Anda di halaman 1dari 2

AGAR-AGAR PELANGI INDAH

(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)

Bahan A 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml air 6-8 helai daun pandan Bahan B 20 gm serbuk agar-agar 340 gm gula pasir 1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih) - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr.. 1 sudu teh garam Bahan C Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci) Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda Cara-Cara Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan ( Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna. Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin. Contoh Lapisan: LAPISAN 1 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN LAPISAN 2 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG LAPISAN 3 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN LAPISAN 4 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG LAPISAN 5 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN LAPISAN 6 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG

LAPISAN 7 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN LAPISAN 8 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG LAPISAN 9 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN LAPISAN 10 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG