Anda di halaman 1dari 5

Kepemimpinan

adalah

merupakan

satu

topik

yang

diminati

kerana

ia

menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Seperti mana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998). Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah
Wati Halim & Iran Herman, (1997).

Andainya aku seorang pemimpin saya harus memiliki beberapa cirri-ciri personality yang berikut. Berkeyakinan kendiri, bertanggungjawab, mudah beradaptasi, peramah, amanah dan mengutamakan pencapaian. Keyakinan kendiri adalah merujuk kepada sejauh manakah saya berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahiran saya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri. Seterusnya adalah bertanggungjawab. Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan

yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin. Justeru saya harus memiliki sifat ini agar orang-orang yang berada di bawah kepimpinan saya merasa yakin dengan kepimpinan saya. Selain itu, mudah beradaptasi pulak merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi

rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan mberbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan Sebagai seorang pemimpin juga, sifat ini disebutkan sebagai penting dalam kejayaan kepemimpinan saya kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya. Justeru, ini dapat membantu saya untuk mengenal sifat dan hati budi orang-orang yang saya pimpin. Ciri yang seterusnya adalah amanah. Ianya merujuk kepada sifat mulia yang dimiliki oleh seseorang yang bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Saya juga akan merasa selesa bila mana saya memimpin orang-orang yang meletakan kepercayaan kepada saya. Akhir sekali adalah sikap mengutamakan pencapaian. Saya hendaklah menjadi pemimpin yang berorientasikan pencapaian dalam berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana saya akan hanya berasa puas jika saya beroleh kejayaan. Ini akan menjadikan saya sebagai individu yang cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

Andainya saya menjadi seorang pemimpin, perkara penting yang perlu saya ambil kira adalah cirri kepimpinan yang menepati syariat agama, saya seharusnya perlu mengambil rujukan pandangan daripada tokohtokoh Islam. Contohnya, Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, (1991).

Manakala menurut

Imam

Al-Ghazali

menyatakan

seorang

pemimpin

perlulah seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan kerja dengan tenang tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna. Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam Al-Ghazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad
Ibrahim Abu Sin, (1991).

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin memainkan beberapa peranan secara serentak. Perananperanan berikut adalah seperti;

Sumber rujukan: Sebagai pemimpin, saya berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli apabila diperlukan. Oleh itu saya harus memiliki pembacaan yang luas, sentiasa mengikuti perkembangan semasa, mempunyai hubungan yang luas, banyak pengalaman dan rajin belajar. Selain itu, saya hendakla menjadi model atau contoh pemimpin yang memperlihatkan sifat-sifat, tingkah laku dan kebolehan yang boleh diteladani.

Sebagai pepimpin juga, saya harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan rakan-rakan dan orang-orang bawahan saya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan bersama. Saya hendaklah menjadi pembimbing. Selaku pembimbing saya turut mendidik, menyokong dan membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang

Saya juga berperanan sebagai prang tengah. Jika berlaku perbezaan pendapat, konflik antara ahli-ahli, saya berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Saya hendaklah bersikap adil dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak. Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu keadaan tertentu sebagai pemimpin, saya juga turut berperanan sebagai pakar (berdasarkan kemahiran dan pengelaman yang dimilikinya) guru, penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.

Kesimpulannya, kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini, saya sebagai seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengan saya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Saya juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan. Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.

RUJUKAN Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW Comunications Management. Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd. Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Putaka. Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal Psikologi Manusia. Bil 11:97-114 Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat, (Terjemahan), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd. Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan Distributian and Publication.