Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan Pergerakan Kreatif merupakan salah satu aktiviti penghasilan atau ekspresi kognitif, afektif yang dilahirkan melalui

pergerakan. Ia merangkumi 4 elemen asas iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak atau remaja berkomunikasi serta meningkat dan memperkembangkan potensi murid-murid dalam menyuarakan perasaan melalui pergerakan. Secara amnya, pergerakan kreatif

menggabungkan unsur pergerakan tubuh badan, irama serta daya kreativiti bagi tujuan melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1997 ). Ianya dihasilkan mengikut lapan tema yang terdapat di dalam pergerakan kreatif yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Tema kesedaran tubuh badan, kesedaran rintangan kepada beban dan ruang masa, kesedaran ruang, aliran beban badan dalam ruang dan masa, penyesuaian terhadap kawan, penggunaan tubuh badan sebagai alat, lapan lakuan daya asas dan ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

Monyet yang pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengakui dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi, kata kambing tua kepada kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa yang seterusnya. Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama, kata monyet dengan berapi-api. Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa. Ma ... ma ... maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku, Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia LOKOMOTOR 5.1 Melompat Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

5.2 Lompat Skip Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara melakukan ketingting ialah dengan langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara berselang seli.

5.3 Lompat Galop

Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki mendahului pergerakan secara cepat.

5.4 Melantun Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan. Sebagai contoh permainan bola tampar.

5.5 Melungsur Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan CONTOH - CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 7.1 Menghayun

Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

7.2 Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan.

7.3 Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

7.4 Mendekam

Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai.

7.5 Menyokong

Dalam

pergerakan

bukan

lokomotor menyokong adalah

penting

kerana

adanya

kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

7.6 Membengkok

Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

7.7 Meregang

Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180.

7.8 Mengilas

Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

7.9

Memusing

Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

7.10 Menolak dan Menarik

Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul.

Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

7.11 Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

7.12 Bangkit

Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

7.13 Melantun

Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan.

Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakanpergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.