selama 2 minggu. Lagi rajin lagi bagus. Sebab bayi memerlukan makanan yang segar untuk menu mereka. 3) Untuk bayi yang baru mengenai puree atau baru mengenali makanan pejal, seeloknya mencuba puree yang sama selama 3-4 hari bagi membolehkan kita mengenali jika anak terdapat elergi pada makanan tertentu. Sekiranya anak tiada masalah, boleh teruskan dengan puree yang pelbagai, serta dicampurkan dengan bubur anak. Lagi nyum nyum 4) Elakkan garam dan gula dalam makanan bayi sebab anak-anak tidak memerlukan perisa. Sumber manis mereka boleh dapati dari buah-buahan malah sekiranya kita ingin menambah rasa manis hanya perlu masukkan separuh kurma dalam sayuran atau bubur anak kita. (Kurma sumber kecergasan dan kecerdasan anak kita ) 5) Seboleh-bolehnya gunakan minyak zaitun dalam masakan anak. *xpela mak n ayah minyak masak yg murahdemi anak2 sanggup je minyak zaitun. Hehe. 6) Penggunaan air yang bersih/ bertapis amat diperlukan. Malah campurkan sedikit air zamzam amat digalakkan. Juga boleh dicampur dengan susu ibu agar rasa lemak berkrim disukai tamai 7) Niatkan menyediakan makanan yang terbaik untuk anak. Rajin2 kan diri walaupun memang kadang-kadang terasa malassss, tapi fikirkan anak yang kenyang dan sihat inshaAllah perasaan rajin dan semangat akan datang. 8) Untuk memastikan kita tidak merasa bosan dalam meyediakan menu yang sama, kreativiti amat diperlukan. Pilih bentuk dan acuan yang comel untuk membuat dekorasi. 9) Rajin membaca. Ya, sebagai ilmu yang mementingkan pemakanan sihat anak-anak, kita perlu topupkan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar rajin membaca buku, tetapi digalakkan juga rajin membaca pengalaman orang lain berkaitan penyediaan makanan anak-anak mereka. Pengalaman dan cerita yang menyeronokkan akan merangsang kita untuk lebih rajin lagi! 10) Jadilah contoh terbaik untuk anak. Jika inginkan anak-anak yang menggemari sayur, ibu dan ayah kena turun berperanan sukakan sayur juga. Jadikan waktu makan bersama sebagai budaya di rumah 11) Selawat, zikir, doa perlulah dilazimkan dalam penyediaan makanan anak-anak kita. In sha Allah semoga dengan menu yang sihat disediakan untuk anak-anak, mereka akan membesar dengan sihat, cergas dan cerdas.
http://www.bidadarikecil.com Page 42

[PEMAKANAN BAYI (6 HINGGA 12 BULAN)] February 24, 2013

Semoga Bermanfaat Buat Semua.

*BKCS = Bidadari Kecil Cerdik Solehah


*Untuk makluman, dulu url blog umi ialah farisyadotbaby.blogspot.com. Sekarang telah bertukar kepada www.bidadarikecil.com. Sudi-sudikanlah untuk jenguk blog umi ye

Alhamdulillah. Terima Kasih!


[ eiyna.fsi@gmail.com ]

http://www.bidadarikecil.com

Page 43

Anda mungkin juga menyukai